Sultan Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Senarai Sultan Selangor)
Sultan Selangor
سلطان سلاڠور
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
sejak 22 November 2001
kemahkotaan 8 Mac 2003
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Raja Muda Selangor

(Pewaris Takhta Pertama Kesultanan Selangor Darul Ehsan)
Raja pertamaSultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak


Sultan Selangor Pertama
Wangsa Diraja
Bugis Luwu

Opu Daeng Chelak
Pembentukan1743; 281 tahun yang lalu (1743)
PersemayamanIstana Alam Shah, Klang
Laman sesawangwww.selangor.gov.my/index.php/pages/view/125
Istana Sultan Selangor di Klang
Panji peribadi Sultan Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor merupakan gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sultan Selangor merupakan ketua agama Islam di negeri baginda. Baginda juga merupakan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan[sunting | sunting sumber]

Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan Melayu Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.

Senarai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini :

Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Tengkolok Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Selangor
Bilangan Yang di-Pertuan Besar Selangor Pemerintahan
1 Yamtuan Besar Selangor I Raja Lumu ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak 1743 - 1766
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor [1] [2]
Bilangan Sultan Selangor Pemerintahan
1 Sultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak

Dikenali sebagai Yamtuan Besar Selangor I Raja Lumu

1766 - 1782
2 Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah 1782 - 1826
3 Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah 1826 - 1857
4 Sultan Sir Abdul Samad Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah 1857 - 1898
5 Sultan Sri Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Selangor Raja Haji Musa 1898 - 1938
6 Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah 1938 - 1942 (kemahkotaan pertama)
1945 - 1960 (kemahkotaan kedua)
7 Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah 1942 - 1945
8 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj 1960 - 2001
9 Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj 2001 - kini

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • J.M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9679948102.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]