Senarai kolej kediaman Universiti Putra Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Berikut adalah senarai kolej kediaman utama, Universiti Putra Malaysia bagi cawangan Serdang dan Bintulu.

Kampus UPM Serdang[sunting | sunting sumber]

Di kampus utama UPM Serdang, kolej-kolej kediaman terbahagi kepada kolej tradisional dan kolej bukan tradisional.

Kolej tradisional[sunting | sunting sumber]

  • Kolej Mohamad Rashid
  • Kolej Kedua
  • Kolej Tun Dr. Ismail
  • Kolej Canselor
  • Kolej Kelima
  • Kolej Keenam
  • Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
  • Kolej Tun Perak
  • Kolej Pendeta Zaba
  • Kolej Ke Sepuluh
  • Kolej Ke Sebelas
  • Kolej Ketiga Belas
  • Kolej Ketujuh Belas

Kolej swasta[sunting | sunting sumber]

Kolej swasta diletakkan di bawah pengurusan bersama pihak UPM dan pihak swasta, manakala kolej-kolej yang lain diuruskan oleh pihak UPM secara keseluruhannya.

  • Kolej Kedua Belas
  • Kolej Keempat Belas
  • Kolej Kelima belas
  • Kolej keenam belas

Sejarah kolej[sunting | sunting sumber]

Kolej Mohamad Rashid[sunting | sunting sumber]

Kolej Mohamad Rashid atau dahulu dikenali sebagai Kolej Pertama adalah kolej pertama yang ditubuhkan di UPM. Kedudukan kolej ini strategik kerana berdekatan dengan pusat dan kuliah di UPM.[1]

Walaupun begitu, atas faktor keselamatan kedudukan KMR telah diubah dari tempat lamanya ke kolej serumpun.[2]

Kolej Kedua[sunting | sunting sumber]

Kolej Tun Dr. Ismail[sunting | sunting sumber]

Kolej Canselor[sunting | sunting sumber]

Kolej Canselor merupakan salah sebuah kolej kediaman pelajar di Universiti Putra Malaysia kampus serdang, Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan pada tahun 1973, dahulunya dikenali sebagai Kolej Keempat dan Kolej Jelapang (mulai 1975) kerana blok-blok asrama pelajar dinamakan dengan jenis padi iaitu Murni, Masria, Malinja, dan Mahsuri. Selain itu lambang kolej kediaman Keempat sendiri adalah berteraskan kepada tangkai padi yang merupakan salah satu entiti penting dalam pertanian negara.

Hari berganti hari dan setelah berusia 20 tahun, wujud usaha untuk menukarkan nama Kolej Keempat kepada nama yang baharu. Usaha itu telah dimulakan oleh Ayahanda Pengetua kolej pada ketika itu, iaitu Dr.Ghizan Salleh untuk melambangkan sebuah kolej yang bergerak ke arah korporat dan sempena nama panggilan bagi Ketua Kehormat Pentadbiran Universiti. Ternyata usaha tersebut tidak sia-sia dan menjadi kenyataan pada majlis sambutan Dua Dekad Penubuhan Kolej bertarikh 20 September 1995. Nama Kolej Keempat ditukarkan kepada Kolej Canselor dan dirasmikan sendiri oleh Canselor Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenai sebagai Universiti Pertanian Malaysia), TYT Tun Dato' Seri Dr.Haji Hamdan Sheikh Tahir.

Kini Kolej Canselor terus melangkah maju ke hadapan. Warga Kolej Canselor kini telah bertambah kepada hampir 600 orang dan didokong oleh warga kerja Majlis Tertinggi Mahasiswa yang berdedikasi diketuai oleh Ayahanda Pengetua Dr. Paiman Bawon demi memastikan warga Canselor menjadi graduan terbaik Universiti Putra Malaysia dengan berteraskan moto Kolej iaitu KEKAL CEMERLANG.

Kolej Canselor merupakan antara kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia yang mempunyai prasarana paling lengkap dengan mempunyai kemudahan-kemudahan seperti Pusat Kegiatan Pelajar, Dewan Kolej Canselor, Bilik Eksekutif, Bilik Seminar, Bilik MTM, Bilik Muzik, Kafe Kolej Canselor, Kaki Copy (kedai fotostat), kemudahan-kemudahan sukan seperti gelanggang futsal, gelanggang bola tampar, dan gelanggang sepak takraw, dan juga kiosk dibawah pengurusan pihak pengurusan Kolej Canselor dan juga pelajar Kolej Canselor sendiri, iaitu Galeri Usahawan Canselor (GUC). 

Kolej Kelima[sunting | sunting sumber]

Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia telah mula beroperasi pada 12 Ogos 1977 dan terdiri daripada 4 blok yang dinamakan sempena nama ikan tempatan iaitu Baung, Jelawat, Kelah dan Kaloi[3] Pelbagai kemudahan disediakan bagi memastikan pelajar mendapat suasana yang kondusif seperti makmal komputer, internet, dewan kuliah, bilik mesyuarat VIP, bilik mesyuarat MTM, bilik bacaan, bilik seminar, studio muzik, dewan kolegiat, kiosk, gelanggang dan peralatan sukan serta pelbagai kemudahan lain.

Pentadbiran Kolej diketuai oleh seorang pengetua dibantu oleh pengurus, barisan felo dan staf yang berdedikasi serta komited dalam memastikan kemudahan dan suasana kolej sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Ini adalah antara faktor utama bagi Kolej Kelima mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum seterusnya melahirkan ramai cendiakawan yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing setelah bergraduat. Malah Kolej ini kerap menjadi tumpuan apabila banyak program dan majlis penting peringkat universiti berlangsung di sini.

Kolej yang menggunakan warna jingga sebagai warna rasmi dan menggunakan moto "HIDUP BERHARMONI, BERILMU BERBAKTI' sering melakar kejayaan di pelbagai peringkat dengan penyertaan dan juga penganjuran program di peringkat universiti mahupun kebangsaan. 'Kolej Harmoni' ini juga terkenal dengan penganjuran program dan aktiviti kepimpinan. Setelah hampir 30 tahun, Kolej Kelima telah berjaya dan masih mempertingkatkan usaha melahirkan insan yang cemerlang dan berdaya saing dengan penerapan nilai modal insan dengan minda pertama.

Kolej Keenam[sunting | sunting sumber]

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah[sunting | sunting sumber]

Kolej Tun Perak[sunting | sunting sumber]

Kolej Pendeta Zaba[sunting | sunting sumber]

Kolej Ke Sepuluh[sunting | sunting sumber]

PENGENALAN

  • Mula bertapak pada tanggal 1 April 1999, Kolej Sepuluh mula mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah kolej yang baru membangun di Universiti Putra Malaysia. Di bawah peneraju utama iaitu Dr. Marry Huang sebagai pengetua pertama, pelbagai inisiatif telah diambil bagi memastikan Kolej Sepuluh terus maju ke hadapan dari segi akademik mahupun ko-kurikulum setanding dengan kolej-kolej lain yang sedia ada.
  • Kolej Sepuluh juga memulakan perkhidmatannya dengan menempatkan mahasiswa dan mahasiswi tetapi keadaannya bertukar pada tahun 2002 dengan hanya membenarkan mahasiswa menetap di kolej ini. Kolej ini juga menempatkan mahasiswa yang majoritinya daripada Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Reka Bentuk & Senibina.
  • Hari ini, setelah hampir 16 tahun beroperasi, Kolej 10 telah berjaya membuktikan bahawa kolej yang hanya didiami oleh mahasiswa ini juga mampu bersaing dengan kolej-kolej lain dalam apa jua bidang sekalipun. Ini terbukti apabila Kolej 10 telah muncul sebagai juara keseluruhan 3 tahun berturut-turut dalam sukan antara kolej. Selain itu itu kejayaan Kolej 10 memperoleh anugerah Sanggar Genta selama 2 tahun berturut-turut juga dapat membuktikan bahawa mahasiswa juga juga mampu bergiat aktif dalam kebudayaan. Selain bergiat aktif di dalam ko-kurikulum, pelajaran juga dititikberatkan dalam diri setiap mahasiswa. Ini terbukti apabila pelajar jurusan Kejuruteraan dan Seni Bina juga mampu memperolehi PNG 4.0. Kejayaan demi kejayaan yang telah digapai oleh Kolej 10 telah memberikan kepercayaan kepada pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia untuk menjadikan Kolej 10 sebagai kolej perintis untuk program wireless.
  • Harapan untuk hari esok supaya Kolej 10 mampu mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia umumnya dan nama kolej ini khususnya ke seantero dunia. Disamping itu juga, Kolej 10 berusaha untuk melahirkan modal insan yang unggul di kalangan mahasiswanya supaya mampu menjadi pelapis generasi bangsa yang akan datang.

Kolej Ke Sebelas[sunting | sunting sumber]

Kolej Kedua Belas[sunting | sunting sumber]

Kolej Ketiga Belas[sunting | sunting sumber]

Kolej Keempat Belas[sunting | sunting sumber]

Kolej Kelima Belas[sunting | sunting sumber]

Kolej Lima Belas (K15) ditubuhkan atas usaha sama di antara PJS Development Sdn.Bhd (PJSD) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Keseluruhan infrastruktur kolej ini beroperasi secara Built Operate Transfer (B.O.T). Proses pembinaan kolej bermula pada Disember 1998 dan siap pada bulan November 1999. Perjanjian yang termeterai selama 25 tahun secara umumnya mengikat sistem pengurusan dan hak milik Kolej Kediaman di antara PJSD dan UPM. Selepas 25 tahun, UPM berhak ke atas kolej-kolej ini sepenuhnya. Kolej kediaman ini telah mula didiami pada bulan Mei 2000. Kolej Lima Belas mula beroperasi pada 1 Jun 2006. Walaupun dikenali sebagai kolej baharu ,Kolej Lima Belas mempunyai prasarana yang cukup selesa di blok-blok kediaman yang sedia ada. Terdiri daripada 6 blok, kolej ini telah pun mencipta nama dan cuba meletakkan diri setara dengan kolej-kolej lain yang ada didalam UPM. www.k15.upm.edu.my

Kolej Ketujuh Belas[sunting | sunting sumber]

Kolej Tujuh Belas mula dibangunkan pada 10 Julai 2003 seiring dengan pembinaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan anggaran kos RM 202 juta dan telah siap dibina sepenuhnya pada 10 Januari 2006.

Majlis penyerahan kunci bangunan Kolej Tujuh Belas daripada pihak pemaju kepada Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi ) Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 16 Jun 2006. Walaubagaimanapun, Kolej Tujuh Belas hanya mula beroperasi pada 1 Jun 2006. Buat sementara waktu, pusat pentadbiran sementara terletak di Astaka Seni, Universiti Putra Malaysia.

Secara umumnya, kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar daripada fakulti-fakulti lain dalam kampus Universiti Putra Malaysia yang menetap di sini. Keseluruhannya, terdapat 4 blok bangunan kediaman pelajar iaitu blok A dan blok B bagi pelajar wanita manakala blok C dan blok D bagi pelajar lelaki. Selain itu, terdapat juga surau, sebuah bangunan kiosk pelajar, kafeteria, rumah pengetua dan empat (4) unit rumah felo.

Kapasiti yang boleh ditampung bagi setiap blok ialah seramai 2000 orang. Walaubagaimanapun, dijangkakan kini bilangan pelajar adalah lebih kurang 1060 orang sahaja bagi setiap blok.

Kampus UPM Bintulu[sunting | sunting sumber]

Kolej Sri Rajang[sunting | sunting sumber]

Kolej Sri Rajang dimashyurkan pada tahun 2002 mengambil nama Sungai Rajang iaitu sungai yang terpanjang di Malaysia. Mula beroperasi pada 5 November 2001 untuk menempatkan 154 pelajar pengambilan pertama sempena pembukaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Pentadbiran kolej ditunjangi oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh pengurusan Kolej, barisan felo dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM).

Kolej ini mempunyai 10 blok, 5 blok untuk penghuni lelaki dan 5 blok untuk penghuni perempuan. Setiap blok mempunyai 4 aras, setiap aras mempunyai 18 hingga 22 bilik, setiap bilik ditempatkan 2 hingga 4 orang penghuni.

Kolej Sri Rajang menyediakan pelbagai kemudahan, bagi memastikan penghuninya menikmati persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif sekaligus meningkatkan penjanaan minda dan mengasah kreativiti pelajar dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berketrampilan. Setiap blok telah dilengkapi dengan bilik rehat, televisyen, sofa, seterika, bilik pantri dan water dispencer untuk kegunaan harian dan aktiviti.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]