Semporna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semporna
سمڤورنا
Daerah dan Pekan
Pemandangan Pekan Semporna

Lambang
Sempornaسمڤورنا yang terletak di Borneo<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; left: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;">
[[Fail:Templat:Peta lokasi Borneo Topography|6x6px|Semporna
سمڤورنا|link=|alt=]]
Semporna
سمڤورنا
Koordinat: 4°29′0″N 118°37′0″E / 4.48333°U 118.61667°T / 4.48333; 118.61667
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Bahagian di Sabah Tawau
Populasi (2010)
 • Jumlah 133,164
Laman web www.sabah.gov.my/md.sprn www.sabah.gov.my/pd.sprn
Bangunan Majlis Daerah Semporna
Masjid Daerah Semporna

Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia di mana di sekelilingnya terdapat banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.

Sebahagian Pekan Semporna
Lapangan Terbang Semporna

Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau yang berasal dari Selatan , Barat Laut dan Вarat Ďaya di kepulauan Filipina.

Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Вajau iaitu tarian Іgal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini

Asal-usul nama Semporna[sunting | sunting sumber]

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).

Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti 'Hujung Hutan' dalam Bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Semporna yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna juga mempunyai banyak pulau-pulau di antaranya pulau terbesar iaitu Pulau Bum-bum.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]