Pergi ke kandungan

Senarai kata-kata terakhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Julius Caesar dibunuh oleh saingan-saingannya dalam senat. Dalam kata-kata terakhirnya, Caesar dikatakan berseru kerana rakan dan saudaranya sendiri Brutus terlibat dalam pembunuhannya.

Kata-kata terakhir seseorang, iaitu kata-kata terkahir yang diucapkan sebelum kematian atau semasa maut semakin hampir, sering direkodkan kerana kemasyhuran si mati, tetapi kadangkala kerana minat terhadap kenyataan tersebut. (Orang yang meninggal dunia kerana sakit biasanya tidak mampu berkata-kata semasa tenat,[1] dan dalam kes begitu kata-kata terakhir mereka yang sebenar mungkin tidak direkodkan atau dianggap begitu penting.) Kata-kata terakhir boleh jadi dirakamkan dengan tepat atau, atas sebab-sebab tertentu, mungkin tidak. Antara sebabnya ialah kesilapan atau perbuatan yang sengaja. Walaupun disalahlaporkan, kata-kata terakhir itu juga boleh membentuk bahagian penting dalam rekod sejarah[2] atau demonstrasi sikap budaya terhadap kematian ketika itu.[1]

Charles Darwin, misalnya, dilaporkan telah menolak teori evolusinya dan memihak kepada kepercayaan agama tradisional semasa kematiannya. Laporan yang disebarkan secara meluas ini berguna untuk orang yang menentang teori Darwin atas dasar agama. Bagaimanapun, saksi yang kononnya melaporkannya tidak berada di sisi Darwin ketika mati atau bertemu dengan beliau pada bila-bila masa pada akhir hayatnya.[3]

Kedua-dua tradisi budaya Timur dan Barat memberikan kepentingan khusus kepada kata-kata yang diucapkan pada atau menjelang kematian,[4] tetapi bentuk dan kandungan kata-kata terakhir yang dilaporkan mungkin bergantung pada konteks budaya. Terdapat tradisi dalam budaya Hindu dan Buddha untuk menjangkakan pernyataan terkahir yang bermakna; Sami-sami Zen menurut adat yang lama dijangka akan mengarang puisi serta-merta dan melafazkannya dengan nafas terakhir mereka. Dalam budaya Barat perhatian diberikan kepada kata-kata terakhir yang menunjukkan takhlisan menjelang kematian—pertaubatan dosa dan pengakuan iman.[3]

Senarai kata-kata terakhir mengikut kronologi

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tertib meningkat, dengan tarikh kematian khusus dinyatakan. Jika berkenaan, juga konteks kata-kata atau keadaan kematian dinyatakan. Jika terdapat kontroversi atau ketidakpastikan tentang kata-kata terakhir seseorang, ia akan dinyatakan dalam nota kaki.

Sebelum abad ke-5

[sunting | sunting sumber]
"Mandikan aku dengan baik, dakap aku di dadamu, lindungi aku daripada bumi (yang menekan) dadamu."[5]
— Ḫattušili I, raja Het (abad ke-17 SM), mungkin ditujukan kepada isterinya atau gundik kesayangannya, menyatakan ketakutannya terhadap kematian ketika sedang sakit tenat.[nota 1]
"Hunus pedangmu, dan bunuh aku, supaya orang tidak berkata tentang aku, 'Seorang wanita membunuhnya."[6][7][8]
("שְׁלֹף חַרְבְּךָ וּמוֹתְתֵנִי--פֶּן-יֹאמְרוּ לִי, אִשָּׁה הֲרָגָתְהוּ")
— Abimelekh, raja Sikhem (abad ke-12 SM). Setelah cedera parah akibat batu yang dilemparkan oleh seorang wanita dalam pertempuran, beliau meminta pembawa perisainya membunuhnya.
Gambaran Samson meruntuhkan kuil Filistin.
"Biarlah aku mati bersama-sama orang Filistin."[9][10][11]:142
("תָּמוֹת נַפְשִׁי עִם-פְּלִשְׁתִּים")
— Simson, hakim Bani Israel (s. 1078 SM), sebelum meruntuhkan tiang-tiang kuil Filistin dan membunuh 3000 orang bersama dirinya
"Hunuslah pedangmu dan tikamlah aku, supaya jangan datang kalangan yang tidak bersunat ini menikam aku dan mempermainkan aku."[12][13]
("שְׁלֹף חַרְבְּךָ וְדָקְרֵנִי בָהּ, פֶּן-יָבוֹאוּ הָעֲרֵלִים הָאֵלֶּה וּדְקָרֻנִי וְהִתְעַלְּלוּ-בִי")
Saul, raja Israel (kira-kira 1012 SM), kepada hambanya semasa Pertempuran Gunung Gilboa
"Reputasiku melindungi aku di seluruh Yunani, tetapi iri hati di tanah airku menjadi kehancuranku."Ralat petik: Pembukaan tag <ref> tidak tidak berfungsi atau mempunyai nama yang salah.[nota 2]
— Anacharsis, ahli falsafah Scythia (abad ke-6 SM), cedera parah akibat panah oleh saudaranya, Raja Caduidas
"Kamu tahu bahawa sepanjang hidupku yang panjang di dunia ini, aku telah berkata dan melakukan banyak perkara; setelah merenung secara mendalam, aku tidak menemui apa-apa yang perlu aku sesali, kecuali satu perkara yang ingin aku serahkan kepada pertimbangan kamu, supaya aku tahu sama ada aku telah bertindak dengan betul atau tidak.
"Pada suatu ketika, aku kebetulan menjadi salah seorang daripada tiga hakim yang mengadili seorang sahabat baikku sendiri, yang menurut undang-undang, sepatutnya dihukum mati. Aku berada dalam keadaan sangat serba salah. Salah satu daripada dua perkara pasti berlaku—sama ada melanggar undang-undang atau menghukum sahabatku. Setelah menimbang dengan teliti, aku menemukan jalan ini. Aku menyampaikan hujah-hujah yang paling munasabah untuk membela tertuduh dengan begitu baik sehingga dua rakanku tidak menghadapi kesukaran untuk membebaskannya, namun aku sendiri menjatuhkan hukuman mati ke atasnya tanpa memberikan sebarang alasan atas tindakanku. Dengan cara ini, aku menunaikan dua tanggungjawab, iaitu sebagai sahabat dan hakim; namun, dalam hatiku, aku merasa sesuatu yang membuatkan aku ragu-ragu sama ada tindakanku itu bersalah atau tidak."[14]:131–132
— Chilon dari Sparta, ahli falsafah (abad ke-6 SM), bercakap kepada sahabat-sahabatnya sebelum kematiannya
"Lebih baik aku mati di sini daripada membunuh semua kacang yang malang ini."[14]:130[nota 3]
Pythagoras, ahli falsafah Ionia Yunani dan pengasas Pythagoreanisme (495 SM), enggan melarikan diri bersama murid-muridnya daripada serangan orang Crotone melalui ladang kacang parang
Parinirvana (pencapaian nirwana setelah mati) Buddha.
"Segala benda yang tersusun adalah fana. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh."[15][nota 4]
("वयधम्मा सङखार्आ अप्पमादेन सम्पादेथा")
Siddhārtha Gautama Buddha, pertapa Shakya yang mengasaskan ajaran Buddha (s. 483 SM)
"Kayangan telah berpaling menentang aku. Tiada penguasa bijaksana yang muncul, dan tiada seorang pun di Empayar ini ingin menjadikan aku gurunya. Waktuku untuk mati telah tiba."[perlu rujukan][nota 5]
Konfusius, ahli falsafah China yang mengasaskan ajaran Konfusianisme (479 SM)
"Bolehkah kamu menukar cuaca hujan menjadi kering?"[14]:128
— Heraclitus, ahli falsafah Yunani (kira-kira 475 SM), bertanya kepada doktor-doktornya untuk meringankan penyakit busungnya
"Kerana, tiada seorang warga Athens pun, kerana aku, pernah memakai pakaian berkabung."[14]:37
Pericles, negarawan Yunani (429 SM), berbincang dengan sahabat-sahabatnya mengenai pencapaian terbesarnya
"Berikan cuti kepada budak-budak itu."[8][11]:4[16][nota 6]
— Anaxagoras, ahli falsafah Yunani (kira-kira 428 SM), sebagai jawapan kepada warga Lampsacus yang bertanya bagaimana mereka boleh menghormati ingatannya
"Ini untuk Critias yang adil."[16]
— Theramenes, negarawan Athens (404 SM), selepas menelan racun hemlok yang dijatuhkan sebagai hukuman mati oleh Critias
Socrates dihukum mati selepas dituduh mempersoalkan nilai tradisional Athens.
"Crito, kita berhutang seekor ayam jantan kepada Asclepius. Tolong, jangan lupa membayar hutang itu."[17]
("Κρίτων, ἔφη, τῷ Ἀσκληπιῷ ὀφείλομεν ἀλεκτρυόνα· ἀλλὰ ἀπόδοτε καὶ μὴ ἀμελήσητε")
Socrates, ahli falsafah Yunani (399 SM), sebelum kematiannya akibat meminum racun hemlok sebagai hukuman mati
"Wahai lelaki, lebih baik aku mati di tempat ini, di mana kehormatan memanggilku; tetapi bagi kamu, jalanmu ada di sana. Cepatlah dan selamatkan diri sebelum musuh mengepung kita."[8]
— Anaxibius, laksamana Sparta (388 SM), sebelum terbunuh dalam serangan hendap Athens
Kematian Epaminondas.
"Kalau begitu, aku mati dengan gembira."[14]:46[16]
— Epaminondas, jeneral dan negarawan Thebes (362 SM). Beliau mencabut senjata yang menikamnya setelah mendengar bahawa musuh telah melarikan diri.
"Tetapi Alexander, yang kebaikannya kepada ibuku, isteriku, dan anak-anakku aku harap akan dibalas oleh para dewa, pasti akan menghargai belas kasihanmu kepadaku. Maka, sampaikan kepadanya sebagai tanda penghargaanku, aku memberikannya tangan kananku ini."[14]:24–25
Darius III, Raja Segala Raja Empayar Hakhamaniyah Parsi (330 SM), kepada seorang lelaki yang memberinya air ketika sedang nazak
"Bagaimana mungkin gigi binatang buas boleh mencederakan aku, sedangkan aku tidak lagi mempunyai kesedaran?"[16]
("Quid mihi nocebunt ferārum dentes nihil sentienti.")
— Diogenes, ahli falsafah Cynisisme Yunani (323 SM), meminta mayatnya dibuang di luar tembok kota untuk dimakan binatang
"Kepada yang terkuat."[8][18][nota 7]
("Τῷ κρατίστῳ")
Alexander Agung, penakluk dan raja Macedonia (kira-kira 11 Jun 323 SM), apabila ditanya kepada siapa empayarnya harus diwariskan selepas kematiannya
"Sekarang, secepat yang kamu mahu, kamu boleh memulakan peranan sebagai Creon dalam tragedinya dan membuang mayatku tanpa dikebumikan. Tetapi, wahai Neptune yang pemurah, aku, selagi masih hidup, bangkit dan beredar dari tempat suci ini; walaupun Antipater dan orang Macedonia tidak meninggalkan walau sedikit pun kuilmu tanpa dicemari."[14]:46
Demosthenes, negarawan dan orator Yunani (12 Oktober 322 SM), kepada Archias dari Thurii; Demosthenes telah meminum racun untuk mengelak daripada ditangkap oleh Archias
"Ah! Wahai si bongkok malang! Tahun-tahun panjangmu akhirnya membawamu ke dalam kubur; tidak lama lagi kau akan melihat istana Pluto."[11]:40:125
— Crates dari Thebes, ahli falsafah Cynisisme (kira-kira 285 SM), ketika memerhati dirinya sendiri sebelum kematiannya
"Selamat tinggal, dan ingatlah semua kata-kataku!"[20]
Epicurus, ahli falsafah Yunani (270 SM); sebahagian besar tulisannya kini telah hilang
"Aku datang, aku datang, mengapa kau memanggil aku?"Ralat petik: Pembukaan tag <ref> tidak tidak berfungsi atau mempunyai nama yang salah.[nota 8]
— Zeno dari Citium, ahli falsafah Yunani dan pengasas Stoicisme (kira-kira 262 SM), memetik drama Niobe oleh Aeschylus sambil mengetuk tanah selepas mengalami kecederaan kecil, yang dianggapnya sebagai tanda kematiannya sudah hampir. Dia kemudian membunuh dirinya sendiri
"Jangan menangis untukku, sahabatku, yang mati dalam keadaan tidak bersalah, oleh perbuatan zalim orang jahat. Keadaanku jauh lebih baik daripada mereka."[8][14]:30
— Agis IV, raja Sparta (241 SM), sebelum dihukum mati dengan dicekik
"Wahai anak-anakku, ke manakah kamu pergi?"[14]:110
— Cratesiclea, permaisuri Sparta (219 SM), setelah melihat ahli keluarganya dihukum mati sebelum dirinya sendiri dihukum
"Inilah, wahai Cephalon, balasan kerana kasih sayang seorang raja."[8]:109
— Aratus dari Sicyon, ahli politik dan panglima tentera Yunani Helenistik (213 SM), selepas memuntahkan darah dipercayai akibat diracun perlahan-lahan atas arahan Philip V dari Macedonia, bekas sahabatnya
Archimedes dibunuh serta-merta oleh seorang askar selepas enggan mengalihkan perhatian daripada masalah matematiknya.
"Jangan ganggu bulatan-bulatanku"[8][22][23]
("Μή μου τοὺς κύκλους τάραττε!")
Archimedes, ahli matematik Yunani (kira-kira 212 SM), kepada seorang askar Rom yang mengganggu eksperimen geometrinya semasa penawanan Syracuse, selepas itu askar tersebut membunuhnya
"Pergilah dan beri keldai itu minum wain untuk menelan buah ara."[20]
— Chrysippus, ahli falsafah Yunani (kira-kira 206 SM), sebelum mati akibat ketawa
"Baguslah kita tidak mengalami malang dalam segala hal."[14]:115
— Philopoemen, jeneral dan negarawan Yunani (183 SM), meminum racun untuk membunuh dirinya selepas ditawan dalam pertempuran. Sebelum meminum racun, beliau bertanya kepada pesuruh tentang tenteranya dan diberitahu bahawa kebanyakannya telah melarikan diri.
"Mari kita ringankan beban kebimbangan rakyat Rom yang berlarutan, kerana mereka merasakan terlalu lama menunggu kematian seorang lelaki tua."[24]
("Liberemus diuturna cura populum Romanum, quando mortem senis exspectare longum censent.")
Hannibal, jeneral Carthage (kira-kira 182 SM), dalam nota bunuh dirinya
"Janganlah seorang pun menangisi aku, atau memuliakan pengebumianku dengan ratapan; kerana aku masih hidup, apabila namaku disebut-sebut di bibir manusia."[14]:74[25]
— Ennius, penulis dan penyair Republik Rom (kira-kira 169 SM); baris-baris ini dikarang untuk diukir pada tugu peringatannya. Hanya serpihan karyanya sahaja yang masih wujud.
"Mandian yang sejuk kamu berikan kepadaku."[14]:18
Jugurtha, raja Numidia (104 SM), ketika diturunkan oleh orang Rom ke dalam penjara lembap untuk dibiarkan mati kebuluran
"Bilakah republik ini akan jumpa seorang rakyat seperti aku?"[14]:48
— Marcus Livius Drusus, ahli politik dan pembaharu Rom (91 SM), selepas ditikam oleh pembunuh yang tidak dikenali
"Jangan takut kepada orang Farisi yang benar, tetapi takutlah dengan ketara kepada orang Farisi yang berpura-pura."[11]:3
— Alexander Jannaeus, raja Yudea (s. 76 SM), kepada permaisurinya
"Wahai mahkota yang malang!—tidak mampu membantuku walaupun dalam perkara sekecil ini!"[14]:15[26]
— Monime, permaisuri Mithridates VI (72/71 SM), setelah gagal menggantung dirinya menggunakan tali mahkotanya untuk memenuhi hukuman mati
"Aku bebas dan merupakan rakyat bagi sebuah negara yang bebas."[27]
— Dumnorix, ketua puak Gallia (kira-kira 54 SM), sebelum dibunuh oleh pasukan berkuda Rom.
Pembunuhan Pompey.
"Aku pasti tidak silap dalam mengenalimu sebagai bekas rakan seperjuanganku."[14]:118
Pompey, jeneral dan negarawan Rom (28 September 48 SM), kepada Lucius Septimius, salah seorang pembunuhnya
"Sang imperator berada dalam keadaan baik."[28]
("Imperator se bene habet")
— Metellus Scipio, senator dan panglima tentera Rom (46 SM), sebelum membunuh diri untuk mengelak daripada ditangkap selepas kekalahan di Pertempuran Hippo Regius.
"Engkau juga, wahai anakku?"[nota 9][31]
("Καὶ σὺ, τέκνον")
Julius Caesar, diktator Rom (15 Mac 44 SM), setelah menyedari bahawa anak tirinya, Brutus, turut terlibat dalam pembunuhannya.
"Wahai kebajikan yang malang! Engkau hanyalah nama semata! Aku salah menganggapmu sebagai suatu zat; tetapi engkau sendiri adalah hamba nasib."[11]:23–24
Decimus Junius Brutus Albinus, jeneral dan ahli politik Rom, konspirator dalam pembunuhan Julius Caesar (September 43 SM), memetik Euripides sebelum hukuman mati
"Aku tidak akan pergi lebih jauh: mendekatlah, askar veteran, dan, jika kamu sekurang-kurangnya boleh melakukannya dengan betul, potonglah leher ini. [...] Apa yang akan kamu lakukan jika kamu datang kepadaku sebagai mangsa pertama kamu?"[32][nota 10]
("Accede, veterane, et, si hoc saltim potes recte facere, incide cervicem [...] 'quid, si ad me inquit primum venissetis?")
Cicero, negarawan Rom (7 Disember 43 SM), menghadapi pembunuh yang dihantar oleh musuh
"Kerana terlalu sayangkan hidup, aku telah hidup untuk menahan melihat kawanku dirampas oleh musuh di depan muka aku."[14]:121
Gaius Cassius Longinus, senator dan jeneral Rom, salah seorang pembunuh Julius Caesar (3 Oktober 42 SM), salah sangka rakannya Titinius telah ditangkap oleh tentera Mark Antony di Pertempuran Philippi. Cassius kemudian membunuh dirinya sendiri.
"Ya, sesungguhnya, kita mesti melarikan diri; tetapi bukan dengan kaki kita, tetapi dengan tangan kita."[14]:122
Marcus Junius Brutus, senator dan pembunuh Julius Caesar (23 Oktober 42 SM), selepas kekalahan di Pertempuran Philippi. Dia kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya sebelum membunuh dirinya sendiri.
"Kamu tidak perlu mengasihani aku dalam pusingan nasib terakhir ini. Kamu sepatutnya lebih gembira dalam mengingati cinta kita, dan dalam mengingati bahawa daripada semua manusia, aku pernah menjadi yang paling terkenal dan paling berkuasa, dan sekarang, pada akhirnya, telah jatuh tanpa kehinaan, seorang Rom ditewaskan oleh seorang Rom."[8][nota 11]
Mark Antony, ahli politik dan jeneral Rom (1 Ogos 30 SM); kepada Cleopatra sebelum bunuh dirinya
Cleopatra dikatakan membunuh diri dengan membiarkan ular berbisa menggigitnya.
"Nah, engkau!"[11]:36–37
("Τόσο εδώ!")
Cleopatra, firaun Mesir (12 Ogos 30 SM), tepat sebelum baginda dilaporkan membunuh diri dengan membiarkan seekor ular lidi menggigitnya
"Sangat baik, dan seperti yang layak untuk keturunan begitu banyak raja."[14]:106
Charmion, hamba Cleopatra (12 Ogos 30 SM), apabila seorang pegawai Maharaja Augustus bertanya kepadanya, "Adakah baik kerja ini yang dilakukan oleh cik puan kamu, Charmion?" Dia kemudian jatuh mati.
"Maut menggeletek telingaku. 'Hiduplah,' katanya. 'Aku datang.'"[33]:30
Virgil, penyair Rom (21 September 19 SM)
"Adakah aku telah memainkan peranan itu dengan baik? Maka tepuk tanganlah, semasa aku keluar."[30][34][35][nota 12][nota 13]
("Acta est fabula, plaudite.")
Augustus, Maharaja Rom pertama (19 Ogos 14 M)

"Sudah selesai. \ Bapa, ke dalam tangan-Mu aku menyerahkan roh-Ku."[nota 14]
("τετέλεσται. / πάτερ, εἰς χεῖράς σου παρατίθεμαι τὸ πνεῦμά μου.")
Yesus, pengasas agama Kristian (s. 30 M), tepat sebelum kematiannya melalui disalib
"Tuhan Yesus, terimalah rohku.[36] Tuhan, janganlah letakkan dosa ini ke atas mereka."[11]:158[36]
Santo Stefanus, diakon Kristian awal dan protomartir (s. 34 M), semasa direjam sampai mati
"Aku masih hidup!"[34][sumber lebih baik diperlukan]
Caligula, maharaja Rom (24 Januari 41 M), selepas ditikam hingga mati
"Ia tidak sakit, Pætus."[11]:6
("Non dolet, Paete!")
Arria, wanita Rom (42 M), kepada suaminya, Aulus Caecina Paetus. Dia telah dihukum mati tetapi diberi kebenaran untuk membunuh dirinya sendiri; apabila suaminya teragak-agak untuk melakukannya, isterinya menikam dirinya sendiri terlebih dahulu dan menyerahkan pisau kepadanya.[nota 15]
"Serang di sini! Arahkan kemarahanmu ke rahim yang melahirkan raksasa seperti ini."[8]
Agrippina yang Muda, ibu Nero (23 Mac 59 M), kepada pembunuhnya
"Terpisah terbang manusia— / Tiada luka tunggal yang kelihatan seperti pecahan yang menganga, / Di mana aliran merah mengalir dengan lembut; / Tetapi dari bukaan yang mengerikan dan luas / Seribu bejana mengalirkan air pasang yang menerpa: / Sekali sahaja perjalanan saluran berliku-liku itu pecah, / Di mana kehidupan yang mengembara mengambil perjalanan berliku-likunya."[11]:101
Lucan, penyair Rom (30 April 65 M), dipaksa membunuh diri selepas menyertai konspirasi menentang Nero. Dia mati memetik baris dari puisi epiknya sendiri Pharsalia.
Kematian Nero, lukisan oleh Vasily Sergeyevich Smirnov.
"Terlambat; adakah ini kesetiaan kamu?"[11]:122–123[29]
("Sero... Haec est fides")
Nero, maharaja Rom (9 Jun 68 M), kepada askar yang cuba menyelamatkannya selepas Nero membunuh diri
"Serang, jika ia untuk kebaikan orang Rom."[11]:63[14]:16
("Ferirent si ita e republica videretur.")
Galba, maharaja Rom (15 Januari 69 M), sebelum dipenggal oleh penyokong Otho
"Pergi dan tunjukkan dirimu kepada askar-askar, takut mereka mengerat-ngerat kamu kerana menjadi kaki tangan dalam kematianku."[14]:25
Otho, maharaja Rom (16 April 69 M), kepada seorang hamba yang dibebaskan, sebelum membunuh diri
"Namun aku pernah menjadi Maharaja kamu."[14]:12
Vitellius, maharaja Rom (22 Disember 69 M), sebelum dibunuh di tangga Gemonia
"Aduh, aku rasa aku sedang berubah menjadi dewa... Seorang maharaja sepatutnya mati dalam keadaan berdiri."[37][38]
("Vae, puto, deus fio... imperatorem stantem oportet mori.")
Vespasian, maharaja Rom (24 Jun 79 M), secara ironis merujuk kepada amalan Rom untuk mendewakan bekas maharaja selepas kematian, sebelum dia rebah dan mati ketika cuba berdiri.
"Nasib memihak kepada yang berani. Pergi ke tempat Pomponianus berada."[39]
Pliny yang Tua, panglima tentera dan penulis Rom (Oktober 79 M), selepas dinasihatkan untuk berpatah balik dari Herculaneum semasa letusan Gunung Vesuvius.
"Hidupku diambil daripadaku, namun aku tidak melakukan apa-apa untuk layak mendapatkannya; kerana tiada tindakan aku yang aku patut menyesali, kecuali satu."[11]:169[nota 16]
Titus, maharaja Rom (13 September 81 M)
"Dengarlah, wahai Israel! Tuhan adalah Tuhan kita! Tuhan itu Esa!"[33]:51
("שְׁמַע יִשְׂרָאֵל יְהוָה אֱלֹהֵינוּ יְהוָה אֶחָד")
Rabai Akiva, sarjana dan bijaksana Yahudi (28 September 135 M), membaca Syema Yisrael semasa dihukum mati oleh orang Rom
"Wahai jiwaku yang malang, ke manakah engkau pergi?"[11]:2
Hadrian, maharaja Rom (10 Julai 138 M)
"Ya Tuhan Allah Yang Maha Kuasa, Bapa Anak-Mu yang dikasihi, Yesus Kristus, melalui-Nya kami telah menerima pengetahuan tentang-Mu; Tuhan para malaikat, kuasa, dan setiap makhluk yang hidup di hadapan-Mu; aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menganggap aku layak untuk hari dan jam ini, supaya aku boleh menerima bahagian dalam bilangan syuhada-Mu, dan minum daripada cawan Kristus, untuk kebangkitan kedua-dua jiwa dan tubuh kepada kehidupan kekal, dalam ketidakrosakan Roh Kudus. Di antara mereka, semoga aku diterima pada hari ini, sebagai korban yang diterima, seperti yang Engkau, ya Tuhan yang benar dan setia, telah sediakan, tunjukkan dan selesaikan. Oleh itu, aku memuji-Mu untuk semua rahmat-Mu. Aku memuliakan-Mu, dengan Yesus Kristus, Anak-Mu yang dikasihi, yang Kekal, kepada-Nya, bersama-Mu dan Roh Kudus, kemuliaan sekarang dan selama-lamanya."[14]:153–154
Polycarp, uskup Kristian Smyrna (155 M), sebelum mati syahid dengan dibakar dan ditikam
"Ketenangan."[8][14]:17
("Æquanimitas.")
Antoninus Pius, maharaja Rom (7 Mac 161 M), memberikan kata laluan untuk pengawal malam
"Kamu boleh pulang, pertunjukan sudah selesai."[11]:44[16]
— Demonax, ahli falsafah Cynisisme Yunani (c. 170 M)[nota 17]
Kata-kata Terakhir Maharaja Marcus Aurelius oleh Eugène Delacroix.
"Pergi ke matahari terbit, kerana aku sedang terbenam.[33]:91[41] Fikirkan lebih banyak tentang kematian daripada aku."[33]:91
Marcus Aurelius, maharaja dan ahli falsafah Rom (17 Mac 180 M)
"Tetapi kejahatan apa yang telah aku lakukan? Siapakah yang telah aku bunuh?""[42]
Didius Julianus, maharaja Rom (2 Jun 193 M), kepada pembunuhnya.
"Cepat, jika ada apa-apa yang tinggal untuk aku lakukan."[14]:22
("Adeste, si quid mihi restat agendum.")
Septimius Severus, maharaja Rom (4 Februari 211 M)
Keramat dengan besi pemanggang, secara tradisional dipercayai sebagai yang digunakan dalam kemartiran Santo Lawrence.
"Aku dipanggang,—sekarang pusingkan aku, dan makan aku."[11]:96[nota 18]
("Assatus est; jam versa et manduca.")
Santo Lawrence, diakon Kristian (10 Ogos 258 M), semasa dibakar hidup-hidup di atas besi pemanggang
"Syukur kepada Tuhan."[14]:157
Cyprian, uskup Kristian Carthage dan syahid (14 September 258 M), dihukum mati dengan dipenggal
"Aku sedang membuat usaha terakhir untuk mengembalikan apa yang ilahi dalam diriku kepada apa yang ilahi di Alam Semesta."[33]:20[nota 19]
Plotinus, ahli falsafah Helenistik (270 M)
"Dan biarkan kata-kataku dirahsiakan oleh kamu, supaya tiada siapa yang tahu tempat itu kecuali kamu sahaja. Kerana dalam kebangkitan orang mati aku akan menerima tubuhku yang tidak rosak sekali lagi daripada Juruselamat. Agihkan pakaianku. Kepada Uskup Athanasius berikan satu kulit kambing dan jubah tempat aku berbaring, yang dia berikan kepadaku baru, tetapi aku telah memakainya sehingga lusuh kini. Dan kepada Uskup Serapion berikan kulit kambing lagi satu, dan kamu simpan pakaian bulu. Dan sekarang Tuhan melindungi kamu, anak-anak, kerana Antonius sedang pergi dan tidak lagi bersama kamu."[8]
Antonius Agung, rahib Kristian dari Mesir (17 Januari 356 M)
"Masakan pula aku lebih tinggi, memandang rendah kamu yang berada di atas bumi!"[11]:104
Marcus dari Arethusa, uskup Kristian dan syahid (362 M), digantung dalam bakul yang disapu madu untuk lebah menyengatnya hingga mati
"Dan Engkau telah menang, wahai Si Galilea!"[14]:30[16][nota 20]
("Vicisti, Galilaee.")
Julian, maharaja Rom (26 Jun 363 M), cedera parah dalam pertempuran. Baginda telah menolak agama Kristian demi paganisme; menurut beberapa cerita, baginda dibunuh oleh seorang Kristian.
"Dalam damai aku akan tidur dengan-Nya dan berehat."[16]
Santo Monica, ibu Augustinus dari Hippo (387 M)
"Kekasihku, yang dengannya aku hidup dalam cinta begitu lama, buatkan ruang untukku, kerana ini adalah kuburku, dan dalam kematian kita tidak akan dipisahkan."[11]:149
Severus dari Ravenna, Uskup Ravenna (s. 348 M). Menurut cerita tradisional, Severus membaringkan dirinya dalam kubur keluarganya bersama isteri dan anak perempuannya yang telah mati, kemudian mati.[11]:149[44]
"Walaupun dia tua, dialah yang terbaik antara semua."[8][nota 21]
Ambrose, Uskup Milan (4 April 397 M), apabila Simplician disebut sebagai bakal penggantinya
"Apa yang kamu lakukan di sini, hai binatang yang kejam?"[16]
Martin dari Tours, uskup Tours ketiga (8 November 397 M), kepada Iblis

Abad ke-5 hingga ke-14

[sunting | sunting sumber]
"Kemuliaan bagi Tuhan untuk segala sesuatu![11]:36[16][45] Amin."[11]:36[16][nota 22]
("δόξα τῷ θεῷ πάντων ἕνεκεν")
John Chrysostom, Bapa Gereja Awal dan Uskup Agung Constantinople (14 September 407), semasa dalam perjalanan ke pembuangan
"Dan aku yang sedang menuju kepada Tuhanku, dan aku bersyukur kepada nama-Nya, kerana Tuhan telah memberikan segala-galanya kepadaku, pujilah nama-Nya. Dan aku memberitahu kamu, berpegang teguhlah pada imanmu dan carilah kematian demi Kristus untuk nama-Nya dan kamu akan menemui kemuliaan yang kekal. Aku untuk hidupku telah memuliakan kamu dan seluruh bangsa kita. Dan janganlah menghina rumah kita dan janganlah meninggalkan kasih sayang orang Yunani."[46]
("მე ესე რა წარვალ წინაშე ღმრთისა ჩემისა, და ვმადლობ სახელსა მისსა, რამეთუ არა დამაკლო გამორჩეულთა წმიდათა მისთა. აწ გამცნებ თქუენ, რათა მტკიცედ სარწმუნოებასა ზედა სდგეთ და ეძიებდეთ ქრისტესთჳს სიკუდილსა სახელსა მისსა ზედა, რათა წარუვალი დიდება მოიგოთ. მე ჴორციელებრითა დიდებითა გადიდენ თქუენ ნათესავთა ჩემთა. და სახლსა ჩუენსა ნუ შეურაცხჰყოფთ, და სიყუარულსა ბერძენთასა ნუ დაუტეობთ".)
Vakhtang I, raja Georgia (502/22), kepada anaknya Dachi.
"Di sinilah aku mesti berhenti. Apa yang berikut, biarlah Baithen menulis."[14]:173
Columba, abas Ireland dan mubaligh evangelis (8 Jun 597), berhenti menyalin sebuah Psalter
"Adakah kamu akan memerintahnya dengan lebih baik?"[47]
Phocas, Maharaja Rom Timur (3 Oktober 610), kepada penggantinya Heraclius sebelum dihukum mati
"Ya Allah, Teman Yang Maha Tinggi!"[48][49][50][nota 23] atau "Solat, solat! Dan takutlah kepada Allah dalam urusan mereka yang berada di bawah jagaanmu."
("اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى") atau :("الصلاة ، الصلاة! واتقوا الله في من يملك يمينكم")
Nabi Muhammad, nabi Allah dalam Islam (8 Jun 632)
"Anak-anakku, hutan-hutan yang menakutkan dan batu-batu tandus ini akan dihiasi dengan bandar-bandar dan kuil-kuil, di mana nama Yesus akan disembah secara terbuka. Kamu akan meninggalkan perburuan yang tidak menentu dan sukar, dan berkumpul bersama di bawah kuil-kuil yang tinggi seperti pokok-pokok pain itu, dan anggun seperti silara palma.
"Di sini Penyelamatku akan dikenali dalam segala kesederhanaan ajaran-Nya. Ah! Andai aku dapat menyaksikannya; tetapi aku telah melihat perkara-perkara itu dalam satu bayangan. Tetapi aku lemah! Aku letih! Perjalanan duniawiku sudah selesai! Terimalah restuku. Pergi! dan berbaiklah antara satu sama lain."[11]:66
Goar dari Aquitaine, paderi dan pertapa (6 Julai 649), mati di Oberwesel, Austrasia
"Aku berharap bahawa apa-apa jasa yang aku perolehi melalui perbuatan baik akan jatuh ke atas orang lain. Semoga aku dilahirkan semula bersama mereka di syurga orang yang diberkati, diterima masuk ke dalam keluarga Mi-le, dan berkhidmat kepada Buddha masa depan, yang penuh dengan kebaikan dan kasih sayang. Apabila aku turun semula ke bumi, untuk melalui bentuk kewujudan yang lain, aku berharap pada setiap kelahiran baru untuk memenuhi tugasku terhadap Buddha, dan sampai pada akhirnya kepada kecerdasan sempurna yang tertinggi."[14]:139
Xuanzang, sami Buddha Cina, sarjana, pengembara dan penterjemah (5 Februari 664)
"Kamu saudara-saudara mesti mesra seperti ikan dan air dan jangan sekali-kali bergaduh antara satu sama lain untuk gelaran. Jika tidak, kamu pasti akan menjadi bahan ketawa jiran-jiran kita."
Yeon Gaesomun, diktator tentera dan jeneralissimo Goguryeo (c. 666), kepada anak-anaknya
Bede menterjemahkan Injil Yohannes di atas ranjang kematiannya.
"Kamu bercakap benar, semuanya sudah selesai sekarang. Kemuliaan bagi Tuhan."[14]:175[nota 24]
Bede, rahib mazhab Benedict Inggeris (26 Mei 735); kepada seorang penyalin yang kepadanya dia mengimlakkan terjemahan Injil Yohannes
"Tuhan, ke dalam tangan-Mu aku menyerahkan rohku."[11]:35[14]:25[16][24][51]
Charlemagne, raja Eropah (28 Januari 814), memetik Yesus
"Keluar! keluar!"[11]:99[16]
("Huz! huz!")
Louis yang Alim, Raja Frank (20 Jun 840), selepas memalingkan mukanya ke dinding sebelum mati
Kematian Ragnar Lodbrok seperti yang dibayangkan oleh artis abad ke-19 Hugo Hamilton
"Anak-anak babi akan berdengus jika mereka tahu bagaimana babi tua ini menderita!"
("Gnyðja mundu grísir, ef þeir vissi, hvat inn gamli þyldi.")[52]
Ragnar Lodbrok, ketua Norse separa legenda (s. 850) selepas dicampak ke dalam lubang ular oleh Raja Ælla dari Northumbria
"Wahai anakku yang tercinta, duduklah sekarang di sebelahku, dan aku akan memberikan kepadamu arahan yang benar. Anakku, aku rasa saatku sudah tiba. Wajahku pucat. Hari-hariku hampir berakhir. Kita mesti berpisah sekarang. Aku akan pergi ke dunia lain, dan kamu akan ditinggalkan sendirian dengan segala kekayaanku. Aku rayu kepadamu (kerana kamu anakku yang tercinta) berusahalah untuk menjadi seorang bapa, dan seorang tuan kepada rakyatmu. Jadilah bapa kepada anak-anak, dan sahabat kepada janda. Hiburkanlah orang miskin, dan lindungilah yang lemah; dan, dengan segala kekuatanmu, betulkanlah apa yang salah. Dan, anakku, perintahlah dirimu sendiri, dengan undang-undang; nescaya Tuhan akan mengasihimu, dan Tuhan di atas segala-galanya akan menjadi ganjaranmu. Serulah Dia untuk menasihatimu dalam segala keperluanmu, dan Dia akan membantumu, untuk mencapai apa yang kamu inginkan."[8][14]:20–21[nota 25]
Alfred Agung, raja Anglo-Saxon (26 Oktober 899), kepada anaknya, Edward yang Tua
"Aku kini telah memerintah lebih dari lima puluh tahun dalam kemenangan atau keamanan; dikasihi oleh rakyatku, ditakuti oleh musuhku, dan dihormati oleh sekutuku. Kekayaan dan kehormatan, kuasa dan kesenangan, telah menunggu panggilanku, dan tiada berkat duniawi yang kelihatan kurang untuk kebahagiaanku. Dalam keadaan ini, aku telah dengan tekun mengira hari-hari kebahagiaan yang tulen dan sejati yang telah jatuh ke dalam nasibku: ia berjumlah Empat Belas:—Hai manusia! janganlah meletakkan keyakinanmu dalam dunia ini!"[8][53][nota 26]
Abdul Rahman III, Khalifah pertama Córdoba (15 Oktober 961)
"Kamu mendesak aku dengan sia-sia. Aku bukanlah orang yang akan menyediakan daging Kristian untuk dimakan oleh gigi jahiliah, dan ia akan menjadi begitu jika aku menyerahkan kepadamu apa yang orang miskin telah simpan untuk sara hidup mereka."[8][nota 27]
("Christianorum carnes paganis dentibus conterendas dare. Ego equidem id faciam, si quod paupertas ad vitem paraverat, vestries hoc morsibus abutendum tradam.")
Ælfheah dari Canterbury, Uskup Agung Canterbury (19 April 1012), enggan membayar tebusan sebelum dibunuh oleh penculiknya yang dari Denmark
Kematian Earl Siward oleh James Smetham
"Betapa memalukannya bahawa aku, yang tidak dapat mati dalam begitu banyak pertempuran, sepatutnya diselamatkan untuk kematian yang hina seperti lembu! Sekurang-kurangnya pakaikanlah aku baju besiku yang tidak dapat ditembusi, ikatkan aku dengan pedangku, letakkan topi besi di kepalaku, perisai di tangan kiriku, kapak perangku yang bersalut emas di tangan kananku, supaya aku, askar yang paling berani, boleh mati seperti seorang askar."[54][nota 28]
Siward, Earl of Northumbria (1055), mati akibat cirit darah
"Aku telah mencintai keadilan dan membenci kezaliman; oleh itu aku mati dalam buangan."[11]:69[14]:176[16][33]:56[55]
("Dilexi iustitiam et odivi iniquitatem propterea morior in exilio.")
Paus Gregory VII (25 Mei 1085), dalam buangan di Salerno akibat konfliknya dengan Henry IV, Maharaja Rom Suci
"Maka kepada Bonda Maria yang diberkati, ibu Tuhan, aku menyerahkan diriku. Semoga dia, melalui syafaatnya yang suci, mendamaikan aku dengan Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus. Tuhan berbelas kasihan—"[14]:26[nota 29]
William Sang Penakluk, Raja England (9 September 1087), selepas mendengar loceng Ibadat Pertama
"Aku tidak akan ragu lama-lama antara suara hati dan Paus,[nota 30] kerana aku tidak lama lagi akan muncul di hadapan Tuhan, untuk dibebaskan, aku harap; untuk dihukum, aku takut."[8][11]:14[nota 31]
Berengar dari Tours, ahli teologi Kristian Perancis (6 Januari 1088), meninggal dalam kesunyian asketik di pulau Saint-Cosme berhampiran Tours
"Tembak, Walter, atas nama syaitan!"[16]
William II dari England (2 Ogos 1100), kepada Walter Tirel, yang didakwa menembak raja dalam kemalangan memburu
"Ya, jika itu kehendak-Nya, aku akan mematuhinya dengan rela. Tetapi jika Dia membenarkan aku tinggal bersama kamu sedikit lebih lama sehingga aku menyelesaikan masalah tentang asal usul jiwa, aku akan dengan senang hati menerima nikmat itu; kerana aku tidak tahu sama ada seseorang akan menyelesaikannya selepas aku pergi. Jika aku boleh makan, aku rasa aku akan mendapat sedikit kekuatan. Aku tidak berasa sakit mana-mana di bahagian badan aku; aku hanya tidak dapat mengekalkan nutrien, dan itu melemahkan aku."[8][nota 32]
Anselm dari Canterbury, Uskup Agung Canterbury (21 April 1109)
"Aku ingin melakukan lebih banyak keburukan daripada yang aku mampu."[56]
("Plus volui nocere quam potui.")
Ranulf Flambard, Bishop of Durham dan menteri kerajaan Norman (5 September 1128)
"Aku tidak tahu."[8][33]:16[57]
("Je ne sais.")
Peter Abelard, ahli falsafah dan teologi Perancis (21 April 1142)
"Semoga kehendak Tuhan terlaksana."[8][11]:15[nota 33]
Bernard dari Clairvaux, abbot Burgundian (20 Ogos 1153), apabila diberitahu bahawa dia sedang menghadapi kematian
"Mari kita selesaikan Upacara Persembahan, selebihnya Misa Suci akan aku sambungkan di tempat lain!"
("Låt oss avsluta mässoffret, resten av gudstjänsten ska jag fira på annan ort!")[58]
Eric yang Suci, raja Sweden (18 Mei 1160) sebelum dipenggal oleh penggantinya Magnus Henriksson
"Dalam kematian akhirnya biarlah aku berehat bersama Abelard."[11]:76
Héloïse, biarawati Perancis, ahli falsafah, penulis, sarjana dan abes (16 Mei 1163–64?)
Pembunuhan Thomas Becket.
"Demi nama Yesus dan perlindungan gereja, aku bersedia untuk menerima kematian."[59][60][nota 34]
Thomas Becket, Uskup Agung Canterbury (29 Disember 1170), kepada pembunuhnya
"Tuhan, kasihanilah aku. Adakah Engkau akan mematahkan buluh yang sudah patah?"[8][11]:6
Andronikos I Komnenos, Maharaja Byzantine (12 September 1185), dibunuh oleh bekas rakyatnya
"Biarlah dunia berjalan sebagaimana adanya; aku tidak peduli lagi."[16]
Henry II dari England (6 Julai 1189), apabila diberitahu bahawa anaknya John adalah antara mereka yang bersekongkol menentangnya
"Apabila aku dikebumikan, bawa kain kapan aku di hujung tombak, dan ucapkan kata-kata ini: Lihatlah rampasan yang dibawa oleh Salahuddin! Daripada semua kemenangan, kerajaan, dan kekayaannya, tidak ada yang tinggal kecuali ini."[16]
Salahuddin, sultan pertama Mesir dan Syria (4 Mac 1193)
"Pemuda, aku maafkan kamu! Tanggalkan rantainya, berikan dia 100 syiling, dan lepaskan dia."[16]
Richard I dari England (6 April 1199), merujuk kepada pemuda yang telah mencederakannya dengan busur silang
"Di bawah kaki saudara-saudara aku."[11]:48–49
Santo Dominic, paderi Katolik Castille, pengasas Ordo Dominikan, apabila ditanya di mana dia ingin dikebumikan (6 Ogos 1221)
"Aku telah berdosa terhadap saudara aku, si keldai."[33]:55[nota 35]
Francis dari Assisi, rahib Katolik Itali (3 Oktober 1226). "Si keldai" merujuk kepada tubuhnya kerana tubuh badan adalah untuk memikul beban, makan dengan sedikit, dan dipukul apabila lesu atau tegar tengkuk.
"Jangan biarkan akhir aku melemahkan kamu, dan jangan sekali-kali menangis atau meratapi aku, supaya musuh tidak diberi amaran tentang kematian aku."[55]
("Миний төгсгөлийг чамаас гуйхгүй, ямар ч шалтгаангүйгээр битгий уйлж, дуулгавартай байгаарай, дайсан минь миний үхлээс сэрэмжлүүлцгээе.")[perlu rujukan]
Genghis Khan, panglima perang dan khan Mongolia (18 Ogos 1227)
"Aku melihat Tuhan aku. Dia memanggil aku kepada-Nya."[8][16]
Anthony dari Padua, paderi Katolik Portugis dan rahib mazhab Franciscan (13 Jun 1231)
"Jangan potong muka aku."[62]
("Ikke hugg meg i ansiktet")
Skule Bårdsson, bangsawan Norway (24 Mei 1240), sebelum dibunuh oleh penyokong Raja Haakon IV dari Norway
Kematian Simon de Montfort.
"Dengan lengan St. James, sudah tiba masanya untuk mati."[16][nota 36]
Simon de Montfort, Earl Leicester ke-6 (4 Ogos 1265), sebelum meninggal dalam Pertempuran Evesham
"Oh ibu aku! betapa dalamnya kesedihanmu apabila mendengar berita hari ini!"[11]:38
Conradin, pewaris terakhir langsung dari Kerabat Hohenstaufen (29 Oktober 1268), sebelum dihukum pancung pada usia 16 tahun
"Aku akan memasuki rumah-Mu. Aku akan menyembah di Tempat Suci-Mu."[14]:17[nota 37]
Louis IX dari Perancis (25 Ogos 1270)
"Aku telah menulis dan mengajar banyak tentang Tubuh Suci ini, dan tentang sakramen-sakramen lain dalam iman Kristus, dan berkenaan dengan Gereja Rom Suci, yang kepadanya aku dedahkan dan serahkan segala yang telah aku tulis untuk pembetulan."[63]
Thomas Aquinas, ahli teologi dan falsafah dominikan Itali (7 Mac 1274), semasa menerima upacara terakhir sebelum meninggal
"Aku dalam perjalanan ke Spires untuk melawat raja-raja, pendahulu aku."[14]:26
Rudolf I dari Jerman (15 Julai 1291); dikebumikan di Katedral Speyer
"Bawa tulang-tulangku di depan kamu dalam perarakan kamu, kerana kumpulan pemberontak tidak akan dapat menahan melihatku, hidup atau mati."[11]:50–51
Edward I dari England (7 Julai 1307), kepada anaknya, Edward II dari England, semasa meninggal dalam perang dengan Scotland
"Paus Clement, Chevalier Guillaume de Nogaret, Raja Philip! Aku perintahkan kamu hadir ke Tribunal Syurga sebelum tahun ini berakhir!"[nota 38]
Jacques de Molay, Grand Master of the Knights Templar terakhir (11 atau 18 Mac 1314), sebelum dibakar pada pancang
"Raja syurga, kasihanilah aku, kerana raja bumi telah meninggalkan aku."[14]:111[nota 39]
Thomas, Earl Lancaster ke-2 (22 Mac 1322), sebelum dipenggal kerana khianat terhadap sepupunya, Edward II dari England
"Aku belum memberitahu separuh daripada apa yang aku telah lihat."[64]
("Non ho detto metà di quello che ho visto.")
Marco Polo, pengembara Venice di Asia (s. 9 Januari 1324), menanggapi keraguan tentang kandungan memoirnya, Pengembaraan Marco Polo
"Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Tuhan, untuk semua nikmat-Mu, dan dengan segala kesakitan jiwa aku, aku merendahkan diri memohon belas kasihan-Mu untuk memberikan pengampunan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan dengan jahat terhadap-Mu; dan daripada semua manusia yang telah aku sakiti dengan sengaja atau tidak sengaja, dengan sepenuh hati aku memohon keampunan."[11]:51
Edward Si Putera Hitam, pewaris takhta England (8 Jun 1376)
"Yesus."[14]:18
Edward III dari England (21 Jun 1377), mencium salib
"Ah, Yesus!"[11]:34
Charles V dari Perancis (16 September 1380)
"Kerana mereka semua di bawah perintah aku, mereka bersumpah untuk melakukan apa yang aku suruh."[16]
Wat Tyler, pemimpin Pemberontakan Petani (15 Jun 1381), sebelum dibunuh oleh pegawai-pegawai setia kepada Richard II dari England
"Aku lelaki yang sudah mati! Tuhan, kasihanilah aku!"[16]
Gaston III, Count Foix (1 Ogos 1391)

Abad ke-15

[sunting | sunting sumber]
"Belum pernah kematian ditakutkan dengan menjerit."[65]:91
Timurlang, penakluk Turco-Mongol, pengasas Empayar Timuriyah (17–19 Februari 1405)
"Kita sekarang akan belayar pulang, segera!"
("Nu seglar vi hem, genast!")[66]
Margaret, Ratu Denmark, Norway dan Sweden (28 Oktober 1412) yang dijangkiti wabak di pelabuhan Flensburg
"Oh, kesederhanaan yang suci!"[33]:57[55][nota 40]
("O Sancta Simplicitas!")
Jan Hus, ahli teologi dan reformis gereja Czech (6 Julai 1415). Semasa dibakar di pancang kerana bidaah, dia ternampak seorang wanita tua melemparkan sejumlah kecil kayu bakar ke dalam api.
"Ya Tuhan, Bapa yang Maha Kuasa, kasihanilah aku, dan ampunilah kesalahan aku, kerana[14]:146–147 Engkau tahu betapa ikhlasnya aku mencintai kebenaran-Mu."[14]:146–147[16][nota 41]
Jerome dari Prague, ahli falsafah dan teologi skolastik Czech (30 Mei 1416), dibakar kerana bidaah
"Jadikan kulit aku sebagai kepala dram untuk perjuangan Bohemia."[16][67][68]
Jan Žižka, jeneral Czech (11 Oktober 1424)[nota 42]
"Aku mati dengan puas, setelah hidup dalam masa yang ditetapkan, dan meninggalkan kamu, anak-anak aku, dalam kemewahan dan kesihatan, ditempatkan dalam situasi yang, jika kamu mengikuti contoh aku, akan membolehkan kamu hidup dihormati dan dihargai. Aku tidak mengingati apa-apa dalam hidup aku yang begitu menggembirakan seperti tidak pernah menyinggung perasaan sesiapa, dan berusaha untuk melayani semua orang sejauh mungkin. Aku menasihati kamu untuk berbuat demikian, jika kamu ingin hidup dengan selamat, menerima hanya penghormatan yang diberikan oleh undang-undang dan kebaikan negara; kerana penggunaan kuasa yang diperoleh dengan kekerasan—bukan secara sukarela—menyebabkan kebencian dan perselisihan."[14]:89
Giovanni di Bicci de' Medici, pemilik bank Itali (Februari 1429)
Joan of Arc di pancang bakar.
"Pegang salib itu tinggi supaya aku dapat melihatnya menembusi api!"[33]:51[69][70][nota 43]
Joan of Arc, pemimpin tentera dan mistik Perancis (30 Mei 1431), semasa dia dibakar di tiang
"Cis pada kehidupan! Jangan bercakap lagi tentangnya kepada aku."[11]:105[16]
("Fi de la vie! qu'on ne m'en parle plus.")
Margaret Stewart, Dauphine dari Perancis (16 Ogos 1445)
"Oh Gabriel, Gabriel, lebih baik bagimu untuk tidak menjadi paus, atau kardinal, atau uskup, sebaliknya mengakhiri hari-harimu seperti kamu memulainya, mengikuti dengan aman di biara latihan ordomu."[14]:167
Paus Eugene IV (nama lahir Gabriele Condulmer) (23 Februari 1447)
"Semua kekayaan aku tidak dapat menyelamatkan akukah? Apa, tidak adakah cara untuk menyogok maut?"[33]:55[71]:195[nota 44]
Henry Beaufort (11 April 1447), Kardinal, Bishop of Winchester
"Semoga dijauhkan Tuhan aku hidup seorang Maharaja tanpa Empayar. Apabila kota aku jatuh, aku akan jatuh bersamanya. Sesiapa yang ingin melarikan diri, biarlah dia menyelamatkan dirinya jika boleh, dan sesiapa yang bersedia menghadapi maut, biarlah dia mengikuti aku."
- Constantine XI (29 Mei 1453), Empayar Byzantium, sebelum menyerbu ke barisan Uthmaniyah semasa Kejatuhan Constantinople, baginda tidak pernah dilihat lagi.
"Jika aku dilahirkan sebagai anak petani, dan menjadi rahib Abrojo, dan bukan raja Castile."[72]
"Naciera yo hijo de un labrador e fuera fraile del Abrojo, que no rey de Castilla"
John II dari Castile (22 Julai 1454), Raja Castile
"Aku dilahirkan sebagai bunga lili di taman, dan seperti bunga lili aku tumbuh, seiring usia aku / Aku menjadi tua dan harus mati, dan begitu aku layu dan mati."[73][74]
Pachacuti (s. 1471/1472), Sapa Inca dan pengasas Empayar Inca, puisi yang digubah di atas katil kematiannya
"Santa Perawan Maria di Embrun, empuan baik aku, tolonglah aku."[16]
("Notre dame d'Embrun, ma bonne maitresse, aidez moi.")
Louis XI, Raja Perancis (30 Ogos 1483)
"Khianat! khianat!"[16]
Richard III dari England (22 Ogos 1485), apabila ditinggalkan oleh tenteranya yang terbaik di Pertempuran Bosworth Field
"Aku hanya mengenal Yesus yang disalib."[14]:167
Wessel Gansfort, ahli teologi dan humanis Belanda (4 Oktober 1489)
"Aku berharap tidak akan lagi melakukan dosa berat, mahupun dosa ringan, jika aku boleh mengelakkannya."[14]:161[nota 45]
Girolamo Savonarola, rahib mazhab Dominican Itali (23 Mei 1498), apabila ditanya sebelum hukuman matinya jika dia rela menghadapi kematian

Abad ke-16

[sunting | sunting sumber]
"Yalah, yalah, aku datang. Tunggu sebentar."[8][33]:52[61]
("Va bene, va bene, arrivo. Aspettate un momento.")
Paus Alexander VI (18 Ogos 1503)
"Ke dalam tangan-Mu, ya Tuhan, aku menyerahkan rohku."[11]:37[14]:62[75]
("In manus tuas, Domine, commendo spiritum meum.")
Christopher Columbus, penjelajah Itali (20 Mei 1506), memetik Yesus
"Aku telah menjaga semuanya dalam hidup, kecuali kematian—dan sekarang aku harus mati dalam keadaan yang tidak bersedia."[76]
Cesare Borgia, ahli politik dan condottiero Itali (12 Mac 1507)
"Beta dengan sepenuh hati berharap agar pelaksana wasiat kami mempertimbangkan betapa pentingnya untuk didoakan."[16]
Henry VII dari England (21 April 1509)
"Aku percaya."[8]
Georges d'Amboise, kardinal Katolik Rom dan menteri negara Perancis (25 Mei 1510)
"Itu tidak benar. Aku selalu melayani raja aku dengan setia dan berusaha untuk menambahkan kawasan kekuasaannya."[8][nota 46]
Vasco Núñez de Balboa, penjelajah, gabenor dan konkuistador Sepanyol (Januari 1519), setelah mendengar seorang bentara memanggilnya "perampas hak Mahkota" semasa dalam perjalanan ke hukuman pancungnya
Kematian Leonardo da Vinci, dilukis oleh Ingres.
"Aku telah menyinggung Tuhan dan manusia kerana kerja aku tidak mencapai kualiti yang sepatutnya."[35][71]:196[77][78][79][nota 47]
("Ho offeso Dio e l'umanità perché il mio lavoro non ha raggiunto la qualità che dovrebbe avere.")
Leonardo da Vinci, seniman dan saintis Itali (2 Mei 1519), kepada Raja Francis I dari Perancis
"Gembira."[8][78]
Raphael, seniman Itali (6 April 1520)
"Aku mengamanahkan kepada jagaanmu anak-anak kesayangan aku, permata paling berharga yang boleh aku tinggalkan untukmu. Raja besar di seberang lautan akan berminat untuk memastikan mereka mendapat warisan mereka, jika kamu mengemukakan tuntutan mereka yang adil di hadapannya. Aku tahu tuanmu akan melakukan ini, jika tidak atas alasan lain, maka atas kebaikan yang telah aku tunjukkan kepada orang Sepanyol, walaupun ia telah menyebabkan kehancuran aku. Untuk semua kemalangan aku, Malinche, aku tidak menyimpan dendam terhadapmu."[11]:115
Moctezuma II, Huey Tlatoani atau Maharaja Empayar Aztek (29 Jun 1520), kepada Hernán Cortés (memanggilnya dengan nama penterjemahnya, La Malinche)

Kata-kata terakhir yang ironik

[sunting | sunting sumber]
"Janganlah seorang pun menangisi aku, atau memuliakan pengebumianku dengan ratapan; kerana aku masih hidup, apabila namaku disebut-sebut di bibir manusia."[14]:74[25]
— Ennius, penulis dan penyair Republik Rom (kira-kira 169 SM); baris-baris ini dikarang untuk diukir pada tugu peringatannya. Hanya serpihan karyanya sahaja yang masih wujud.
"Walaupun berurusan dengan orang Jepun dan orang gasar bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, beta bimbang apabila keamanan telah meresap dalam diri kamu, hari-hari semakin memanjang, semua urusan dilakukan dengan malas dan perlahan-lahan, maka kamu harus sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap hari, agar tidak terjebak dalam kelalaian."[80]
Sejong Agung, raja Dinasti Joseon (30 Mac 1450). Korea kemudiannya diserang dan dijarah oleh Jepun, kemudiannya ditakluki oleh orang Manchu, yang dianggap 'orang gasar' oleh orang Korea.
"Biarlah semua orang Prusia yang berani mengikut aku!"
— Marsyal Tentera Darat Kurt Christoph Graf von Schwerin (6 Mei 1757), dalam Pertempuran Prague, sebelum terkena tembakan meriam.[81][82][83]
"Beta rasa mengantuk, dan berehat seketika tentu elok kepada beta."
Gustav III, Raja Sweden (29 Mac 1792) 13 hari selepas ditembak dari belakang di sebuah majlis topeng.
"Thomas Jefferson masih hidup."[84]
John Adams, Bapa Pengasas Amerika Syarikat dan presiden kedua Amerika Syarikat (4 Julai 1826), tidak sedar bahawa Jefferson telah meninggal awal hari yang sama itu.
"Mereka tidak boleh menembak gajah pada jarak ini. [...] Baiklah, kawanku; pergilah ke tempat kamu."[85]
— Jeneral John Sedgwick (9 Mei 1864) di Pertempuran Spotsylvania Court House sebelum mati terkena tembakan musuh.[86]
"Sarjan, tiada peluru Sepanyol yang telah dibuat yang akan membunuh aku."
— Kapten Buckey O'Neill (1 Julai 1898), salah seorang Rough Rider Theodore Roosevelt, sebelum ditembak di mulut sebelum menyerbu Kettle Hill.[87]
"Aku rasa aku akan terus hidup."
Richard A. Loeb (28 Januari 1936), selepas ditetak 56 kali dengan pisau cukur dalam pergaduhan di penjara.[70]
"Aku akan tunjukkan yang ia tidak akan menembak."
Johnny Ace (25 Disember 1954), pemuzik Amerika, bermain dengan revolver .32 kaliber.[8][78]
"Apa kau fikir aku akan buat? Tembak kepala aku sendiri?"
Terry Kath (23 Januari 1978), daripada kumpulan Chicago, sebelum meletakkan pistol separa automatik 9-mm yang dikatakan tidak berpeluru ke pelipisnya dan menarik picu.[88]
"Aku pasti gila melakukan syot ini. Aku sepatutnya mintakan seorang pelakon pengganti."
Vic Morrow, pelakon Amerika (23 Julai 1982), sebelum terbunuh bersama dua pelakon kanak-kanak semasa penggambaran Twilight Zone: The Movie.[89]
"Aku rasa sihat."[78][90]
Pete Maravich, pemain bola keranjang Amerika (5 Januari 1988), sebelum meninggal dunia akibat kecacatan jantung yang tidak didiagnosis semasa permainan santai.
"Aku dah kata aku hardcore [...] kau ni memang bodoh sangat"
Brandon Vedas (12 Januari 2003), penggemar komputer Amerika berbual di IRC semasa mengambil dadah secara berlebihan.[91]
"Kau memang penyelamat, Andy."
William Donaldson, penulis satira dan playboy British (22 Jun 2005), kepada penjaga bangunannya, yang telah mengumpulkan pil untuknya.[24]
"Walaupun kamu terlepas daripada azab sejarah, kamu tidak akan dapat melarikan diri daripada kemurkaan Allah."
Hasan Bitmez, Ahli Parlimen Turki (12 Disember 2023), selepas menyeru kemurkaan Tuhan ke atas Negara Israel di Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki sebelum pengsan akibat serangan jantung. Beliau dunia dua hari kemudian.[92]
  1. ^ Ayat ini menandakan penghujung wasiat rasmi Ḫattušili I dan mengandungi kata-kata terakhirnya yang direkodkan. Ahli Hetitologi Trevor R. Bryce berpendapat bahawa ayat tersebut dimasukkan secara tidak sengaja dalam dokumen itu dan sebenarnya ditujukan kepada sahabat raja, bukan untuk generasi akan datang. Beliau menegaskan bahawa ayat itu bertentangan dari segi nada dan kandungan dengan bahagian lain dokumen tersebut, dan ia hanya ditulis kerana seorang jurutulis telah diperintahkan dengan tergesa-gesa untuk merekodkan semua kata-kata Ḫattušili I apabila timbul kebimbangan bahawa raja mungkin mangkat pada bila-bila masa akibat penyakitnya.[5]
  2. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Di Yunani, tempat aku mengembara untuk mempelajari kesusasteraan dan adat negara itu, aku dibenarkan tinggal dengan selamat; tetapi di tanah airku sendiri, iri hati telah menjadi punca kematianku."[14]:129
  3. ^ Terdapat beberapa penceritaan tentang kematian Pythagoras.[14]:130
  4. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Biku-biku yang dikasihi, prinsip kewujudan, dan kebolehubahan membawa bersamanya prinsip kemusnahan. Jangan sekali-kali melupakan ini; biarkan fikiran kalian dipenuhi dengan kebenaran ini; untuk meberitahu kalian aku telah menghimpunkan kalian."[11]:65
  5. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Tiada penguasa yang bijak bangkit memilih aku sebagai gurunya"[14]:39 dan juga "aku telah mengajar lelaki cara untuk hidup."[11]:38
  6. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Wahai Pericles! Mereka yang memerlukan pelita pastikan untuk memberinya makan dengan minyak" (ketika Pericles melawatnya semasa beliau sedang mengebulurkan diri selepas dibuang negeri).[14]:129
  7. ^ Lainnya, kata-kata terakhir Alexander mungkin adalah "tôi Kraterôi"—"kepada Craterus", jeneral yang mengetuai tentera Macedonianya pulang dan baru diamanahkan dengan regency Macedonia, tetapi dengan kata-kata terakhir ini sengaja atau tersilap didengar oleh penggantinya.[8][19]
  8. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku datang atas kerelaan aku sendiri; mengapa memanggil aku?"[21] dan "'Bumi, adakah kamu menuntut aku? Aku bersedia."[11]:188[14]:126
  9. ^ Terdapat salah sangka bahawa kata-kata terakhir Julius Caesar ialah "Et tu, Brute?", bermaksud "Kamu juga, Brutus?". Namun, nukilan ini sebenarnya daripada pementasan Julius Caesar oleh William Shakespeare.[29][30]
  10. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Serang!"[16] dan sebagai "Di sini, veteran–jika kamu fikir ia betul, serang."[33]:23
  11. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Kerja yang baik, Eros, kamu menunjukkan kepada tuanmu cara melakukan apa yang kamu tidak mempunyai hati untuk lakukan sendiri" (kepada hambanya, yang telah menikam dirinya sendiri).[8]
  12. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Livia, conjugii nostri memor, vive, et vale" ("Livia, hiduplah dengan mengingati kesatuan kita, dan selamat tinggal") (kepada isterinya)[14]:21 dan sebagai "Empat puluh lelaki muda membawaku pergi."[33]:91
  13. ^ Ada yang juga mengatakan kata-kata terakhir Augustus adalah "Lihatlah, aku menemui Rom daripada tanah liat, dan meninggalkannya untuk kamu daripada marmar." Ini tidak salah, kerana kata-kata ini adalah yang terakhir diucapkannya di khalayak ramai.[30][34][35]
  14. ^ Hanya Injil Yohanes yang menyatakan kata-kata yang Yesus ucapkan semasa ucapan terakhirnya, namun kedua-dua Injil Matius dan Injil Markus menyebut dia membuat beberapa bunyi antara minum minuman dan mati. Sebaliknya, naratif Injil Lukas menyisipkan perbualan yang lebih panjang bersama mereka yang dihukum bersamanya yang sebaliknya berakhir dengan Yesus memetik Mazmur 31:5: "Bapa, ke dalam tangan-Mu aku menyerahkan roh-Ku," kutipan yang tidak ditemui dalam mana-mana daripada tiga injil yang lain. Untuk maklumat lanjut, lihat kata-kata Yesus di kayu salib. Perhatikan juga bahawa Yesus juga mempunyai kata-kata terakhir yang dikaitkan dengannya selepas kebangkitannya dan sebelum kenaikannya.)
  15. ^ Marvin secara salah memberikan tarikh kematian Arria sebagai "sekitar tahun S. M., 42."[11]:6
  16. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku hanya membuat satu kesilapan."[34][40]
  17. ^ Tarikh disalahberikan oleh Marvin sebagai "abad kedua S. M."[11]:44
  18. ^ Juga dilaporkan/diterjemahkan sebagai, "Sisi ini cukup dipanggang, jadi pusingkan aku, oh tiran, makan, Dan lihat sama ada mentah atau panggang aku membuat daging yang lebih baik"[16] dan sebagai "Sisi ini cukup dipanggang. Pusingkan, oh tiran hebat, cuba sama ada panggang atau mentah yang kamu fikirkan daging yang lebih baik."[33]:50 Lawrence juga dilaporkan berkata selepas itu, "Aku bersyukur kepada-Mu, ya Tuhanku dan Juruselamat, kerana aku telah dianggap layak untuk memasuki kebahagiaan-Mu."[11]:96–97
  19. ^ Juga dilaporkan/diterjemahkan sebagai, "Aku cuba mengangkat yang ilahi dalam diriku kepada yang ilahi dalam Segala-galanya", "Aku cuba mendamaikan yang ilahi dalam diriku [atau, dalam kita] kepada yang ilahi dalam Segala-galanya", "Cuba mendamaikan yang ilahi dalam dirimu kepada yang ilahi dalam Segala-galanya", atau "Cuba mendamaikan yang ilahi dalam dirimu kepada yang ilahi dalam Segala-galanya."[43]
  20. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Matahari, engkau telah mengkhianati aku!"[11]:93
  21. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku tidak berkelakuan sedemikian di antara kamu, sehingga aku harus malu untuk hidup lebih lama: dan aku tidak takut mati, kerana kita mempunyai tuan yang baik", kemudian menjerit "Dia tua tetapi baik!" tiga kali apabila Simplician disebut, dan sebagai "Aku melihat Tuhan Yesus di sisi katilku, tersenyum kepadaku."[8]
  22. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Kemuliaan bagi Tuhan di tempat yang mahatinggi."[14]:168
  23. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Ya Allah, jadikanlah ia begitu! Mulai kini di kalangan para penghuni syurga yang mulia."[11]:114[16] and as "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Ya, aku datang, bersama para pekerja di tempat yang tinggi."[11]:114
  24. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Kemuliaan bagi Bapa, dan Anak, dan Roh Kudus."[11]:12[16]
  25. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku ingin meninggalkan kepada orang-orang yang datang selepas aku kenangan tentang aku dalam perbuatan baik."[8]
  26. ^ Ini petikan tradisional,[8] dan digambarkan oleh Gibbon sebagai "peringatan yang sahih yang ditemui di dalam almari khalifah yang telah meninggal."[53]
  27. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Kamu mendesak aku dengan sia-sia. Aku bukanlah orang yang akan menyediakan daging Kristian untuk dimakan oleh gigi jahiliah, dengan merompak kawanan aku untuk memperkayakan musuh mereka."[8][16]
  28. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Angkatlah aku supaya aku boleh mati berdiri, bukan berbaring seperti lembu."[16]
  29. ^ Juga dilaporkan sebagai "Kepada Bonda, Maria yang Suci, aku menyerahkan diriku; supaya dia, melalui doanya, dapat mendamaikan Anaknya yang dikasihi dengan aku."[16]
  30. ^ Berengar sebenarnya meninggal dunia semasa tempoh sede vacante antara Paus Victor III dan Paus Urban II.
  31. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Hari ini, pada hari Epifani-Nya, Tuhan Yesus Kristus akan menampakkan diri kepada aku, sama ada untuk Kemuliaan, seperti yang aku inginkan dalam pertaubatan aku, dan seperti yang aku harapkan, atau untuk Penghukuman, seperti yang diinginkan oleh orang lain, dan seperti yang aku takutkan."[8]
  32. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku akan dengan senang hati mematuhi panggilan-Nya; namun aku juga akan berterima kasih jika Dia memberikan aku sedikit masa lagi bersama kamu, dan jika aku dibenarkan untuk menyelesaikan satu soalan–asal usul jiwa."[8]
  33. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku tidak tahu kepada siapa aku harus menyerah–kepada kasih sayang anak-anak aku, yang mendesak aku untuk tinggal di sini, atau kepada kasih sayang Tuhan, yang menarik aku kepada-Nya."[8]
  34. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku menyerahkan diri aku kepada Tuhan, Maria yang Diberkati, St. Denis, dan santo pelindung Gereja ini" dan "Bapa, ke dalam tangan-Mu aku menyerahkan roh aku" (mengutip Yesus).[59]
  35. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Orang yang benar menunggu dengan sabar sehingga aku menerima balasan aku" (semasa ahli-ahli ordonya berlutut di sekeliling katilnya)[11]:59 dan sebagai "Selamat datang, Saudari Maut."[61]
  36. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Serahkan jiwa kamu kepada Tuhan, kerana badan kita adalah milik musuh!"[11]:115
  37. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku akan memasuki rumah Tuhan sekarang"[11]:99[16] dan sebagai "Kita akan pergi ke Baitulmuqaddis."[11]:99
  38. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Biarlah kejahatan menimpa mereka yang telah salah menghukum kami. Tuhan akan menuntut bela kami."[33]:51
  39. ^ Egbert salah menamakan raja ini sebagai Edward III.[14]:111
  40. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Tidak, aku bersumpah kepada Tuhan bahawa aku tidak mengajar apa-apa kecuali ajaran-Nya yang murni, dan apa yang aku ajarkan, aku bersedia untuk meneguhkannya dengan darah aku" (menolak untuk menariknya balik).[11]:87
  41. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Bawa obormu ke sini; lakukan tugasmu di depan aku; jika aku takut mati, aku pasti sudah mengelaknya" (kepala algojo) dan sebagai "Jiwa yang terbakar ini aku persembahkan kepada-Mu, Kristus."[11]:91–92
  42. ^ Tahun kematian disalahberikan sebagai 1492 oleh Salsa.[68]
  43. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Suara-suara itu tidak menipu aku. Wahyu aku datang dari Tuhan; dan semua yang aku lakukan, dilakukan atas perintah-Nya"[14]:121 dan sebagai "Yesus! Yesus![11]:92[16] Yesus! Terpujilah Tuhan."[16]
  44. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Aku meminta kamu semua berdoa untuk aku"[11]:10[16] dan sebagai "Mengapa aku harus mati, sedangkan aku ada begitu banyak harta? Jika seluruh kerajaan ingin menyelamatkan nyawa aku, aku mampu sama ada dengan politik untuk mendapatkannya, atau dengan kekayaan untuk membelinya. Cis! tidak adakah maut boleh disuap, dan adakah duit tidak berguna? Sewaktu anak saudara aku Bedford meninggal, aku rasa diri aku separuh ke atas roda; tetapi apabila aku melihat anak saudara aku Gloucester meninggal, maka aku rasa diri aku setara dengan raja-raja, dan berfikir untuk menambah harta aku untuk memakai mahkota tiga lapis. Tetapi aku lihat sekarang dunia meninggalkan aku, dan aku tertipu,—meminta kamu semua berdoa untuk aku."[14]:179–180
  45. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Oh Florence, apa yang telah kamu lakukan hari ini?" dan sebagai "Tuhan telah menderita sebanyak itu untuk aku."[11]:143
  46. ^ Juga dilaporkan sebagai, "Itu dusta besar! Sebagaimana pastinya saat-saat terakhir aku hampir tiba; aku tidak pernah mempunyai fikiran selain daripada kesetiaan dan pengabdian yang paling setia kepada raja aku dan tidak mempunyai keinginan lain selain untuk menambahkan kawasan kekuasaannya dengan kekuatan dan kemampuan."[8]
  47. ^ Snopes menilai kisah kata-kata terakhir Leonardo ini sebagai "Tidak berbukti".[79]
  1. ^ a b Erard, Michael (January 16, 2019). "What People Actually Say Before They Die". The Atlantic. Dicapai pada January 8, 2021.
  2. ^ Robin Winks, quoted at Arends, Brett (May 18, 2015). "Opinion: Piketty is wrong for the same reason 'Dow 36,000' was wrong". MarketWatch. Dicapai pada January 9, 2021.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0
  4. ^ Kastenbaum, Robert (April 1993). "Last Words". The Monist: Philosophical Aspects of Death and Dying. 76 (2): 270–290. doi:10.5840/monist199376214. JSTOR 27903337. Dicapai pada January 8, 2021.
  5. ^ a b Bryce, Trevor (2018). Warriors of Anatolia: A Concise History of the Hittites. London: Bloomsbury Publishing. m/s. 37. ISBN 9781786735287.
  6. ^ "Judg 9:1–57". tanach.us.
  7. ^ "Bible Gateway passage: Judges 9 - King James Version". Bible Gateway.
  8. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj Brahms, William (2012). Last Words of Notable People: Final Words of More than 3500 Noteworthy People Throughout History. ASIN B009TJOL5S.
  9. ^ "Judg 16:1–31". tanach.us.
  10. ^ "Bible Gateway passage: Judges 16 - King James Version". Bible Gateway.
  11. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak al am an ao ap aq ar as at au av aw ax ay az ba bb bc Marvin, Frederic Rowland (1900). The Last Words (Real and Traditional) of Distinguished Men and Women. Troy, New York: C. A. Brewster & Co.
  12. ^ "1 Sam 31:1–13". tanach.us.
  13. ^ "Bible Gateway passage: 1 Samuel 31 - King James Version". Bible Gateway.
  14. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak al am an ao ap aq ar as at au av aw ax ay az ba bb bc Egbert, Walter R. (1898). Last Words of Famous Men and Women. Norristown, Pennsylvania: Herald Printing and Binding Rooms. Ralat petik: Parameter "tuhan" yang tidak sah dalam tag <ref>. Parameter yang disokong ialah: dir, follow, group, name.
  15. ^ Vajira, Sister; Story, Francis, penyunting (1998). "Mahaparinibbana Sutta". Dicapai pada 28 February 2018.
  16. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak al Brewer, E. Cobham, penyunting (1895). Dictionary of Phrase and Fable., cited in "WORDS: Brewer's: Dying Sayings". Dicapai pada 17 February 2021.
  17. ^ Plato, Phaedo (dalam bahasa Greek), dicapai pada 26 February 2018
  18. ^ Barr, Stringfellow (1966). The Mask of Jove: A History of Graeco-Roman Civilization from the Death of Alexander to the Death of Constantine. Lippincott. m/s. 6.
  19. ^ Shipley, Graham (2014). The Greek World After Alexander 323–30 BC. Routledge. m/s. 40. ISBN 978-1-134-06531-8.
  20. ^ a b Haining, Peter (2015). "Dying is the Last Thing I Want to Do: A Literary Graveyard of Final Words". Wrotten English: A Celebration of Literary Misprints, Mistakes and Mishaps. Pavilion Books. ISBN 9781910232804.[pautan mati]
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Laërtius
  22. ^ "Archimedes the mathematecian [sic]". Greeka. Dicapai pada 15 September 2020.
  23. ^ Holodny, Elena (15 February 2017). "Famous last words of 19 famous people". Business Insider. Dicapai pada 28 February 2018.
  24. ^ a b c Grounds, Eric (2014). The Bedside Book of Final Words. Amberley Publishing. ISBN 9781445644646.
  25. ^ a b Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Ennius, Quintus" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 9 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 648–649.
  26. ^ Lewis Jr., Joseph W., M.D. (2016). Last and Near-Last Words of the Famous, Infamous and Those In-Between. AuthorHouse. m/s. 471. ISBN 9781524647872.
  27. ^ "Commentaries on the Gallic War".
  28. ^ Powell, Anton; Welch, Kathryn (2002-12-31). Sextus Pompeius (dalam bahasa Inggeris). Classical Press of Wales. m/s. 4. ISBN 978-1-914535-19-2.
  29. ^ a b "6 Mythical Final Words of Famous People". History Rundown. 29 December 2013. Dicapai pada 10 February 2018.
  30. ^ a b c Cain, Áine; Pelisson, Anaele (24 Oktober 2017). "8 'famous last words' that were probably made up". Business Insider. Dicapai pada 25 Oktober 2019.
  31. ^ Suetonius, Julius 82.2
  32. ^ Seneca, Suasoria 6:18 (http://www.attalus.org/translate/suasoria6.html)
  33. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Ward, Laura (2004). Famous Last Words: The Ultimate Collection of Finales and Farewells. Sterling Publishing Company. ISBN 9781856487085.
  34. ^ a b c d "Real Last Words and death-bed quotes". Dicapai pada 30 April 2021.
  35. ^ a b c Holodny, Elena (13 October 2015). "Famous last words of 18 famous people". Dicapai pada 10 February 2018.
  36. ^ a b "Bible Gateway passage: Acts 7 - King James Version". Bible Gateway.
  37. ^ Suetonius, Kehidupan Vespasian, 23:4
  38. ^ McKeown, J. C. (2010). A Cabinet of Roman Curiosities: Strange Tales and Surprising Facts from the World's Greatest Empire. Oxford, England: Oxford University Press. m/s. 224. ISBN 978-0-19-539375-0.
  39. ^ http://www.pompeiin.com/en/Pliny_the_Younger_files/1LetterToTacitus.pdf Pliny. Letters of Pliny the Younger to the Historian Tacitus. 106 CE. PDF.
  40. ^ Cassius Dio, Sejarah Rom LXVI.26
  41. ^ "The Last Words Of A Truly Great Man". Daily Stoic. 16 March 2018. Dicapai pada 2 May 2021.
  42. ^ Cassius Dio, lxxiv, 17.5.
  43. ^ Edwards, Mark (2016). Christians, Gnostics and Philosophers in Late Antiquity. Variorum Collected Studies Series. Abingdon: Routledge. m/s. 267. ISBN 978-1-4094-4822-8.
  44. ^ Rabenstein, Katherine I (1998). "Saints of the Day – Severus of Ravenna". CatholicSaints.Info. Dicapai pada 27 April 2021.
  45. ^ "Saint John Chrysostom, Archbishop of Constantinople". Orthodox Church in America. Dicapai pada 14 January 2021.
  46. ^ Georgian royal annals, Life of Vakhtang Gorgasali, halaman edisi 203, baris edisi 9-10-11-12-13; 16—17
  47. ^ Riddle, John M. (2016-02-25). A History of the Middle Ages, 300–1500 (dalam bahasa Inggeris). Rowman & Littlefield. m/s. 116. ISBN 978-1-4422-4686-7.
  48. ^ Haylamaz, Reşit (2013). The Luminous Life of Our Prophet. Tughra Books. m/s. 355. ISBN 9781597846813. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2018.
  49. ^ Gülen, Fethullah (2000). Muhammad The Messenger of God. The Light, Inc. m/s. 24. ISBN 978-1-932099-83-6.
  50. ^ Tafsir Ibn Kathir (Volume 5). DARUSSALAM. 2003. m/s. 214. ISBN 9789960892764.
  51. ^ "Charlemagne: Famous Last Words". Look and Learn. 16 February 2011. Dicapai pada 26 February 2018.
  52. ^ https://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perseus%3Atext%3A2003.02.0029%3Achapter%3D15
  53. ^ a b Gibbon, Edward. "LII: More Conquests By The Arabs.—Part III.". The History of the Decline and Fall of the Roman Empire.
  54. ^ Henry of Huntingdon. Historia Anglorum.
  55. ^ a b c "Last Words of Real People: Garfield to Huss". Dicapai pada 23 February 2021.
  56. ^ Bigham, Clive (1923). The Chief Ministers of England, 920-1720. New York: E. P. Dutton and Company. m/s. 45–46. Dicapai pada 16 April 2021.
  57. ^ "Last Words of Real People: Abelard to Azeglio". Dicapai pada 4 November 2019.
  58. ^ Åke Ohlmarks et al in Sveriges hundra konungar Libris #893472 p. 138
  59. ^ a b "Last Words of Real People: Bailly to Burbank". Dicapai pada 5 November 2019.
  60. ^ Lee, Christopher (2012). This Sceptred Isle: The Making of the British. Constable & Robinson. m/s. 97. ISBN 978-1-84901-939-2.
  61. ^ a b "Religion: Exit Lines". Time. 17 January 1955. Dicapai pada 30 April 2021.
  62. ^ Sturla Tordsson: Håkon Håkonssons saga, kap. 241
  63. ^ Torrel, Jean-Pierre (1996). Saint Thomas Aquinas: The Person and His Work (ed. 1st). Catholic University of America Press. ISBN 978-0-8132-3560-8.
  64. ^ Down, Jim (9 Ogos 2002). "Aku tidak memberitahu separuh daripada apa yang aku lihat". NEWSFINDER. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2018. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  65. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ward2
  66. ^ Ellen Hagen dalam Margareta, Nordens drottning, Libris #1452182 p. 127
  67. ^ "Kata-kata Terakhir Orang Sebenar: Washington ke Zizka". Dicapai pada 3 Disember 2019.
  68. ^ a b Salsa, Reuben (13 Disember 2020). "Kata-kata Terakhir Pemimpin Ketenteraan dan Revolusi". Medium. Dicapai pada 27 Mac 2021.
  69. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama McGuire
  70. ^ a b "Kata-kata Terakhir Orang Sebenar: Ibsen ke Pembunuh & Lain-lain Sosiopat". Dicapai pada 25 November 2019.
  71. ^ a b Shields, David (2008). The Thing About Life Is That One Day You'll Be Dead. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 978-0-307-26804-4.
  72. ^ Rubio Celada, Abraham (2004). Suárez Fernández, Luis; Manso Porto, Carmen (penyunting). Isabel la Católica en la Real Academia de la Historia. Real Academia de la Historia. m/s. 37. ISBN 9788495983541.
  73. ^ Burger, Richard; Lucy C. Salazar (2004). Machu Picchu: Unveiling the Mystery of the Incas. New Haven: Yale University Press. m/s. 32. ISBN 978-0-300-09763-4.
  74. ^ Stingl, Miloslav (1996). Das Reich der Inka. Ruhm und Untergang der "Sonnensöhne" [Empayar Inca. Kemuliaan dan kejatuhan "anak-anak matahari"]. Düsseldorf: Bechtermünz Verlag. m/s. 147. ISBN 3-86047-212-7.
  75. ^ Gibson, Christine (20 Mei 2017). "Christopher Columbus, Failure". American Heritage. Dicapai pada 26 Februari 2018.
  76. ^ Barba, Dave (7 April 2016). "Dying Words — the Blessing of Hope". Proclaim and Defend. Dicapai pada 13 April 2021.
  77. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Evidence Bible
  78. ^ a b c d Higgins, Chris (12 Februari 2016). "64 People and Their Famous Last Words". Mental Floss. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  79. ^ a b MacGuill, Dan (22 November 2017). "Leonardo Da Vinci's Surprising Last Words?". Snopes. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  80. ^ Pejabat Sejarah (Sejong) 실록청; 實錄廳 (1454). 왜인·야인을 접대함에 허술함이 없게 하라고 이르다 [Raja memerintahkan agar tidak ada kelalaian ketika berurusan dengan orang Jepun dan orang barbar]. 조선왕조실록: 세종실록; 世宗莊憲大王實錄 [Rekod Sebenar Dinasti Joseon: Sejarah Raja Sejong] (dalam bahasa Korea). Gwacheon 과천: Institut Sejarah Kebangsaan Korea.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  81. ^ Grant, James (1859). The Cavaliers of Fortune, Or, British Heroes in Foreign Wars. London: Routledge, Warnes, and Routledge. m/s. 151.
  82. ^ Smollett, Tobias George (1864). The history of England, from the Revolution to the death of George the second. III. London: Longman, Green, Longman, Roberts, & Green. m/s. 47.
  83. ^ Percy, Sholto; Percy, Reuben (1856). The Percy Anecdotes. 5. New York City, NY: Harper & Brothers. m/s. 88.
  84. ^ "John Adams". Rumah Putih (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-19.
  85. ^ "Kata-kata terakhir John Sedgwick". The Phrase Finder. Dicapai pada 19 Januari 2023.
  86. ^ Foote, Shelby (1974). The Civil War: A Narrative. 3: Red River to Appomattox. New York: Random House. m/s. 203. ISBN 0-394-74913-8.
  87. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Narvaez to Pompadour
  88. ^ Reiff, Corbin (11 Mei 2013). "Forgotten Heroes: Terry Kath". Premier Guitar. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2018. Dicapai pada 6 Jun 2014.
  89. ^ Bartlette, DeLani R. (18 Mei 2020). "That One Twilight Zone Where Three People Actually Died". California Dreaming (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mac 2023.
  90. ^ Werle, Len (11 Februari 2017). "Pete Maravich Meramalkan Masa Depannya Pada 1974". OpenCourt-Basketball. Dicapai pada 9 Disember 2020.
  91. ^ "En blogg om det mesta som händer på internet". egomania.nu (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2013. Dicapai pada 3 Januari 2013.
  92. ^ Farberov, Snejana (14 Disember 2023). "Ahli Parlimen Turki yang diserang jantung selepas mengatakan Israel 'akan menerima kemurkaan Allah' meninggal dunia". New York Post. Dicapai pada 14 Disember 2023.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]