Semanis Senyumanmu
| Semanis Senyumanmu | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Nur Hussein |
| Pengarah | Faizul Jais |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | Kalau Kau Rindu - Luqman Podolski |
| Lagu penutup | Thinking Bout Us - Daiyan Trisha |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 16 |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Naomi Lim |
| Tempoh siaran | 24–26 minit |
Syarikat penerbitan |
|
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Disney+ Hotstar |
Tayangan ulang di | TV3 (Slot Akasia) 7 Oktober — 28 Oktober 2021 |
| Siaran asal | 1 Jun 2021 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Perisik Cinta Tak Diundang |
| Diikuti oleh | Mr. Bibik |
Semanis Senyumanmu ialah sebuah siri drama romantik beserta konflik Malaysia 2021 yang disiarkan di laman penstriman Disney+ Hotstar sebagai Hotstar Originals arahan Faizul Jais terbitan Parallax Pictures dengan kerjasama Primeworks Studios. Ia dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Daiyan Trisha.
Siri ini telah ditayangan semula di saluran TV3 di bawah Slot Akasia pada 7 Oktober hingga 28 Oktober 2021 bagi menggantikan siri drama Perisik Cinta Tak Diundang dan digantikan oleh siri drama Mr. Bibik. [1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang Chef Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal bersama Chef Jamal (Zoul Muhammad), Chef Ali (Thaqif Zohiri), Chef Lok (Lokman Hakim) dan Chef Fik (Adib Fikri) dan hasil masakannya selalu mendapat pujian.
Chef Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.
Chef Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan tersebut dan menganggap pelanggan tersebut hanya perasan bagus.
Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.
Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.
Pada satu hari, Chef Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Chef Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini.
Kali ini Chef Azim pula mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.
Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Chef Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Chef Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya.
Adakah Chef Azim akan bersetuju dengan tawaran itu dan berbaik dengan Azra?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Aiman Hakim Ridza sebagai Chef Azim
- Daiyan Trisha sebagai Azra
- Aqilah Abas sebagai Iman
- Mia Deen sebagai Nisa
- Shekeen Waida sebagai Azreen
- Adib Azlan sebagai Izzat
- Shyrim Husni sebagai Naufal
- Abbas Mahmood sebagai Joe
- Akhmal Nazri sebagai Iqbal
- Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
- Thaqif Zohiri sebagai Chef Ali
- Adib Fikri sebagai Chef Fik
- Lokman Hakim sebagai Chef Lok
- Mikhail Afif sebagai Bob
- Sofea Ace sebagai Sofea
- Rozuki sebagai Fariz
- Ag Aziz sebagai Tok Baba
- Rashimah sebagai Rashimah
- Muhammad Nur Iman sebagai Shah
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Zahirah MacWilson sebagai Zaza
- Awie sebagai Dirinya sendiri
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Semanis Senyumanmu. MyInfoTaip. Dicapai 7 Oktober 2021.