Senarai episod Kanon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Senarai episod-episod Kanon)

Ini ialah senarai episod bagi siri anime Kanon. Siri anime ini mempunyai 2 versi yang dihasilkan oleh syarikat yang berlainan. Versi pertama bagi siri ini diterbitkan oleh syarikat Toei Animation dan mula disiarkan pada tahun 2002. Siri pertama ini mempunyai 13 episod dan satu episod OVA. Pada tahun 2006, siri anime ini telah dihasilkan semula di bawah syarikat Kyoto Animation dengan olahan plot dan gaya lukisan yang baru. Siri kedua ini telah disiarkan sebanyak 24 episod. Kedua-dua siri ini dihasilkan berdasarkan novel visual Kanon ciptaan Key yang asal.

Templat:Spoiler

Kanon (2002)[sunting | sunting sumber]

Nota: Tarikh siaran adalah mengikut waktu siaran terdahulu di Jepun.

# Tajuk Tarikh Disiarkan
01 "Yuki no Shōjo" (雪の少女) 13 Januari 2002
Yuichi Aizawa datang ke utara Jepun untuk tinggal di rumah sepupunya, Nayuki Minase yang tinggal bersama ibunya, Akiko Minase. Yuichi kembali ke situ setelah tujuh tahun meninggalkan tempat tersebut. Dia juga telah bertemu dengan Ayu Tsukimiya ketika berjalan-jalan di kawasan membeli-belah di bandar. Ayu kemudiannya mengajak Yuichi supaya melarikan diri daripada penjual taiyaki
02 "Hidamari no Machi" (日溜まりの街) 7 Februari 2002
Yuichi telah mendaftar untuk hari pertamanya di sekolah baru. Kemudiannya dia telah bertembung sekali lagi dengan Ayu dan membawa mereka kepada pertemuan dengan gadis ketiga iaitu Shiori Misaka. Pada keesokan harinya, Yuichi bertemu Shiori sedang berjalan-jalan di kawasan sekolah tersebut 
03 "Tatta Hitotsu no Chiisana Kioku" (たった一つの小さな記憶) 14 Februari 2002
Setelah beberapa hari bersekolah, Yuichi telah bertemu dengan Makoto Sawatari yang memburunya untuk menuntut dendamnya yang lalu. Namun setelah beberapa ketika, Makoto telah pengsan akibat kelaparan. Kemudiannya Akiko telah meminta Yuichi membawanya pulang ke rumah mereka. Pada keesokan harinya, Yuichi telah mendapati Makoto gemar melakukan perbuatan nakal terhadapnya. 
04 "Yoru e" (夜へ) 14 Februari 2002
Yuichi telah bertemu dengan Mai Kawasumi yang bertarung dengan makhluk ghaib di sekolah pada waktu malam. Pada keesokan harinya seekor anjing liar menyerang Shiori di kawasan sekolah. Selepas kejadian itu, Yuichi telah mengikuti Mai dan Sayuri Kurata untuk makan tengahari bersama-sama. Selepas tamat waktu sekolah, Yuichi menolong Ayu untuk mencari semula barang berharganya yang telah hilang. Namun mereka tidak berjaya menemui barang tersebut. Pada malamnya, Yuichi datang ke sekolah dengan membawa bersama makanan untuk Mai. 
05  21 Februari 2002
Mai telah disoal oleh Majlis Pelajar setelah berlakunya kejadian tingkap sekolah dipecahkan. Yuichi kemudiannya masih lagi melawat Mai pada waktu malam di sekolah itu. Tetapi kemudiannya Makoto telah menarik perhatian penjaga sekolah tersebut. Makoto kemudiannya melarikan diri daripada rumah Akiko setelah bertelagah dengan Yuichi. 
06 "Kanojotachi no Kenkai" (彼女たちの見解) 21 Februari 2002
Yuichi pergi mencari Makoto setelah dia tidak pulang ke rumah pada malam tersebut. Akhirnya Yuichi telah menemuinya di kawasan pekan bandar dan mengekorinya secara senyap-senyap sehingga ke kawasan bukit. Yuichi mengetahui bahawa Makoto telah menjumpai seekor kucing liar. Dia kemudiannya membawa Makoto dan kucing tersebut pulang ke rumah. Kucing itu telah diberi nama Piroshiki. Pada keesokan harinya Yuichi dan Sayuri cuba mengajak Mai untuk menyertai pesta tarian yang akan diadakan di sekolah itu. 
07 "Butōkai" (舞踏会) 28 Februari 2002
Pada mulanya, Mai telah berjaya mengikuti majlis tarian tersebut dengan baik. Tetapi kemudiannya majlis tersebut telah terganggu dengan kejadian lampu dipecahkan. Kemudiannya Mai telah dipersalahkan di atas kejadian tersebut dan diberi tindakan untuk dibuang sekolah. Sayuri kemudiannya telah merayu kepada Majlis Pelajar untuk menarik semula hukuman ke atas Mai dengan bersetuju untuk menjadi ahli Majlis Pelajar tersebut. Pada malam hari jadi Mai, Sayuri telah dicederakan oleh makhluk yang diburu oleh Mai. 
08 "Shōjo no Ori" (少女の檻) 14 Mac 2002
Mai telah bertekad untuk menamatkan perlawanannya dengan makhluk itu. Ketika Mai dan Yuichi bertarung dengan makhluk tersebut, Yuichi telah mendapat semula sebahagian ingatannya yang telah hilang sebelum ini. 
09 "Egao no Mukōgawa ni" (笑顔の向こう側に) 21 Mac 2002
Yuichi telah mengetahui tentang keadaan sebenar Shiori dan sebab di sebalik sifat pendiam Kaori. Setelah diajak oleh Nayuki,Yuichi meluangkan masanya bersama Shiori untuk mengukir kenangan indah kepadanya. 
10 "Fuyu no Hanabi" (冬の花火) 21 Mac 2002
Makoto telah jatuh sakit, dan akhirnya Yuichi telah mengetahui identiti sebenar Makoto. 
11 "Yakusoku" (約束) 28 Mac 2002
Yuichi dan Ayu pergi menonton wayang bersama-sama. Setelah hubungan mereka semakin baik, Nayuki pula telah patah hati. Kemudiannya Ayu telah membawa Yuichi untuk pergi melawat sekolahnya, tetapi mereka telah menemui sesuatu yang mengejutkan. 
12 "Yume no Ato" (夢の跡) 28 Mac 2002
Yuichi akhirnya telah mengingati semula apa yang berlaku kepada Ayu pada tujuh tahun yang lepas. Barang yang dicari oleh Ayu, iaitu sebuah patung malaikat yang kecil. Nayuki, Kaori dan Jun menolong Yuichi menggali semula patung tersebut di kawasan bukit. Kemudiannya, Akiko telah dilanggar dengan kereta di dalam ribut salji. Ayu kemudiannya telah memberitahu Yuichi supaya melupakannya sebagai permintaan terakhirnya dengan patung tersebut. 
13 "Kaze no Tadoritsuku Basho" (風の辿り着く場所) 28 Mac 2002
Setelah tiba musim bunga, Mai dan Sayuri telah menamatkan persekolahan mereka. Walaupun Akiko sudah sembuh, hubungan di antara Nayuki dan Yuichi masih renggang. Pada hari Yuichi dijadualkan untuk berpindah ke sekolah lain, Nayuki telah ternampak satu tag nama yang dikenalinya di hospital. 

Kanon Kazahana (OVA)(2003)[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Tarikh Disiarkan
01 "Kanon Kazahana" (カノン 風花) 3 Mei 2003
Apabila musim bunga tiba, sejak Yuichi dan Ayu bertemu semula, dan juga keadaan semua orang telah pulih semula seperti sediakala. Bagaimanapun, apabila Mishio Amano melawat ke tempat kelahiran Makoto, suatu keajaiban telah berlaku di hadapan matanya.