Senarai episod Si Capik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Si Capik ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di TV2, dibintangi oleh Zachery Francis sebagai watak tajuk, Erry Putra, Sheera Iskandar dan Hetty Sarlene.[1][2] Siri ini disiarkan dari 12 Mei 2009 sehingga 16 Ogos 2011 sebanyak 4 musim dan 104 episod yang mana setiap musim mempunyai 26 episod.[3]

Ringkasan siri[sunting | sunting sumber]

Musim Nombor
episod
Episod Tarikh siaran pertama Tarikh siaran terakhir
2009 1–26 26 12 Mei 2009 (2009-05-12) 3 November 2009 (2009-11-03)
2009–2010 27–52 26 10 November 2009 (2009-11-10) 4 Mei 2010 (2010-05-04)
2010 53–78 26 6 Julai 2010 (2010-07-06) 28 Disember 2010 (2010-12-28)
2011 79–104 26 22 Februari 2011 (2011-02-22) 16 Ogos 2011 (2011-08-16)

Episod[sunting | sunting sumber]

2009[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
11"Episod 1"12 Mei 2009
Reza, seorang pemuda yang digelar Si Capik kerana ketidaksempurnaan sifatnya yang mengalami kecacatan di sebelah kakinya. Namun ia tidak menghalang Reza untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar kolej yang cemerlang dalam akademik. Sayu melihat kecekalan bapanya yang kurang sihat mencari rezeki menguatkan semangat Reza untuk berjaya dalam pelajaran bagi mengubah nasib keluarganya.
22"Episod 2"19 Mei 2009
Reza cekal hadapi dugaan yang mendatang dan sentiasa bersemangat, dengan sokongan daripada Sherin, Farish dan Mira. Mereka bertiga sentiasa melindungi Reza daripada menjadi mangsa buli oleh pelajar kolej lain.
33"Episod 3"26 Mei 2009
Zahid cuti semester dari pelajarannya di England dan pulang ke Malaysia, namun Datuk Hazim kecewa dengan sikap anak sulungnya yang suka berfoya-foya dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
44"Episod 4"9 Jun 2009
Amir ingin mengajak Sherin bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan, tetapi Sherin belum buat sebarang keputusan lagi.
55"Episod 5"9 Jun 2009
Sherin kecewa dengan Amir kerana dia sering meminta wang daripadanya.
66"Episod 6"16 Jun 2009
Sherin membawa Reza, Farish dan Mira belajar di rumahnya sama-sama, namun tidak disukai oleh Datin Faridah. Reza berkeras tidak mahu belajar secara berkumpulan bersama Farish, Sherin dan Mira selepas Datin Faridah memandangnya semacam.
77"Episod 7"23 Jun 2009
Reza dan datuknya meluangkan masa mereka berjalan mengelilingi sekitar kawasan kampung. Zahid berjanji kepada ibu bapanya yang dia mahu menamatkan pelajarannya di United Kingdom sehingga berjaya memperoleh ijazah.
88"Episod 8"30 Jun 2009
Reza cuba mahu memberitahu kepada Farish bahawa Mira hanya mengajaknya keluar. Selepas pertengkaran antara mereka, Reza dan Farish tidak bertegur sapa. Sherin meminta Amir supaya tidak meminjam wang daripadanya lagi. Farish mengajak Mira untuk keluar bersamanya. Nora bertambah bingung apabila perniagaannya terjejas akibat sekumpulan samseng yang meminta wang perlindungan daripadanya. Reza cuba mahu menyelamatkan perniagaan ibunya, namun dibelasah oleh samseng itu.
99"Episod 9"7 Julai 2009
Farish membawa Mira ke taman untuk membincangkan sesuatu mengenai hubungan mereka. Datuk Hazim memberikan wang RM3000 kepada Sherin kononnya untuk membeli buku, namun sebenarnya dia mahu memberikan wang itu kepada Amir. Reza dan Farish kembali berdamai dan melupakan persengketaan di antara mereka. Sherin memberi amaran kepada Amir supaya jangan menganggunya lagi selepas Rozie, teman wanita Amir, menghubungi Sherin.
1010"Episod 10"14 Julai 2009
Sherin mengambil keputusan untuk berhenti belajar, tetapi dihalang oleh bapanya. Reza datang berjumpa dengan Sherin di sebuah kafe yang mana Sherin meluahkan isi hatinya kepada Reza. Sherin memberitahu kepada ibunya bahawa dia dan Reza hanya sebagai kawan. Pada petang itu, Reza, Farish, Sherin dan Mira keluar memancing bersama-sama bagi mengisi waktu lapang mereka. Datin Faridah tidak suka Sherin keluar bersama Reza. Pada masa yang sama, Datin Faridah memberi amaran kepada Reza supaya tidak meneruskan persahabatannya dengan Sherin. Ini membuatkan Reza tertekan.
1111"Episod 11"21 Julai 2009

Reza, Farish, Sherin dan Mira kini bekerja dalam sektor korporat, empat tahun selepas menamatkan pelajaran di universiti. Datuk Hazim dan Datin Faridah bimbang dengan Zahid yang masih tidak bekerja selepas tamat belajar di United Kingdom. Sekembalinya ke Malaysia selepas memperoleh ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan di Australia, Reza menghadiri temuduga di syarikat korporat swasta. Zahid masih belum terbuka hatinya untuk bekerja kerana belum bersedia malu tidak memiliki ijazah universiti. Mira bosan apabila keluarganya asyik bercakap tentang soal kahwin.

Reza gembira apabila mendapat tawaran bekerja di syarikat Etika Emas selepas sekian lama menunggu tawaran. Zahid masih mempertimbangkan tawaran bekerja dengan bapanya selepas dinasihati oleh Zarul, rakan karibnya ketika sama-sama belajar di England. Liza, teman wanita Zahid bertemu dengan mereka berdua selepas itu. Malik dan Nora gembira apabila Reza menerima tawaran kerja. Selepas berfikir panjang, Zahid akhirnya bekerja dengan bapanya menguruskan Jaya Holdings.
1212"Episod 12"28 Julai 2009
Reza bekerja di syarikat korporat swasta. Kehadirannya disambut baik oleh semua kakitangan Etika Emas, namun tidak disenangi oleh Mat, kakitangan senior syarikat korporat. Sherin keluar bersama dengan Razali meskipun belum dapat menyesuaikan dirinya dengan Razali. Reza mahu Mat serahkan rekod penghantaran barangan kepadanya untuk semakan, namun dimarahi oleh Mat. Reza dapat merasakan bahawa terdapat penyelewengan di dalam syarikat.
1313"Episod 13"4 Ogos 2009
Zahid menyesuaikan dirinya dengan persekitaran di Jaya Holdings. Pada petang itu, dia, ditemani oleh Zarul, berkunjung ke tapak projek bagi memantau perkembangan terkini. Hussein dan Shima datang melawat anak dan menantu mereka di Kuala Lumpur. Reza pulang ke rumahnya dan bertemu dengan datuk dan neneknya. Reza kemudian membawa datuknya keluar bersama. Farish meminta restu daripada ibu bapa Mira untuk berkahwin dengan Mira. Reza diberi amaran oleh Mat supaya tidak mengadu kepada bos tentang kegiatan penyelewengan dalam syarikat. Reza berjumpa dengan bosnya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.
1414"Episod 14"11 Ogos 2009

Abu telah mengambil tindakan tegas terhadap Mat selepas Reza melaporkan kegiatan penyelewengan kepadanya. Mat kemudian ditangkap oleh polis kerana melakukan penyelewengan dalam Etika Emas. Abu berterima kasih kepada Reza kerana menyelamatkan Etika Emas daripada terus mengalami kerugian. Datuk Hazim mahu Zahid mendisiplinkan diri dan tidak bekerja sambil lewa, namun Zahid tidak pedulikan nasihat bapanya. Reza menerima perkhabaran gembira apabila bosnya mahu menaikkan beliau ke jawatan yang lebih tinggi di Etika Emas.

Datuk Hazim bertemu dengan Ali dan kontraktor binaan di tapak projek, dan dia terkejut apabila mendengar keluhan daripada Ali bahawa bahan binaan yang ditempah belum tiba ke tapak pembinaan. Datuk Hazim bimbang dengan keadaan syarikatnya yang semakin parah dan banyak projek pembinaan tergendala akibat sikap Zahid yang tidak bertanggungjawab. Reza dan Sherin keluar makan bersama.
1515"Episod 15"18 Ogos 2009
Malik dan Nora berharap Reza supaya menerima tawaran Datuk Hazim untuk bekerja di Jaya Holdings.
1616"Episod 16"25 Ogos 2009
Zahid kecewa bapanya mengambil Reza bekerja di Jaya Holdings.
1717"Episod 17"1 September 2009
Zahid menuduh Reza kononnya dia melobi Datuk Hazim. Reza kecewa kerana data tapak projek hilang dari komputernya. Datuk Hazim kecewa anaknya, Zahid mengabaikan projek kendalian Jaya Holdings sehingga mengakibatkan penyelewengan. Datin Faridah tidak suka suaminya yang dilihat suka melebih-lebihkan Reza. Reza dan Mira keluar memancing, dan ini membuatkan Farish dan ibu bapa Mira merasa curiga.
1818"Episod 18"8 September 2009

Farish dan Mira merancang untuk berkahwin, namun Mira belum bersedia dan ini membuatkan Farish kecewa. Reza menuju ke tapak projek dan mendengar keluhan daripada kontraktor binaan.

Zahid bimbang kerana Reza akan melaporkan kepada Tuan Hazim mengenai punca pendapatan kontraktor. Razali menghadiahkan cincin kepada Sherin sebagai tanda ikhlas. Reza, Zahid dan Zarul berbincang mengenai tapak projek terbengkalai.
1919"Episod 19"15 September 2009

Sherin bertemu dengan Reza di pejabatnya dan bertanya khabar. Dia menunjukkan kepada Reza, cincin yang diberikan oleh Razali kepadanya. Zahid kecewa kerana bapanya sering melebih-lebihkan Reza dan merancang sesuatu untuk menjatuhkan Reza.

Mira mengajak Reza makan tengahari di rumahnya, walaupun ibu bapa Mira kurang bersetuju. Farish cuba menghubungi Mira, namun panggilannya tidak dijawab.
2020"Episod 20"22 September 2009

Reza, Farish dan Mira terkenangkan kehidupan mereka semasa menuntut di kolej. Reza dan beberapa kontraktor binaan memantau tapak projek yang sedang dalam pembinaan. Menyedari kelemahannya hampir terbongkar, Zahid membuat sesuatu untuk mendapatkan kembali kedudukannya di Jaya Holdings.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Reza didatangi oleh sekumpulan 3 lelaki tidak dikenali, lalu dibelasah sehingga parah. Kehadiran Zarul menyelamatkan keadaan dan mengubungi Datuk Hazim, memaklumkannya bahawa Reza telah dipukul. Zahid berjaya melaksanakan rancangannya untuk menjatuhkan Reza.
2121"Episod 21"29 September 2009
Reza bekerja seperti biasa biarpun masih trauma akibat dibelasah. Sherin memerhatikan gelagat Razali berfoya-foya dengan perempuan lain.
2222"Episod 22"6 Oktober 2009
Reza dan Mira keluar bersama, namun gelagat mereka diperhatikan oleh Farish. Datin Faridah kecewa suaminya melebihkan Reza daripada anaknya sendiri. Reza menerima panggilan daripada seseorang tidak dikenali, tanpa disedarinya bahawa Zarul telah membuat panggilan tersebut untuk kenakannya atas arahan Zahid. Razali bertemu dengan Sherin untuk menjelaskan bahawa wanita yang bersamanya pada malam itu ialah kawan biasa. Reza dan Mira bercerita tentang kehidupan mereka.
2323"Episod 23"13 Oktober 2009
Reza dan Mira melangsungkan perkahwinan mereka, namun ditentang oleh Farish. Reza sedar bahawa ia hanyalah mimpi. Hubungan Sherin dan Razali kembali pulih dan mereka kelihatan sering keluar bersama.
2424"Episod 24"20 Oktober 2009
Zahid bimbang tentang kepincangan di tapak projek. Reza bertemu dengan Farish untuk menjelaskan perkara sebenar, tetapi Farish menuduh dan menghinanya. Datuk Hazim mahu Reza atasi masalah yang berlaku di tapak projek. Zahid bengang apabila dia mengetahui bapanya mahu menaikkan pangkat untuk Reza. Datin Faridah tidak bersetuju dengan keputusan suaminya untuk melantik Reza ke jawatan yang lebih tinggi di Jaya Holdings.
2525"Episod 25"27 Oktober 2009
Zahid berjumpa dengan Reza berhubung dengan kepincangan di tapak projek. Datuk Hazim kecewa dengan tindakan anak lelakinya yang melakukan penyelewengan dalam syarikat. Zahid kemudian menyalahkan Reza dan menuduhnya dengan tuduhan tidak berasas. Reza mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings, namun Sherin memintanya untuk tidak berhenti. Sherin kecewa dengan sikap Razali yang berlaku curang terhadapnya. Sherin bertemu dengan Reza dan menceritakan kepadanya mengenai nasibnya akibat kecewa dalam bercinta. Pada masa yang sama, Sherin menaruh perasaannya terhadap Reza.
2626"Episod 26"3 November 2009
Razali bertemu dengan Sherin untuk menjelaskan bahawa wanita yang bersamanya tempoh hari ialah sepupunya, namun Sherin tidak mempercayainya dan mereka membawa haluan masing-masing. Hubungan Farish dan Reza kembali pulih selepas sekian lama mereka berperang mulut kerana Mira. Sherin memberitahu kepada ibunya bahawa dia ikhlas mencintai Reza, namun ibunya membantah. Datin Faridah memberi amaran kepada keluarga Reza supaya jangan bermimpi mengambil Sherin sebagai menantunya. Sherin mengaku kepada Reza bahawa dia amat mencintainya. Datuk Hazim merestui hubungan cinta Sherin dan Reza, namun dibantah keras oleh Datin Faridah dan Zahid.

2009–2010[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
271"Episod 27"10 November 2009

Zahid memberi amaran keras kepada Reza supaya tidak berkahwin dengan Sherin, namun Reza tetap meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Sherin. Mira bertambah runsing setelah mengetahui Reza dan Sherin akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam tempoh yang terdekat, sambil terkenangkan kenangan lamanya bersama Reza.

Reza dan Sherin telah melangsungkan perkahwinan mereka, namun ibu dan abang Sherin, Datin Faridah dan Zahid bermasam muka terhadap Reza di hari persandingan mereka. Mira membawa dirinya pergi jauh setelah mengetahui Reza telah bernikah dengan Sherin. Zahid menaruh kebenciannya terhadap Reza yang kini menjadi adik iparnya, biarpun dinasihati oleh Zarul supaya tidak bermusuh dengan Reza.

Zahid dan Datin Faridah berkeras enggan menerima Reza sebagai ahli keluarga mereka. Hal ini menyebabkan Datuk Hazim kecewa dengan sikap mereka yang suka menghina Reza kerana kekurangan dirinya. Reza dan Sherin kini hidup bahagia setelah mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri.
282"Episod 28"17 November 2009
Nora kembali berniaga selepas sebulan dan kini dibantu oleh suaminya, Malik. Farish bertemu dengan Mira untuk bertanya khabar. Reza dan Sherin merancang untuk menimang cahaya mata.
293"Episod 29"24 November 2009

Nora dan suaminya, Malik berniaga untuk mencari wang lebih dan ia membuahkan hasil apabila kuih-muih mereka mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Datuk Hazim, besan mereka, memerhatikan mereka dari jauh. Reza, Sherin, Farish dan Mira menikmati makan malam di sebuah kafe. Zahid dan Zarul memantau perkembangan terkini di tapak projek.

Malik bertemu dengan Datuk Hazim untuk bertanya khabar. Datuk Hazim menawarkan peluang pekerjaan kepada besannya, namun Malik belum membuat keputusan. Reza membelikan selendang untuk ibu mertuanya, namun tidak diendahkan oleh Datin Faridah.
304"Episod 30"1 Disember 2009
Reza membawa Sherin bertemu dengan ibu bapanya. Mira masih terkenangkan kenangan lamanya bersama Reza. Mira mengalami kecederaan di kaki semasa berjoging bersama Farish.
315"Episod 31"8 Disember 2009
Zahid berkenalan dengan Nurul semasa minum di Station 1 Cafe. Datuk Hazim menjemput ibu bapa Reza ke rumahnya, namun Datin Faridah membantah keras. Datuk Hazim mengadakan mesyuarat tergempar, namun anaknya Zahid tidak dapat hadir; dia kemudian mengarahkan Zarul supaya menyerahkan dokumen kerja Zahid kepada Reza untuk disiapkan.
326"Episod 32"15 Disember 2009

Mira masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan di kakinya. Farish pula terkenangkan kenangan manisnya bersama Mira. Liza meminta bantuan daripada Zarul untuk mencari Zahid, namun Zarul enggan masuk campur. Reza dan Sherin keluar bersama, namun diperhatikan oleh Razali.

Datuk Hazim memberi mandat kepada Reza untuk menguruskan kerja yang tertangguh. Zahid merasakan dirinya tidak dihargai di Jaya Holdings. Farish menjenguk Mira di rumahnya untuk bertanya khabar. Reza mahu berbincang sesuatu dengan Zahid, tetapi Zahid enggan melayannya. Ibu bapa Reza datang melawat ke rumah Datuk Hazim, namun kehadiran mereka tidak disukai oleh Datin Faridah. Sherin kecewa dengan sikap ibunya.

Reza dan Zarul hairan kerana Zahid tidak hadir ke tapak projek di mana mereka perlu berbincang mengenai masalah yang berlaku di tapak projek. Hal ini mengejutkan Datuk Hazim sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon daripada menantunya.
337"Episod 33"22 Disember 2009

Reza menerima lampu hijau daripada bapa mertuanya untuk tangani masalah di tapak projek pembinaan. Sherin kecewa dengan sikap abangnya yang suka menghina dan mengutuk Reza. Nurul memasang agendanya untuk membolot harta milik Zahid, malah sanggup berkahwin dengannya.

Liza terpaksa menanggung derita akibat hamil luar nikah dan dia mahu Zahid bertanggungjawab. Datuk Hazim gembira kerana syarikat Jaya Holdings miliknya telah menerima pengiktirafan. Zahid dan Liza diserang oleh Liza di kelab malam. Mira masih sukar untuk melupakan Reza.
348"Episod 34"29 Disember 2009

Liza mahu Zahid bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepadanya. Farish masih mengharapkan agar Mira berkahwin dengannya. Zahid mengeluh kerana dianaktirikan di syarikat bapanya. Mira berjumpa dengan Reza untuk meminta pandangan dan nasihat tentang hubungannya dengan Farish.

Datin Faridah dan Zahid hilang selera makan setiap kali mereka melihat Reza di dapur. Reza mahu berbincang dengan abang iparnya berhubung dengan masalah di tapak projek pembinaan, namun Zahid enggan melayannya. Zahid menjadi gementar selepas Liza mengugutnya untuk bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka. Mira meminta Farish untuk tidak bercakap lagi tentang kahwin.
359"Episod 35"5 Januari 2010

Zahid bengang apabila bapanya dan pengurusan kanan Jaya Holdings menerima cadangan Reza. Reza cuba sedaya upaya untuk menyatukan Farish dan Mira agar mereka disatukan sebagai suami isteri kelak. Nurul memberi amaran kepada Liza supaya tidak lagi menganggu Zahid. Sherin mengambil keputusan untuk membawa suaminya, Reza tinggal berasingan, namun Reza tidak mahu isterinya membuat keputusan terburu-buru.

Liza datang menyerang Zahid di pejabatnya, Zahid kemudian menyerahkan cek tunai kepada Liza dan memintanya supaya tidak lagi menganggunya. Datuk Hazim meminta Reza supaya mempercepatkan projek pembinaan dan mempengerusikan mesyuarat kerana bapa mertuanya ke Putrajaya untuk menghadiri mesyuarat khas di sana.

Farish meminta ibu bapa Mira supaya memujuk Mira untuk berkahwin dengannya. Sewaktu dalam perjalanan pulang, kereta Farish berselisih dengan kereta Mira, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Datuk Hazim kecewa dengan sikap isterinya, Datin Faridah yang membantah keputusan Sherin dan Reza untuk berpindah.
3610"Episod 36"12 Januari 2010
Mira masih sukar melupakan Reza meskipun telah mengetahui bahawa Reza sudah berkahwin. Zahid menyalahkan Reza atas kepincangan yang berlaku di Jaya Holdings. Reza melawat ibu bapanya tanpa pengetahuan Sherin yang ketika itu sedang tidur. Farish cuba sedaya upaya untuk memujuk Mira supaya berkahwin dengannya, tetapi Mira masih berdegil.
3711"Episod 37"19 Januari 2010
3812"Episod 38"26 Januari 2010
3913"Episod 39"2 Februari 2010
4014"Episod 40"9 Februari 2010
4115"Episod 41"16 Februari 2010
4216"Episod 42"23 Februari 2010
4317"Episod 43"2 Mac 2010
4418"Episod 44"9 Mac 2010
4519"Episod 45"16 Mac 2010
4620"Episod 46"23 Mac 2010
4721"Episod 47"30 Mac 2010
4822"Episod 48"6 April 2010
4923"Episod 49"13 April 2010
5024"Episod 50"20 April 2010
5125"Episod 51"27 April 2010
5226"Episod 52"4 Mei 2010

2010[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
531"Episod 53"6 Julai 2010
542"Episod 54"13 Julai 2010
553"Episod 55"20 Julai 2010
564"Episod 56"27 Julai 2010
575"Episod 57"4 Ogos 2010
586"Episod 58"11 Ogos 2010
597"Episod 59"18 Ogos 2010
608"Episod 60"25 Ogos 2010
619"Episod 61"7 September 2010
6210"Episod 62"14 September 2010
6311"Episod 63"21 September 2010
6412"Episod 64"28 September 2010
6513"Episod 65"5 Oktober 2010
6614"Episod 66"12 Oktober 2010
6715"Episod 67"19 Oktober 2010
6816"Episod 68"26 Oktober 2010
6917"Episod 69"2 November 2010
7018"Episod 70"2 November 2010
7119"Episod 71"9 November 2010
7220"Episod 72"16 November 2010
7321"Episod 73"23 November 2010
7422"Episod 74"30 November 2010
7523"Episod 75"7 Disember 2010
7624"Episod 76"14 Disember 2010
7725"Episod 77"21 Disember 2010
7826"Episod 78"28 Disember 2010
Tidak tahan dengan sikap Nurul yang sering meminta wang daripadanya, Zahid melanggar lari Nurul hingga cedera. Dia terus memandu pecut keretanya dan melarikan diri. Keesokan harinya, Zahid ditahan polis di pejabatnya. Setelah abang iparnya dihukum penjara, Reza berangan-angan untuk menerajui Jaya Holdings.

2011[sunting | sunting sumber]

No.
keseluruhan
No. dalam
musim
TajukTarikh keluaran asal
791"Episod 79"22 Februari 2011

Zahid telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun atas kesalahan melanggar lari bekas teman wanitanya, Nurul. Reza kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Jaya Holdings selepas mengambil alihnya daripada bapa mertuanya, Datuk Hazim. Sejak itu, kehidupan Reza mula berubah dari seorang yang lemah lembut menjadi seorang yang ego. Dia dibantu oleh Rita, setiausahanya.

Datuk Hazim kini telah bersara daripada bidang korporat dan meluangkan lebih banyak masanya bersama isterinya, Datin Faridah dan cucu sulung mereka, Syamil. Sepanjang ketiadaan suaminya, Zahid, Liza tinggal di banglo milik keluarga mertuanya. Mira menjadi buntu setelah diceraikan oleh suaminya, Farish.

Nurul yang kini cacat kekal di kakinya akibat dilanggar oleh Zahid, terpaksa menanggung derita akibat perbuatan tidak bertanggungjawab bekas teman lelakinya. Farish menyesal kerana menceraikan isterinya, Mira dalam keadaan terburu-buru. Dalam pada itu, Datuk Hazim dan Datin Faridah berharap agar anak lelaki tunggal mereka, Zahid akan berubah menjadi insan yang berguna selepas keluar dari penjara satu hari nanti.

Pada masa yang sama, Ah Boon berjaya mendapatkan nombor telefon Reza dan terus mencarinya untuk memintanya membayar hutang yang ditinggalkan oleh Zahid sebelum dipenjarakan. Nurul masih trauma dengan kejadian yang menimpanya. Reza menerima panggilan telefon daripada Ah Boon yang menuntut hutang abang iparnya, tetapi dia memberi amaran kepada Ah Boon supaya jangan mengganggunya. Reza terpaksa menanggung bala yang ditinggalkan oleh abang iparnya.
802"Episod 80"1 Mac 2011

Ah Boon dan konco-konconya terus mengganggu Reza selagi dia tidak melangsaikan hutang Zahid kepadanya. Reza menghubungi datuknya yang dia mahu balik ke kampung menziarahi datuk dan neneknya. Reza bertemu dengan Ah Boon di sebuah restoran, namun dia tidak mahu masuk campur dalam soal hutang abang iparnya dan memintanya supaya jangan ganggunya dan keluarganya. Ah Boon dan konco-konconya menyerahkan surat perjanjian yang ditandatangani oleh Zahid kepada Reza. Reza memberitahu mereka bahawa perjanjian itu ialah perjanjian antara mereka dengan abang iparnya dan tidak sah.

Nora menghubungi anaknya, Reza namun gagal. Keesokan harinya, Reza, kakak iparnya Liza dan keluarga mertuanya melawat Zahid di Penjara Seremban. Reza menyalahkan Zahid kerana akibat perbuatan tidak bertanggungjawab abang iparnya, dia terpaksa menanggung bala yang ditinggalkan oleh Zahid. Zahid meminta maaf kepada Reza kerana terpaksa mengheret adik iparnya dalam masalah yang dihadapinya. Ah Boon memberi amaran kepada Reza supaya segera melangsaikan hutang Zahid kepadanya, jika tidak, nyawa keluarga dan keluarga mertuanya akan terancam. Reza meminta Ah Boon supaya memberinya sedikit masa untuk berbuat demikian.

Reza merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan keluarga mertuanya, namun hanya memalumkannya kepada datuknya. Liza menjadi runsing memikirkan nasib suaminya yang meringkuk dalam penjara dan masa depan anaknya, Syamil. Sherin dan ibunya, Datin Faridah berasa hairan dengan gelagat Reza yang telah banyak berubah. Sekalipun tanpa suaminya, Farish di sisinya setelah bercerai, Mira masih dalam keadaan trauma. Reza dan setiausahanya, Rita dilihat sering keluar bersama.

Ah Boon terus mencari Reza dan mendesaknya untuk membayar hutang abang iparnya kepadanya. Kehidupan Farish terumbang-ambing selepas bercerai dengan Mira, dia cuba menghubungi Mira untuk bertanya khabar, namun Mira tidak menjawab panggilannya. Selepas sekian lama tidak berjumpa, Sherin berjumpa dengan Mira di rumahnya. Sherin mula merasa sesuatu yang aneh pada suaminya.
813"Episod 81"8 Mac 2011

Suasana di kediaman Datuk Hazim banyak berbeza sejak ketiadaan Zahid kerana dihukum penjara. Sejak memegang jawatan CEO di Jaya Holdings, Reza sudah jarang ke tapak projek kerana kesibukannya mengendalikan syarikat. Sherin mula mempersoalkan tindakan suaminya mengambil seorang setiausaha. Mira menjadi resah selepas berpisah dengan Farish, dan cemburu melihat pasangan lain yang hidup bahagia. Nasihat dan teguran daripada ibunya sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada Mira. Sekalipun dalam keadaan fizikalnya yang cacat, Nurul bertekad mahu Zahid melangsaikan hutangnya kepadanya.

Di penjara, Zahid melalui hari-hari yang penuh menyeksakan. Zahid bersama-sama dengan beberapa banduan lain diarah membuat gotong-royong di kawasan penjara, namun berakhir dengan tragedi apabila Zahid bergaduh dengan dua banduan senior sambil diperhatikan oleh beberapa banduan lain. Warden penjara dan pengawal keselamatan mengawal keadaan dengan meleraikan pergaduhan antara Zahid dengan dua banduan tersebut. Semasa dalam perjalanan pulang, Reza diekori oleh Ah Boon. Keesokan harinya, Reza dan Sherin melawat ke rumah ibu bapa Reza, tetapi Reza tidak suka Sherin bercakap tentang Zahid. Ini membuatkan Sherin kecewa dengan sikap suaminya.

Reza dan Sherin berdamai dan melupakan persengketaan antara mereka. Selepas bercerai, Farish dan Mira tidak bertegur sapa. Datuk Hazim dan Datin Faridah bermain dengan cucu mereka, Syamil sambil diperhatikan oleh Liza. Biarpun sudah 10 tahun berkahwin, Reza dan Sherin masih belum mempunyai anak dan setiap hari mereka berdoa supaya mereka dikurniakan cahaya mata. Reza meminta Ah Boon supaya memberinya sedikit masa untuk melangsaikan hutang abang iparnya, Zahid.
824"Episod 82"15 Mac 2011

Kehidupan dan kerjaya Reza bertambah stabil selepas menjadi CEO Jaya Holdings dan lebih kukuh apabila dia dibantu oleh setiausahanya, Rita. Zarul dan Hairee hairan dengan gelagat bos mereka yang telah berubah sejak kebelakangan ini. Liza bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaga Syamil apabila Mak Limah mengambil keputusan untuk balik kampung selama seminggu. Sherin berjumpa dengan Mira untuk bertanya khabar kepadanya. Ah Boon cuba menghubungi Reza, namun Reza tidak menjawab panggilannya.

Reza didatangani oleh Ah Boon dan konco-konconya dan mereka meminta Reza supaya segera melangsaikan hutang Zahid. Di penjara, Zahid cari gaduh dengan dua banduan senior, tetapi pergaduhan mereka dileraikan oleh warden. Zahid kemudian dibawa menghadap pegawai penjara. Sherin memujuk suaminya untuk ikut bersama keluarganya melawat Zahid di penjara, tetapi Reza tidak boleh janji apa-apa kepada isterinya. Datuk Hazim dimaklumkan oleh Reza bahawa Zahid telah berhutang dengan dengan ceti haram sebanyak RM500,000 dan menandatangani satu perjanjian yang mengaitkan Jaya Holdings sebelum dipenjarakan. Datuk Hazim terkilan kerana selepas Zahid dipenjarakan, semua masalah yang melibatkan anak sulungnya sudah selesai, namun timbul masalah baru.

Liza gembira melihat Syamil membesar di depan matanya, sekalipun tanpa suaminya, Zahid di sisinya, sambil diperhatikan oleh Datuk Hazim dan Datin Faridah. Mereka berdua mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Liza kerana Datuk Hazim dan Datin Faridah tidak mahu menantu mereka risau. Reza berjumpa dengan Farish untuk bertanyakan tentang keadaan fizikalnya. Reza gembira kerana Farish semakin pulih dari kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Reza mahu membantu Farish dengan membiayai kos rawatan untuk pulihkan kakinya, namun Farish menolak pada mulanya. Reza tetap mahu membantu, akhirnya Farish menerima tawaran Reza untuk membantunya pulih. Pada masa yang sama, Farish menceritakan tentang masalahnya kepada Reza.
835"Episod 83"22 Mac 2011

Sherin berjumpa dengan suaminya untuk mengajaknya makan bersama. Biarpun bapa mertuanya bersara dari Jaya Holdings, Reza tetap mahu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Datuk Hazim. Pada petang itu, Reza berjumpa dengan Ah Boon untuk mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Zahid. Zahid menyedari kesilapan lampaunya dan menerima petunjuk hidayah untuknya berubah. Datuk Hazim sekeluarga, kecuali Reza, melawat Zahid di Penjara Seremban.

Keesokan harinya, Reza berjumpa dengan Ah Boon untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan oleh Zahid dengan memberikan cek tunai RM500,000 kepada Ah Boon. Reza kini boleh menarik nafas lega apabila dia telahpun melangsaikan hutang abang iparnya. Sherin mengeluh mengapa selepas bertahun-tahun berkahwin dengan Reza, masih belum dikurniakan anak. Nasihat daripada kakak iparnya, Liza banyak menyedarkan Sherin, malah Sherin anggap belum ada rezeki. Reza berjumpa dengan Farish dan memberikan wang kepadanya untuk membiayai kos rawatan untuk pulihkan kakinya. Sherin berjumpa dengan Mira dan meluangkan masa bersama. Reza kecewa kerana Zahid menipu Jaya Holdings dengan melakukan penyelewengan sebelum abang iparnya dipenjarakan selepas Hairee menceritakan perkara sebenar kepadanya.
846"Episod 84"29 Mac 2011

Reza bertambah tertekan kerana dia terpaksa menanggung beban yang dilakukan oleh Zahid, namun ditenangkan oleh bapa mertuanya. Datuk Hazim juga kecewa dengan sikap anak sulungnya. Sherin teringatkan nasib abangnya yang meringkuk dalam penjara. Datin Faridah merasakan ada sesuatu yang kena dengan Reza sejak akhir-akhir ini. Zahid dibelasah oleh dua banduan senior semasa gotong-royong, namun dileraikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Mira menerima SMS daripada bekas suaminya, Farish, namun Mira tidak membalas SMS yang dihantar oleh Farish. Sherin datang ke pejabat suaminya dan ternampak Reza dengan Rita. Sherin mahukan kepastian daripada Reza mengenai hubungannya dengan Rita, namun suaminya bersikap acuh tak acuh. Datin Faridah risau dengan sikap Reza telah banyak berubah, malah bersikap serius, tetapi Datuk Hazim percaya Reza bukan seorang pendendam. Di pejabat, Reza menerima satu lagi masalah yang melibatkan abang iparnya apabila masih ada lagi hutang piutang tertunggak yang ditinggalkan oleh Zahid setelah Zarul memaklumkan perkara itu kepadanya.
857"Episod 85"5 April 2011
Tidak tahan dengan beban yang dialami akibat sikap abang iparnya yang bertanggungjawab, Reza mengadu kepada bapa mertuanya yang dia tidak mampu memikul tanggungjawabnya menguruskan Jaya Holdings, namun Datuk Hazim meminta menantunya untuk tidak melepaskan jawatan di Jaya Holdings. Liza bersedih kerana birasnya bercakap kasar dengan bapa mertuanya dan meluahkan perasaannya kepada Datin Faridah. Hussein cuba menghubungi cucunya, tetapi gagal.
868"Episod 86"12 April 2011
879"Episod 87"19 April 2011
8810"Episod 88"16 April 2011
Sherin ternampak suaminya, Reza keluar bersama Rita. Zahid menanti masanya untuk dibebaskan dari penjara selepas 3 tahun.
8911"Episod 89"3 Mei 2011
Zahid telah tamat hukuman penjara 3 tahun dan ingin membina hidup baru selepas dibebaskan. Pada masa yang sama, Zahid melepaskan rindunya kepada anaknya, Syamil. Datuk Hazim gembira kerana keluarganya bersatu semula selepas 3 tahun.
9012"Episod 90"10 Mei 2011
Zahid bertemu dengan Zarul di sebuah restoran selepas 3 tahun tidak berjumpa.
9113"Episod 91"17 Mei 2011
9214"Episod 92"24 Mei 2011
9315"Episod 93"31 Mei 2011
9416"Episod 94"7 Jun 2011
9517"Episod 95"14 Jun 2011
9618"Episod 96"21 Jun 2011
9719"Episod 97"28 Jun 2011
9820"Episod 98"5 Julai 2011
9921"Episod 99"12 Julai 2011
Hussein diserang sakit dada semasa berkebun bersama isterinya, Shima. Zahid bimbang Reza semakin hanyut dengan Rita.
10022"Episod 100"19 Julai 2011
Datin Faridah mahu Reza buat pilihan sama ada menantunya pilih Rita atau Sherin. Namun, Reza tidak mahu ibu mertuanya mencampuri urusan peribadinya. Reza tetap dengan pendiriannya meskipun dinasihati oleh ibu mertuanya. Keesokan harinya, Reza berjumpa dengan Mira. Nurul menghubungi Liza untuk berjumpa dengannya sekaligus menuntut haknya daripada Liza dan Zahid, tetapi Liza menolak. Tetapi, Liza berubah fikiran dan meminta Nurul bersabar. Zahid dan Liza bertemu dengan Nurul di sebuah restoran untuk mereka mendengar penjelasannya. Nora mendapat mimpi buruk tentang anaknya dan ditenangkan oleh Malik.
10123"Episod 101"26 Julai 2011

Sherin berkecil hati dengan sikap suaminya sejak kebelakangan ini sambil melihat gambar perkahwinannya bersama Reza. Zahid dan keluarganya tidak dapat berbuat apa-apa kerana Reza semakin naik tocang sejak berkuasa di Jaya Holdings. Sherin tidak mahu suaminya menghubunginya lagi sambil berpesan kepadanya bahawa Allah "akan sentiasa memerhatikan setiap perbuatan kita".

Nordin bertemu dengan Zahid dan dia mahu Zahid bernikah dengan Nurul demi masa depan Nurul. Liza memberi restu kepada suaminya untuk berkahwin dengan Nurul dan dia rela bermadu. Nurul dapat merasakan bahawa Zahid akan lebih bertanggungjawab apabila berkahwin dengannya. Mira terkilan apabila Reza lebih menyukai Rita berbanding Sherin. Nordin berharap supaya adiknya akan menjadi isteri yang baik kepada Zahid dan sentiasa ingat dengan pesanannya. Pada masa yang sama, Reza mahu abang iparnya menyemak semula dokumen laporan. Shima mahu suaminya pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan, tetapi Hussein tidak mahu. Keadaan Hussein juga semakin membimbangkan sejak diserang sakit dada tempoh hari.
10224"Episod 102"2 Ogos 2011

Reza terus berkuasa di Jaya Holdings dan terus hanyut dengan Rita. Reza menerima panggilan telefon daripada datuknya, tetapi tidak menjawab panggilan datuknya. Hussein dan Shima hairan dengan gelagat cucu mereka sejak akhir-akhir ini sehinggakan Reza langsung tidak mengambil berat terhadap mereka, malah tidak pernah datang melawat mereka. Rita dan Danial meneruskan agenda mereka untuk menghancurkan keluarga Datuk Hazim dan Reza. Danial mengingatkan Rita bahawa ini adalah peluang terakhir untuknya sebelum meninggalkan Jaya Holdings. Zahid bertambah tertekan dengan apa yang berlaku di syarikat sambil ditenangkan oleh isterinya, Liza.

Datuk Hazim dan Datin Faridah bersetuju dengan keputusan Zahid untuk berkahwin dengan Nurul. Liza redha dengan ketentuan Ilahi apabila dia bakal bermadu dengan Nurul yang sebelum ini pernah bermusuh dengannya kerana Zahid. Datin Faridah berpesan kepada Zahid agar menunaikan tanggungjawabnya apabila beristeri dua. Farish mengambil keputusan untuk berkahwin dengan semula dengan Mira, tetapi Mira masih belum memberi jawapan kepadanya. Menjelang hari pernikahannya dengan Zahid, Nurul teringat pesanan abangnya. Reza bersikap angkuh terhadap isterinya, Sherin semasa bercakap dalam telefon apabila dia bercakap buruk tentang Zahid.

Zahid dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Rita, namun Zarul menasihatnya agar berhati-berhati. Danial menasihati Rita untuk teruskan agenda mereka untuk menghancurkan Reza dan Zahid di Jaya Holdings. Malik mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Jaya Holdings kerana tidak tahan dengan pandangan orang terhadap anaknya, namun Nora menasihatinya supaya terus bekerja di Jaya Holdings. Rita mengajak Reza untuk berkahwin dengannya walaupun sedar bahawa dia telah beristeri, namun Reza tidak bersetuju kerana bimbang dengan reaksi Sherin terhadap mereka. Hussein masih terasa hati dengan sikap Reza sambil teringatkan kenangannya bersama cucunya semasa Reza masih kecil.

Datuk Hazim mendapat tahu bahawa Reza dan Sherin sedang berkrisis selepas dimaklumkan oleh isterinya. Reza dan Sherin berjumpa dengan ibu bapanya untuk menjelaskan perkara sebenar. Sherin bertambah kecewa dengan sikap ego suaminya yang seolah-olah mahu membela Rita, malah Reza bertindak mahu menampar Sherin. Malik dan Nora dapat merasakan bahawa Reza semakin menjauh daripada mereka. Pada malam itu, Zahid berjumpa dengan Rita dan mereka membincangkan sesuatu.
10325"Episod 103"9 Ogos 2011

Zahid dilihat keluar bersama dengan Rita, Zarul memerhatikan mereka dari jauh. Nora dan Malik sentiasa berharap agar rumah tangga anaknya dengan menantunya kembali pulih. Farish menasihati Reza supaya menjauhi Rita, tetapi Reza tidak mahu Farish masuk campur dalam urusan peribadinya. Ibu bapa Mira bertambah pening memikirkan sikap anak tunggal mereka dan berharap supaya Mira dan Farish merujuk semula. Danial dan Rita meneruskan rancangannya untuk menghancurkan Zahid dan Rita. Zahid masih mempertimbangkan tawaran Rita untuk dia kembali berkuasa di Jaya Holdings.

Dengan restu daripada keluarganya dan isterinya Liza, Zahid kini hidup berpoligami apabila dia berkahwin dengan Nurul dan ini telah menggembirakan Nordin untuk melihat adik perempuannya berkahwin dengan Zahid. Zahid terkenangkan kenangan lamanya bersama Liza dan Nurul sebelum mereka berdua menjadi isteri-isterinya dan berjanji untuk sentiasa berlaku adil kepada mereka. Liza menerima Nurul dengan seikhlas hati sekaligus melupakan persengketaan mereka di masa lampau. Rita memerlukan sedikit masa daripada Danial dan memintanya untuk bersabar dalam memastikan rancangan mereka untuk menjatuhkan Zahid dan Reza berjaya.

Hussein memikirkan sikap cucunya yang telah berubah. Zahid masih mempertimbangkan tawaran Rita untuk menjatuhkan Reza di Jaya Holdings, namun tidak mahu beri sebarang jawapan kepada Rita. Reza terus khayal dengan Rita, dan ini menyebabkan hubungannya dengan Sherin terjejas. Kerana tidak terdaya lagi untuk menghadapi tekanan setelah rumahtangganya bersama Reza hampir musnah, Sherin memutuskan untuk berpisah dengan Reza kerana suaminya dilihat memintingkan diri sendiri dan lebih mengutamakan Rita, namun dihalang oleh ibunya. Datin Faridah dapat merasakan bahawa menantunya telah terpedaya dengan setiausahanya.

Nora bertambah runsing memikirkan rumahtangga anak dan menantunya huru-hara dan meluahkan perasaan sedih kepada suaminya, Malik dan mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mendamaikan hubungan Reza dan Sherin. Hubungan Liza dan Nurul menjadi baik setelah mereka menjadi isteri-isteri Zahid. Sherin teringatkan nasihat dan teguran daripada ibunya. Pada hari itu, Reza tidak datang ke pejabat dan kebelakangan ini dia dilihat tidak pedulikan lagi syarikat. Zahid dan bapanya perlu membuat sesuatu untuk menyelamatkan Jaya Holdings dan memulihkan perkahwinan Reza dan Sherin sebelum keadaan menjadi huru-hara akibat tipu muslihat Rita. Datuk Hazim dan Datin Faridah kecewa dengan sikap Reza yang biadap dengan mereka sampai sanggup menipu bapa mertuanya kononnya yang dia tidur di hotel. Datuk Hazim menyesal kerana menyerahkan kuasa penuh syarikat kepada Reza.
10426"Episod Akhir"16 Ogos 2011

Hussein menjadi runsing memikirkan sikap cucu tunggalnya, Reza. Hubungan Reza dengan isterinya, Sherin bertambah terjejas sehingga mereka tidak bertegur sapa. Farish dan Mira telah membuat keputusan untuk membina hidup baharu dan merujuk semula sebagai suami isteri. Rita menghasut Zahid untuk bersubahat dengannya untuk menghancurkan kerjaya Reza di Jaya Holdings. Malik mahu bertemu dengan anaknya, Reza namun dia menolak permintaan bapanya kerana kesibukannya. Ini membuatkan Malik kecewa dengan sikap Reza yang telah berubah sejak menerajui Jaya Holdings. Zahid kini telah berpoligami dengan mengambil Nurul sebagai isteri keduanya. Hubungan Liza dan Nurul bertambah baik, dan tidak lagi bercakaran. Datuk Hazim mahu Zahid sentiasa berlaku adil kepada isteri-isterinya.

Reza mahu menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungannya dengan Rita kepada Sherin, namun Sherin tidak mahu mendengar sebarang penjelasan daripada suaminya. Nora mahu mencari anaknya, Reza, namun dihalang oleh Malik. Sebaik sahaja pulang dari berkebun, Hussein diserang sakit jantung dan sempat meminta bantuan daripada Shima. Shima menjerit minta tolong daripada penduduk-penduduk kampung. Reza menerima panggilan daripada ibunya untuk memaklumkan kepadanya bahawa datuknya sakit di kampung, dan memintanya balik kampung menziarahi datuknya, namun Reza bersikap lepas tangan.

Nora, ditemani oleh suaminya, Malik menziarahi ibu bapa mereka di kampung. Nora terkejut dan bersedih melihat keadaan bapanya yang terlantar sakit selepas diserang sakit jantung pada tengahari hari itu. Shima kecewa kerana cucunya tidak meluangkan masa menziarahi datuknya kerana Reza dilihat sudah tidak mengambil berat lagi terhadap datuknya. Reza terus khayal dengan dunia fantasinya bersama Rita tanpa memikirkan apa yang akan menantinya di penghujung. Tanpa disedari Reza, Rita memasukkan ubat tidur dalam minuman Reza. Malik cuba menghubungi Reza, tetapi panggilan tidak dijawab.

Pada hari itu, Rita bertemu dengan Zahid dan mengajaknya untuk bersubahat dengannya bagi menjatuhkan Reza, namun Zahid menolak permintaan Rita kerana Zahid tidak mahu berselisih faham lagi dengan Reza kerana kuasa, harta dan wang. Zahid meminta Rita supaya jangan ganggunya dan keluarganya lagi. Datuk Hazim dan Datin Faridah terkejut setelah Sherin memberitahu mereka bahawa datuk Reza meninggal dunia di kampung pada pagi hari itu. Datuk Hazim menasihati Zahid supaya mencari Reza. Reza keluar secara senyap-senyap dari rumah Rita. Apabila Reza pulang ke rumah keluarga mertuanya, abang iparnya, Zahid memaklumkan kepadanya bahawa datuknya telah menghembuskan nafas terakhir.

Zahid kemudian menceritakan perkara sebenar tentang tipu muslihat Rita dan memberi bukti berupa rakaman percakapan antaranya dengan Rita kepada Reza. Zahid dan Reza akhirnya berdamai sekaligus menamatkan persengketaan antara mereka. Jenazah Hussein diusung keluar dari rumahnya untuk disemadikan di tanah perkuburan. Nora bersedih atas pemergian bapanya. Reza kemudian pulang ke kampung datuk dan neneknya, dan menerima panggilan telefon daripada Rita, namun dia memarahi Rita setelah mengetahui segala muslihat setiausahanya. Ketika mahu menziarahi datuknya, semuanya sudah terlambat. Reza kemudian memohon maaf kepada isterinya, Sherin, keluarganya, keluarga mertuanya dan neneknya, namun tidak diendahkan oleh mereka. Reza terkilan kerana tidak dapat menatap wajah datuknya buat kali terakhir, lalu dia membantu mengusung jenazah datuknya sehingga ke tanah perkuburan dan memberi penghormatan terakhir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kisah ketabahan Si Capik di TV2 setiap Selasa". Berita Harian. 19 Mei 2009. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  2. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (31 Mei 2009). "Kisah sedih jejaka capik di TV2". Berita Minggu. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  3. ^ "Si Capik jadi ego". Harian Metro. 18 Februari 2011. Dicapai pada 24 Oktober 2021.