Sembilan bahan pokok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sembilan bahan pokok atau selalu diringkaskan sebagai sembako ialah sembilan jenis bahan keperluan asas rakyat Indonesia mengikut Keputusan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Indonesia pada 27 Februari 1998 (disingkatkan menjadi "Kepmenperindag 115/1998").[1]

Pada 16 Mei 2017[2], Kementerian Perdagangan Republik Indonesia mengeluarkan Peraturan Menteri Perdagangan mengenai Penetapan Harga Acuan Pembelian di Petani dan Harga Acuan Penjualan di Consumers ("Permendag 27/2017").

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai bahan sembako mengikut Kepmenperindag 115/1998[1] :

  1. Beras
  2. Gula
  3. Minyak masak dan mentega
  4. Daging lembu dan ayam
  5. Telur ayam
  6. Susu
  7. Jagung
  8. Minyak tanah
  9. Garam

Harga rujukan[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan asas yang ditetapkan harga belian rujukan dan harga jualan rujukan mengikut Permendag 27/2017 ialah:[2]

  • Beras Harga belian kepada petani ialah Rp 7300 sekilogram (/kg) manakala harga jualan kepada pengguna ialah Rp 9300/kg.
  • Jagung Harga belian kepada petani ialah antara Rp 2500/kg hingga Rp 3.150/kg (semakin rendah kadar air, harga semakin tinggi) manakala harga jualan kepada pengguna ialah Rp 4000/kg.
  • Soya Bagi soya tempatan, harga belian kepada petani ialah Rp 8500/kg manakala harga jualan kepada pengguna ialah Rp 9200/kg. Bagi soya import pula, harga belian kepada petani ialah Rp 6550/kg manakala harga jualan kepada pengguna ialah Rp 6880/kg.
  • Gula Harga belian kepada petani ialah Rp 9100/kg manakala harga jualan kepada pengguna ialah Rp 12500/kg.
  • Minyak masak Harga belian untuk minyak curah ialah Rp 10500/kg manakala harga belian untuk minyak bungkusan sederhana ialah Rp 11000/kg.
  • Bawang merah Harga belian kepada petani ialah Rp 15000/kg untuk bawang jenis konde basah, Rp 18300/kg untuk bawang jenis konde askip (bawang berserta daun), dan Rp 22500/kg untuk bawang jenis rogol askip (bawang tiada daun), manakala harga jualan kepada pengguna untuk bawang jenis rogol askip ialah Rp 32000/kg.
  • Daging lembu (beku atau segar) Harga rujukan hanya ditetapkan untuk jualan kepada pengguna iaitu Rp 80000/kg untuk daging beku. Manakala untuk daging segar, bahagian paha hadapan ialah Rp 98000/kg, bahagian paha belakang ialah Rp 105000/kg, bahagian daging dada Rp 80000/kg dan bahagian daging rawan Rp 50000/kg.
  • Daging ayam pedaging Harga belian kepada penternak ialah Rp 18000/kg manakala harga jualan kepada pengguna ialah Rp 32000/kg.
  • Telur ayam pedaging Harga belian kepada penternak ialah Rp 18000/kg manakala harga jualan kepada pengguna ialah Rp 22000/kg.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Jenis Barang Kebutuhan Pokok Masyarakat" Diarkibkan 2018-10-10 di Wayback Machine. Kategori: Keputusan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Republik Indonesia. Nombor rujukan: 115/MPP/Kep/2/1998. Tarikh dikuat kuasa: 27 Februari 1998. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "menperindag" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Destrianita (30 Mei 2017). "Pemerintah Terbitkan Harga Acuan Sembilan Bahan Pokok". Tempo.co. Dicapai pada 14 April 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "permendag" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza