Sembilu Kasih (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sembilu Kasih merupakan drama kesinambungan daripada drama Sembilu pada tahun 2004. Sequel drama ini masih mengekalkan Hetty Sarlene dan Zed Zaidi sebagai teraju utamanya.

Sembilu Kasih (drama)
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Sembilu (filem) arahan Dato' Yusof Haslam
PenciptaDato' Yusof Haslam
PengarahDato' Yusof Haslam
Yusof Kelana
Syamsul Yusof
Dibintangi oleh
Hetty Sarlene
Zed Zaidi
Faizal Hussein
Julia Hana
Dato' Aziz Singah
Aznah Hamid
Azza (Elite)
Fazley Yaakob
Esma Daniel
Leez Rosli
Lagu pembukaan"Suara Kita" nyanyian Wings
Lagu penutup"Sembilu Kasih" nyanyian Seven Signs
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitIsmail Mustapha
Dato' Yusof Haslam
Syarikat penerbitan
Skop Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (2006)
TV9 (2007)
Siaran asalMei 2006 – Ogos 2006

Plot[sunting | sunting sumber]

Rumahtangga Zetty dan Fendi mulai kembali bergolak setelah mereka kembali daripada berbulan madu. Apatah lagi Fendi kini mulai sibuk dengan penggambaran drama lakonannya bersama Diana, serta sibuk untuk menguruskan karier Diana sebagai artisnya. Manakala kesempatan itu digunakan Diana untuk merampas semula Fendi daripada Zetty. Diana memulakan rancangan liciknya, iaitu bertunangan dengan pengurusnya, Joe untuk memudahkan dia membuat rancangan. Diana menggunakan status dirinya sebagai tunangan orang agar Fendi tidak curiga dengan semua rancangan jahatnya. Sementara itu kemunculan Faizal, iaitu rakan sekerja baru Zetty menimbulkan rasa cemburu dihati Fendi. Diana menghasut Fendi dengan mengatakan Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Manakala Zetty semakin marah apabila gosip tentang hubungan Fendi dan Diana kembali bertiup. Tanpa mereka sedari semua itu adalah angkara perbuatan Diana. Zetty kemudian menuduh Fendi telah berlaku curang namun hal tersebut dinafikan Fendi, malah sebaliknya menuduh Zetty mempunyai hubungan sulit dengan Faizal. Mereka kemudian bertengkar sehingga membuatkan Fendi tidak dapat menahan rasa cemburunya itu lalu mengasari Zetty tanpa sengaja sehingga membuatkan Zetty yang hamil anak pertama mereka ketika itu mengalami keguguran. Selepas insiden keguguran tersebut, Zetty menuntut cerai daripada Fendi. Faizal pula melamar Zetty dan sanggup menerima status Zetty ketika itu walaupun pada mulanya keluarganya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut namun mereka akhirnya mengalah. Diana akhirnya menerima balasan apabila dia hampir dibunuh oleh bekas tunangnya, Joe. Joe kemudian diberkas polis. Diana kemudian menemui Zetty untuk meminta maaf dan menjelaskan bahawa kejadian yang menimpa rumah tangga Zetty dan Fendi adalah berpunca daripada dirinya. Namun bagi Zetty semua penjelasan tersebut sudah tidak berguna lagi apabila dia kini telahpun berpisah dengan Fendi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]