Seminar Fenomena Najis Mughallazah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seminar Fenomena Najis Mughallazah Dalam Dunia Kontemporari diadakan di Auditorium SIRIM, Shah Alam, Selangor pada hari Sabutu, 8 Ogos 2009. Tujuan seminar ini ialah agar dapat dijadikan tempat untuk berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan babi daripada perspektif bidang ilmu. Masyarakat juga dapat berkongsi kepakaran agar segala pertimbangan yang akan dibuat adalah berdasarkan fakta ilmiah yang jelas. Penyelesaian dapat dicari kerana ia menyentuh sensitiviti Melayu, hak asasi manusia serta kesan yang timbul daripada segi ekologi dan alam sekitar.

Najis Mughallazah bermaksud najis jenis berat. Babi adalah binatang yang haram dimakan oleh penganut agama Islam dan agama Yahudi.

Penganjur[sunting | sunting sumber]

Penganjurnya ialah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kertas kerja[sunting | sunting sumber]

Antara krtas kerja yang dibentang dan dikongsi bersama ialah :

  • "Standard Halal MS1500:2004 - Pengenalan" oleh Mohd Yusof Arbain dari SIRIM Berhad
  • "Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam Dan Agama-Agama Lain" oleh Rumaizi Ahmad (PUM Selangor)
  • "Penggunaan Babi Dalam Sains dan Teknologi" oleh Prof Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM).
  • "Keperluan Penternakan Babi Moden di Malaysia" oleh Prof Madya Dr Loh Teck Chwen (UPM)
  • "Bahan-bahan Babi dalam Kepenggunaan Menurut Pandangan Hukum Fiqah" oleh Zainal Abidin Jaafar dari Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC)
  • "Babi Dalam Pendidikan Veterinar: Suatu Panduan Menurut Fiqah" oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]