Senarai pilihan raya kecil selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Terdapat 12 pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang diadakan pada 9 Mei 2018 lalu. Tambahan pula, PRK berkenaan mestilah dilaksanakan atas alasan-alasan munasabah iaitu kematian penyandang, perletakkan jawatan dan perintah mahkamah.

Parti Bertanding[sunting | sunting sumber]

Parti Yang Menang[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Parti
2018 DUN Sungai Kandis PH-PKR
DUN Seri Setia PH-PKR
Dun Balakong PH-DAP
Parlimen Port Dickson PH-PKR
2019 Parlimen Cameron Highlands BN
DUN Semenyih BN-UMNO
DUN Rantau BN-UMNO
Parlimen Sandakan PH-DAP
Parlimen Tanjung Piai BN-MCA
2020 Parlimen Kimanis BN-UMNO
DUN Chini BN-UMNO

Bilangan Undi Berdasarkan Parti[sunting | sunting sumber]

Pakatan Harapan dan sekutu (Parti Warisan Sabah)[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai undian yang diperolehi oleh Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dari Parti Warisan Sabah.

Tahun Kawasan Parti Undian
2018 DUN Sungai Kandis PH-PKR 15,427
DUN Seri Setia PH-PKR 13,725
DUN Balakong PH-DAP 22,508
Parlimen Port Dickson PH-PKR 31,016
2019 Parlimen Cameron Highlands PH-DAP 8,800
DUN Semenyih PH-Bersatu 17,866
DUN Rantau PH-PKR 5,887
Parlimen Sandakan PH-DAP 16,012
Parlimen Tanjung Piai PH-Bersatu 10,380
2020 Parlimen Kimanis WARISAN 10,677
DUN Chini Tidak bertanding

Barisan Nasional dan Parti Islam Se-Malaysia[sunting | sunting sumber]

Gabungan Muafakat Nasional merupakan gabungan yang tidak rasmi. Namun, BN dan PAS saling bertoleransi sesama sendiri dalam pembahagian kerusi semasa pilihan raya kecil berlaku.

Tahun Kawasan Parti Undian
2018 DUN Sungai Kandis BN-UMNO 9,585
DUN Seri Setia PAS 9,698
DUN Balakong BN-MCA 3,975
Parlimen Port Dickson PAS 7,456
2019 Parlimen Cameron Highlands BN 12,038
DUN Semenyih BN-UMNO 19,780
DUN Rantau BN-UMNO 10,397
Parlimen Sandakan Tidak bertanding
Parlimen Tanjung Piai BN-MCA 25,486
2020 Parlimen Kimanis BN-UMNO 12,706
DUN Chini BN-UMNO 13,872

Lain-Lain Parti[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Parti Undian
2018 DUN Sungai Kandis Tiada yang bertanding
DUN Seri Setia Tiada yang bertanding
DUN Balakong Tiada yang bertanding
Parlimen Port Dickson Tiada yang bertanding
2019 Parlimen Cameron Highlands Tiada yang bertanding
DUN Semenyih PSM 847
DUN Rantau Tiada yang bertanding
Parlimen Sandakan PBS 4,491
Parlimen Tanjung Piai Gerakan 1,707
BERJASA 850
2020 Parlimen Kimanis Tiada yang bertanding
DUN Chini Tiada yang bertanding

Bebas[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Bilangan Undian
2018 DUN Sungai Kandis 1 orang 97
DUN Seri Setia Tiada yang bertanding
DUN Balakong Tiada yang bertanding
Parlimen Port Dickson 5 orang 5,017
2019 Parlimen Cameron Highlands 2 orang 590
DUN Semenyih 1 orang 725
DUN Rantau 2 orang 162
Parlimen Sandakan 3 orang 1,092
Parlimen Tanjung Piai 2 orang 412
2020 Parlimen Kimanis Tiada yang bertanding
DUN Chini 2 orang 1,359

Peratus Mengundi[sunting | sunting sumber]

Jumlah pengundi ialah 295,490.

Parti Jumlah Undi Peratus
Pakatan Harapan 152,298 51.54
Barisan Nasional 107,839 36.49
Parti Islam Se-Malaysia 17,154 5.81
Parti Bersatu Sabah 4,491 1.52
Parti Gerakan Rakyat Malaysia 1,707 0.58
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia 850 0.29
Parti Sosialis Malaysia 847 0.29
Bebas 10,304 3.49

Pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis 2018[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil (PRK) ADUN Sungai Kandis di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU-14). Pada mulanya, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Mat Suhaimi Shafiei , 50 tahun (PKR) yang meninggal dunia akibat barah limfoma pada 2 Julai 2018 lalu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari penamaan calon diadakan pada 21 Julai 2018 manakala hari mengundi juga diadakan pada 4 Ogos 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berjaya mengekalkan kemenangan PKR dengan memperolehi majoriti 5,842 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
PH-PKR Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni 15,427 Menang
BN-UMNO Dato Lokman Noor Adam 9,585 Kalah
Bebas K.Murthy PJK 97 Hilang Deposit

Pilihan raya kecil DUN Balakong 2018[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil ADUN Balakong di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang kedua selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Eddie Ng Tien Chee, 40 tahun (DAP) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2018 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala, hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Wong Siew Ki berjaya mengekalkan kemenangan DAP dengan memperolehi majoriti sebanyak 18,533 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:[1]

Parti Nama Calon Undi Keputusan
PH-DAP Wong Siew Ki 22,508 Menang
BN-MCA Tan Chee Teong 3,975 Kalah

Pilihan raya kecil DUN Seri Setia 2018[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil ADUN Seri Setia di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang ketiga selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, 56 tahun (PKR) yang meninggal dunia akibat kanser usus tahap 4 pada 2 Ogos 2018 lalu. Menurut SPR, sama seperti PRK ADUN Balakong, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Halimey Abu Bakar berjaya mengekalkan kemenangan PKR dengan memperolehi majoriti sebanyak 4,027 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
PH-PKR Halimey Abu Bakar 13,725 Menang
PAS Dr Halimah Ali 9,698 Kalah

Pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson 2018[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil Port Dickson 2018 di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang keempat selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya Laksamana Muda Dato’ Danyal Balagopal Abdullah (B) (PKR) telah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pada 12 September 2018 lalu. Pada 24 September 2018, BN telah memboikot PRK ini dengan tidak meletakkan calonnya kerana keputusan PKR mengosongkan kerusi Parlimen sebagai cara tidak demokratik. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 29 September manakala hari pengundian awal pada 9 Oktober dan hari mengundi pada 13 Oktober 2018. Pada malam keputusan, Dato Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi parlimen itu dengan memperoleh majoriti sebanyak 23,560 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
PH-PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 31,016 Menang
PAS Lt. Kol. (B) Nazari Mokhtar 7,456 Kalah
Bebas Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad 4,230 Hilang Deposit
Bebas Stevie Chan Keng Leong 337 Hilang Deposit
Bebas Lau Seck Yan 214 Hilang Deposit
Bebas Kan Chee Yuen 154 Hilang Deposit
Bebas Mohd Saiful Bukhari Azlan 82 Hilang Deposit

Pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands 2019[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kelima selepas PRU ke-14. PRK ini diadakan berikutan pada 1 Disember 2018, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang diadakan pada PRU-14 lalu adalah terbatal. Mahkamah mendapati Sivarraajh (BN) bersalah menyuap antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi masyarakat Orang Asli sebelum pilihan raya itu ditubuhkan di luar keraguan munasabah dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon PH-DAP, M. Manogaran. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 26 Januari 2019 manakala mengundi awal pada 22 Januari dan kemudian, hari pengundian pada 26 Januari 2019. Pada malam keputusan PRK ini, calon BN, Ramli Mohd Noor berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu dengan memperolehi majoriti besar sebanyak 3,238 undi dan mencipta sejarah sebagai calon tunggal Orang Asli ke Parlimen.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
Barisan Nasional Ramli Mohd Nor 12,038 Menang
PH-DAP Manogaran Marimuthu 8,800 Kalah
Bebas Haji Salehuddin Haji Abdul Talib 314 Hilang Deposit
Bebas Wong Seng Yee 276 Hilang Deposit

Pilihan raya kecil DUN Semenyih 2019[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Semenyih di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang keenam selepas PRU ke-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar bin Mohd Nor, 57 tahun (BERSATU) akibat serangan jantung pada 11 Januari 2019 lalu. Menurut SPR, penamaan calon diadakan pada 16 Februari manakala pengundian awal pada 26 Februari dan kemudian, hari mengundi pada 2 Mac 2019. Pada malam keputusan, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi memenangi kerusi ADUN dengan memperoleh sebanyak 1,914 undi dan berjaya merampas kerusi bagi kawasan ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) buat kali pertama sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018 lalu.

Berikut merupakan keputusan rasmi:[2]

Parti Nama Calon Undi Keputusan
BN-UMNO Zakaria Hanafi 19,780 Menang
PH-PPBM Muhammad Aiman Zainali 17,866 Kalah
PSM Nik Aziz Afiq Abdul 847 Hilang Deposit
Bebas Kuan Chee Heng 725 Hilang Deposit

Pilihan raya kecil DUN Rantau 2019[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Rantau di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. PRK ini diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU-14 lalu tidak sah dan terbatal. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 30 Mac manakala hari pengundian awal pada 9 April dan kemudian, hari mengundi pada 13 April 2019. Pada malam keputsan, calon Barisan Nasional (BN), Dato Seri Mohamad Hasan sekali lagi memenangi dan mengekalkan kerusi ADUN itu dengan memperolehi majoriti sebanyak 4,510 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi[3]

Parti Nama Calon Undi Keputusan
BN-UMNO Mohamad Haji Hasan 10,397 Menang
PH-PKR Dr Streram Sinnasamy 5,887 Kalah
Bebas Malar Rajaram 83 Hilang Deposit
Bebas Mohd Nor Yassin 79 Hilang Deposit

Pilihan raya kecil Parlimen Sandakan 2019[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Sandakan di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang kelapan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong, 65 tahun (DAP) yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Mac 2019 lalu. Pada 23 April 2019, BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bagi kawasan Parlimen Sandakan kerana BN masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana PRK di Sabah selepas mereka kehilangan negeri berkenaan dalam PRU-14 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 27 April manakala hari mengundi awal pada 7 Mei dan kemudian, hari pengundian pada 11 Mei 2019.Pada malam keputusan, calon DAP, Vivian Wong Shir Yee berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu yang disandang oleh bapanya dan memperolehi majoriti besar sebanyak 11,521 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
PH-DAP Vivian Wong Shir Yee 16,012 Menang
PBS Linda Tsen Thau Lin 4,491 Kalah
Bebas Haji Hamzah Haji Abdullah 788 Hilang Deposit
Bebas Chia Siew Yung 178 Hilang Deposit
Bebas Sulaiman bin Abdul Samat 126 Hilang Deposit

Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai 2019[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai di negeri Johor merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun (BERSATU) yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 September 2019 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 2 November manakala hari mengundi awal pada 12 November dan kemudian, hari pengundian pada 16 November 2019. Pada malam keputusan, calon Barisan Nasional (BN), Dato Wee Jeck Seng berjaya memenangi kerusi parlimen itu sebanyak 15,086 undi dan merampas balik kerusi bagi kawasan Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) buat kali pertama sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018 lalu.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
BN-MCA Dato' Wee Jeck Seng 25,486 Menang
PH-PPBM Hj Karmaine Sardini 10,380 Kalah
Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 Hilang Deposit
BERJASA Prof Dato Ir Hj Badrulamin 850 Hilang Deposit
Bebas Ang Chuan Lock 380 Hilang Deposit
Bebas Farah Aryani 32 Hilang Deposit

Pilihan raya kecil Parlimen Kimanis 2020[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Kimanis di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang kesepuluh selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan pada 2 Disember 2019, Makhamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memutuskan kemenangan Dato Seri Anifah Aman (UMNO) adalah tidak sah dan terbatal selepas petisyen yang difailkan oleh calon lawan WARISAN yang mendakwa ada kertas undi tambahan pada kotak undi sewaktu PRU-14 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 4 Januari manakala hari pengundian awal pada 14 Januari dan kemudian, hari pengundian pada 18 Januari 2020. Pada malam keputusan, calon BN, Datuk Mohamad Alamin berjaya memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti sebanyak 2,029 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
BN-UMNO Datuk Mohamad Alamin 12,706 Menang
PH-WARISAN Datuk Karim Bujang 10,677 Kalah

Pilihan raya kecil DUN Chini 2020[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Chini di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kesebelas selepas PRU-14. Tambahan pula, PRK ADUN Chini ini juga adalah pilihan raya kecil pertama sejak pertukaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada Pakatan Harapan (PH) pada 1 Mac lalu selepas Krisis Politik Malaysia yang berlaku pada akhir Februari 2020 lalu. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60 tahun, (UMNO), akibat serangan jantung pada 6 Mei 2020 lalu. Pada 6 Jun 2020, Pakatan Harapan (PH) memutuskan bahawa PKR tidak meletakkan calon bagi kawasan DUN Chini kerana kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun manakala hari pengundian awal pada 30 Jun dan kemudian, hari pengundian pada 4 Julai 2020. Pada malam keputusan, calon BN, Mohd Sharim Mohd Zain berjaya mencapai kemenangan beliau di kawasan DUN Chini dengan majoriti sebanyak 12,650.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Parti Nama Calon Undi Keputusan
BN-UMNO Mohd Sharim Mohd Zain 13,872 Menang
BEBAS Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin 1,222 Kalah
BEBAS Mohd Shukri Mohd Ramli 137 Kalah

Pilihan raya kecil DUN Slim 2020[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Kecil Slim di negeri Perak merupakan pilihan raya kecil yang kedua belas selepas PRU-14. Tambahan pula, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59 tahun, (UMNO), yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai 2020 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 15 Ogos manakala hari mengundi awal pada 25 Ogos dan hari pengundian pada 29 Ogos 2020.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Pilihan raya negeri Perak : DUN Slim
Tahun Kawasan Parti Calon Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2020 DUN Slim, Perak UMNO Mohd Zaidi Aziz 13,060 68.4% 10,945
Bebas Amir Khusyairi Mohd Tanusi 2,115
Bebas Santhara Sekaran Subramaniam 276

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi 2020[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang ketiga belas selepas PRU-14. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong (Warisan), yang meninggal dunia pada 2 Oktober 2020.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.spr.gov.my/sites/default/files/Keputusan%20Akhir%20PRK%20N.27%20Balakong_0.pdf
  2. ^ Syed Umar Ariff (March 2, 2019). "Semenyih by-election: PH needs to get out of comfort zone". New Straits Times.
  3. ^ http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1716176

Lihat juga[sunting | sunting sumber]