Senarai ketua negara Republik Afrika Tengah
Presiden Republik Afrika Tengah | |
---|---|
Président de la République centrafricaine | |
Kediaman | Istana Renaissance, Bangui |
Pusat | Bangui |
Tempoh jawatan | Lima tahun, boleh diperbaharui semula sekali |
Penjawat sulung | David Dacko |
Dibentuk | 12 Disember 1960 21 September 1979 (jawatan ditubuhkan semula) |
Gaji | 3 049 Euro setiap bulan[1] |
Tapak web | la-renaissance.cf |
sunting · sunting di Wikidata |
Rencana ini menyenaraikan ketua negara Republik Afrika Tengah. Telah ada tujuh ketua negara Republik Afrika Tengah dan Empayar Afrika Tengah sejak kemerdekaan diperoleh dari Perancis pada 13 Ogos 1960. Senarai ini merangkumi bukan sahaja mereka yang dilantik sebagai Presiden Republik Afrika Tengah tetapi juga mereka yang berkhidmat sebagai ketua negara de facto.
Jean-Bédel Bokassa berkhidmat sebagai ketua negara de facto (dan juga memerintah sebagai Maharaja dari tahun 1976-1979), sementara David Dacko (yang berkhidmat sebagai ketua negara de facto dari 1979–1981), André Kolingba, Ange-Félix Patassé, dan François Bozizé terpilih menjawat pada satu ketika semasa tempoh memegang jawatan mereka. Sehingga kini, Kolingba adalah satu-satunya bekas ketua negara Republik Afrika Tengah yang secara sukarela mengundurkan diri dari jawatan tersebut melalui proses demokrasi, berikutan pilihan raya umum 1993.
Presiden Republik Afrika Tengah yang sekarang ialah Faustin-Archange Touadéra, sejak 30 Mac 2016. [2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Maharaja Afrika Tengah
- Senarai ketua kerajaan Republik Afrika Tengah
- Naib Presiden Republik Afrika Tengah
- Senarai gabenor penjajah Ubangi-Shari
- Senarai pemegang jawatan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Umum
- Appiah, K. Anthony; Gates, Henry Louis, Jr., penyunting (1999), Africana: The Encyclopedia of the African and African American Experience, New York City: Basic Books, ISBN 0-465-00071-1.
- Kalck, Pierre (2005), Historical Dictionary of the Central African Republic (ed. 3rd English), Lanham, Maryland: The Scarecrow Press, ISBN 0-8108-4913-5.
- Marsden, Hilary, penyunting (1988), Whitaker's Almanack, 1988, London: J Whitaker and Sons, ISBN 0-85021-178-6.
- Titley, Brian (1997), Dark Age: The Political Odyssey of Emperor Bokassa, Montreal: McGill-Queen's University Press, ISBN 0-7735-1602-6, OCLC 36340842.
- Khusus
- ^ "Salaire des chefs d'Etat africains : Macky Sall parmi les Présidents les plus mal payés..." Dakarbuzz. 8 August 2017.
- ^ "Central African Republic's president vows peace, reforms at inauguration", Reuters, 30 March 2016.