Semenanjung Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Butiran daripada salinan peta Nicolaus Germanus 1467 dari Geografi Ptolemy, menunjukkan Chersonese Emas, iaitu Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Emas (Bahasa Greek: Chersonesus Aurea; Khersonese Emas) ialah nama lama yang digunakan untuk merujuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Claudius Ptolemy, seorang tokoh Yunani. Semasa zaman Rom kuno, semenanjung (Chersonesos) ini ialah sumber utama emas, oleh itu gelaran Semenanjung Emas diberikan untuk merujuk semenanjung ini (kini Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand).

Mengikut pengetahuan hari ini, taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khersonese Emas: Geologi Emas Semenanjung Malaysia Penerbit UKM. 2007.
  2. ^ Indahnya senja di Kuala Terengganu Utusan Malaysia Online - Timur. 18 Jan 2010.