Semboyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Suatu sistem semboyan berpenguat suara di Bretzwil, Switzerland. Mengenai audio ini (Pergi ke sini untuk dengar bunyi ia) 

Semboyan [sĕm.bo.yan]; Jawi: سمبوينjuga Mal., Sin. siren, Ind. sirene – ialah alat yang menghasilkan hingar melantang kuat untuk mengisyaratkan sebarang pendengar di sekelilingnya dalam suatu jarak menjauh terhadap ancaman berbahaya yang boleh dielakkan ataupun untuk memaklumkan suatu kecemasan.

Ia boleh dipasangkan secara berdiri sendiri mahupun sebagai kelengkapan pada kenderaan yang khusus seperti pada ambulans, lori bomba dan kereta polis.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Pneumatik[sunting | sunting sumber]

Semboyan ini berupa suatu aerofon terdiri daripada suatu cakera berlubang (siren disk) yang dialurkan udara secara terputus-putus lalu memampatkan tekanan udara menggetarkan cakera menghasilkan bunyi. Semboyan jenis ini memakan tenaga yang banyak.

Elektronik[sunting | sunting sumber]

Semboyan ini menjanakan bunyi melalui suatu litar elektronik dihubungkan pengayun, pemodulasi dan penguat diisyaratkan kepada pembesar suara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]