Semoga Abadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Semoga Abadi"
Single oleh Misha Omar
daripada album Misha
Dikeluarkan pada17 Julai 2003
FormatCD
GenrePop, jazz
Panjang-
SyarikatBMG Music Malaysia
PenulisAte M, Imaniar & Jossie Hitijahubessy
PenerbitTohpati
Kronologi single Misha Omar
"Terpana"
(2003)
"Semoga Abadi"
(2003)
"Pulangkan"
(2004)

Semoga Abadi merupakan single kelima daripada album sulung penyanyi Misha Omar. Lagu ini merupakan salah sebuah daripada 2 buah lagu yang diterbitkan oleh komposer terkenal Indonesia, Tohpati untuk album sulung Misha. Lagu ini menjadi popular secara underground biarpun siaran airplaynya tidak sehebat single-single awal daripada album tersebut. Lagu ini juga popular di Indonesia.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Disember 2010, seorang penyanyi Indonesia yang dikenali sebagai Imaniar menuduh Misha Omar mencuri duah buah karya lagu miliknya berjudul Semoga Abadi dan Jangan Berakhir.

Imaniar berkata, lagu ini dicipta pada tahun 2000 ketika terikat dengan kontrak yang ditawarkan oleh BMG Indonesia untuk penghasilan 2 buah album. Kemudian, kononnya beliau ciptakan lagu ini bersama Yossi Hitiyaubesi. Album yang memuatkan lagu ini berjudul Imaniar, tetapi hit single menggunakan judul Semoga Abadi disertakan dengan video klip, tetapi tidak popular di Indonesia atas alasan tidak dipromosikan. Imaniar menambah, suara asalnya juga digunakan dalam lagu tersebut tanpa sebarang kredit kepada komposer & penulis lirik lagu Semoga Abadi di CD.

Secara logiknya, isu ini adalah di antara Tohpati dan Imaniar, namun begitu tempiasnya terkena kepada Misha kerana dikatakan menciplak lagu tersebut walhal versi asal nyanyian Imaniar tidak semerdu versi Misha. Isu ini menjadi perdebatan hangat ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Indonesia dengan 4 - 2.