Pergi ke kandungan

Semakan Berkala Sejagat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penilaian Berkala Sejagat atau Tinjauan Periodik Universal[1] (Universal Periodic Review, UPR) ialah satu mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang terhasil daripada proses pembaharuan PBB pada tahun 2005,[2] ia ditubuhkan oleh resolusi Perhimpunan Umum 60/251 3 April 2006. Penilaian ini menyemak secara berkala prestasi hak asasi manusia semua 193 Ahli Negara PBB. Ia bertujuan untuk melengkapkan, bukan meniru, mekanisme sistem kerja hak asasi manusia yang lain, termasuk rundingan badan hak asasi manusia PBB. Ini adalah mekanisme hak asasi manusia antarabangsa yang pertama untuk melibatkan semua negara dan semua hak asasi manusia. Mekanisme ini dimaksudkan untuk melengkapi, bukan meniru kinerja mekanisme hak asasi manusia lainnya, termasuk badan-badan traktat hak asasi manusia PBB.

Semakan ini berjalan dalam suatu kitaran selama empat tahunan. 48 negara ditinjau setiap tahun dalam tiga sesi Kelompok Kerja Semakan Berkala Sejagat MHAM PBB, dengan 16 negara yang ditinjau dalam setiap sesinya. Majlis Hak Asasi Manusia PBB menentukan urutan tinjauan untuk kitaran Tinjauan Periodik Universal pertama (2008-2011) pada 21 September 2007 melalui mekanisme pengundian.[3]

Dasar dari penilaian yang dilakukan ini meliputi:

(a) Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu,
(b) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat,
(c) instrumen-instrumen hak asasi manusia di mana negara anggota yang dinilai dan ditinjau dan,
(d) pelbagai janji dan komitmen dibuat negara sasaran, termasuk yang dibuat pada saat pemilihan Dewan HAM PBB ini. Tinjauan ini juga mengindahkan berbagai hukum kemanusiaan internasional yang ada.

Tujuan dari adanya tinjauan ini adalah perbaikan situasi hak asasi manusia di semua negara dengan dampak positif yang signifikan untuk semua masyarakat dunia. Penilaian ini direka untuk mendukung dan mengembangkan pengalakkan dan perlindungan hak asasi manusia dalam lapangan. Ia juga ditujukan untuk memberikan bantuan teknikal dan meningkatkan kapasitas setiap negara anggota dalam menangani pelbagai masalah hak asasi manusia dan berkongsi pengalaman dalam sektor hak asasi manusia di antara negara-negara anggota dan pemangku kepentingan lainnya.[4]

  1. ^ nama rasmi digunakan di Indonesia
  2. ^ ‘In larger freedom: towards development, security and human rights for all’, Report of the Secretary-General (A/59/2005), 21 Mac 2005; World Summit Outcome, General Assembly resolution 60/1, 24 Oktober 2005.
  3. ^ Office of the High Commissioner for Human Rights (November 2008). "Basic facts about the UPR". Dicapai pada 30 June 2012.
  4. ^ Office of the High Commissioner for Human Rights (November 2008). "Basic facts about the UPR". Dicapai pada 30 Jun 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]