Sembilu II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sembilu II
Sembilu ii1b.jpg
PengarahDato' Yusof Haslam
PenulisDato' Yusof Haslam
Dibintangi olehAwie
Erra Fazira
Ziana Zain
Mustapha Kamal
Khairil Anwar
Noraini Hashim
Alice Voon
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
PengedarGrand Brilliance Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
Malaysia 1 Jun, 1995
Tempoh tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM6.10 juta

Sembilu II ialah filem Malaysia tahun 1995 arahan Dato' Yusof Haslam dan dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Filem ini ialah sequel untuk filem Sembilu. Filem ini merupakan filem tempatan pertama yang mencapai kutipan melebihi RM 6 Juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Dato' Yusof Haslam memperoleh gelaran Six Million Dollar Man hasil kejayaan filem ini.[1] Filem ini memegang rekod selama 6 tahun sebelum diatasi oleh filem Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Filem ini telah memecah rekod filem yang mendapat kutipan tertinggi mengatasi kutipan filem Adik Manja yang telah lama memegang rekod sebagai kutipan filem tertinggi selama 14 tahun. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Jun 1995.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Azman (Mustapha Kamal), abang kepada Wati (Erra Fazira) telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun diatas kesalahan membakar rumah Awie (Awie). Manakala Wati pula telah menamatkan pengajiannya lalu mengambil alih syarikat arwah ayahnya bagi menggantikan tempat abangnya yang masih berada di penjara. Hubungan Awie dan Wati berjalan dengan lancar dan mereka merancang untuk bertunang. Namun dek kerana kesibukan masing-masing membuatkan pertunangan itu tertangguh dan Ziana (Ziana Zain) yang masih obses dengan Awie meneruskan rancangan liciknya untuk menggoda Awie agar jatuh ke dalam perangkapnya sekali lagi. Namun kali ini Ziana berpura-pura kononnya dia sudah melupakan perasaannya terhadap Awie dan berpura-pura menjadi teman yang sedia mendengar masalahnya. Azman akhirnya dibebaskan namun sikap Azman yang kini suka berdiam diri dan penuh misteri membuatkan Awie dilanda keresahan. Kemunculan Syamsul (Zulkifli Khan), mengeruhkan lagi hubungan Awie dan Wati. Syamsul yang menaruh hati kepada Wati berhasrat untuk memperisterikan Wati. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati dan membantu Syamsul untuk mendekati Wati. Awie menjadi cemburu apabila mengetahui Azman membantu Syamsul untuk mendapatkan Wati. Ziana yang mengetahui akan hal itu menjadi semakin ligat menjalankan rancangan jahatnya untuk memisahkan Awie dan Wati. Ziana menghasut Wati dengan mengatakan bahawa hubungannya dengan Awie mula kembali serius. Wati yang terpedaya dengan kata-kata Ziana itu kemudian segera menerima lamaran Syamsul. Bagaimanapun akhirnya Ziana menyedari bahawa Awie sememangnya tidak pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan mencuba untuk meminta maaf dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Wati namun segalanya sudah terlambat apabila mengetahui Wati bakal berkahwin dengan Syamsul. Setelah mendengar penjelasan Ziana, Wati kemudian bertemu dengan Awie untuk meminta maaf diatas kesilapannya yang meragui kesetiaan Awie selama ini. Awie yang mengetahui Wati akan menjadi isteri Syamsul, kemudian memaafkan Wati namun dia terpaksa melepaskan Wati kerana tidak mahu menghalang perkahwinan tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sembilu II (Album)

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan pada 1 Jun, 1995 dan mendapat kutipan sebanyak RM6.10 juta.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-12 Anugerah GAFIM - Filem Box-Office Dato' Yusof Haslam Menang
Pelakon Pembantu Terbaik Mustaha Kamal Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.