Pergi ke kandungan

Senarai bendera Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Malaysia berkibar megah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Laman ini memuatkan senarai bendera-bendera am di Malaysia.

Bendera Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Bendera kebangsaan Malaysia dan variasinya digunakan dalam pelbagai konteks rasmi, termasuk kegunaan awam dan kerajaan.

Jalur Gemilang
Digunakan sejak tahun 1963 hingga kini

Empat belas jalur mengufuk berwarna merah dan putih dengan kanton biru yang mengandungi bulan sabit dan bintang pecah 14, melambangkan perpaduan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.


Bendera Gegantung Malaysia
Digunakan sejak tahun 1963 hingga kini

Versi menegak Jalur Gemilang dengan empat belas jalur mencancang merah dan putih serta kanton biru yang sama.


Bendera Tetunggal Awam
Digunakan sejak tahun 1963 hingga kini

Bendera merah dengan kanton Jalur Gemilang bersempadan biru, digunakan bagi kegunaan awam khususnya di laut.


Bendera Tetunggal Kerajaan
Digunakan sejak tahun 1963 hingga kini

Bendera biru dengan kanton Jalur Gemilang, digunakan oleh kapal atau institusi kerajaan Malaysia.


Kesemua variasi bendera ini berasaskan Jalur Gemilang sebagai simbol utama negara, yang melambangkan perpaduan, kedaulatan dan identiti Malaysia.

Bendera Diraja

[sunting | sunting sumber]

Bendera diraja atau panji diraja digunakan sebagai simbol rasmi bagi ketua negara dan pemerintah negeri, serta dikibarkan apabila baginda berada di sesuatu tempat.

Panji Yang di-Pertuan Agong
Digunakan sejak tahun 1988 hingga kini

Jata Negara dikelilingi dua rangkai bunga padi berwarna kuning pada latar kuning, melambangkan kedaulatan dan kedudukan tertinggi baginda sebagai Ketua Utama Negara.


Panji Raja Permaisuri Agong
Digunakan sejak tahun 1988 hingga kini

Jata Negara dikelilingi dua rangkai bunga padi berwarna kuning pada latar hijau sebagai simbol permaisuri negara.


Versi lengkap

[sunting | sunting sumber]

Senarai berikut merangkumi panji diraja bagi pemerintah Persekutuan dan negeri-negeri di Malaysia.

Panji Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Jata Negara pada dua jalur mendatar kuning dan biru, digunakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau Pemangku Raja.


Panji Sultan Johor

Latar putih dengan bulan sabit biru dan bintang berbucu sembilan.


Panji Permaisuri Johor

Latar biru dengan jalur pepenjuru putih serta bulan sabit dan bintang putih.


Panji Sultan Kedah

Jata Kedah dikelilingi dua tangkai padi pada latar kuning.


Panji Sultan Kelantan

Jata peribadi Sultan Kelantan pada latar dua jalur mendatar putih dan merah.


Panji Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Jata peribadi dalam bulatan hitam dikelilingi bentuk berlian merah pada latar kuning.


Panji Sultan Pahang

Jata Negeri Pahang dikelilingi dua tangkai padi pada latar putih.


Panji Sultan Perak

Jata peribadi Sultan Perak pada latar putih, digunakan di kediaman rasmi baginda.


Panji Raja Perlis

Jata Perlis pada latar kuning.


Panji Raja Permaisuri Perlis

Latar kuning dengan jata Perlis dalam kanton biru.


Panji Sultan Selangor

Latar kuning dengan jata peribadi Sultan Selangor serta bulan sabit dan bintang dalam kanton merah.


Panji Tengku Permaisuri Selangor

Bulan sabit dan bintang pada latar kuning dengan jalur merah di sebelah kiri.


Panji Sultan Terengganu

Jata peribadi Sultan Terengganu dengan dua tangkai padi pada latar putih dan sempadan berwarna perang.


Panji Sultanah Terengganu

Jata peribadi Sultanah Terengganu dikelilingi dua tangkai padi pada latar kuning.


Panji diraja melambangkan kedaulatan, kuasa serta identiti institusi beraja di Malaysia, dan digunakan dalam upacara rasmi serta kehadiran diraja.

Bendera Ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Diraja Malaysia
Bendera merah dengan lambang Tentera Darat Diraja Malaysia serta kanton Jalur Gemilang bersempadan hitam.

Tentera Udara Diraja Malaysia
Bendera biru muda dengan Bintang Persekutuan serta kanton Jalur Gemilang.

Tentera Laut Diraja Malaysia
Bendera putih dengan keris bersilang dan sauh biru serta kanton Jalur Gemilang bersempadan merah.

TLDM (1963–1968)
Palang merah pada latar putih dengan kanton Jalur Gemilang bersempadan hitam.

Tentera Laut Diraja Malaya (1957–1963)
Palang merah pada latar putih dengan kanton bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Standard & Panji Utama

[sunting | sunting sumber]

Angkatan Tentera Malaysia
Tiga jalur biru langit, merah dan biru dengan lambang ATM.

Panglima Angkatan Tentera
Tiga jalur biru-merah-biru dengan lima bintang emas.

Ketua TUDM
Latar biru dengan lambang udara dan bintang serta Jalur Gemilang di kanton.

Panglima TLDM
Keris bersilang dan sauh dengan empat bintang biru.

Bendera Penguatkuasaan Undang-undang

[sunting | sunting sumber]
Polis Diraja Malaysia
1998–kini
Bendera Polis Diraja Malaysia
Padang biru tua dengan lambang Polis Diraja Malaysia.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
2005–kini
Ensign Pengawal Pantai Malaysia
Padang biru dengan Puncak Pengawal Pantai Malaysia, dengan bendera Malaysia di kan ton.

Bendera Negeri - Negeri Di Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Bendera Wilayah Sarawak, di tempat Perhentian Teksi, di Bandaraya Kuching.

[1]

Negeri-Negeri Di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Perlis
Sejak 1870 hingga kini
Bendera dwiwarna mengufuk berwarna kuning dan biru.
Warna kuning melambangkan Raja. Warna biru melambangkan rakyat. Bendera ini membawa maksud kerjasama erat antara Raja dan rakyat Baginda.

Kedah
Sejak 1912 hingga kini
Bendera merah berlambangkan jata negeri Kedah di bahagian atas kepala bendera.
Merah ialah warna kebangsaan Kedah yang diwarisi turun-temurun. Padi melambangkan kemakmuran. Anak bulan hijau melambangkan Islam. Perisai melambangkan Raja melindungi rakyat daripada kezaliman.

Pulau Pinang
Sejak 1957 hingga kini
Bendera triwarna mencacang biru muda, putih dan kuning dengan pohon pinang.
Biru muda melambangkan laut. Putih melambangkan keamanan. Kuning melambangkan kemakmuran. Pohon pinang ialah asal nama negeri.

Perak
Sejak 1879 hingga kini
Bendera triwarna putih, kuning dan hitam.
Putih melambangkan Sultan Perak. Kuning melambangkan Raja Muda. Hitam melambangkan Raja Di Hilir.

Kelantan
Sejak 1924 hingga kini
Bendera merah dengan lambang putih.
Merah melambangkan kejujuran rakyat dan Raja. Putih melambangkan kesucian Raja.

Terengganu
Sejak 1947 hingga kini
Bendera hitam berbingkai putih dengan anak bulan dan bintang putih.
Bingkai putih melambangkan kedaulatan Sultan. Hitam melambangkan rakyat dan tanah. Anak bulan dan bintang melambangkan Islam. Warna hitam juga melambangkan wangsa Bendahara.

Pahang
Sejak 1903 hingga kini
Bendera dwiwarna putih dan hitam.
Hitam melambangkan wangsa Bendahara. Putih melambangkan kedaulatan Raja. Ini menandakan Pahang mempunyai kedaulatan sendiri dan sistem beraja.

Selangor
Sejak 1965 hingga kini
Bendera bersuku merah dan kuning dengan anak bulan dan bintang putih.
Merah dan kuning melambangkan tenaga negeri. Anak bulan dan bintang melambangkan Islam. Putih melambangkan kesucian Islam.

Negeri Sembilan
Sejak 1895 hingga kini
Bendera kuning dengan bahagian serong merah dan hitam.
Kuning melambangkan Yang di-Pertuan Besar. Merah melambangkan rakyat. Hitam melambangkan Datuk Undang.

Melaka
Sejak 1961 hingga kini
Bendera merah dan putih dengan kanton biru serta anak bulan dan bintang kuning.
Warna melambangkan Malaysia. Anak bulan dan bintang melambangkan Islam sebagai agama negeri dan negara.

Johor
Sejak 1871 hingga kini
Bendera biru tua dengan kanton merah dan anak bulan serta bintang putih.
Putih melambangkan Raja dan Islam. Merah melambangkan hulubalang. Biru tua melambangkan kerajaan negeri.

Sarawak
Sejak 1988 hingga kini
Bendera kuning dengan jalur serong hitam dan merah serta bintang pecah sembilan.
Merah melambangkan keberanian. Kuning melambangkan perpaduan dan perundangan. Hitam melambangkan sumber asli. Bintang melambangkan sembilan bahagian dan cita-cita rakyat.

Sabah
Sejak 1988 hingga kini
Bendera biru, putih dan merah dengan kanton bergambar Gunung Kinabalu.
Biru melambangkan perpaduan. Putih melambangkan keadilan. Merah melambangkan keberanian. Gunung Kinabalu melambangkan negeri Sabah.

Wilayah Persekutuan

[sunting | sunting sumber]

Bendera rasmi bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia telah diperakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia pada 20 Ogos 2006. Bendera ini digunakan dan dikibarkan di banyak majlis rasmi yang diadakan di Wilayah Persekutuan misalnya ketika hari sukan negara, pembarisan kontinjen dan Hari Wilayah Persekutuan.[2]

Bendera bersejarah

[sunting | sunting sumber]
BenderaTarikh (abad)KegunaanKeteranganMaksud
1950 – 1963Bendera Persekutuan Tanah MelayuSebelas jejalur mengufuk merah dan putih dengan kanton biru berlambangkan anak bulan dan bintang pecah sebelas berwarna kuning.
1950 – 1963Bendera gegantung Persekutuan Tanah MelayuSebelas jejalur mencacang merah dan putih dengan pengepala biru berlambangkan anak bulan dan bintang pecah sebelas berwarna kuning.

Bendera-Bendera Kesultanan Yang Pernah Menakluki Bahagian-Bahagian Tertentu Di Malaysia

Bendera:
Tarikh (abad): abad ke-15 – 1888
Kegunaan: Bendera Empayar Brunei, memerintah di kebanyakan tempat di Borneo sehingga Seludong (kini Manila) dan Banjarmasin di Kalimantan
Keterangan: Bendera berlatar kuning.
Maksud: Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja.
Bendera:
Tarikh (abad): abad ke-16 - 18
Kegunaan: Bendera Kesultanan Sulu, pernah suatu ketika mentadbir bahagian timur Sabah, selepas wilayah tersebut diserahkan oleh Kesultanan Brunei kerana membantu Brunei dalam meredakan perang saudara di sabah, walaubagaimanapun berdasarkan beberapa sumber, hal ini tidak pernah terjadi[3]
Keterangan: Bendera ungu berlambangkan lambang kebesaran putih dengan jalur mencacang dwiwarna berwarna putih dan biru di bahagian kepala bendera.
Maksud: Mewakili identiti Suluk.
Bendera:
Tarikh (abad): abad ke-18 - 1821
Kegunaan: Bendera Kesultanan Kedah
Keterangan: Bendera berlatar merah.
Maksud: Warna merah melambangkan penguasaan Kesultanan Kedah.
Bendera:
Tarikh (abad): 1821 - 1912
Kegunaan: Bendera Kesultanan Kedah
Keterangan: Bendera berlatar merah berlambangkan harimau menerkam.
Maksud: Warna merah melambangkan penguasaan Kesultanan Kedah. Warna kuning merupakan warna diraja yang melambangkan kedaulatan raja.
Bendera:
Tarikh (abad): 1731 – 1881
Kegunaan: Bendera Kesultanan Bulungan, kawasan sekitar Tawau di Sabah pernah berada dibawah pengaruh kesultanan ini
Keterangan: Bendera triwarna mengufuk berwarna biru muda, kuning dan hitam.
Maksud:
Bendera:
Tarikh (abad): 1853 – 1887
Kegunaan: Bendera pertama Kesultanan Pahang ketika penyatuan dengan Kerajaan Johor
Keterangan: Bendera berlatar hitam.
Maksud: Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara yang memerintah negeri itu.
Bendera:
Tarikh (abad): 1887 – 1903
Kegunaan: Bendera kedua Kesultanan Pahang
Keterangan: Bendera hitam berjalur mencacang putih pada bahagian kepala bendera.
Maksud: Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu. Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan.
Bendera:
Tarikh (abad): 1855
abad ke-18 – 1912
abad ke-18 – 1879
Keterangan: Bendera berlatar putih.
Maksud: Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan.
Bendera:
Tarikh (abad): 1855 – 1865
Kegunaan: Kesultanan Johor dari tahun 1855 hingga 1865
Keterangan: Bendera hitam dengan kanton berwarna putih.
Maksud: Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu. Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan.
Bendera:
Tarikh (abad): 1865 – 1871
Kegunaan: Kesultanan Johor dari tahun 1865 hingga 1871
Keterangan: Bendera hitam dengan kanton palang serong putih pada latar merah.
Maksud: Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu. Warna merah melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri. Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan.
Bendera:
Tarikh (abad): 1784 – 1859
Keterangan: Bendera merah berjalur kuning.
Maksud: Warna kuning dan merah melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Bendera:
Tarikh (abad): 1859 – 1965
Keterangan: Bendera bersuku menegak berwarna merah dan kuning berlambangkan anak bulan dan bintang kuning pada suku pertama.
Maksud: Warna kuning dan merah melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam.
Bendera:
Tarikh (abad): 1912 – 1923
Kegunaan: Kesultanan Kelantan dari tahun 1912 hingga 1923
Keterangan: Bendera putih berbingkai biru di sisi dan atas bendera berlambangkan lakaran harimau biru di atas bentuk sampan biru.
Maksud: Lambang harimau dilakar dengan tulisan Jawi menulis petikan ayat Al-Quran dari ayat ke-13 Surah As-Saff (نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين) pada bahagian badan dan kepala harimau, dan istilah "Kerajaan Kelantan" (کراجاءن کلنتن) pada bahagian ekor harimau.
Bendera:
Tarikh (abad): 1912 – 1933
Kegunaan: Kesultanan Terengganu dari tahun 1912 hingga 1933
Keterangan: Bendera hitam berjalur mencacang putih pada bahagian kepala bendera.
Maksud: Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu. Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan.
Bendera:
Tarikh (abad): 1933 – 1947
Kegunaan: Kesultanan Terengganu dari tahun 1933 hingga 1947
Keterangan: Bendera hitam berlambangkan anak bulan dan bintang putih dengan jalur mencacang putih pada bahagian kepala bendera.
Maksud: Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu. Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan. Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam.

Bandar, daerah, wilayah dan perbandaran

[sunting | sunting sumber]
Bendera Wilayah Persekutuan
Merangkumi Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya
Bendera W.P. Kuala Lumpur
Bendera rasmi Kuala Lumpur
Bendera W.P. Labuan
Bendera rasmi Labuan
Bendera W.P. Putrajaya
Bendera rasmi Putrajaya
Bendera Negeri Johor
Bendera rasmi Negeri Johor Darul Ta'zim
Bendera Daerah Batu Pahat
Identiti rasmi daerah Batu Pahat
Bendera Bandar Johor Bahru
Identiti rasmi Bandaraya Johor Bahru
Bendera Bandar Johor Bahru (Jarang Digunakan)
Versi alternatif bendera Johor Bahru
Bendera Daerah Kluang
Identiti rasmi daerah Kluang
Bendera Daerah Kota Tinggi
Identiti rasmi daerah Kota Tinggi
Bendera Daerah Kulai
Identiti rasmi daerah Kulai
Bendera Majlis Perbandaran Kulai
Identiti rasmi pihak berkuasa tempatan Kulai
Bendera Daerah Mersing
Identiti rasmi daerah Mersing
Bendera Bandar Maharani (Muar)
Identiti rasmi bandar Muar
Bendera Pasir Gudang
Identiti rasmi Bandaraya Pasir Gudang
Bendera Daerah Pontian
Identiti rasmi daerah Pontian
Bendera Daerah Segamat
Identiti rasmi daerah Segamat
Imej Tiada
Bendera Simpang Renggam
Fail imej tidak tersedia
Bendera Daerah Tangkak
Identiti rasmi daerah Tangkak
Bendera Negeri Kedah
Bendera rasmi Negeri Kedah Darul Aman
Bendera Bandar Alor Setar
Identiti rasmi Bandaraya Alor Setar
Bendera Negeri Kelantan
Bendera rasmi Negeri Kelantan Darul Naim
Bendera Jajahan Bachok
Identiti rasmi jajahan Bachok
Bendera Jajahan Gua Musang
Identiti rasmi jajahan Gua Musang
Bendera Jajahan Jeli
Identiti rasmi jajahan Jeli
Bendera Jajahan Kota Bharu
Identiti rasmi jajahan Kota Bharu
Bendera Jajahan Kuala Krai
Identiti rasmi jajahan Kuala Krai
Bendera Jajahan Machang
Identiti rasmi jajahan Machang
Bendera Jajahan Pasir Mas
Identiti rasmi jajahan Pasir Mas
Bendera Jajahan Pasir Puteh
Identiti rasmi jajahan Pasir Puteh
Bendera Jajahan Tanah Merah
Identiti rasmi jajahan Tanah Merah
Bendera Jajahan Tumpat
Identiti rasmi jajahan Tumpat

Nota: Tiada bendera perbandaran Melaka yang diketahui.

Bendera Negeri Negeri Sembilan
Bendera rasmi Negeri Sembilan Darul Khusus
Bendera Luak Gunung Pasir
Identiti rasmi Luak Gunung Pasir
Bendera Luak Johol
Identiti rasmi Luak Johol
Bendera Bandar Rembau
Identiti rasmi bandar Rembau
Imej Tiada
Bendera Bandar Seremban
Fail imej tidak tersedia
Bendera Luak Sungai Ujong
Identiti rasmi Luak Sungai Ujong
Bendera Daerah Jelebu dan Tampin
Identiti rasmi bagi daerah Jelebu dan Tampin
Bendera Negeri Pahang
Bendera rasmi Negeri Pahang Darul Makmur
Bendera Daerah Maran
Identiti rasmi daerah Maran
Bendera Negeri Pulau Pinang
Bendera rasmi Negeri Pulau Pinang Mutiara Timur
Bendera Bandar George Town
Identiti rasmi Bandaraya George Town
Bendera Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Identiti rasmi pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang
Bendera Seberang Perai
Identiti rasmi Bandaraya Seberang Perai
Bendera Negeri Perak
Bendera rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan
Bendera Bandar Ipoh
Identiti rasmi Bandaraya Ipoh

Nota:Tiada bendera perbandaran Perlis yang diketahui.

Bendera Negeri Sabah
Bendera rasmi Negeri Sabah Di Bawah Bayu
Bendera Daerah Beluran
Identiti rasmi daerah Beluran
Bendera Daerah Keningau
Identiti rasmi daerah Keningau
Bendera Bandar Kota Kinabalu
Identiti rasmi Bandaraya Kota Kinabalu

Nota:Tiada bendera perbandaran Sarawak yang diketahui.

Bendera Negeri Selangor
Bendera rasmi Negeri Selangor Darul Ehsan
Bendera Daerah Sabak Bernam
Identiti rasmi daerah Sabak Bernam
Bendera Bandaraya Shah Alam
Identiti rasmi Bandaraya Shah Alam
Bendera Negeri Terengganu
Bendera rasmi Negeri Terengganu Darul Iman
Bendera Daerah Besut
Identiti rasmi daerah Besut
Bendera Daerah Dungun
Identiti rasmi daerah Dungun
Bendera Daerah Hulu Terengganu
Identiti rasmi daerah Hulu Terengganu
Bendera Daerah Kemaman
Identiti rasmi daerah Kemaman
Bendera Daerah Kuala Nerus
Identiti rasmi daerah Kuala Nerus
Bendera Bandar Kuala Terengganu
Identiti rasmi bandaraya Kuala Terengganu
Bendera Daerah Marang
Identiti rasmi daerah Marang
Bendera Daerah Setiu
Identiti rasmi daerah Setiu

Detail Bendera

[sunting | sunting sumber]
Detail dan Saiz pada setiap bahagian Jalur Gemilang.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Wilayah Persekutuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-27. Dicapai pada 2015-08-22.
  2. Rozan Yunos (7 March 2013). "Sabah and the Sulu claims". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-17. Dicapai pada 20 September 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Rujukan bagi terbitan tarikh bendera

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]