Senarai frasa R
Penampilan
Frasa R (Bahasa Inggeris: R-phrase, singkatan bagi "risk phrase", "frasa risiko") ditakrifkan daripada Directive 67/548/EEC, Aneks III: Nature of special risks attributed to dangerous substances and preparations (Sifat-sifat risiko istimewa pada bahan dan penyediaan berbahaya) oleh Kesatuan Eropah. Daftar ini diterbitkan semula dalam Directive 2001/59/EC[1], beserta dengan terjemahan dalam bahasa-bahasa Kesatuan Eropah.
Frasa-frasa risiko
[sunting | sunting sumber]| Frasa | Penerangan Risiko |
|---|---|
| R1 | Boleh meletup apabila kering |
| R2 | Risiko letupan akibat goncangan, geseran atau cara-cara pembakaran lain |
| R3 | Risiko letupan tinggi akibat goncangan, geseran atau cara-cara pembakaran lain |
| R4 | Menghasilkan sebatian logam mudah meletup yang sangat sensitif |
| R5 | Boleh meletup sekiranya dipanaskan |
| R6 | Boleh meletup sama ada apabila terkena udara atau tidak |
| R7 | Boleh menghasilkan kebakaran |
| R8 | Boleh menghasilkan kebakaran apabila terkena bahan mudah terbakar |
| R9 | Boleh meletup apabila dicampurkan dengan bahan mudah terbakar |
| R10 | Boleh terbakar |
| R11 | Mudah terbakar |
| R12 | Amat mudah terbakar |
| R14 | Bertindak balas dengan ganas dengan air |
| R15 | Menghasilkan gas amat mudah terbakar apabila terkena air |
| R16 | Boleh meletup apabila dicampurkan dengan bahan pengoksida |
| R17 | Boleh terbakar dengan spontan di udara |
| R18 | Boleh menghasilkan campuran wap udara yang boleh terbakar/meletup apabila digunakan |
| R19 | Boleh menghasilkan bahan peroksida yang boleh meletup |
| R20 | Berbahaya sekiranya dihirup |
| R21 | Berbahaya sekiranya terkena kulit |
| R22 | Berbahaya sekiranya ditelan |
| R23 | Beracun sekiranya dihirup |
| R24 | Beracun sekiranya terkena kulit |
| R25 | Beracun sekiranya ditelan |
| R26 | Sangat beracun sekiranya dihirup |
| R27 | Sangat beracun sekiranya terkena kulit |
| R28 | Sangat beracun sekiranya ditelan |
| R29 | Menghasilkan gas beracun sekiranya terkena air |
| R30 | Boleh menjadi mudah terbakar apabila digunakan |
| R31 | Menghasilkan gas beracun sekiranya terkena asid |
| R32 | Menghasilkan gas sangat beracun sekiranya terkena asid |
| R33 | Berbahaya dengan kesan-kesan kumulatif |
| R34 | Menyebabkan kelecuran |
| R35 | Menyebabkan kelecuran yang parah |
| R36 | Merengsa mata |
| R37 | Merengsa sistem respirasi |
| R38 | Merengsa kulit |
| R39 | Berbahaya dengan kesan-kesan parah yang tidak boleh dipulihkan |
| R40 | Kesan-kesan karsinogenik dengan bukti yang terhad |
| R41 | Risiko kecederaan serius terhadap mata |
| R42 | Boleh menyebabkan pemekaan sekiranya dihirup |
| R43 | Boleh menyebabkan pemekaan sekiranya terkena kulit |
| R44 | Risiko letupan sekiranya dipanaskan dalam bekas tertutup |
| R45 | Boleh menyebabkan barah |
| R46 | Boleh menyebabkan kerosakan genetik yang boleh diwairisi |
| R48 | Bahaya kerosakan parah terhadap kesihatan dengan pendedahan pada masa yang lama |
| R49 | Boleh menyebabkan barah sekiranya dihirup |
| R50 | Sangat beracun terhadap hidupan akuatik |
| R51 | Beracun terhadap hidupan akuatik |
| R52 | Berbahaya terhadap hidupan akuatik |
| R53 | Boleh menyebabkan kesan buruk terhadap hidupan akuatik pada jangka masa yang lama |
| R54 | Beracun terhadap flora |
| R55 | Beracun terhadap fauna |
| R56 | Beracun terhadap organisma tanah |
| R57 | Beracun terhadap lebah |
| R58 | Boleh menyebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar pada jangka masa yang lama |
| R59 | Berbahaya terhadap lapisan ozon |
| R60 | Boleh menjejaskan kesuburan |
| R61 | Mungkin berbahaya terhadap bayi dalam kandungan |
| R62 | Berisiko mengalami kemandulan |
| R63 | Mempunyai risiko bahaya terhadap bayi dalam kandungan |
| R64 | Mungkin berbahaya terhadap bayi yang disusukan |
| R65 | Berbahaya: Boleh menyebabkan kerosakan peparu sekiranya ditelan |
| R66 | Pendedahan berulang boleh menyebabkan kulit kering atau merekah |
| R67 | Wap udara boleh menyebabkan rasa mengantuk dan kepeningan |
| R68 | Risiko-risiko mungkin dengan kesan yang tidak boleh dipulihkan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "EUR-Lex - 32001L0059 - EN". europa.eu.