Senarai watak Heroes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Senarai Watak Utama Heroes)
Jump to navigation Jump to search

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Nama Musim Penampilan Gambar Dibintangi oleh Ringkasan Watak
Isaac Mendez 1 Issac Mendeza.jpg Santiago Cabrera Pelukis yang tinggal di Bandaraya New York yang dapat menghasilkan lukisan berkenaan peristiwa masa hadapan. Beliau juga menulis dan melukis Komik berjudul Keajaiban Ke-9 (9th Wonder) yang turut mengambarkan kejadian akan datang.

Isaac akhirnya mati di bunuh oleh Sylar yang ingin merampas kuasanya.

Simone Deveaux 1 Simone.jpg Tawny Cypress Penjual barangan seni yang mempunyai masalah dalam menjalinkan hubungan bersama Isaac.

Simone mati ditangan Isaac yang tidak sengaja tertembak Simone, yang pada masa itu ingin membunuh Peter yang dalam keadaan halimunan.

Micah Sanders 1, 2, 3 Micah s.jpg Noah Gray-Cabey anak kepada D.L dan Niki, mempunyai kuasa teknopat, yang memberikannya kawalan ke atas isyarat eletrikal kepada mesin dan alat elektronik. Salah seorang pembaca "9th Wonders!".
Niki Sanders 1, 2 Niki.jpg Ali Larter isteri kepada D.L dan ibu kepada Micah. Bekas penari bogel di Internet dari Las Vegas dengan kuasa 'alter ego' yang memberikannya kuasa manusia-super apabila pesonaliti keduanya,Jessica muncul.

Niki terbunuh dalam satu letupan ketika ingin menyelamatkan Monica.

Hiro Nakamura 1, 2, 3 Hiro n.jpg Masi Oka Seorang pengaturcara komputer. Berkebolehan menghentikan dan menukar masa. Juga mampu mengembara ke masa hadapan atau masa lampau. Anak kepada Kaito, salah seorang pengasas The Company.
Claire Bennet 1, 2, 3 Claire.jpg Hayden Panettiere Ketua kumpulan sorak Sekolah Tinggi di Odesa, Texas. Mempunyai kebolehan menyembuhkan diri sendiri dan tidak boleh tua atau mati. Gadis ini merupakan anak angkat kepada Noah Bennet dan merupakan anak kandung kepada Nathan Petrelli.
Nathan Petrelli 1, 2, 3 Nathan1a.jpg Adrian Pasdar Bekas calon Ahli Kongras dan bapa kandung kepada Claire Bennet. Berkemampuan untuk terbang..
Mohinder Suresh 1, 2, 3 Mohinder.jpg Sendhil Ramamurthy seorang professor genetik yang berasal dari India yang menjelajah ke New York untuk menyiasat kematian ayahnya, Chandra Suresh. Melalui penyelidikannya, dia menemui ramai manusia dengan kuasa istimewa ini. Kini dia juga mempunyai kebolehan kerana menyuntik formula ke dalam badannya. Dia mempunyai kekuatan luar biasa.
Peter Petrelli 1, 2, 3 Peter Petrelli heroes.jpg Milo Ventimiglia seorang bekas jururawat dan adik kepada Nathan. Dia mempunyai kuasa empati yang membolehkan dirinya untuk menyerap kuasa orang lain yang telah mendekatinya dan boleh menggunakan kuasa-kuasa tersebut pada kehendaknya dengan melahirkan perasaan untuk mereka yang merupakan asal kepada kuasa tersebut. Peter mampu menyimpan lebih dari satu kuasa.

Tetapi pada musim ke-3, kuasanya menjadi terhad di mana dia boleh meniru kuasa orang lain dengan sentuhan. Namun, tidak seperti dahulu, Peter tidak boleh menyimpan lebih dari satu kuasa. Jika dia menyentuh orang lain, kuasa yang terdahulu akan lenyap.

Ando Masahashi 1, 2, 3 Ando.jpg James Kyson Lee Kawan sekerja kepada Hiro Nakamura's friend dan menemaninya sepanjang pengembaraannya. Tiada kuasa luarbiasa pada permulaan cerita. tetapi pada musim ke-3, beliau telah menyuntik dirinya dengan satu formula dan kini juga mempunyai kuasa. Kuasanya ialah mampu mengecas kuasa orang lain hingga kuasa orang tersebut menjadi lebih kuat.
Matt Parkman 1, 2, 3 Matt p.jpg Greg Grunberg Bekas Pegawai Polis di Los Angeles dengan kebolehan mendengar fikiran manusia dan dengan kebolehan itu juga mampu mengawal tindakan mereka. Kini beliau berkhidmat sebagai detektif di Jabatan Polis New York (NYPD) dan pengawal kepada Molly Walker.
D.L. Hawkins 1, 2 DL.jpg Leonard Roberts Bekas pekerja binaan dan ketua samseng yang berkemampuan menembusi objek. Beliau merupakan suami kepada Niki dan bapa kepada Micah. D.L. menjadi anggota bomba dan mendapat pingat jasa kerana menyelamatkan seorang mangsa yang terperangkap di dalam kebakaran.

D.L. dibunuh oleh seorang lelaki di kelab malam kerana cuba menghalang Niki (ketika itu di bawah kawalan Jessica) dan membawa Niki pulang kerumah.

Noah Bennet 1, 2, 3 Noah.jpg Jack Coleman ayah angkat kepada Claire Bennet yang bekerja di Primatech Paper Company, yang mana merupakan sebuah operasi penyamaran untuk sebuah organisasi yang memantau dan menyelidik manusia dengan kuasa istimewa dalam siri ini.
Tracy Strauss 3 Tracy.jpg Ali Later Bekas penasihat politik dan kemudiannya bekerja sebagai penasihat senator kepada Nathan Petrelli. Salah seorang dari kembar tiga bersama Niki dan Barbara. Kebolehannya ialah mampu membekukan objek yang disentuh.
Elle Bishop 2, 3 Elle b.jpg Kristen Bell Wanita berumur 24 tahun ini berkerja di sebuah syarikat yang dikenali sebagai The Company. Bapanya Bob Bishop merupakan ketua kepada syarikat tersebut. Mempunyai kebolehan memanupulasi kuasa elektrik.

Elle mati di bunuh oleh Sylar.

Angela Petrelli 1, 2, 3 Angela.jpg Christine Rose Satu-satunya pengasan The Company yang masih hidup. Ibu kepada Nathan dan Peter. Mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan melalui mimpi. Kini, Angela merupakan ketua bagi The Company setelah kematian Bob Bishop.
Sandra Bennet 1, 2, 3 Sandra b.jpg Ashley Crow Ibu angkat kepada Claire dan juga suami kepada Noah. Pada mulanya, watak Sandra hanyalah watak sampingan dan menjalani hidup biasa sebagai suri rumah. Setelah mengetahui rahsia mengenai Noah dan Claire dan beberapa lagi orang yang mempunyai kebolehan, Sandra pun banyak membantu Claire.
Monica Dawson 2 Monica d.jpg Dana Davis Pekerja restoran Burger Bonanza di New Orleans. Merupakan anak saudara kepada D.L. Hawkin dan sepupu kepada Micah. Monica berkebolehan mengingati sesuatu dan dapat mengulangi gerakan yang disaksikan.
Maya Herrera 2, 3 Maya h.jpg Dania Ramirez Berasal dari Amerika Tengah dan lari ke Amerika kerana dikehendaki atas tuduhan membunuh. Sekiranya Maya merasa rungsing, dia berkebolehan menghasilkan penyakit yang boleh membawa maut melalui tangisannya yang boleh merebak kepada orang ramai yang berasa di sekitarnya kecuali saudara kembarnya Alejandro yang boleh mengubatinya.

Kuasa Maya telah hilang kerana ia telah dirampas oleh Arthur Petrelli. Kini Maya menjadi manusia normal.

Adam Monroe/Takezo Kensei 2, 3 Adam m.jpg David Anders Berbangsa British yang dianggap sebagai Lagenda Pahlawan Kensei di Zaman Feudal di Jepun. Mempunyai kuasa menyembuh yang membuatkannya kebal, sama seperti Claire.

Adam mati ditangan Arthur, yang merampas kuasanya.

Sylar 1, 2, 3 Sylar.jpg Zachary Quinto Nama sebenarnya ialah Gabriel Gray. Beliau merupakan pembunuh bersiri yang mencari individu yang mempunyai kuasa luar biasa dan membunuhnya untuk mengambil kuasa mereka. Sylar mampu merampas kuasa orang lain dengan membelah kepala mangsanya dan melihat otak mangsanya untuk memahami bagaimana kuasa tersebut berfungsi.

Watak Tambahan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai watak tambahan dalam siri Heroes. Walaupun watak mereka kecil dan muncul ssekejap sahaja, tetapi watak-watak ini sebenarnya memainkan peranan penting kepada watak utama dan jalan cerita Heroes.

Ada sesetengah watak yang mempunyai kaitan dengan masa lampau watak utama atau jalan cerita Heroes ini sendiri.