Semua Salahku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semua Salahku
GenreKeluarga
Melodrama
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Nafiz Muaz
Intan Najuwa
Neera Azizi
Dayang Areeda
Lagu pembukaan"Perasaanku" oleh Fieya Julia
Lagu penutup"Perasaanku" oleh Fieya Julia
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Fariz Che Aziz
Nur Farhana Dato' Sri Zulkifli
PenerbitLt. Kol Bersekutu (PA) Dato' A. Aida
Datin Sri Noraini Abdul Jalil
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal11 Julai 2019 – 8 Ogos 2019
Kronologi
MengikutiAdam Chempaka
Diikuti olehTuan Danial

Semua Salahku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Fasha Sandha, Nafiz Muaz dan Intan Najuwa, Neera Azizi dan Dayang Areeda. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 11 Julai 2019 hingga 8 Ogos 2019 menggantikan Adam Chempaka.[1] Kesemua episod bagi drama ini juga boleh ditonton secara eksklusif di iflix.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Sofea, (Fasha Sandha) seorang anak yang derhaka pada ibunya yang bernama Fatimah (Fauziah Nawi) dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Harris (Nafiz Muaz). Ketika Harris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan. Walaupun begitu, duit gaji Sofea dihabiskan hanya untuk bergaya dan mencari suami kaya lantas meminggirkan keperluan Haris dan ibunya Fatimah. Harris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Harris mula bergaul dengan rakan yang salah iaitu Naim (Idham Maulana), seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana Harris mahu memenuhi kehendak Mira (Intan Najuwa) gadis yang diminatinya walaupun sudah dinasihati oleh rakan baik Harris sendiri Imran (Nafiez Zaidi) agar tidak berbuat demikian demi kebaikan Harris sendiri. Sofea pula sudah berjaya memikat Rosli (Syed Aiman), suami Yanti (Dayang Areeda) yang juga seorang pengurus kafe. Nasib Sofea ingin berkahwin dengan orang kaya malang apabila Yanti mengambil alih semula kafenya dari Rosli meninggalkan Rosli papa kedana. Suatu hari, Harris mula berang dan bertindak ganas setelah gagal mendapatkan duit dari Sofea sehingga sanggup menampar dan ingin membaling kerusi ke arah ibunya. Hassan (Zaidi Omar) yang datang ke rumah Sofea sedih dengan apa yang terjadi dan bertanya kenapa Sofea tidak langsung mengambil tahu perihal ibunya yang tinggal bersama Hassan. Hassan turut menasihatkannya supaya berbakti dengan ibu bapa. Harris akhirnya ditahan reman kerana kesalahan merompak di sebuah rumah. Natijahnya, Sofea pula menyesal dengan silapnya yang mengabaikan ibunya, bergegas ke rumah Hassan untuk memohon ampun tetapi malangnya, ibunya meninggal dunia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Siaran semula[sunting | sunting sumber]

  • Diulang siar di Slot Lestary TV3 bermula 12 Februari 2021

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Semua Salahku (TV3)". MyInfotaip. 10 Julai 2019.
  2. ^ "Tonton kesemua episod Semua Salahku di (iflix)". iflix. 11 Julai 2019.
TV3: Slot Lestary, Rabu–Jumaat, 9:00 malam
Sebelumnya Semua Salahku Berikutnya
Adam Chempaka Tuan Danial