Senarai lagu juara Carta Era 2002

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carta Era 2002
PenganjurEra FM

Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dibawakan oleh dua penyampai radio Era iaitu Seelan Paul dan Khairil Rashid. Ia bersiaran setiap Ahad, jam 11 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [1].

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.

Penarafan Radio[sunting | sunting sumber]

Setelah bersiaran bermula dari 8 Ogos 1998, Carta Era akhirnya menjadi carta utama di peringkat nasional. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [2]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .

Turutan Juara Carta Era[sunting | sunting sumber]

Album "Ada" oleh Exists bersama syarikat rakaman barunya NAR Records membawa tuah apabila single pertama album tersebut, "Jesnita" menguasai carta selama 13 minggu, di mana 7 minggu diduduki mereka secara berturut-turut pada tahun 2002. Lagu tersebut adalah lagu pertama ciptaan Harun Ahmad, komposer amatur yang juga kelainan upaya penglihatan. Setelah itu, Exists menduduki tangga juara buat kali kedua menerusi single kedua mereka "Julia" ciptaan Along (menggunakan nama samarannya G-Nola) selama seminggu.
Kumpulan Spider kembali dengan album kedua mereka yang meraih kedudukan juara menerusi dua buah lagu ciptaan mereka sendiri bersama Rosli Khamis (Loloq) iaitu "Aladin" (5 minggu) dan "Kasih Latifah" (2 minggu). Ia juga merupakan album tempatan terlaris untuk tahun 2002.

Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2002.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2002.
Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
6 Januari Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2001
re 13 Januari "Jesnita" Exists
20 Januari
27 Januari
3 Februari
10 Februari
17 Februari
24 Februari
E0201 3 Mac "Retak" Ella Aminuddin [4]
10 Mac
17 Mac
24 Mac
E0202 31 Mac "Julia" Exists [5]
E0203 7 April "Keranamu Suhaila" Ways [6]
14 April
E0204 21 April "Nirmala" Siti Nurhaliza [7]
28 April
5 Mei
E0205 12 Mei "Slumber" OAG [8]
19 Mei
E0206 26 Mei "Aladin" Spider [9]
2 Jun
9 Jun
16 Jun
23 Jun
E0207 30 Jun "Seberapa Pantas" Sheila on 7 [10]
7 Julai
E0208 14 Julai "Kasih Latifah" Spider [11]
re 21 Julai "Seberapa Pantas" Sheila on 7 [12]
re 28 Julai "Kasih Latifah" Spider [13]
E0209 4 Ogos "Keliru" Ajai & Nurul [14]
11 Ogos
re 18 Ogos "Seberapa Pantas" Sheila on 7 [15]
E0210 25 Ogos "Syair Si Pari Pari" Zamani Ibrahim [16]
E0211 1 September "Merah" Def-Gab-C [17]
8 September
E0212 15 September "Kesetiaan" Sarah Raisuddin [18]
22 September
29 September
6 Oktober
13 Oktober
E0213 20 Oktober "Mak Minah" Triplenoize [19]
27 Oktober
E0214 3 November "Perpisahan Terasing" KRU [20]
10 November
E0215 17 November "Kekasihku" Rahmat Ekamatra [21]
E0216 24 November "Delaila" Kristal [22]
1 Disember
E0217 8 Disember "Sonata Musim Salju" Hazami [23]
15 Disember
22 Disember
29 Disember

Carta Akhir Tahun Era 2002[sunting | sunting sumber]

Seperti yang disiarkan pada 5 Januari 2003 bagi senarai Top 10 lagu-lagu paling popular untuk tahun 2002. Senarai ini adalah berbeza dengan senarai 100 Terhangat Era yang disiarkan pada 31 Disember 2000 memandangkan Top 20 ini adalah berdasarkan prestasi carta permintaan lagu manakala 100 Terhangat menampilkan 100 lagu popular yang dikiraturun selepas undian dibuka kepada peminat secara dalam talian sepanjang bulan Disember 2000. Tiga lagu teratas dalam senarai ini adalah terbitan NAR Records sekaligus menjadikan syarikat rakaman ini sebagai payung paling laris sepanjang tahun 2002.

Kedudukan
Top 10
Lagu Artis Kedudukan tertinggi
dalam carta
1.
"Jesnita" Exists
1
2.
"Kesetiaan" Sarah Raisuddin
1
3.
"Aladin" Spider
1
4.
"Seberapa Pantas" Sheila on 7
1
5.
"Sonata Musim Salju" Hazami
1
6.
"Perpisahan Terasing" KRU
1
7.
"Retak" Ella Aminuddin
1
8.
"Nirmala" Siti Nurhaliza
1
9.
"Delaila" Kristal
1
10.
"Merah" Def-Gab-C
1

100 Terhangat Di Era[sunting | sunting sumber]

Hasil undian pendengar Era pada Disember 2002, lagu "Perpisahan Terasing" (KRU) ditabal sebagai lagu terhangat Malaysia, manakala di tangga kedua adalah lagu "Asereje" oleh penyanyi Sepanyol Las Ketchup sekaligus menjadi lagu antarabangsa paling hangat pilihan pendengar.[24]

Fakta Ringkas[sunting | sunting sumber]

  • Sejak sistem single mula diperkenalkan pada 1999, baru tahun ini dua buah lagu atau lebih dari sesebuah album berjaya menjuarai carta. Ini melalui kumpulan Exists menerusi dua buah lagu dari album "Ada" iaitu "Jesnita" dan "Julia"; diikuti oleh Ella melalui "Tinggal Tanda Tanya" dan "Retak", petikan album "Ilham Bicara". Ini disusuli oleh Spider melalui dua buah lagu daripada album "Aladin" iaitu "Aladin" dan "Kasih Latifah". Sebelum wujudnya sistem ini, stesen radio hanya menekankan putaran untuk single utama sesebuah album.
  • Lagu "Sonata Musim Salju" merupakan lagu saduran daripada siri drama popular Korea Selatan berjudul "Winter Sonata" ciptaan Yoo Hae Jun. Demam lagu tema drama ini menyusul selepas percubaan kumpulan Phyne Ballerz melalui lagu "Vida" nyanyian asal kumpulan Son By Four berjudul "A Puro Dulor" atau "A Purest of Pain", lagu tema telenovela Mexico berjudul "Mistres Hermanas".
  • Beberapa buah lagu popular tahun 2002 gagal menjuarai carta setelah disekat di tangga kedua seperti lagu "Cinta" oleh Flop Poppy, "Dua Insan" (Ezad Lazim dan Iva Virginia) serta "Bunga-bunga Cinta" (Misha Omar).
  • Lagu "Kesetiaan" oleh Sarah Raisuddin menjuarai carta selama 5 minggu dan kemudian mengulangi kejayaan yang sama di Carta RIM apabila mendominasi carta strim domestik selama 4 minggu sepanjang bulan Ogos 2021 setelah kematian penyanyi tersebut akibat jangkitan COVID-19.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/kedudukan-carta-era-40.html
  2. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2351597/pasaran-iklan-akhbar-internet-lebih-besar
  3. ^ https://www.discogs.com/release/6502561-Exists-Ada
  4. ^ https://www.discogs.com/release/6430335-Ella-Ilham-Bicara
  5. ^ https://www.discogs.com/release/6502561-Exists-Ada
  6. ^ https://diskograf.com/explore/song/7029-keranamu-suhaila
  7. ^ https://www.discogs.com/release/6359622-Siti-Nurhaliza-Sanggar-Mustika
  8. ^ https://www.discogs.com/release/11000263-OAG-Opera-Radhi-o-Friendly
  9. ^ https://www.discogs.com/release/8183667-Spider-Aladin
  10. ^ https://www.discogs.com/release/4012092-Sheila-On-7-07-Des
  11. ^ https://www.discogs.com/release/8183667-Spider-Aladin
  12. ^ https://www.discogs.com/release/4012092-Sheila-On-7-07-Des
  13. ^ https://www.discogs.com/release/8183667-Spider-Aladin
  14. ^ https://www.discogs.com/release/17634850-Ajai-2-Nurul-Ajai-Nurul
  15. ^ https://www.discogs.com/release/4012092-Sheila-On-7-07-Des
  16. ^ https://www.discogs.com/release/8799206-Zamani-Zamani
  17. ^ https://diskograf.com/explore/song/4593-merah
  18. ^ https://diskograf.com/explore/song/372-kesetiaan
  19. ^ https://music.apple.com/my/album/from-where-we-sit/1449731796
  20. ^ hhttps://diskograf.com/explore/song/2200-perpisahan-terasing
  21. ^ https://www.discogs.com/release/12844765-Rahmat-Kekasihku
  22. ^ https://www.discogs.com/release/8686702-Kristal-Pak-Belalang
  23. ^ https://www.discogs.com/release/18827476-Hazami-Tekad-Redha-Tabah
  24. ^ http://galaksiviral.blogspot.com/2019/11/lagu-paling-popular-tahun-2002-di.html