Senarai lagu juara Carta Era 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carta Era 2004
PenganjurEra FM

Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dibawakan oleh dua penyampai radio Era iaitu Seelan Paul dan Khairil Rashid sehingga 30 November 2004. Setelah itu berlaku perubahan tugas dimana Carta Era dikendalikan oleh Nana Mahazan [1]. Ia kekal bersiaran setiap Ahad, jam 11 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [2].

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.

Penarafan Radio[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2000, Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio paling tinggi pendengar di Malaysia. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [3]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .

Turutan Juara Carta Era[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Spider berjaya menjadi juara sebanyak 7 minggu melalui lagu slow rock mereka "Relaku Pujuk" yang pada mulanya agak perlahan mendaki carta.
Lagu berhantu dendangan Misha Omar berjudul "Pulangkan" (menampilkan Izzad Izuddin) menjadi juara selama 6 minggu. Ia merupakan lagu tema bagi filem pecah panggung 2004, Pontianak Harum Sundal Malam.
Penyanyi Indonesia, Glenn Fredly kembali meraih kejuaraan dalam carta muzik Malaysia menerusi hits "Januari" selama 4 minggu. Glenn sebelum ini pernah bergelar juara Carta Radio Muzik pada tahun 1999 menerusi lagu duet bersama Amy Mastura berjudul "Dengarkanlah".
Juara Akademi Fantasia 2, Zahid Baharuddin menjuarai carta sebanyak 5 minggu menerusi lagu "Milikku" yang mula diperkenalkan ketika konsert akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan televisyen realiti itu. Ia ciptaan Azan Addin bersama Cat Farish yang mana Cat turut ditampilkan dalam lagu ini.


Kumpulan Hip Hop asal Singapura, Ahli Fiqir meraih lagu juara pertama melalui single debut mereka "Samseng" dan bertahan selama 2 minggu.

Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2004.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2004.
Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
4 Januari Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2003
re 11 Januari "Dambaan Pilu" Khai Wahi [4]
18 Januari
25 Januari
E0401 1 Februari "Warna Kehidupanku" Yusry Abdul Halim [5][6]
E0402 8 Februari "Seksis" Anita Sarawak [7]
15 Februari
22 Februari
29 Februari
7 Mac
14 Mac
21 Mac
28 Mac
4 April
E0403 11 April "Tipah Tertipu" Ruffedge [8][9]
E0404 18 April "Januari" Glenn Fredly [10]
25 April
2 Mei
9 Mei
E0405 16 Mei "Alhamdulillah (Version II)" Too Phat menampilkan Yasin Sulaiman, Daly Filsuf dan Dian Sastrowardoyo [11][12]
E0406 23 Mei "Pulangkan" Misha Omar menampilkan Izzad Izuddin [13]
30 Mei
6 Jun
13 Jun
E0407 20 Jun "Dialah Di Hati" Siti Nurhaliza [14]
re 27 Jun "Pulangkan" Misha Omar menampilkan Izzad Izuddin [15]
4 Julai
E0408 11 Julai "Relaku Pujuk" Spider [16]
E0409 18 Julai "Pria Terhebat" Sheila on 7 [17]
re 25 Julai "Relaku Pujuk" Spider [18]
1 Ogos
8 Ogos
15 Ogos
22 Ogos
29 Ogos
E0410 5 September "Lagu Rindu" Siti Nurhaliza [19][20]
E0411 12 September "Berhenti Berharap" Sheila on 7 [21]
E0412 19 September "Asmaradana" Tiara Jacquelina [22]
re 26 September "Berhenti Berharap" Sheila on 7 [23]
E0413 3 Oktober "Milikku" Zahid Baharuddin menampilkan Cat Farish [24]
E0414 10 Oktober "Cobalah Untuk Setia" Krisdayanti [25]
re 17 Oktober "Milikku" Zahid Baharuddin menampilkan Cat Farish [26]
24 Oktober
E0415 31 Oktober "Cinta Seorang Teman" Bob Yusof [27]
re 7 November "Milikku" Zahid Baharuddin menampilkan Cat Farish [28]
14 November
re 21 November "Cobalah Untuk Setia" Krisdayanti [29]
28 November
E0416 5 Disember "Samseng" Ahli Fiqir [30]
12 Disember
E0417 19 Disember "Pening" Ezlynn dan M. Daud Kilau [31]
26 Disember

Carta Akhir Tahun[sunting | sunting sumber]

Fakta Ringkas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3318629/era-mantap
  2. ^ https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/kedudukan-carta-era-40.html
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2351597/pasaran-iklan-akhbar-internet-lebih-besar
  4. ^ https://diskograf.com/explore/song/2165-dambaan-pilu
  5. ^ https://www.discogs.com/release/14738533-Yusry-Yusry
  6. ^ https://diskograf.com/explore/song/1653-warna-kehidupan
  7. ^ https://diskograf.com/explore/song/2270-seksis
  8. ^ https://diskograf.com/explore/song/1271-tipah-tertipu
  9. ^ https://www.discogs.com/release/14535317-Ruffedge-Defined
  10. ^ https://www.discogs.com/release/9747738-Glenn-Fredly-Selamat-Pagi-Dunia-
  11. ^ https://diskograf.com/explore/song/1297-alhamdulillah
  12. ^ https://www.discogs.com/release/7494324-Too-Phat-360-Platinum-Edition
  13. ^ https://diskograf.com/explore/song/450-pulangkan
  14. ^ https://www.discogs.com/release/6359645-Siti-Nurhaliza-Prasasti-Seni
  15. ^ https://diskograf.com/explore/song/450-pulangkan
  16. ^ https://diskograf.com/explore/song/274-relaku-pujuk
  17. ^ https://www.discogs.com/release/4071348-Sheila-On-7-Pejantan-Tangguh
  18. ^ https://diskograf.com/explore/song/274-relaku-pujuk
  19. ^ https://www.discogs.com/release/6359645-Siti-Nurhaliza-Prasasti-Seni
  20. ^ https://diskograf.com/explore/song/470-lagu-rindu
  21. ^ https://www.discogs.com/release/7724357-Sheila-On-7-30-Hari-Mencari-Cinta
  22. ^ https://www.discogs.com/release/14481794-Various-Puteri-Gunung-Ledang-Soundtrack
  23. ^ https://www.discogs.com/release/7724357-Sheila-On-7-30-Hari-Mencari-Cinta
  24. ^ https://diskograf.com/explore/song/1626-milikku
  25. ^ https://diskograf.com/explore/song/1626-milikku
  26. ^ https://diskograf.com/explore/song/1626-milikku
  27. ^ https://diskograf.com/explore/song/2171-cinta-seorang-teman
  28. ^ https://diskograf.com/explore/song/1626-milikku
  29. ^ https://diskograf.com/explore/song/1626-milikku
  30. ^ https://diskograf.com/explore/song/2552-samseng
  31. ^ https://diskograf.com/explore/song/3353-pening