Senarai episod BoBoiBoy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Poster promosi BoBoiBoy

BoBoiBoy ialah sebuah siri animasi buatan Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios yang mengisahkan tentang seorang adiwira lelaki, BoBoiBoy, yang memperoleh kuasa supernya daripada sebuah robot sfera kuasa yang bernama Ochobot. Daripada pemberian kuasa itu, BoBoiBoy kini boleh mengawal dan berpecah kepada elemen Petir, Angin, Tanah, Api dan Air.

BoBoiBoy turut membentuk sebuah pasukan bersama kawan-kawannya untuk melindungi Bumi daripada ancaman dan serangan makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko.

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam format gambar HDTV, dan dijadualkan bersiaran di TV3 mulai 13 Mac 2011, dan Disney Channel Asia mulai 18 Jun 2011. Jika dalam siri animasi Upin & Ipin, "betul, betul, betul" menjadi slogan kata yang disebutkan, dalam siri BoBoiBoy pula, "terbaik" telah dijadikan slogan kata pilihan. Hampir setiap episod perkataan tersebut disebutkan.

Musim 1 (2011-2012)[sunting | sunting sumber]

Setiap episod mempunyai dua bahagian, setiap bahagian selama 11 minit. TV3 mengisikan dua bahagian dalam satu episod setengah jam pada hari Ahad pukul 7 malam.

Tajuk Tarikh siaran pertama
"Episod 1"13 Mac 2011

BoBoiBoy menaiki tren untuk balik ke pekan Pulau Rintis untuk berjumpa dengan datuknya, Tok Aba dan juga membantu dia menjaga gerai kokonya, Tok Aba's Kokotiam. Pada masa yang sama, ketibaan sebuah kapal angkasa yang dimiliki oleh makhluk asing yang bernama Adu Du di atmosfera Bumi. Dia merancang serangan ke Bumi untuk memburu koko sebagai bekalan tenaga. Pada keesokan harinya, BoBoiBoy mengikut arahan yang tertulis pada sehelai kertas sebagai nota yang ditinggalkan oleh datuknya untuk pergi ke gerainya. Ketika dia berada di hadapan luar rumah, dia berjumpa dengan Yaya dan berkenalan dengannya. Yaya menawarkan dirinya untuk menunjukkan jalan ke gerai Tok Aba, tetapi dia menolak. Akibatnya, dia terpaksa bersusah-payah menggunakan jalan yang jauh untuk pergi ke Tok Aba's Kokotiam, padahal gerai tersebut berdekatan dengan rumahnya. Di situlah BoBoiBoy berjumpa dan berkenalan dengan Yaya, Gopal dan Ying. Sedang rancak mereka menonton TV, tiba-tiba kaca TV di gerai Tok Aba bertukar siaran dengan pengumuman yang dibuat oleh Adu Du yang mengatakan dia ingin merampas kesemua biji koko.

Malangnya, pengumuman Adu Du tidak diendahkan oleh penduduk Bumi kerana mereka mengingatkan pengumuman itu adalah racangan TV. Kemudian, Adu Du mengarahkan Probe, robot pembantunya untuk mencuri koko bagi menghidupkan bola kuasa. Sewaktu Tok Aba tiada di gerainya, Probe datang mencuri satu tin serbuk koko Tok Aba. Tindakan dia diamati oleh BoBoiBoy yang kemudian terus mengejarnya sehingga masuk ke dalam kapal angkasa Adu Du. Bola kuasa dapat dihidupkan setelah dimasukkan sedikit koko Tok Aba. BoBoiBoy menyaksikan perkara ini di sebalik ruang pengudaraan bilik kuasa Adu Du dan memahaminya seperti itulah mereka mendapatkan tenaga. Setelah Adu Du keluar bersama yang lain, BoBoiBoy mengambil kesempatan untuk mengambil semula koko datuknya dan terus berlari untuk keluar dari kapal angkasa itu. Tetapi malangnya dia bertembung dengan Adu Du ketika hendak keluar lantas dia terus pecut tanpa menyedari yang bola kuasa mengekorinya. Pada malam hari, "bola kuasa" itu memperkenalkan dirinya iaitu Ochobot, sebuah robot yang berkuasa. Dia telah memberi kuasa elemen petir, angin dan tanah kepada BoBoiBoy melalui pemakaian sebuah jam tangan yang dipanggil sebagai "Powerband Kuasa".
"Episod 2"20 Mac 2011

BoBoiBoy berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan serangan Keris Petir, Pusaran Angin dan Tanah Tinggi melalui jam kuasa yang diberikan oleh Ochobot. Pada masa yang sama, Adu Du menghantar Robot Hamba untuk mencari Ochobot dan BoBoiBoy. BoBoiBoy ingin memberitahu kepada rakan-rakannya tentang kuasa barunya, tetapi Ochobot tidak membenarkannya. Lantas BoBoiBoy meninggikan Ochobot dengan Tanah Tinggi. Ochobot menjanjikan 'kuasa terkuat' kepada BoBoiBoy jika dia menurunkannya. BoBoiBoy pergi ke gerai datuknya dengan membawa sebiji bola sepak. Dia berjumpa dengan Gopal di situ, dan tiba-tiba Ying datang dan menyuruh mereka lari dan memberitahu kepada mereka yang Yaya datang membawa biskutnya, tetapi "budak baru" itu seperti tidak percaya kata-kata Ying. Tiba-tiba Yaya muncul dan BoBoiBoy makan biskutnya itu. Setelah itu, BoBoiBoy memberitahu kepada rakan-rakannya yang dia telah mendapat power, tetapi mereka tidak percaya sehingga biskut Yaya pun dipersendakan.

Ketika BoBoiBoy ingin menunjukkan kuasanya, tiba-tiba Adu Du muncul dan menembak Yaya dan Ying. Lantas BoBoiBoy menggunakan kuasanya dan berjaya menyelamatkan mereka daripada ditembak. Super Probe yang berada di situ juga mula menyerang BoBoiBoy. Cepat-cepat dia menyerang balas dan berjaya mematahkan serangan Super Probe. Kawan-kawannya teruja melihat kuasa BoBoiBoy dan tiba-tiba muncul Ochobot yang juga dibawa ke situ. Mereka saling menyerang antara satu sama lain, sehinggalah BoBoiBoy menendang Ochobot untuk menyelamatkannya daripada digenggam Super Probe dan akibatnya dia pula yang digenggam. Lantas Ochobot memberikan kuasa super kepada Yaya, Ying dan Gopal. Kuasa Yaya adalah kuasa terbang dan super kuat. Kuasa Ying adalah kuasa larian kilat (tetapi terganggu jika dia bersin), tetapi Gopal pula tidak tahu jenis kuasanya. Ochobot juga tidak mengingati jenis kuasa Gopal kerana BoBoiBoy menendangnya dengan kuat. Setelah tamat BoBoiBoy bertarung dengan Adu Du, Yaya dan Gopal menggunakan kuasa mereka untuk membantu penduduk setempat. Tetapi Tok Aba pula diserang oleh Robot Hamba yang dihantar oleh Adu Du, sekaligus membuka satu lagi peluang untuk BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa baru mereka.
"Episod 3"27 Mac 2011

BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot sedang bersembang di gerai datuknya. Datuknya menganggap Ochobot sebagai robotnya kerana dia diaktifkan dengan kokonya. Lalu dia menjadi robot pembantunya. Sementara itu, BoBoiBoy sedang menimbang bola di padang bola sepak. Pada masa yang sama, Adu Du sedang mengintip apa yang dilakukan oleh BoBoiBoy. Lalu dia mengarahkan Probe untuk menghantar raksasa Multi-Monster, iaitu raksasa ciptaan Komputer Adu Du yang boleh berganda menjadi banyak setiap kali ia dikalahkan untuk memakan adiwira lelaki itu. Sedang dia rancak menimbangnya, tiba-tiba Gopal muncul dan ianya mengejutkan BoBoiBoy. Gopal memberitahu kepada kawan baiknya itu yang dia masih tidak tahu jenis kuasanya. Oleh itu, dia meminta bantuan daripada BoBoiBoy. Lalu BoBoiBoy mencuba pelbagai cara tetapi semuanya gagal. Setelah itu, Gopal mengambil bola BoBoiBoy dan menendangnya ke atas udara. Probe yang bersembungi di sebalik pokok menembaknya dan ianya terpelanting ke atas lumpur hijau.

BoBoiBoy cuba mengambilnya dengan menggunakan kayu yang panjang. Tetapi tiba-tiba, seekor raksasa yang bernama Multi-Monster itu muncul dari situ. Lalu dia terus menghentak BoBoiBoy. Tetapi malangnya ketika raksasa itu sedang mengamuk dan membebel sebentar tadi, BoBoiBoy telah mengambil kesempatan untuk menggunakan kuasa terkuatnya iaitu berpecah menjadi tiga. Lalu ketiga-tiga BoBoiBoy dan raksasa Multi-Monster berhempas-pulas menyerang antara satu sama lain sehinggalah Multi-Monster berganda, berganda dan berganda lagi. Dan akhirnya, Multi-Monster berganda menjadi banyak yang tidak terkira. Tetapi, malangnya saiz mereka sudah menjadi kecil dan rancangan mereka untuk makan BoBoiBoy itu gagal. Oleh itu, Adu Du terpaksa mencari jalan cara untuk mengalahkan BoBoiBoy. Komputer telah mendapat satu idea, iaitu menculik rakan-rakan BoBoiBoy. Beberapa minit kemudian, Probe telah berjaya menangkap Ying dengan menembak gas tidur kepadanya. BoBoiBoy cuba meminta bantuan Gopal, tetapi malangnya dia sendiri masih tidak tahu jenis kuasanya.
"Episod 4"3 April 2011

BoBoiBoy menceritakan perkara yang berlaku kepada kawan baiknya itu dan dia merasakan yang Yaya pasti menjadi sasaran seterusnya. Sangkaannya itu memang betul, jadi Yaya terpaksa bertungkus-lumus menangkis serangan Adu Du dan konco-konconya, tetapi kelincahan Yaya tidak berpanjangan dan akhirnya dia berjaya ditangkap. Tok Aba mencadangkan agar Gopal dijadikan umpan untuk berpura-pura ditangkap, supaya kemudian dia boleh membuka pintu dalam kapal angkasa musuh untuk BoBoiBoy masuk. Malangnya, rancangan itu tidak berjalan dengan begitu lancar disebabkan kelalaian Gopal.

Kuasa Gopal akhirnya terserlah apabila dia berjaya menukarkan senjata dan bom Adu Du menjadi makanan dengan menyentuhnya sambil berasa penuh ketakutan. Akhirnya, BoBoiBoy menceroboh masuk kapal angkasa Adu Du dan menyelamatkan kawan-kawannya. Gopal mendaratkan kapal angkasa dengan menukarkan seluruh ruang dalaman menjadi makanan, setelah ditakutkan oleh wajah seram Multi-Monster yang datang untuk membantu.
"Episod 5"3 Julai 2011

BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tiganya untuk mempercepatkan tugas menghantar koko untuk Tok Aba, walaupun ditegah oleh Ochobot. Akibat daripada menggunakan kuasa itu terlalu lama, ketiga-tiga pecahan BoBoiBoy menghadapi masalah daya ingatan yang serius sehingga terlupa untuk membawa koko ke rumah pelanggan ataupun pergi ke tempat yang salah.

Adu Du dan Probe sekali lagi menerjah warung Tok Aba dengan penyamaran bagi mencuri buku resipi Tok Aba. Mujurlah Gopal, Ying dan Yaya datang untuk menyelamatkan keadaan, tetapi musuh mereka nyata terlalu kuat dan cukup bersiap sedia. BoBoiBoy pun memasuki pertempuran ini dan berpecah jadi tiga lagi, walaupun masalah ingatannya belum pulih. Adu Du berjaya merampas buku resipi dan satu pecahan BoBoiBoy yang berkuasa petir.
"Episod 6"17 Julai 2011

BoBoiBoy Petir berada di dalam tahanan Adu Du dan diseksa dengan cara yang luar biasa, iaitu memecahkan belon sebiji demi sebiji kerana BoBoiBoy takut akan bunyi belon pecah. Setelah 'diseksa' secukupnya, BoBoiBoy Petir meradang lalu bertukar rupa menjadi lebih bengis iaitu BoBoiBoy Halilintar. Disebabkan masalah ingatan yang tidak pulih, Adu Du dan konco-konconya berjaya menipu dan menghasutnya supaya bersubahat dengan mereka. Buku resipi yang dicuri Adu Du rupanya hanyalah buku catitan senarai hutang pelanggan Tok Aba.

BoBoiBoy Halilintar akhirnya kembali di rumah Tok Aba untuk mengucar-kacirkan dua pecahan BoBoiBoy yang lain dan kawan-kawannya dengan gelaran barunya iaitu "Ada Da". BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan dan menyedarkan BoBoiBoy Halilintar sehingga dia pulih semula. Mereka bertiga bercantum kembali menjadi satu.
"Episod 7"31 Julai 2011

Setelah leka bermain permainan video berjam-jam lamanya, BoBoiBoy dan Gopal disedut masuk ke dalam permainan itu dalam satu lagi rancangan jahat Adu Du. Lebih-lebih lagi, mereka tidak boleh bergerak sendiri dalam permainan, maka Ochobot dan Tok Aba terpaksa menolong mereka dengan mengawal gerak-geri mereka untuk mengatasi semua rintangan sampai peringkat akhir.

Tok Aba keletihan mengawal watak Gopal kuat-kuat, maka Ochobot memanggil Yaya yang pandai bermain ke situ untuk menolong mereka menghabiskan permainan. Di peringkat akhir, mereka berdua berdepan dengan Probe dengan bentuk barunya, iaitu Super Duper Probe. Sedang mereka bermain, Yaya berhenti bermain kerana telah mencapai 30 minit masa bermain dia untuk sehari. Tok Aba terkejut dan kemudiannya menelefon dan memujuk mak Yaya untuk memberi kebenaran Yaya bermain 15 minit tambahan lagi. Pada peringkat akhir permainan, Yaya tidak berani untuk meneruskan lagi kerana tidak pernah berjaya sampai takat itu. Ying kemudian dipanggil untuk membantu menyelesaikan pengembaraan BoBoiBoy dan Gopal menentang Adu Du di alam permainan video. Mereka berjaya menang dalam cabaran di alam maya itu dan keluar dari permainan dengan terbawa seorang 'tetamu istimewa'.
"Episod 8"20 November 2011

Papa Zola si adiwira cereka yang terkeluar dari permainan video mengambil peminat setianya, Gopal sebagai anak muridnya. Sementara itu, Raksasa Tidur yang terkeluar dari permainan itu muncul di kapal Adu Du dan dijadikan senjata baru makhluk asing durjana itu. Setelah Papa Zola pengsan kerana makan biskut Yaya, terpaksalah BoBoiBoy dan kawan-kawan melawan penjahat dari alam maya yang berkuasa melancarkan gelombang, perisai dan buih-buih mimpi yang membuat mangsa-mangsanya tidur.

Raksasa Tidur nampaknya berjaya dikalahkan, tetapi Tok Aba, Ochobot, Ying dan Yaya terperangkap dalam buih-buih mimpi yang ditinggalkan makhluk jahat itu. Papa Zola selaku tok guru Gopal menyuruh anak buahnya menukarkan balik buih-buih mimpi yang tak terpakai itu daripada bentuk cekodok gergasi, kerana satu-satu cara untuk membebaskan kawan-kawan mereka adalah mengalahkan Raksasa Tidur dalam mimpinya. Walaupun berat hati pada mulanya, namun Gopal diberi rangsangan oleh tok guru dia untuk mengasah kuasa supernya. Dengan itu, BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola masuk ke dalam buih-buih mimpi untuk memasuki mimpi Raksasa Tidur dan bertempur dengannya.
"Episod 9"27 November 2011

Demi menyelamatkan kawan-kawan BoBoiBoy daripada perangkap mimpi, Papa Zola mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam (yang mana BoBoiBoy, Adu Du dan lain-lain terikat pada buah dam), tetapi Papa Zola sendiri tidak pandai bermain dan dengan mudah kalah dalam pusingan pertama kepada Raksasa Tidur, si johan lima kali "Liga Dam Raksasa". Mujurlah Tok Aba sempat bangun untuk menggantikan Papa Zola untuk melawan Raksasa Tidur dengan kemahiran damnya.

Tok Aba dan Raksasa Tidur bersaing sengit dalam perlawanan dam yang sampai ke pusingan ketiga. Kehebatan Tok Aba dalam permainan dam memaksa Raksasa Tidur bermain tipu sebagai jalan akhir. Setelah dikalahkan dalam permainan dam itu, dia akhirnya naik berang dan mengganas dalam mimpinya sendiri. BoBoiBoy menyelamatkan keadaan dengan membesar jadi gergasi dengan tali pinggang Papa Zola dan mengalahkan Raksasa Tidur untuk menyelamatkan semua kawan-kawannya daripada igauan ngeri mereka ini.
"Episod 10"4 Disember 2011
Atas suruhan Adu Du, Probe mencuri sekantung surat peminat BoBoiBoy lalu membacakan dan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh peminat-peminat BoBoiBoy. Ini berterusan sehingga Adu Du masuk ke bilik. Probe dimarahi oleh Adu Du kerana tidak menjawab dalam cara yang dikehendakinya iaitu mengguris perasaan para peminat BoBoiBoy.
"Episod 11"11 Disember 2011

Yaya meminta pertolongan BoBoiBoy untuk membuat biskut sempena Hari Biskut Sedunia. Dengan rasa berat hati, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga supaya hanya salah seorangnya menolongnya. Adu Du mengambil kesempatan ini dengan mengumpan BoBoiBoy Angin dengan susu kambing palsu sebagai ramuan biskut yang boleh melampaukan perasaan.

Sebelum mengedar biskut buatan Yaya itu, BoBoiBoy angin merasa satu keping biskut tanpa menyedari kesan yang bakal dihadapinya. Biskut istimewa Yaya diedarkan oleh BoBoiBoy Angin telah menyebabkan hampir semua penduduk pekan Pulau Rintis gila. Paling teruk, BoBoiBoy Angin telah terlalu banyak makan biskut tersebut sampai menjadi gembira tak terhingga. Akibat itu dia bertukar ke kuasa baru iaitu "BoBoiBoy Taufan".
"Episod 12"18 Disember 2011

BoBoiBoy Taufan mengganas di perkarangan Warung Tok Aba dengan memaksa Adu Du makan biskut Yaya, kemudian bergaduh sengit dengan BoBoiBoy Halilintar. Mujurlah Ochobot berjaya menenangkan BoBoiBoy Taufan dengan mempertontonkan telenovela yang menyayat hatinya setelah ditahan oleh kuasa BoBoiBoy Tanah. Sementara itu, setelah dirawat oleh Probe kerana emosinya dipengaruhi biskut tercemar, Adu Du memanggil seorang penjual senjata haram ke kapalnya.

Bago Go, si penjual senjata haram itu terkenal dengan kelicikan dan harga-harga barangannya yang mencekik darah. Harga yang ditawarkan olehnya telah membuat Adu Du pengsan. Kependekan akal Probe nampaknya memburukkan keadaan lagi apabila dia menggadaikan kapal angkasa Adu Du demi sudip elektrik. Apa yang menariknya, pembelian tersebut datang bersama pakej robot misteri. Kemarahan Adu Du terubat dengan pakej robot misteri itu. Ketika itu juga Gopal, Ying dan Yaya dapat tahu yang BoBoiBoy akan pulang semula ku rumahnya di bandar.
"Episod 13"25 Disember 2011
BoBoiBoy dipujuk oleh rakan-rakannya supaya kekal di Pulau Rintis, tetapi kemudian dikacau oleh Adu Du yang telah menghidupkan Robot Pemusnah Mukalakus dengan lebihan koko Tok Aba. Dia dengan mudah menumpaskan kawan-kawan BoBoiBoy. Mukalakus kemudiannya kehabisan kuasa ketika ingin menyerang BoBoiBoy yang sedang ingin berpecah tiga. Ketika itulah, BoBoiBoy Halilintar dan Taufan mengambil kesempatan membelasah Mukalakus seteruknya. Di saat kekalahan Adu Du, Ochobot dirampas oleh Probe. Dia disumbat ke dalam kotak punca kuasa Mukalakus sebagai sumber kuasa utama. Mukalakus bangkit kembali dan berjaya mengalahkan 2 peringkat tertinggi BoBoiBoy. BoBoiBoy tanah meminta belas ihsan Adu Du untuk tidak melakukan lagi kecedaraan kepada rakan-rakannya tetapi tak diendahkan oleh dia. Kerana terlalu ingin menyelamatkan kawan-kawannya itu, BoBoiBoy Tanah bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa. Perlawanan antara Mukalakus dan BoBoiBoy Gempa menjadi sengit sehinggalah 2 lagi pecahan BoBoiBoy menawarkan diri untuk mengalahkan Mukalakus bersama. Akhirnya Adu Du kalah dan Ochobot dikembalikan semula.
"Extra: Extended Finale"1 Januari 2012

Sama seperti episod 25 dan 26 dengan tambahan beberapa minit ucapan selamat tinggal dan klu pratonton musim kedua BoBoiBoy.

Dalam versi extended ini, 3 hari selepas kejadian dalam episod 26, Tok Aba menghantar BoBoiBoy ke stesen keretapi yang kemudiannya disertai oleh rakan-rakan BoBoiBoy untuk sama-sama mengucapkan selamat tinggal. Ketika BoBoiBoy masuk ke dalam tren, dia berselisih dengan seorang budak lelaki misteri yang keluar dari tren tersebut. Dia dikatakan akan mejadi watak baru bagi BoBoiBoy musim 2. Latar berubah 6 bulan kemudian di Sekolah Rendah Pulau Rintis dengan kehadiran pelajar baru dalam kelas. Ying, Yaya dan Gopal terkejut kerana pelajar baru tersebut adalah BoBoiBoy.

Musim 2 (2012-2013)[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tarikh siaran pertama
"Episod 1"27 Mei 2012

BoBoiBoy telah berpindah ke Pulau Rintis untuk tinggal bersama-sama dengan datuknya, Tok Aba dan kawan-kawannya setelah berpisah selama enam bulan (penghujung musim pertama). Selain itu, BoBoiBoy juga telah berpindah ke Sekolah Rendah Pulau Rintis, di mana dia akan berjumpa smeula dengan kawan-kawan lamanya.

Semasa di sekolah barunya, Gopal telah mengingatkan BoBoiBoy supaya tidak menggunakan jalan biasa, iaitu jalan 'rumah hantu' apabila BoBoiBoy hendak pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy mengabaikan nasihat kawan baiknya itu. BoBoiBoy berjalan masuk ke dalam rumah itu tanpa berfikir panjang.
"Episod 2"3 Jun 2012

Di Tok Aba's Kokotiam, bapa Gopal menceritakan kepada BoBoiBoy dan Tok Aba tentang rumah berhantu itu selama beberapa jam lamanya. Ini telah merangsangkan lagi BoBoiBoy untuk menyiasat dengan lebih dalam lagi tentang rumah itu. Oleh itu, BoBoiBoy mengajak sekali Gopal untuk menolongnya. Probe juga berminat dengan rumah hantu itu dan mengajak tuannya untuk pergi ke sana untuk meminang 'hantu' tersebut menjadi ahli pasukan mereka.

Seperti yang dijangka, BoBoiBoy bersua semula dengan musuh lamanya dalam rumah berhantu itu. Akan tetapi, perbalahan mereka telah dicelah oleh Fang, seorang rakan sekelas yang terlalu cemburu dengan BoBoiBoy hanya disebabkan oleh gosip di dalam kelas sebelum mereka bertemu. Seterusnya, Fang memperlihatkan kuasa kegelapan yang hampir menandingi kuasa-kuasa tiga elemen milik BoBoiBoy.
"Episod 3"10 Jun 2012

Papa Zola mengajar Kelas Pendidikan Jasmani, dan mencabar BoBoiBoy dan Fang untuk berlumba membawa telur dalam sudu sebagai suatu cara untuk mendisiplin mereka yang menganggap sukan itu 'kebudak-budakan' dan 'tidak mencabar'. Dua lawan itu bersaing sengit di atas balapan sehingga sanggup menggunakan kuasa super mereka, tetapi perlumbaan berkesudahan dengan keputusan yang luar jangkaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati Fang.

Dengan ini, Fang menjelaskan akan sebab-sebab dia tidak suka kepada BoBoiBoy dengan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini. Selepas mendengarnya, BoBoiBoy pun mencadangkan perlawanan bola sepak di antara dia dengan Fang pada minggu seterusnya.
"Episod 4"24 Jun 2012

Seperti yang diaturkan pada minggu sebelumnya, BoBoiBoy bersama Gopal, Yaya, Ying dan Iwan bekerjasama menjadi satu pasukan dalam permainan bola sepak. Sementara Fang pula bekerjasama dengan Adu Du dan Probe sebagai satu lagi pasukan lawan untuk mengalahkan BoBoiBoy dalam permainan tersebut. Dengan ini, Cikgu Papa Zola menjadi pengadil dalam perlawanan itu.

Namun, semasa perlawanan berlangsung, Cikgu Papa Zola telah pengsan akibat tendangan bola yang kuat daripada Yaya. Oleh itu, Adu Du dan Probe cuba pelbagai cara untuk mengalahkan BoBoiBoy dengan 'main tipu'.
"Episod 5"26 Ogos 2012

BoBoiBoy dan Gopal mula menyiasat mengapa Ochobot pengsan setiap kali melihat Fang dan mengapa Fang membeli biskut-biskut Yaya setiap hari sebelum ke sekolah. Akibatnya, mereka telah diserang oleh Kucing Sewel, iaitu kucing belaan Pak Senin Koboi. Oleh itu, mereka berusaha melarikan diri dan akhirnya mereka lewat satu saat untuk masuk ke sekolah. Untuk pergi beratur, BoBoiBoy menyelinap masuk ke ruang guru untuk mengelakkan Yaya, iaitu pengawas tegas yang menjaga pintu pagar sekolah. Namun, mereka terganggu dengan nama dan gambar Yaya yang terdapat di Dinding Kejayaan.

Malangnya, Yaya menjumpai mereka di situ dan akhirnya mereka telah dihukum oleh Yaya kerana masuk ke ruang guru yang merupakan kawasan larangan untuk pelajar. Ketika mereka melakukan hukuman mereka, mereka telah diganggu oleh Probe yang kemudiannya menembak BoBoiBoy, Fang dan Gopal. Kini, saiz tubuh mereka sudah kecil seperti lalat.
"Episod 6"9 September 2012
Dalam keadaan kecil halus akibat Pistol Pengecil Adu Du, BoBoiBoy, Gopal dan Fang berikhtiar untuk cepat pergi ke kedai Tok Aba untuk segera menjemput Ying dan Yaya untuk berpakat melawan musuh mereka. Akan tetapi, mereka harus melalui Lorong Pak Senin Koboi yang dikuasai oleh kucing sewel, maka Fang mencadangkan agar mereka membawa biskut sekali ke situ untuk menumpaskan kucing itu. Selepas itu, Yaya dan Ying membawa mereka ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dan melawan musuh.
"Episod 7"9 Disember 2012
BoBoiBoy bertanya kepada Fang mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajahnya, tetapi Fang tidak dapat menjawab kerana lupa. Setelah mendengar cadangan Probe tentang mengitar semula idea-idea lama, Adu Du memperbaiki dan memperbaharui Cecair Emosi X dari musim lepas kepada Pistol Emosi Y yang digunakan untuk menyongsangkan perwatakan kelima-lima musuhnya.
"Episod 8"16 Disember 2012
BoBoiBoy , Ying, Yaya, Gopal dan Fang yang bertukar pelik perangai mereka akibat Pistol Emosi Y berarak ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dengan bertemankan Ochobot. Di dalam markas, mereka berlima berhadapan dengan bilik seribu satu perangkap yang dipasang oleh Adu Du dan Probe, sementara Ochobot dan Fang beransur-ansur kembali mengingati bagaimana Fang memperoleh kuasanya dan juga punca Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajah Fang; setelah itu, kesan Fang pada Ochobot akhirnya pudar.
"Episod 9"23 Disember 2012
BoBoiBoy dan kawan-kawan akhirnya merampas penawar dari Adu Du dan menewaskan musuhnya dengan Harimau Kitar dengan mudah. BoBoiBoy turut meminta maaf pada Fang atas syak wasangkanya selama ini. Sekali lagi kecewa atas kekalahannya, Adu Du dan Probe merancang untuk merampas gelombang siaran televisyen bernama MKHIPI atau Markas Kotak Hari Ini Pagi Ini untuk menyiarkan rancangan wawancara dengan niat untuk memfitnah BoBoiBoy atas segala kesalahan yang dibuat oleh wira muda itu padanya, termasuk juga menjemput Papa Zola. Akan tetapi, rancangan mereka kali ini tidak begitu menjadi...
"Episod 10"30 Disember 2012
Adu Du terkejut untuk mengetahui bahawa Ejo Jo tahu tentang misi di Bumi. Adu Du cuba untuk memberi amaran kepada beliau mengenai BoBoiBoy dan rakan-rakan tetapi Ejo Jo berkeras untuk datang ke Bumi, mengatakan bahawa dia adalah benar-benar bersedia untuk berperang.
"Episod 11"10 Mac 2013
Cikgu Papa Zola telah mengumumkan bahawa ada peperiksaan Matematik yang akan diduduki pelajar 5 Jujur selepas waktu rehat. Adu Du yang mengetahui mengenai hal tersebut melalui Probe telah menyamar sebagai seorang murid dan memasuki kelas 5 Jujur. Walaupun BoBoiBoy dan yang lain sudah mengecam Adu Du dan mula hendak mengajarnya, Cikgu Papa Zola melarang mereka daripada berbuat demikian dan Adu Du telah diterima sebagai murid baharu dalam kelas tersebut. Ketika peperiksaan Matematik sedang dijalankan, Adu Du mengucar-kacirkan keadaan dengan menggunakan mesin cuaca. Tiba-tiba, Adu Du terkejut apabila mendapat cuaca menjadi mendung, walhal dia tidak pernah memesannya. Rupa-rupanya, kapal angkasa Ejo Jo telahpun tiba dan mendarat di atas bumbung sekolah BoBoiBoy.
"Episod 12"17 Mac 2013
BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang serta kawan sekelas BoBoiBoy bersua muka dengan Ejo Jo untuk pertama kalinya. Melihat Probe yang mengakuinya sebagai robot tempur, membuatkan Ejo Jo berasa lawak. Oleh itu, Ejo Jo mengarahkan konconya untuk menurunkan robot tempurnya, PETAI untuk menunjukkan rupa robot tempur yang sebenar kepada Probe. Kemudian, PETAI mula menyerang dabertarung habis-habisan dengan Probe. Dengan menggunakan mod Super Probe, Probe dapat bertahan, sehinggalah... Probe mempertahankan Adu Du daripada ditembak oleh PETAI. Akibatnya, Probe mati di pangkuan tuannya sendiri. Sementara guru dan rakan sekelas BoBoiBoy (kecuali Fang) ditangkap dan dijadikan tawanan. Tidak dapat berbuat apa-apa, BoBoiBoy dan Fang terpaksa berundur dahulu.
"Episod 13"24 Mac 2013
Demi menyelamatkan rakan-rakan mereka, BoBoiBoy dan Fang sama-sama berganding bahu untuk menewaskan robot tempur Ejo Jo. Untuk memudahkan kerja, BoBoiBoy berpecah kepada tiga dan menggunakan gerakan kombo yang baru, manakala Fang pula menggunakan Naga Bayang. Akhirnya, mereka berjaya memusnahkan PETAI. Maka, Ejo Jo terpaksa mengalahkan mereka sendirian dengan memakai sut perisainya. Pada masa yang sama, Adu Du cuba membaiki robot Mukalakus untuk menolong BoBoiBoy mengalahkan Ejo Jo demi membalas dendam atas Probe.

Musim 3 (2014-2016)[sunting | sunting sumber]

Musim ke-3 pertama kali disiarkan di TV3 pada 5 Januari 2014 dan ia merupakan musim terakhir dalam siri BoBoiBoy. Musim ini adalah satu-satunya musim yang mempunyai 26 jumlah episod, berbanding dengan musim pertama dan musim kedua yang hanya mempunyai 13 jumlah episod.

Dua episod pertama dalam musim ini adalah sambungan daripada perlawanan di antara BoBoiBoy dan Ejo Jo di akhir musim kedua.

Episod Tajuk Tarikh siaran pertama
1"BoBoiBoy vs Ejo Jo Part 1"5 Januari 2014

Ejo Jo menggunakan Jam-Jam Kuasa Yaya, Ying, dan Gopal untuk bertarung sendirian dengan BoBoiBoy. Ejo Jo pada awalnya menunjukkan kuasa dan potensi sebenar daripada jam kuasa Yaya dahulu, iaitu memanipulasi graviti. Sebab itulah Yaya boleh menumbuk dengan kuat dan juga BoBoiBoy Halilintar untuk mengelak, kemudian terus menyerang Ejo Jo. Ketika sedang berlaga pedang dengan Ejo Jo, pedang BoBoiBoy Halilintar patah lalu dia jatuh ke bawah. Dengan pantas, BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa. BoBoiBoy cuba menyerang dengan Golem Tanah, tetapi Ejo Jo dengan pantas menggunakan Jam Kuasa Ying. Sebenarnya, Jam Kuasa Ying membolehkan dia untuk memanipulasi masa. Ejo Jo lantas menendang Golem Tanah sehingga jatuh, lalu menahannya dengan kuasa Yaya. Ejo Jo lalu menunjukkan kuasa dari Jam Kuasa Gopal yang sebenarnya dengan menukarkannya menjadi kaca lalu menghancurkannya. Jam Kuasa Gopal sebenarnya ialah memenipulasi molekul, membolehkannya untuk menukarkan daripada satu objek kepada objek yang lain, namun disebabkan oleh Gopal yang selalu fikir tentang makanan, dia sering menukar objek menjadi makanan. BoBoiBoy berusaha untuk menyerang, tetapi Ejo Jo berjaya mengelak. Pada masa yang sama, Tok Aba dengan duduk di atas Ochobot, dan Ochobot terbang menuju ke kapal angkasa Ejo Jo untuk cuba menyelamatkan kawan-kawan BoBoiBoy.

Pada masa BoBoiBoy hampir tamat dengan pedang oleh Ejo Jo, datanglah Adu Du dengan Robot Pemusnah Mukalakus yang sudah dibaikinya. BoBoiBoy menyangka bahawa Adu Du sudah menjadi baik, tetapi Adu Du menyatakan bahawa dia hanya akan menolong BoBoiBoy pada kali ini sahaja. BoBoiBoy pun berpecah kepada tiga dan bersedia untuk bertarung dengan Ejo Jo. Ochobot dan Tok Aba telah sampai di atas kapal angkasa Ejo Jo. Kemudian, BoBoiBoy dan Adu Du bekerjsama bertarung dengan Ejo Jo. Ochobot cuba membuka pintu, tetapi tidak berjaya. Oleh itu, Tok Aba dengan memakai helmet dari sut tempur Ejo Jo, berjaya membuka pintu. BoBoiBoy dan Adu Du membuat serangan terakhir untuk mengalahkan Ejo Jo. BoBoiBoy Taufan dan Gempa bersama-sama menghasilkan Ribut Pasir untuk mengaburkan pandangan Ejo Jo. BoBoiBoy Halilintar bersama Adu Du menyerang Ejo Jo dengan laser pemusnah robot Mukalakus sampai cermin pada sut tempur Ejo Jo yang menyimpan Jam Kuasa pecah, lalu Jam Kuasa terjatuh ke tanah sehingga Ejo Jo dapat dikalahkan.

Sementara itu, Tok Aba dan Ochobot berhasil menyelamatkan kawan-kawan dan cikgu Papa. Adu Du naik ke atas kapal angkasa Ejo Jo, mengambil mereka lalu mendarat ke bawah. Setelah turun, Ochobot tidak melihat kelibat Fang. Tok Aba ternampak dia masih lagi terbaring di atas tanah, namun entah bila dan entah bagaimana, Jam Kuasa Fang pula telah dicuri oleh Ejo Jo. Ochobot lantas memberitahu BoBoiBoy, namun tidak sempat mengelak. Ejo Jo menggunakan kuasa bayang Fang untuk memerangkap BoBoiBoy, Adu Du, dan kawan-kawan. Sebelum itu, BoBoiBoy mengambil dan menyuruh Yaya, Ying, dan Gopal untuk memakai Jam Kuasa, namun dihalang oleh Ejo Jo dan jatuh di depan Tok Aba dan Cikgu Papa. Akhirnya, BoBoiBoy, Adu Du, Yaya, Ying dan Gopal telah terperangkap dalam perangkap bayang.
2"BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale"12 Januari 2014

Ejo Jo telah berjaya memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Adu Du di dalam Kokun Bayang yang dihasilkannya menerusi perolehan kuasa bayang dengan merampas jam kuasa Fang secara diam-diam. BoBoiBoy dan Adu Du yang mengawal Robot Pemusnah Mukalakus dengan bersungguh-sungguh, cuba memecahkan kurungan itu, tetapi sedikit calar pun langsung tidak kelihatan. Tok Aba yang memegang jam tangan kuasa Yaya, Ying, dan Gopal bersama dengan Ochobot dan Papa Zola cemas kerana tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan. Mujurlah pada permukaan kokun, terdapat liang-liang sempit di mana BoBoiBoy dan yang lain boleh melihat keluar, maka BoBoiBoy Halilintar mengambil kesempatan untuk menyuruh Tok Aba dan Papa Zola untuk memakai jam tangan kawan-kawannya untuk cuba menghalang Ejo Jo daripada mengeluarkan Naga Bayang.

Cadangan BoBoiBoy disambut dengan baik sekali, terutamanya Papa Zola yang memuji kecerdasan anak muridnya. Maka dua orang tua itu berganding bahu untuk membentuk "Pasukan Superhero Malaya" dan memilih jam kuasa untuk mereka memakainya. Tok Aba menggunakan jam kuasa Ying, sementara Papa Zola memilih jam kuasa yang terhebat, sama ada Kuasa Manipulasi Graviti atau Kuasa Manipulasi Molekul. Akhirnya, Papa Zola memilih jam Yaya kerana warna merah jambunya. Gelagat Papa Zola yang "lawak" membuatkan Ejo Jo hampir hilang tumpuan. Gopal bertanya, siapa pula yang akan memakai jam kuasanya. Maka Papa Zola bertanya kepada murid-muridnya siapa yang berani menyertainya. Rata-rata mereka enggan kerana takut dan berbahaya untuk umur semuda mereka, namun Iwan tampil tanpa rasa segan-silu. Dengan pantasnya Tok Aba menyuruh Iwan untuk memakai jam kuasa Gopal, lantas mereka bertiga bersiap sedia untuk bertempur.

Tok Aba mara dahulu dengan menggunakan Larian Laju untuk berlari ke arah musuh itu, tetapi terhenti di tengah jalan kerana berasa tidak larat. Seterusnya, Papa Zola bertindak dengan menghidupkan kuasa graviti dengan terbang laju-laju di udara, tetapi tidak mengenai Ejo Jo sebaliknya melayang ke sana dan ke sini. Walaupun serangan dua orang tua itu tidak berhasil, namun gelagat mereka berjaya menjejaskan tumpuan Ejo Jo dan melengahkan penghasilan Naga Bayang. Hal itu disahkan oleh Komputer Ejo Jo yang terus menyokong tuannya untuk meneruskan usahanya. Walaupun diganggu oleh Papa Zola, namun Ejo Jo berjaya melangkah ke fasa seterusnya iaitu membuka vorteks di langit yang gelap untuk memanggil Naga Bayang. Jelas Komputer Ejo Jo, kuasa bayang ini merupakan kuasa teknologi nano yang membolehkan olahan bentuk-bentuk mengikut imaginasi pemakai. Fang mengulas kehebatan Naga Bayang keluaran Ejo Jo itu. Naga Bayang itu menyedut Kokun Bayang untuk menelan mereka yang terkurung di dalamnya. Setelah lama terkial-kial memberkesankan kuasa penukaran molekul tanpa menyebut apa-apa, Iwan akhirnya akur kepada apa yang disuruh oleh kawan-kawannya.

Sementara itu, Kokun Bayang sudah menghampiri mulut Naga Bayang. Kali ini, Iwan tanpa rasa malu melontarkan suara istimewanya dan menggunakan Kuasa Tukaran Molekul untuk menukarkannya. Oleh itu, BoBoiBoy segera menggunakan BoBoiBoy Kuasa Tiga lalu memecahkan kokun itu dan melepaskan diri bersama rakan-rakannya. Ejo Jo terkejut dan marah melihat musuh-musuhnya terlepas lalu menyuruh Naga Bayang untuk menyedut mereka semua dengan lebih kuat. BoBoiBoy Gempa bertindak balas dengan menjelmakan Tarikan Tanah, iaitu cerancangan tanah untuk kawan-kawannya berpaut. Ribut angin Naga Bayang begitu kuat sehingga ada di antara mereka yang tidak larat untuk berpaut pada Tarikan Tanah lalu terlepas. Sambil berpaut-paut pada Tarikan Tanah, Yaya, Ying dan Gopal meminta Papa Zola, Tok Aba dan Iwan untuk memulangkan jam kuasa mereka. Keadaan bertambah buruk apabila beberapa orang pelajar terlepas dari pautan lalu disedut terus ke udara. BoBoiBoy Halilintar segera bertindak, tetapi hanya sempat menyelamatkan beberapa daripada mereka. Yaya turut menolong dengan Kuasa Pemberat Graviti untuk memberatkan kawan-kawan sekelas yang tinggal lalu pergi menyelamatkan mereka dengan selamat.

Ejo Jo seronok melihat musuh-musuhnya sengsara dalam badai angin sambil menyuruh Naga Bayang untuk menggandakan kekuatan, membuat mereka semua yang masih berpaut itu melayang sekali. Setelah keadaan menjadi darurat, BoBoiBoy Gempa dengan pantas menjelmakan Golem Naga Tanah dan menghalang perbuatan Naga Bayang lalu menghentikan angin sedutan, sementara BoBoiBoy Halilintar dan Yaya menyambut kawan-kawan mereka yang jatuh dari langit. Sementara kedua-dua naga bertarung dengan sengit, lantas Fang menyuruh BoBoiBoy untuk menyerang Ejo Jo. Maka BoBoiBoy Gempa menyeru naganya untuk pergi ke arah Ejo Jo. Akan tetapi, Golem Naga Tanah ditepis oleh Naga Bayang. BoBoiBoy bertiga bersama-sama cuba menyerang Ejo Jo, tetapi dihalang sekali lagi oleh Naga Bayang. Mukalakus sempat mengganggu Naga Bayang lalu mereka bertiga bersama-sama melakukan Serangan Kombo untuk mengalahkan Ejo Jo, sekaligus mematikan kuasa Naga Bayang.

Kemenangan jatuh di pihak yang benar dan langit gelap kembali terang. Fang yang menyaksikan seluruh pertarungan itu tidak sangka bahawa BoBoiBoy dapat mengalahkan Naga Bayang. BoBoiBoy bercantum semula dan menerima pujian daripada kawan-kawannya. Adu Du mendaratkan Mukalakus di hadapan Ejo Jo dan mengugutnya sekali lagi, tetapi kali ini Ejo Jo sempat mengarahkan komputernya untuk menaikkannya ke dalam kapal angkasa. BoBoiBoy cuba memujuk Adu Du, namun Adu Du dengan geramnya berkeras hendak menghapuskan lawan ketatnya. Ejo Jo menyuruh komputer untuk menggunakan kelajuan penuh dan membawanya ke markas semula. Maka musuh itu sempat melepaskan diri dalam sekelip mata sebelum Adu Du melepaskan Tembakan Laser Pemusnah ke arah kapal angkasanya. Adu Du berpaling sebentar ke arah kumpulan manusia di tanah yang baru sahaja berjuang habis-habisan bersamanya, kemudian memecut pergi.

Maka adalah disimpulkan bahawa Adu Du masih marah atas apa yang telah dilakukan oleh Ejo Jo terhadap Probe. Tok Aba lega kerana suasana kembali normal, sementara Papa Zola memuji dirinya kerana di pihak yang menang.
3"Probe Dalam Ingatan"19 Januari 2014
4"Kerjasama BuBaDiBaKo"26 Januari 2014
5"Amukan Koko Jumbo"2 Februari 2014
6"Khidmat Wak Baga Ga"4 Disember 2014
Akan ditambah kemudian...
7"Rompakan Rob, Robert dan Roberto Santana"8 Disember 2014

BoBoiBoy berlari-lari untuk pergi ke rumah Makcik Kantin untuk menjawab seruan minta tolongnya yang mengalami kebakaran reban ayamnya. Setibanya BoBoiBoy di situ, dia mendapati bahawa reban itu sudah pun rentung. Kemudiannya, Makcik Kantin meminta tolong daripada BoBoiBoy supaya menolongnya membina semula reban ayamnya. Sementara itu, suatu mesyuarat rahsia tiga orang penjenayah sedang berlangsung di sebuah bengkel kereta yang terbiar dalam rancangan untuk merompak pada keesokan harinya. Si ketua yang bantut dan berbaju serba merah menyoal semula konco-konconya tentang rancangan mereka. Pada pukul 7:56 pagi, mereka akan berada di stesen minyak dan kemudian mereka akan bergerak selama 41 saat ke lokasi kejadian, iaitu di hadapan bank. Dan mereka akan menunggu waktu pertukaran pengawal keselamatan. Yang dempak serba biru pula perlu memerhatikan pengurus bank yang dijangkakan dia akan keluar dari kedai roti tepat pada pukul 8:03 minit pagi.

Tambah si dempak, kemudiannya mereka bertiga boleh terus menyerbu bank, rompak duit, larikan diri dan selepas itu mereka boleh pergi berbelanja. Maka si ketua menyergah si dempak kerana duit rompakan tidak boleh mereka gunakan selama enam bulan kerana dibimbangi mereka akan dijejaki polis. Kemudian, si ketua memberikan nama samaran kepada konco-konconya: si dempak sebagai Rob, si kurus sebagai Robert dan si ketua sebagai Roberto Santana (padahal itu nama sebenarnya). Keesokan paginya, pada hari Ahad di Markas Kotak, Probe mengejutkan Adu Du pada awal pagi kerana pada hari itu kapal angkasa lama mereka akan sampai. Kemudian, mereka berdua pergi ke warung Tok Aba untuk menyampaikan berita baik itu. Tanpa disangka-sangka, semua kakitangan warung termasuk empunya kedai sendiri memakai topi BoBoiBoy dan warungnya juga penuh dengan pelanggan-pelanggan, jadi Probe menanyakan kepada Tok Aba apakah rahsianya; jawabnya ini adalah disebabkan oleh peningkatan populariti BoBoiBoy sebagai wira penyelamat. Adu Du pun bertanya di manakah BoBoiBoy berada; jawab Ochobot, dia sibuk menolong orang di bandar.

Pada masa yang sama, Rob, Robert dan Roberto tiba di hadapan bangunan Rintis Bank untuk melakukan sepertimana yang dirancang pada malam semalam. Robert menutup mukanya dengan senaskah surat khabar sambil memerhatikan gerak-geri pengurus bank. Rob menyorok di tepi jalan masuk bank untuk mengawasi keadaan di dalam bank sementara Roberto menyorok di belakang jip. Setelah keadaan elok, Robert cepat-cepat mengikat meter parkir kereta untuk ditarik cabut dengan jip seperti dalam pelan rompakan asal mereka. Akan tetapi Rob terlihat kehadiran dua orang polis beruniform lalu memberitahu kepada ketuanya. Mereka bertiga ketiadaan "Pelan B", jadi Roberto mengarahkan supaya mereka pergi ke "Pelan C" – iaitu "cabut"! Maka mereka bertiga lintang-pukang berlari untuk pergi bersembunyi di dalam bank. Alang-alang sudah masuk bank, terpaksalah mereka merompak bank itu – dan merayu kepada semua orang di dalam bank supaya melindungi mereka daripada polis-polis yang berada di luar.

Berita rompakan bank ini menjadi viral melalui berita TV33 yang disampaikan oleh Ravi J. Jambul yang sendiri turut dijadikan tebusan dalam bank itu. Berita itu turut dipertontonkan semua orang yang berada di warung Tok Aba di mana Yaya, Ying, Gopal dan Fang berada. Maka Gopal terus menghubungi BoBoiBoy dan memberitahu tentang kes rompakan itu melalui jam tangannya. Maka terpaksa BoBoiBoy meninggalkan kerja membina reban ayam Makcik Kantin yang sekerat jalan untuk urusan yang penting itu. Rob, Robert dan Roberto menemani para tebusan di bilik kebal untuk melindungi diri mereka daripada polis, ketika itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya datang untuk menyelamatkan tebusan. Sekali terdengar ketukan pintu dan suara wira cilik itu memanggil supaya pintu dibuka, perompak bertiga itu terasa gertak, tetapi Rob dengan senang hatinya pergi membuka pintu untuk meminta autograf BoBoiBoy. Lantas Roberto terus mengherdik tindakan Rob kerana takut mereka bertiga akan dibelasah oleh BoBoiBoy lalu mengetatkan semula pembuka pintu. Ekoran daripada itu, Fang mahu memecahkan pintu dengan menggunakan kuasanya, tetapi dihalang oleh Yaya yang meminta supaya mengambil kira tentang keselamatan tebusan.

Probe pula menceritakan tentang seorang yang mampu menyelesaikan masalah itu tanpa menggunakan kekerasan. Dengan perkenalan yang melimpah-ruah, dia mempersilakan tidak lain tidak bukan ialah majikannya sendiri, iaitu Adu Du! Setelah puas dicurahi sanjungan, Adu Du meminta pemutar skru daripada Probe lalu cuba mengumpil buka pintu bilik kebal dari atas. Sungguh mengilankan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Roberto segera menyuruh Rob dan Robert untuk menutup semula pintu, tetapi Adu Du meminta supaya mereka berhenti dan mendengar dahulu luahan kata hatinya sebagai bekas penjahat yang memahami pancaroba hidup perompak bertiga, lantas meminta mereka supaya insaf dan bertaubat dari kejahatan. Rob dan Robert terharu mendengar rayuan makhluk hijau itu, tetapi Roberto pula tidak termakan lalu menutup terus pintu bilik kebal sehinggakan menyepit lengan Adu Du sambil mengingatkan bahawa jenayah mereka bertiga tidak sama dengan jenayah Adu Du yang dahulunya ingin menakluki Bumi.

BoBoiBoy berasa terkejut dan cemas melihat kesakitan yang Adu Du alami dan menyuruh Gopal supaya menukarkan pintu bilik kebal kepada jeli. Maka Gopal taat, tetapi disuruh berhenti melakukan demikian oleh Roberto yang mengugut akan meratih tangan Adu Du. Maka Gopal terpaksa berhenti sekerat jalan dan Adu Du masih lagi menahan kesakitan. Maka BoBoiBoy dan kawan-kawan sekali lagi terpaksa memerah otak demi menyelamatkan Adu Du dan tebusan di dalam bilik kebal. Fang sekali lagi bercadang supaya menyerbu dengan kuasa, tetapi BoBoiBoy mengingatkan bahawa kuasa bukan digunakan untuk kekerasan. Pada masa yang sama, Adu Du meminta Probe membawakannya air sirap limau ais tanpa limau. Maka dari situlah datangnya buah akal daripada minda BoBoiBoy.

Mula-mula, penghawa dingin di dalam bilik kebal dimatikan. 25 minit kemudian, semua orang yang berada di dalam bilik kebal merasakan kepanasan disertasi dengan kehausan. Perompak bertiga melihat di luar melalui lubang jeli pintu dan mendapati semua orang di luar menikmati minuman yang sejuk dan sedap. Maka mereka bertiga pun tergoda untuk menagih air, tetapi Roberto menegah dan menduga bahawa ini adalah helah mereka semua untuk menukar air dengan tebusan, dan memperdayakan mereka dengan meletakkan alat pendengar pada gelas air untuk mengetahui rancangan mereka. Walau bagaimanapun, Rob tergoda akan ais blended coklat strawberi yang dipegang oleh Gopal lalu menawarkan seberkas wang kertas sebagai pertukaran. Maka Gopal tanpa teragak-agak merestui urusniaga ini lalu khusyuk berkhayal menjadi jutawan dengan menjual air dengan harga sebanyak ini, tetapi dia segera ditempelak oleh Ying kerana jelas-jelas itu adalah duit rompakan.

Maka Rob, Robert dan Roberto berebut-rebut untuk minum ais blended coklat strawberi yang sejuk itu, sehinggalah BoBoiBoy tampil di lubang jeli untuk menawarkan pelbagai minuman lain kepada mereka dan para tebusan secara percuma. Maka semua ahli di dalam bilik kebal minum sepuasnya sehingga perut mereka kekenyangan. Oleh itu, kita tiba di kemuncak rancangan menyelamat. Ekoran minum terlalu banyak, Rob menanya kepada pengurus bank di manakah bilik air di dalam bilik kebal itu. Katanya, bilik air tiada di dalam bilik kebal. Setelah puas berhempas-pulas menahan air kumuhan sambil digoda oleh desisan semua orang di sekeliling, perompak bertiga tanpa teragak-agak membuka semula pintu bilik kebal dan keluar, lantas mereka dipimpin oleh anggota polis untuk masuk ke dalam lori polis – akhirnya Rob, Robert dan Roberto dapat dicekup!

BoBoiBoy dan kawan-kawan dilimpahi pujian yang diberikan oleh pengurus bank, sementara Ravi J. Jambul melakukan temubual tebusan dengan dirinya sendiri yang turut berterima kasih kepada wira-wira kecil itu. Akan tetapi, secara tiba-tiba semua orang dikejutkan oleh bayangan yang gelap di hadapan kawasan bank. Rupa-rupanya, kapal angkasa Adu Du sudah kembali! Tetapi, kapal angkasa itu dikepung oleh lima buah kapal angkasa lain yang asing.
8"5 Panglima Scammer"9 Disember 2014

Setelah selesai menumpaskan perompak-perompak bersama dengan BoBoiBoy dan yang lain di Rintis Bank, Adu Du dan Probe menyambut kepulangan kapal angkasa lama mereka dengan girang sekali. Apabila ditanya oleh Gopal bagaimana mereka mendapatkannya semula, Adu Du menceritakan bahawa mereka menipu Bago Go sehingga dia terpedaya dan memulangkan semula kapal angkasa lama mereka. Perbuatan mereka ditegur oleh Yaya bahawa perbuatan jahat tidak wajar dibalas dengan perbuatan jahat. Akan tetapi, kegembiraan mereka terhenti apabila tiba-tiba munculnya lima lagi kapal angkasa berwarna-warni yang mengepung kapal angkasa Adu Du. Ianya membangkitkan rasa hairan Adu Du dengan Probe yang menyangka itu adalah promosi Bago Go. Pintu kapal angkasa Adu Du terbuka dan kelihatan Bago Go berdiri di situ yang berasa cemas. Dia menyuruh Adu Du dan lain-lain supaya melarikan diri kerana abang-abangnya sudah datang untuk membalas dendam atas perbuatan Adu Du dan Probe menipu keturunannya tempoh hari, bahkan Adu Du adalah orang pertama yang berjaya menipu keturunan Bago Go.

Tanpa disedari oleh kedua-dua pihak, perbualan serius mereka sedang diliputi secara langsung oleh Ravi J. Jambul, si wartawan yang meliputi rompakan bank pada episod lepas. Adu Du mengatakan bahawa Bago Go yang menipunya dahulu, tetapi Bago Go membalas supaya tidak menceritakan hal-hal tentang sekolah menengah (padahal Adu Du tidak pernah sekolah dengan Bago Go!). Kemudian, BoBoiBoy bertanya bukankah kapal angkasa itu telah dibeli oleh Ejo Jo. Ujar Bago Go, itu semua adalah salah BoBoiBoy sendiri kerana membelasah Ejo Jo sehingga cedera parah, lantas terpaksa menggadaikan kapal angkasa itu untuk menanggung belanja hospital yang terlalu tinggi melangit untuk dirawat di hospital yang (kononnya) dibuka oleh Bago Go sendiri.

Apa-apa pun, tujuan Bago Go datang ke situ adalah untuk menyuruh Adu Du, BoBoiBoy dan lain-lain untuk berlari menyelamatkan diri daripada abang-abangnya yang sudah berang meruap-ruap, termasuk diri Bago Go sendiri. Maka, Fang bertanya mengapakah mereka disuruh lari jika Bago Go juga berasa marah; jawab Bago Go, mereka semua adalah pelanggan berpotensi Bago Go sendiri yang akan ditimpa bala jika diapa-apakan oleh abang-abangnya, maka terputuslah saluran pendapatan Bago Go itu. Pada masa yang sama, muncullah empat abang-abang Bago Go dengan wajah-wajah yang bengis. Si abang sulung bercermin mata menengking Bago Go kerana menyuruh orang yang telah menipu keturunannya lari, tetapi Bago Go cuba menutup jejak dengan berkata dia bercakap tentang "kari" dan bukannya "lari". Sebaik sahaja ditunjukkan oleh Baga Ga akan Adu Du dan Probe yang menipunya tempoh hari, maka dia pun terus mengherdik mereka berdua itu dan memperkenalkan diri mereka sebagai "Lima Panglima Scammer"!

Kemudian kelima-lima mereka memperkenalkan diri masing-masing. Bago Go memperkenalkan dirinya sebagai penjual senjata haram terhebat walaupun sudah masak dikenali oleh seluruh geng BoBoiBoy, diikuti oleh Wak Baga Ga si bomoh penipu seantero dunia yang sudah dikenali oleh Adu Du dan Probe. Kemudian Wak Baga Ga menunjukkan kemahirannya dengan mengatakan badan Gopal kurang sihat disebabkan oleh kawan baiknya sendiri, maka Gopal menaruh dengki terhadap BoBoiBoy tetapi sempat dipatahkan oleh Yaya. Si abang long itu kagum melihat betapa mudahnya si Gopal ditipu. Selepas itu giliran Bagi Gi untuk memperkenalkan dirinya, iaitu penipu sindiket Internet, lalu dia cuba memperdayakan Gopal dengan berkata bahawa dia telah memenangi sebuah kereta angkasa berwarna merah dari Internet. Sungguh mudah Gopal tergoda dan hampir mengisi borang pada tablet Bagi Gi, tetapi sempat dihalang oleh Ying.

Yang keempat pula adalah Bagu Gu, si "mahaguru I love you" yang bermaksud pemain kayu tiga. Cara dia mempersembahkan dirinya dengan romantik membuatkan BoBoiBoy dan kawan-kawan loya, tetapi menambat hati ramai wanita di sekeliling, termasuk seorang nenek tua. Dan akhir sekali, si abang sulung selaku ketua mereka memperkenalkan diri. Probe menyangka namanya ialah Bage Ge, tetapi bukan. Corak namanya lain daripada adik-adiknya kerana nama yang dipakainya ialah Tom, si penipu nama! Ini membuatkan Probe berasa hairan sama ada "Tom" adalah nama sebenarnya atau pun bukan. Setelah selesai memperkenalkan diri, Tom bagi pihak Lima Panglima Scammer mengulangi ugutannya untuk menyedut kesemua kekayaan di Bumi atas perbuatan yang telah Adu Du dan Probe lakukan. Adu Du dengan gembira berasa tidak sabar untuk menghalang cita-cita mereka, tetapi BoBoiBoy bertindak memeranjatkan dengan kesanggupannya untuk menyerahkan kapal angkasa Adu Du kepada mereka, kemudian memujuk Adu Du semata-mata kerana hendak menyelesaikan masalah itu dengan cara baik.

Dengan hati yang geram dan keberatan Adu Du setuju dengan cadangan itu. Akan tetapi, Tom juga menuntut supaya Adu Du meminta maaf. Walau bagaimanapun, kali ini Adu Du berkeras untuk berbuat demikian, maka Tom memulangkan kunci kapal angkasa Adu Du, kemudian kelima-lima Panglima Scammer (termasuk Bago Go) menaiki semula kapal angkasa masing-masing dan menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser bertubi-tubi! BoBoiBoy dan kawan-kawan pergi bersembunyi sementara Ravi J. Jambul sempat mengumumkan serangan di bandar bagi pihak TV33. Setelah itu, BoBoiBoy keluar dari tempat persembunyian dan menyerang balas dengan melontarkan Keris Petir ke arah musuh mereka itu, tetapi serangannya dipatahkan dengan mudah oleh tembakan laser Tom.

Tatkala kapal-kapal Panglima Scammer terus bermaharajalela, BoBoiBoy menggunakan BoBoiBoy Kuasa Tiga untuk menyelamatkan orang ramai. BoBoiBoy Gempa menggunakan Tanah Pelindung untuk melindungi seorang ibu dan anaknya manakala BoBoiBoy Taufan pula menggunakan Kokun Angin untuk menahan batu-batu yang jatuh dari atas bangunan. Yaya dan Ying juga turut membantu dengan menyuruh semua penduduk berlari ke arah yang bertentangan. Ravi J. juga tetap meneruskan kerjanya di tengah-tengah bahaya ini dengan menemubual seorang nenek tua yang gembira kerana dapat berlari pantas meskipun dia sudah tua. Fang pula melompat dari bawah ke atas bumbung bangunan lalu cuba menyerang kapal Tom dengan Serangan Bayang, tetapi gagal. Adu Du dan Probe juga tidak terkecuali daripada aksi keperwiraan apabila Probe bertukar menjadi Super Probe untuk menyelamatkan seorang budak lelaki daripada dihempap oleh papan nama kedai yang terkena tembakan laser. Akan tetapi, Super Probe masih cuai kerana tercampakkan papan nama ke atas Adu Du sampai lenyek dihempapnya. Nasib baik Adu Du masih bernyawa, lalu dia dan Probe pergi bersembunyi bersama dengan BoBoiBoy dan yang lain.

Ketika bersembunyi, Adu Du mencadangkan supaya mereka mengalihkan perhatian musuh daripada asyik menyerang bandar dengan menaiki kapal angkasanya. Maka mereka semua pun menaikinya, tetapi masih ada satu masalah lagi. Tangan Adu Du masih lagi cedera, jadi stereng kapal tidak dapat dikendalikannya. Ying menyuruh Probe memandu, tetapi Probe mengaku yang lesennya sudah tamat tempoh. Gopal menawarkan dirinya untuk memandu, lalu kapal angkasa itu terus berangkat. Tetapi ternyata Gopal sendiri tidak pandai memandu kapal itu, maka habis seluruh ahli kapal ditunggang-langgangkan di langit. Nasib baik semua selamat setelah kapal mendarat semula. "Terbalik...", ujar BoBoiBoy yang kelihatan telah tertiarap di dalam kapal angkasa. Gerak-geri kapal angkasa Adu Du telah disedari oleh musuh, maka Gopal menyuruh BoBoiBoy untuk mengambil kemudi. BoBoiBoy mula-mula teragak-agak kerana dia sendiri pun tidak pandai memandu. Setelah ditembak beberapa kali, akhirnya kapal angkasa itu berangkat jauh ke langit. Kelihatan Yaya dan Ying memandu kapal angkasa dengan bimbingan empunya kapal itu sendiri. Lima Panglima Scammer turut mengekori mereka sehingga jauh dari tempat tadi.

Adu Du sempat menetapkan kapal kepada kuasa maksima dan Ying pula menyuruh semua orang berpegang kuat-kuat. Maka mereka semua bergegas mengambil tempat duduk masing-masing dan memakai tali keselamatan, kecuali Gopal yang tiada tempat duduk dan terpaksa berpegang kuat-kuat pada lengan Adu Du yang cedera sementara kapal angkasa melayang pada kelajuan maksima. Namun begitu, Lima Panglima Scammer mampu mengejar mereka dengan mod hyperspeed pada kapal angkasa masing-masing, kemudian melancarkan Peluru Berpandu Laser Kebaboo lalu melepaskannya ke kapal angkasa Adu Du secara bertalu-talu. Namun, serangan itu sempat ditepis oleh flare yang dilepaskan oleh Yaya atas suruhan Adu Du yang merana dalam kesakitan. Akan tetapi salah sebutir peluru terjatuh ke reban ayam baru yang dibina sendiri oleh Makcik Kantin, menyebabkan BoBoiBoy kesal melihatnya melalui skrin kapal kerana dapat mengagak yang pasti dia kena membinanya semula.

Ying menyeru supaya menuju ke tempat yang tiada orang. Fang mencadangkan mereka pergi ke kawasan hutan, tetapi Yaya mengatakan tidak boleh kerana takut binatang diapa-apakan. Gopal mencadangkan kawasan lapang, laut atau kutub selatan, tetapi Yaya kata masing-masing ada belalang, ikan dan penguin untuk hidup. Setelah puas berfikir, akhirnya Yaya membawa kapal angkasa ke suatu tempat yang tiada hidupan dan dapat dielakkan daripada bedilan bertalu-talu, iaitu Bulan di angkasa!
9"Pertarungan Di Bulan"10 Disember 2014

Yaya membawa BoBoiBoy, Ying, Gopal, Fang, Adu Du dan Probe yang berada di dalam kapal angkasa ke Bulan kerana ianya tempat yang paling selamat untuk menjauhkan nyawa yang tidak bersalah daripada serangan Lima Panglima Scammer, tetapi jelas sekali ini akan menyukarkan mereka untuk melawan musuh. Tiba-tiba, kedengaran ketukan di pintu luar kapal angkasa. Rupa-rupanya wartawan Ravi J. Jambul dan seorang jurukamera telah berpaut di luar kapal dari tadi! Maka Adu Du menyuruh Probe menyelamatkan mereka. Probe ke luar kapal sebagai Super Probe tetapi dia tersalah faham arahan Adu Du dan membawa mereka pergi jauh di lapangan bulan. Maka Adu Du dengan marah menyuruh Probe membawa mereka masuk kerana mereka tidak boleh bernafas. Setelah dibawa masuk, Ravi J. Jambul dengan jurukameranya menyambung laporan. Ying menanya dia macam manakah mereka boleh mengekori wira-wira muda itu. Jelas Ravi, dia berhajat untuk meliputi perkembangan BoBoiBoy dan kawan-kawan dalam usaha melawan musuh, maka dia dengan jurukamera mengekori mereka ke kapal angkasa. Namun tidak sempat mereka memasuki ke dalam kapal, pintu ditutup dan mereka pun tersepit di tengah-tengah pintu sepanjang perjalanan dari Bumi sehinggalah ke Bulan.

Walau bagaimanapun, mereka masih dapat melakukan siaran langsung walaupun berada jauh di permukaan Bulan. Maka Gopal mengambil kesempatan untuk menujukan ucapan khas kepada ibu bapanya yang berada di Bumi bahawa dia mungkin akan pulang lewat. Kumar yang sedang sebak menonton berpesan kepada anaknya tidak mengapa demi keselamatan Bumi. Gopal turut melanjutkan dedikasi kepada Papa Zola bahawa dia tidak akan sempat menyiapkan kerja rumah. Tetapi Papa Zola yang turut menonton siaran itu geram mengherdik alasan yang dibuat oleh anak muridnya itu. Akhirnya dedikasi Gopal dipatahkan oleh Ravi yang merampas balik mikrofon untuk menyambung liputan BoBoiBoy. Tidak sempat Ravi mula menemubual BoBoiBoy, kapal angkasa Adu Du ditemui dan ditembak oleh kapal-kapal Lima Panglima Scammer. Liputan berita Ravi terpaksa berhenti seketika untuk iklan. BoBoiBoy menanya Adu Du apakah yang kapal angkasanya boleh lakukan untuk berlawan dengan musuh mereka. Jawab Adu Du, kapal angkasanya pada asalnya adalah kapal pengangkut sampah dan tidak mempunyai senjata langsung. Pada masa yang sama, Tom mengarahkan empat saudaranya supaya melancarkan Serangan Peluru Berpandu Bersepadu dan kapal angkasa Adu Du dihujani dengan bedilan peluru yang bertalu-talu.

Iklan yang ditayangkan di Malaysia membuatkan Papa Zola merungut kerana gelisah akan keselamatan anak-anak muridnya yang sedang berjuang di Bulan. Akhirnya siaran langsung bersambung dan Ravi melaporkan bahawa kapal angkasa sudah tersembam di atas permukaan Bulan. Sementara kapal-kapal Lima Panglima Scammer mengepung kapal Adu Du, Bago Go melakukan cubaan terdesak untuk memujuk Tom supaya mengasihani musuh mereka yang merupakan budak-budak dan robot comel. Tom menyanggah pujukan adiknya itu lalu menyuruh semua adik-adik untuk menggabungkan kapal mereka menjadi Megabot Scambot. Keempat-empat adik patuh, termasuklah Bago Go dengan rasa berat hati dan serba salah. Percantuman itu sungguh menggerunkan anak-anak kapal Adu Du, lebih-lebih lagi empunya kapal itu sendiri. Dalam saat kecemasan ini BoBoiBoy dan kawan-kawan memujuk Adu Du supaya dia mencari akal untuk mengatasi musuh. Adu Du memberikan sedikit sinar harapan dengan berkata bahawa kapal angkasanya sebenarnya boleh ditukarkan menjadi bentuk robot mecha, tetapi hanya robot pengangkut sampah. Tetapi masih mengeluh kerana harapan bentuk robotnya amat tipis kemungkinannya untuk mengalahkan Megabot Scambot. Lagipun, mereka tidak mempunyai tenaga elektrik maksima yang cukup untuk bertukar.

Oleh itu, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu menawarkan dirinya untuk membantu. Adu Du bersemangat semula dan menyuruh BoBoiBoy untuk pergi ke kor reaktor untuk penyaluran tenaga. Pada masa yang sama, Megabot Scambot sudah siap bercantum dan melakukan salvo pertama. Tetapi Adu Du menyeru musuh supaya berhenti seketika dan menyaksikan pertukaran kapal angkasanya kepada robot. Namun begitu, pertukarannya begitu lambat sekali. Ujar Bago Go, kapal angkasa Adu Du merupakan kapal angkasa model lama, jadi pertukaran kepada robot menelan masa yang agak lama. Tom pun tidak sabar dengan kerenah Adu Du dan menyambung menembak. Tetapi Adu Du dan Probe merayu supaya menunggu robot habis bertukar. Bago Go turut memujuk Tom supaya bersabar. Maka Lima Panglima Scammer setuju untuk menunggu. Bagaimanapun, proses pertukaran menjadi robot memang lambat, sampaikan menelan masa lima jam, hingga pasukan musuh pun tertidur.

Akhirnya setelah lama bertukar, mecha Sampahbot menjadi kenyataan, dan musuh akhirnya bangun dari tidur. Ravi teruja dengan perkembangan ini dan meminta Probe untuk merakamkan pertarungan dari luar. Sampahbot dikawal oleh Adu Du, BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang yang duduk dalam satu kokpit. Adu Du sebagai komander robot mengorak langkah pertama dengan mengarahkan Tumbukan Sampahbot Padu kepada Yaya dan Ying sebagai pengemudi utama robot. Namun begitu, tumbukan itu sungguh lembab sehinggakan Papa Zola yang menonton di Bumi tersalah anggap bahawa siaran bergerak perlahan. Sungguh mudah untuk Panglima Scammer memperlekehkan lawan, hinggakan ia menyerang balas dengan Tumbukan Uppercut yang kencang sehingga Sampahbot melayang ke angkasa tanpa turun kembali disebabkan tiada teknologi graviti. Gopal melaporkan kerosakan di bahagian lubuk hati. Kemudian, Sampahbot cuba turun ke Bulan dengan "berenang" di angkasa. Sementara itu, Tom mengarahkan konco-konconya untuk menggunakan Tembakan XYZ3000 dengan memancarkan laser kuat ke angkasa untuk menghalang perjalanan pulang Sampahbot ke Bulan. Gopal melaporkan kerosakan di bahagian ketiak dan apendiks.

BoBoiBoy meminta Yaya untuk menyalurkan tenaga gravitinya kepada Sampahbot untuk mengembalikan kestabilan. Yaya tidak begitu yakin kerana robot itu terlalu besar, tetapi Adu Du mendesaknya untuk mencuba. Maka Yaya menggunakan Kuasa Graviti untuk mengelakkan robot melayang dan mendarat di Bulan dengan selamat. Sebaik sahaja mendarat, Scambot melakukan kerajangan jarak jauh yang kencang terhadap Sampahbot, tetapi ia sempat ditepis dengan sama kuat oleh Ying yang menggunakan Kuasa Kelajuan Masa. Nampaknya Sampahbot semakin lama semakin kuat bertarung, menyerang musuh dengan Tendangan Gunting Dalam Lipatan yang menjatuhkan Scambot dengan pantas. Kemudian, Sampahbot melakukan Tendangan Padu Sampah, tetapi Scambot sempat mengelak. Maka pertarungan berlarutan dengan berbalas tumbukan, tendangan dan tembakan oleh kedua-dua pihak yang kelihatan setanding dengan satu sama lain, dengan Sampahbot lebih menguasai perlawanan. Kehebatan Sampahbot terus dilaporkan oleh Ravi, menyuntik semangat kepada penduduk Bumi.

Tom pun bertambah geram dan mengarahkan konco-konconya untuk mengeluarkan Tongkat Teknojaib dan kemudian melakukan Gerakan Bertongkat. Kelihatan Tongkat Teknojaib memberikan kelebihan hebat kepada Scambot dengan pukulan bertubi-tubi yang menyebabkan kerosakan ketara dan menjatuhkan Sampahbot. Setelah Sampahbot kecundang, anak-anak kapal pun rebah tersungkur dari kerusi masing-masing, kecuali BoBoiBoy yang bangun dalam keadaan geram dan menyalurkan tenaganya pada robot. Apabila Scambot cuba membantai semula Sampahbot, ia sekali lagi ditangkis oleh wira utama dengan Pencakar Sampah Halilintar. Kemudian, anak-anak kapal lain bangkit semula lalu membalas serangan dengan Cakaran Halilintar yang bertalu-talu hingga menyebabkan robot musuh dan anak-anak kapalnya direnjat elektrik. Tom mengarahkan supaya Scambot diterbangkan ke angkasa, kemudian melancarkan peluru-peluru ke atas Sampahbot di Bulan. Maka Probe cemas lalu melepaskan sedas tembakan laser ke arah Scambot untuk mengalihkan perhatian, kemudian meminta supaya tidak ditembak atas alasan menjadi wartawan yang tidak boleh dicederakan ketika berperang.

Apapun, Scambot bersambung menghujani musuh dengan peluru, menyebabkan kerosakan Sampahbot berlanjutan. Gopal melaporkan kerosakan di tulang belikat, buah pinggang dan pundi kencing. Ravi merayu kepada BoBoiBoy supaya melakukan sesuatu. BoBoiBoy menyedari akan cahaya matahari kian muncul dari sebalik Bumi, terus mendapat idea dan memanggil Fang. Scambot terus menghujankan peluru ke atas tempat Sampahbot tanpa menyedari apa yang berlaku seterusnya, hinggalah ia dikejutkan dengan 'versi baru', iaitu Sampahbot Wing X yang diberikan sayap dengan kuasa bayang Fang. Masih berbekalkan Cakaran Halilintar, Sampahbot yang diperbaharui itu melakukan banyak kerosakan ke atas mecha musuh dengan sekali cakaran, hinggakan Scambot nampaknya jatuh dan hampir berkecai.

'Kejayaan' Sampahbot nampaknya merangsang kegembiraan penduduk Bumi yang menyaksikan pertarungan itu melalui TV. Akan tetapi Scambot masih belum kalah, malah membentuk Tembakan Meriam Kodok Bawah Tempurung dengan lengan-lengan dan melepaskan tembakan berupa pancaran warna-warni pelangi yang cukup kencang untuk menjatuhkan Sampahbot Wing X dari angkasa ke permukaan Bulan lalu rosak teruk dengan hanya sebatang jari yang masih elok. Ketika Scambot hendak menghabiskan musuh, nampaknya Sampahbot di ambang menjadi bangkai masih bergerak-gerak sedikit, mengangkat jarinya dan kelihatan Gopal menggunakan Tukaran Sejari yang terdaya untuk melepaskan tembakan berulang-ulang. Namun tidak sedas pun yang terkena mecha musuh. Belum sempat Scambot mengenakan Pemijak Leper untuk menamatkan riwayat musuh, pemandu-pemandunya teralih perhatian oleh gemerlapan dari belakang. Maka Lima Panglima Scammer menolehkan mecha mereka ke belakang lalu khusyuk melihat barang-barang kemas di hadapan mata sendiri. Maka kelima-lima ahli Scammer naik girang dan keluar dengan sut angkasa untuk memuaskan semangat ketamakan mereka dengan meraikan 'rezeki murah' baru mereka.

Ini adalah berkat daripada kebijaksanaan akal BoBoiBoy yang terdengar hebahan Ravi yang menyebut "alien yang tamak", lantas memanfaatkan sebatang jari yang masih elok itu dengan menyuruh Gopal menggunakan kuasanya melalui jari itu dan menyasar batu-batan di belakang Scambot untuk ditukarkan menjadi emas. Sambil mereka leka, anak-anak kapal Sampahbot mengambil kesempatan untuk merampas Scambot dan memijak musuh mereka itu sehingga lenyek. Maka tamatlah pertarungan epik yang memenangkan BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi mereka tidak boleh menyambut kemenangan tanpa memikirkan jalan untuk pulang ke Bumi kerana kedua-dua mecha telah pun rosak.
10"Papa Zola & Mama Zila"11 Disember 2014
11"Serangan Mama Zila"15 Disember 2014
12"Ketibaan Ibu Adu Du"16 Disember 2014

Adu Du berasa bosan setelah berubah menjadi baik. Menurutnya, ketika dia jahat dahulu, dia sering mencari dan memikirkan idea-idea untuk menghapuskan BoBoiBoy. Tetapi selepas menjadi baik, jiwanya seperti tin kosong yang tidak berisikan apa-apa. Oleh itu, Probe cuba menghibur hati bosnya dengan hobi. Adu Du hairan mendengarnya kerana tidak mengetahui apa itu hobi. Selepas menjelaskan bahawa hobi adalah sesuatu aktiviti yang kita lakukan pada masa lapang. Untuk itu, Probe mencadangkan agar mereka memancing di atas tangki air. Selepas 3 jam, Adu Du pulang dari memancing dengan kesal kerana hanya mendapat sampah-sarap. Kata Probe, itu tidak mengapa kerana asalkan jiwanya sudah penuh, tetapi Adu Du masih sama. Lantas, Probe bercerita akan seorang arwah kawannya yang berjiwa kosong sehinggalah riwayatnya tamat setelah dua bulan memancing.

Adu Du cemas mendengar cerita itu, lalu bertanyakan bagaimana dengan nasib dirinya. Probe mencadangkan supaya mereka menghubungi BoBoiBoy melalui jam tangannya untuk meminta tolong tentang masalah jiwa kosongnya. Tetapi, BoBoiBoy mengatakan yang dia sedang sibuk memadamkan api di gerai bapa Gopal, lalu terus memutuskan talian. Setelah diputuskan, Adu Du dan Probe dikejutkan oleh sepasang kasut merah yang terletak di depan pintu Markas Kotaknya. Itu membuatkan Adu Du berasa terkejut lalu terus meluru masuk ke dalam markas. Sekali masuk, didapatinya ruang tamunya telah dikemas dengan elok. Tiba-tiba sahaja dia dikejutkan oleh panggilan timangan "Bubuchuk", rupa-rupanya ibu Adu Du iaitu Ibu Bu yang datang melawat anaknya!

Ibu Bu teruja bertemu semula dengan anaknya, tetapi juga bertanya mengapa sudah lama tidak didengari khabarnya. Probe berasa geli hati mendengar nama timangan Adu Du itu sementara pergi membawakan air untuk tetamu kejutan itu. Adu Du bertanya mengapa ibunya tiba-tiba datang melawat. Ibu Bu mengulas tentang keadaan dalam rumahnya yang serba "buruk". Untuk itu Adu Du mengujar bahawa itu sahaja yang termampu. Ibu Bu mengingatkan anaknya supaya memberitahunya jika dia menginginkan apa-apa, ibunya itu boleh menaja semuanya kerana perniagaannya, Ibu Bu Butik pun sudah ada 3671 cawangan. Probe terdengar perbualan itu dan kagum akan kekayaan si ibu kepada tuannya. Ibu Bu turut menasihati anaknya supaya berpindah dari "tempat pembuangan sampah" yang didiaminya sambil menawarkan kediaman yang lebih mewah.

Namun begitu, Adu Du membalas dengan bertegas untuk berdikari dan sanggup hidup susah asalkan berjaya dengan usaha dirinya sendiri. Ibu Bu tetap tidak senang dengan cara hidup anaknya, malah mengutuk kambing peliharaan anaknya walhal abang Adu Du maju ke depan dengan memelihara zirafah, gorila dan dinosaur. Kemudian, Probe datang menghidangkan minuman kepada tetamu istimewanya itu. Sekali minum, Ibu Bu terasa nikmat sekali! Kata Probe, itu adalah air koko Tok Aba, membuatkan Ibu Bu tergamam sebentar kerana sesungguhnya sumber tenaga koko adalah sumber tenaga yang sudah pupus di planet asal mereka. Setelah dijelaskan oleh Probe akan tujuan asal Adu Du, iaitu menakluki Bumi untuk mendapatkan koko, maka Ibu Bu mula memuji usaha anaknya itu lalu bertanyakan akan perkembangannya.

Tetapi setelah diberitahu bahawa "progress tergendala" dan Adu Du telah berubah menjadi baik, dari teruja Ibu Bu terus bertukar menjadi hampa lalu menegur anaknya bahawa seluruh keturunannya adalah jahat-jahat belaka, malah yang paling baik pun adalah Pakyeye yang menubuhkan Yayasan Kejahatan untuk membetulkan semula penjahat yang bertukar baik.
13"Adu Du Kembali Jahat"17 Disember 2014

Adu Du telah menjadi jahat kembali. Tekadnya adalah menghabisi sekaligus membunuh BoBoiBoy. Demi melancarkan aksinya, Ibu Adu Du memberikan dua hadiah untuknya sebelum sang ibu pulang. Hadiah pertama adalah sebuah boneka beruang kejahatan. Lantas, hadiah kedua sekaligus yang terbesar adalah sebuah kartu kredit plutonium. Kartu ini tidak memiliki limit saldo. Kartu tersebut juga spesial karena hanya ada tiga kartu di seluruh alam semesta, termasuk Ibu Adu Du sang penjual kosmetik terkemuka di alam semesta, Ata Ta Tiga khususnya.

Keesokan harinya, Cikgu Papa memberi kejutan kepada murid Kelas 5 Jujur berupa ujian matematika mendadak. Jelas seluruh murid tak senang. Kemudian, Adu Du datang terlambat ke kelas. Ia berpura-pura baik kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan agar dapat melancarkan misinya untuk menghabisi BoBoiBoy. Kala ujian berlangsung, datanglah Robot Pango, robot raksasa berbentuk tenggiling yang mengambil seluruh wang di sudut sekolah, termasuk mencuri seluruh barang di lapangan sekolah. BoBoiBoy dan kawan-kawan ingin sekali menghabisi robot itu, namun Cikgu Papa menghalangi mereka karena ujian belum selesai. Lantas, BoBoiBoy memecah diri menjadi tiga. Dua di antaranya, BoBoiBoy Halilintar dan Topan, berada di lapangan untuk melawan robot itu. Sayang, kekuatan mereka berdua tidak cukup untuk menghancurkan perisai Robot Pango. Rupanya, Adu Du lah yang membeli Robot Pango tersebut dari Ba Go Go seharga berlian untuk berusaha menghabisi BoBoiBoy beserta kekuatannya.
14"Robot Pango & Raksasa Bawang"19 Disember 2014

Ternyata, di dalam Robot Pango yang membuat seluruh inventaris sekolah habis ada sekawanan perampok yang kini bernama Kumpulan Gerombolan Kejahatan pimpinan Roberto Santana yang diceritakan diajak oleh Adu Du untuk memusnahkan BoBoiBoy. Adu Du yang berpura-pura baik terhadap BoBoiBoy dan kawan-kawannya terheran dengan kedatangan robot tersebut. BoBoiBoy Halilintar dan Topan yang berada di lapangan setelah berpecah di episode sebelumnya tak kuasa melawan robot itu. Barulah setelah ujian berakhir BoBoiBoy Gempa dan kawan-kawan BoBoiBoy yang lain menyusul ke lapangan untuk mengalahkan robot itu. Namun, saat mereka berusaha melawannya, mereka kedatangan Raksasa Bawang, monster Adu Du lainnya, yang membuat air mata mereka keluar dengan deras sehingga semakin kesulitan untuk melawan. Kebuntuan pecah kala Ying dan Yaya yang tahan akan bau bawang berhasil melawan monster tersebut. Sebuah kesempatan untuk BoBoiBoy untuk menghabisi Robot Pango.

Kala BoBoiBoy yang terpecah menjadi tiga berusaha melawan dua musuh tersebut, Adu Du dan Probe mengambil kesempatan mengambil seluruh elemen yang ada dalam diri BoBoiBoy, mulai dari kekuatan tanah, petir, dan angin; rambutnya; sampai sidik jarinya. Di akhir episode, Adu Du dan Probe menggabungkan seluruh elemen dari BoBoiBoy tersebut untuk menciptakan "kembaran" BoBoiBoy, yaitu BoBoiBot.
15"Misteri Penjenayah Api"1 Februari 2015

Pada awal episod, tampak Adu Du dan Probe ketakutan melihat sesosok manusia yang membakar seluruh ruangan. Penonton dapat mengetahui sosok tersebut di akhir episode.

Dua hari sebelumnya, TV33 menayangkan sebuah berita tentang kejadian kebakaran di lima tempat berbeda dalam waktu berdekatan. Salah satu di antaranya adalah SD Pulau Rintis tempat BoBoiBoy dan kawan-kawan bersekolah. Gudang tempat menyimpan hasil ujian matematika yang beberapa waktu lalu dilaksanakan habis dilalap si jago merah. Oleh karena itu, Cikgu Papa Zola memutuskan untuk mengulang kembali ujian di lain waktu. Rami J. Jambul yang meliput ke SD Pulau Rintis sempat mewawancarai Cikgu Papa. Menurut Cikgu Papa, saat kebakaran ada seseorang yang melarikan dari tempat kejadian perkara. BoBoiBoy dan kawan-kawan yang tengah nongkrong di Kedai Tok Aba dan menonton berita tersebut kemudian memutuskan pergi ke sekolah untuk menyelidiki kejadian tersebut. Rencana mereka diketahui Probe secara diam-diam. Ia lalu memberitahu kepada Adu Du di Markas Kotak. Adu Du merespons informasi Probe dengan mencari keberadaan si pelaku pembakaran bersama Probe.

Sementara itu, siasatan kes kebakaran dimulai dari rumah Mak Cik Kevin, ibu kantin sekolah. Tutur Mak Cik, pada pagi hari kejadian ia berencana memberi makan ayam-ayamnya di belakang rumah. Ia kemudian melihat ayam-ayamnya panik dan riuh. Rupanya kandang ayam milik Mak Cik terbakar. Siasatan berlanjut di gudang milik Cik Gu Papa dan kedai es krim milik Pak Cik Kumar (ayah Gopal). Di sekolah, Yaya menduga kebakaran ini bukan karena ledakan tabung gas atau arus listrik. Ini dibuktikan dari tidak adanya benda-benda pemicu kebakaran di gudang itu. Di Markas Kotak, Adu Du telah membuat alat pengesan kebakaran. Bersama Probe, mereka menggunakan alat itu untuk mencari si pelaku kebakaran.

Malam harinya, BoBoiBoy bermimpi tentang kejadian kebakaran di seluruh Pulau Rintis. Saat ia melihat sesosok misterius yang membakar tempat-tempat tersebut, ia terbangun dari tidurnya. Pagi harinya, BoBoiBoy datang ke lokasi kebakaran terkini yang terletak di gudang lapangan sekolah. Di sana, Ying menemukan sebuah jejak sepatu yang diduga milik pelaku. Walau jejak sepatu ini digunakan sebagai alat bukti dengan mencocokkannya kepada seluruh murid SD, hampir tak satupun jejak sepatu yang sama. Saat Gopal mencocokkannya dengan sepatu BoBoiBoy, Cikgu Papa malah merusak alat bukti tersebut. Beruntung keberadaan cctv di gudang olahraga membantu investigasi mereka. Setelah diperiksa, selain pelaku kebakaran yang terlihat sebagai bola api, ada Adu Du dan Probe dalam tayangan kamera pengawas tersebut.

Adu Du dan Probe yang diinterogasi Tim BoBoiBoy bersikeras bahwa bukan mereka pelaku kebakaran. Namun Adu Du telah mengaku bahwa ia kembali jahat pascainsiden senggolan BoBoiBoy kepada ibu Adu Du. Ia juga mengaku telah memiliki anggota baru di kelompok kejahatan miliknya. Tim BoBoiBoy akhirnya kaget karena istilah Kokomander Koko yang sempat disebut Raksasa Bawang adalah Adu Du. Sebelum melarikan diri dari interogasi, Adu Du sesumbar dengan anggota baru ini, si pelaku kebakaran bernama BoBoiBoy Api, sebagai musuh yang sepadan untuk menghabisi BoBoiBoy.
16"Bahaya BoBoiBoy Api!"29 Mac 2015

Setelah mengetahui kewujudan BoBoiBoy Api daripada Adu Du, keesokan harinya, kawan-kawan BoBoiBoy kembali ke rumahnya untuk menyelidiki apa yang telah terjadi akan BoBoiBoy terutamanya mengenai kekuatannya. BoBoiBoy mengakui bahawa ia tidak sedar akan apa yang ia lakukan setiap malam sewaktu BoBoiBoy Api membakar seluruh Pulau Rintis. Curiga dengan apa yang sebenarnya telah terjadi terhadap BoBoiBoy setiap malam, Gopal mendapat sebuah idea. Sementara itu di Markas Kotak, Adu Du hampir menyelesaikan penghasilan BoBoiBot, "kembar" BoBoiBoy dalam bentuk robot. Dia telah memasukkan seluruh serpihan kekuatan tertinggi BoBoiBoy yang didapati semasa melawan Robot Pango dan Raksasa Bawang ke dalam kepala robot tersebut. Hanya satu kekuatan lagi yang belum dimasukkan iaitu kekuatan api. Bersama Probe, dia harus mencari BoBoiBoy Api untuk mendapatkan serpihan kekuatan itu.

Di malam harinya, BoBoiBoy tidak dapat tidur kerana berbaring di tengah padang sekolah. Kata Gopal, mereka boleh mengetahui apa yang terjadi pada BoBoiBoy pada malam hari dengan membuatnya tidur lalu memperhatikannya. Kemudian kawan-kawan BoBoiBoy, termasuk Ochobot dan Tok Aba, berusaha membuat BoBoiBoy terlelap. Hampir semua cara untuk membuatnya tidur gagal, mulai daripada membuatnya pening, memaksanya memakan biskut Yaya, mendengarkan lagu tidur ciptaan Gopal, bahkan sampai harus mendengarkan lagu tidur berbahasa Mandarin daripada Fang. Akhir sekali, Tok Aba berhasil membuatkan BoBoiBoy mengantuk dengan sejarah penubuhan kedai kokotiam Tok Aba.

Tidak lama kemudian, kekuatan misteri muncul ketika BoBoiBoy tidur. Rupa-rupanya, kekuatan tersebutlah kekuatan yang membuatkannya menjadi BoBoiBoy Api. Kawan-kawan BoBoiBoy terkejut dengan perubahan BoBoiBoy, bahkan hairan dengan kelakuan BoBoiBoy Api yang menyapa mereka seperti pelawak. Kemudian Yaya menanyakan kepada BoBoiBoy mengapa ia membakar banyak tempat di seluruh pulau. BoBoiBoy memberitahu mereka bahawa sebenarnya dia tidak sengaja membuat kebakaran di setiap tempat. Hal itu dimulai saat ia melakukan pertunjukan bola api kepada ayam-ayam di belakang rumah Mak Cik Kantin. Saat ia meninggalkan halaman belakang, secara tidak sedar bola api miliknya mengenai reban dan membakarnya. Di waktu yang lain ia berkunjung ke sekolah dan sempat berkunjung ke stor Cikgu Papa. Saat ia ingin masuk, api dari telapak tangannya justeru membakar pintu stor tersebut. BoBoiBoy Api langsung lari dari tempat kejadian dan sempat singgah di kedai aiskrim Pak Cik Kumar. Kemalangan yang sama terjadi. Bola api miliknya justeru membakar seluruh kedai. Akhir sekali, ia masuk ke dalam stor alatan sukan untuk bermain-main bagi menghilangkan tekanan di fikirannya. Tentu saja rancangan tersebut berakhir dengan kebakaran akibat pencerobohannya dan bola api kepunyaannya. Jelas seluruh kawannya tidak senang dengan perilaku buruk tersebut.

Setelah ditelisik lebih mendalam, BoBoiBoy dapat berubah menjadi BoBoiBoy Api sebagai pelepas tekanan setelah menjalankan pelbagai aktiviti di siang hari. Dengan kekuatan api dalam diri BoBoiBoy yang sangat kuat dan berbahaya, kawan-kawan BoBoiBoy menyarankannya agar segera kembali kepada keadaan asalnya semula. Namun, BoBoiBoy tidak mengendahkan saranan tersebut. Justeru ia menyerang balik semua kawan-kawannya. Serangannya yang dahsyat bahkan membuat Fang bersusah payah mengeluarkan kekuatan bayangan untuk meredam kerosakan serangan BoBoiBoy Api. Bagi pihak lain pula, serangan bola api diubah Gopal menjadi kuih bola pisang panas yang membuat paras tekanan BoBoiBoy menurun. Setelah tahu cara "mengalahkan" BoBoiBoy Api, mereka masing-masing kemudiannya membuat berbagai-bagai tarikan yang melibatkan kekuatan api BoBoiBoy. Akhirnya tekanan BoBoiBoy mereda.

Tidak lama kemudian, Adu Du dan Mega Probe datang untuk merayu BoBoiBoy Api agar bergabung dengan kelompok kejahatan Adu Du. BoBoiBoy Api menolak tawaran mereka dan menghabiskan mereka dengan bola api raksasa. Adu Du dan Probe kalah teruk. Akhirnya, BoBoiBoy Api keletihan lalu tertidur nyenyak. Ia akhirnya kembali menjadi BoBoiBoy seperti sedia kala tanpa menyedari apa yang telah berlaku.

Sementara itu di Markas Kotak, Adu Du akhirnya mendapatkan serpihan kekuatan BoBoiBoy Api yang melengkapkan seluruh kekuatan BoBoiBot. Adu Du hanya perlu menunggu masa untuk menjadikannya alat pemusnah BoBoiBoy.
17"BoBoiBot Bersedia"7 Jun 2015
18"Bahagia Bersama BoBoiBot"18 Jun 2015
19"Kejutan BoBoiBoy Air"11 Oktober 2015
20"Bangkit BoBoiBoy Air!"12 Disember 2015
21"Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1)"18 Disember 2015
22"Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)"19 Disember 2015
23"Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3)"20 Disember 2015
24"Musuh Baru Dan Lama"28 Mei 2016
25"Antara Kawan Dan Lawan"4 Jun 2016
26"Jumpa Lagi BoBoiBoy"11 Jun 2016