Semigelanggang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang matematik, semigelanggang ialah suatu struktur algebra yang menyerupai gelanggang, akan tetapi tidak menjadi keperluan bahawa setiap unsur perlu mempunyai songsangan penambahan.

Takrif[sunting | sunting sumber]

Semigelanggang ialah sebuah set R dilengkapi dengan dua operasi dedua + dan * atas R sebegitu rupa sehinggakan: