Semerah Cindai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semerah Cindai
PengarahOmar Rojik
PenulisOmar Rojik
DibintangiEd Osmera
Mariati
Dinda Sumantri
SinematografiHitam-putih
Disunting olehHashim Hamzah
Ahmad Ibrahim
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1973
Masa tayangan
1 jam 45 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Semerah Cindai merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1973. Filem Semerah Cindai diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik pada tahun 1973. Filem ini tidak mendapat sambutan semasa penayangannya di pawagam pada ketika itu.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Mengisahkan Kelana (Ed Osmera) yang baru sahaja menamatkan pengajian ilmu persilatan selama 1 tahun 3 bulan dengan Mahaguru Buana (Dinda Sumantri). Selepas dia dianugerahkan sebagai pendekar utama. Kelana ada menunjukkan sebentuk gelang emas dan kain cindai berwarna merah yang masih ada tompokan darah tinggalan arwah ibunya. Kelana telah menceritakan kenangan hitamnya kepada Mahaguru Buana beberapa tahun dahulu. Kedua dua ibu bapanya telah dibunuh oleh 3 orang perompak. Maka dengan itu, Kelana belajar ilmu persilatan untuk membalas dendam terhadap orang orang yang telah membunuh ibu bapanya. Buana telah meminta petunjuk dari Allah sama ada Kelana boleh menuntut bela atau sebaliknya. Buana mengizinkan pemergian Kelana.

Sementara itu, Atma (Mariati) dan ayahnya tinggal berdua di sebuah desa. Bapanya seorang kaki mabuk dan kaki judi sehinggakan Atma yang menyara keluarga. Bapanya menjadi seperti itu selepas isterinya meninggal dunia. Bagok, ayah Atma sering meminjam wang dan setabung air nira dari Badong (Tok Penghulu) dengan bersyarat dia perlu mencuri barang kemas atau barangan antik untuk diserahkan kepada Badong (Tamam Idris). Suatu hari, Bagok telah ditangkap oleh Kelana kerana dia ingin mencuri gelang tangan milik arwah ibunya. Kelana melepaskan Bagok selepas Bagok meminta maaf kepada Kelana. Kelana pula telah datang ke rumah Atma untuk memulangkan kain yang tertinggal di hutan semasa pergelutan tadi. Akibat terhutang budi, Bagok mengizinkan Kelana tinggal semalaman di rumahnya. Kelana memberikan sedikit wang kepada Bagok untuk membeli makanan memandangkan mereka hidup sebagai orang miskin.

Keesokkan harinya, Kelana sedang bersiap untuk mengembara ke tempat lain pula. Bagok menayakan kepada Kelana, apakah tujuannya datang ke kampung ini. Kelana memberitahu tujuannya adalah untuk menuntut hutang dari penyamun. Bagok mengizinkan Kelana tinggal bersamanya. Bagok sempat lagi berbohong dengan Kelana bahawa dia ada penyakit badan menggigil jika dia kelaparan. Kelana memberikan sedikit wang kepada Bagok, tetapi Bagok telah membelanjakan semua wang tersebut untuk membeli air nira begitu banyak sehingga dia mengalami mabuk yang teruk. Sewaktu Atma di sungai, Biku telah bersua dengan Kelana. Biku sangat sombong terhadap Kelana. Biku telah mengganggu Atma sehinggakan Kelana memukul Biku. Biku telah terkorban disungai. Hal ini telah menyebabkan Badong masuk campur menangani kes tersebut. Balang, abang kepada Biku ingin menuntut bela, lalu diadakan pertarungan antara Balang dan Kelana. Jika Kelana menang, Balang tidak akan menuntut apa apa dari Kelana tetapi jika dia tewas, Balang akan melakukan perkara sebaliknya. Akhirnya Balang berjaya ditewaskan oleh Kelana.

Badong mengucapkan terima kasih dan pujian terhadap Kelana. Tetapi dia lebih tertarik dengan gelang tangan Kelana. Tetapi Kelana enggan menjualnya. Badong menawarkan pekerjaan kepada Kelana untuk menjaga keamanan kampung. Kelana tetap menolaknya. Sementara itu, Balang yang melarikan diri ke dalam hutan akibat tertewas tadi telah diserang oleh sekumpulan samseng desa dan lidahnya telah dipotong. Balang hilang keseimbangan diri sehingga dia terjatuh ke dalam gaung dan mengalami cedera parah. Balang diselamatkan oleh Buana sehingga dia pulih kembali.

Badong pula telah menceritakan hal sebenarnya kepada Bagok. Seutas gelang tangan ada pada dia dan seutas lagi tiada dan berada pada Kelana. Bagok telah menjadi sangat marah dan dia telah mengetahui apa tujuan Kelana datang ke kampung ini untuk menuntut bela. Bagok mengaku kesilapannya, dia salah seorang dari 3 orang penyamun yang membunuh ibu bapa Kelana. Bagok ingin membunuh Kelana, tetapi Bagok pula yang terkorban. Kelana dituduh membunuh Bagok dan Badong mengarahkan agar Kelana di kurung sementara siasatan dijalankan. Selesai urusan pengkebumian Bagok, Badong telah mempelawa Atma untuk tinggal bersamanya memandangkan Atma kini seorang yatim piatu. Atma agak keberatan untuk tinggal bersama Badong. Rumah Atma pula telah dikepung oleh samseng desa. Atma ketakutan dan menyebabkan dia pitam selepas ternampak akan wajah Balang. Balang terus bergelut dengan samseng desa dan berjaya membunuh salah seorang daripadanya. Atma pula telah dilarikan oleh samseng desa. Disebabkan Kelana berada di dalam tahanan, Badong tidak mengizinkan dia pergi mencari Atma tetapi Kelana berjaya meloloskan diri dari kawanan tersebut. Kelana pula telah masuk ke kawasan samseng desa di mana Atma juga berada disitu. Atma telah dikurung di dalam gua. Samseng tersebut menuntut kepada Kelana untuk dia mendapatkan sebuah cermin sakti daripada Mahaguru Malewa yang berada di Bukit Sigalang. Sebagai pertukarannya, Atma akan dipulangkan kepada Kelana. Kelana tidak mengerti akan siapa Melewa sedangkan disitu hanya ada seorang sahaja mahaguru iaitu Mahaguru Buana.

Kelana telah kembali semula ke kampung untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Badong. Badong telah mencabar Kelana kerana dia tidak mempercayai kata kata Kelana yang mengatakan Atma telah dipenjarakan di dalam sebuah gua. Ketika di dalam gua, tiada lubang untuk ke penjara tersebut. Kelana sempat melarikan diri ke Bukit Sigalang. Kelana telah berjumpa dengan Buana / Melewa untuk meminta pertolongan. Kelana telah membongkar di dalam kamar Buana / Melewa dan dia telah menjumpai sebuah cermin sakti. Buana / Melewa mengizinkan Kelana mengambilnya untuk menyelamatkan Atma. Kelana pula telah berjumpa dengan samseng untuk menyerahkan cermin sakti tetapi berlaku sebaliknya. Samseng tersebut sebenarnya orang suruhan Badong. Kelana kebingungan, Badong memang menginginkan cermin sakti dan gelang tangan Kelana tersebut. Badong menjelaskan perkara satu persatu. Badong merupakan orang kedua daripada 3 orang penyamun tersebut. Kelana dan Atma akan dihukum bunuh oleh Badong. Kelana akan dibunuh dengan cermin sakti tersebut. Tetapi percubaannya gagal kerana itu adalah cermin yang palsu. Cermin yang asli berada di tangan Buana / Melewa. Buana / Melewa sempat memancarkan cermin sakti tersebut keatas cahaya matahari lalu dibunuhnya seorang demi seorang dengan panahan sakti dari cermin itu. Balang pula membantu Buana / Melewa dan Kelana untuk menewaskan musuh. Kelana pula mengekori Buana yang mengalami kecederaan akibat tikaman Badong tadi. Buana / Melewa telah memohon maaf kepada Kelana kerana 2 daripada 3 orang penyamun sudah diketahui. Kini tinggal lagi seorang sahaja yang belum diketahui.

Buana / Melewa menjelaskan kepada Kelana kerana dia juga terlibat dalam kejadian rompakan tersebut. Pada mulanya mereka bertiga adalah bersahabat. Selepas rompakan malam tersebut mereka membuat haluan masing masing. Buana / Melewa telah mengambil cermin sakti tersebut sementara mereka berdua mengambil barang kemas dan barang antik sahaja. Buana telah insaf dan bertaubat selepas itu. Kelana begitu sedih dan kecewa dan dia sempat memaafkan Buana sebelum Buana / Melewa menghembuskan nafasnya terakhir. Kini hanya tinggal seorang sahaja yang belum menemui ajal iaitu Badong. Kelana berjaya berjumpa Badong untuk membunuhnya dengan cermin sakti tersebut. Akhirnya, Badong berjaya ditewaskan oleh Kelana dan segala misinya tercapai. Kelana dan Atma dalam keadaan selamat manakala Balang yang menjadi bisu akibat lidahnya telah dipotong tempoh hari telah menyerahkan sekeping surat terhutang budi kepada Kelana. Kelana dan Atma menerima Balang sebagai sahabat.

Templat:Endspoiler

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ed Osmera sebagai Kelana
  • Mariati sebagai Atma
  • Dinda Sumantri sebagai Mahuguru Buana / Mahaguru Melewa
  • Ibrahim Sabtu sebagai ketua samseng desa
  • Tamam Idris sebagai Badong (Tok Penghulu)

Lagu[sunting | sunting sumber]

Tiada lagu runut bunyi di dalam filem ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.filemkita.com/filem/s/semerah_cindai_01.html