Senarai baka anjing polis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Yang berikut ialah senarai baka anjing yang merupakan atau telah digunakan sebagai bantuan dalam angkatan polis. Ada sebilangan kerja berlainan yang boleh dilakukan oleh anjing polis, termasuk penguatkuasaan perintah awam, pengesanan bahan haram, penjejakan, dan pencarian kadaver atau orang yang terselamat. Sesetengah angkatan polis menggunakan hanya satu baka anjing untuk setiap tugasan ini daripada sebaliknya menggunakan, contohnya, satu baka untuk penjejakan dan satu lagi untuk pengesanan bahan haram. Dalam sesetengah kes, seekor anjing tunggal boleh dilatih dan digunakan dalam sebilangan tugasan ini.

Anjing penguatkuasaan perintah awam[sunting | sunting sumber]

Anjing ini mempunyai kerja pengejaran suspek berlari dan penahanan suspek sehingga pegawai polis tiba; atau menahan suspek daripada sesetengah tingakan dengan ancaman anjing dilepaskan dan menyebabkan kesakitan. Ini ialah imej tradisional anjing polis.

Anjing pengesanan bahan haram[sunting | sunting sumber]

Anjing ini duduk dengan jurulatihnya di lapangan terbang dan hab pengangkutan lain, membaui penumpang dari jauh untuk mengesan bahan haram yang mungkin dibawa oleh seseorang di dalam bagasi atau item bawa terus. Bahan-bahan tersebut paling biasanya merupakan dadah dan bahan letupan, tetapi banyak negara juga melarang item makanan asing.

Anjing penjejakan[sunting | sunting sumber]

Anjing ini digunakan untuk membau jejak orang atau objek hilang.

Anjing pembauan kadaver[sunting | sunting sumber]

Anjing ini dilatih untuk mengesan bau badan mereput untuk mencari mayat dan sisa manusia. Hidungnya sungguh peka ia diketahui boleh membau mayat dari bawah air mengalir.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]