Senarai lagu juara Carta Era 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carta Era 2006
PenganjurEra FM

Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dikendalikan oleh penyampai Nana Mahazan dan Aznil Nawawi [1]. Ia mula bersiaran setiap Ahad, jam 10 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [2].

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.

Penarafan Radio[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2000, Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio paling tinggi pendengar di Malaysia. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [3]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .

Turutan Juara Carta Era[sunting | sunting sumber]

Mawi melebarkan popularitinya sepanjang 2006 menerusi dua single nombor satu iaitu "Lagu Jiwa Lagu Cinta" ciptaan dan nyanyian bersama M. Nasir, serta "Kian" ciptaan Fauzi Marzuki. Kedua-dua lagu tersebut adalah petikan album studio pertamanya "Yang Tercinta".
Tidak hanya meletup di negara asalnya, kumpulan Samsons dari Indonesia berjaya menawan pendengar Malaysia menerusi lagu "Kenangan Terindah". Lagu ini bergelar juara selama 8 minggu dan menerima Anugerah Carta Era di Anugerah Era 2007.
Penyanyi baharu Nikki Palikat berjaya dengan dua buah lagu nombor satunya tahun ini, iaitu lagu kolaborasi bersama Zahid Baharuddin berjudul "Caramu" dan padu suara bersama Yanie Julkarim dan mentor mereka Ning Baizura. Kedua-dua buah lagu berentak Pop R&B itu ciptaan Audi Mok.
Buat kali kedua Siti Nurhaliza bergelar juara carta menerusi lagu ciptaan komposer Indonesia. Kali ini lagu "Biarlah Rahsia" ciptaan Melly Goeslaw mengulangi kejayaan "Bukan Cinta Biasa" ciptaan rakan senegara Dewiq.
Percubaan berani penyanyi pop Misha Omar merakam lagu berentak fusion gabungan muzik tradisional Melayu dan Hindi berjudul "Nafas Cahaya" membuahkan hasil apabila lagu ciptaan M. Nasir dan Rosli Khamis, gubahan dan terbitan Ramli M.S. itu meraih kedudukan juara selama dua minggu biarpun terpaksa bersaing dengan demam lagu-lagu Indonesia ketika itu.
Filem pecah panggung dari Indonesia, "Heart" meraih kedudukan nombor satu menerusi dua lagu runut bunyi ciptaan Melly Goeslaw iaitu "My Heart" nyanyian Irwansyah dan Acha Septriasa, dan "Pencinta Wanita" (Irwansyah).


Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2006.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2006.
Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
E0601 8 Januari "Lagu Jiwa Lagu Cinta" Mawi dan M. Nasir [4] [5]
15 Januari [6]
22 Januari [7] [8]
29 Januari [9]
5 Februari [10]
12 Februari
E0602 19 Februari "Teman Tapi Mesra" Ratu [11]
26 Februari [12] [13]
5 Mac [14]
12 Mac [15]
E0603 19 Mac "Lemas" Ruffedge [16]
26 Mac
E0604 2 April "How Me Seksi?" Too Phat menampilkan Inul Daratista [17]
re 9 April "Lemas" Ruffedge [18] [19]
E0605 16 April "Jujur" Radja [20] [21]
E0606 23 April "Kian" Mawi [22] [23]
30 April [24] [25]
7 Mei [26]
E0607 14 Mei "Biarlah Rahsia" Siti Nurhaliza [27] [28]
21 Mei [29] [30]
28 Mei [31]
4 Jun [32] [33]
11 Jun [34] [35] [36]
18 Jun [37][38]
E0608 25 Jun "Caramu" Nikki Palikat menampilkan Zahid Baharuddin [39] [40]
2 Julai
re 9 Julai "Biarlah Rahsia" Siti Nurhaliza [41] [42]
re 16 Julai "Caramu" Nikki Palikat menampilkan Zahid Baharuddin [43]
E0609 23 Julai "Diari Seorang Lelaki" Pretty Ugly [44]
30 Julai
6 Ogos [45]
E0610 13 Ogos "Gerenti Beres" KRU [46]
20 Ogos [47]
E0611 27 Ogos "Kenangan Terindah" Samsons [48] [49] [50]
3 September
10 September
17 September [51]
24 September
1 Oktober [52]
8 Oktober [53]
E0612 15 Oktober "Drama" Ning Baizura, Nikki Palikat dan Yanie Julkarim [54] [55]
E0613 22 Oktober "Harapan" Fazli Zainal [56]
re 29 Oktober "Kenangan Terindah" Samsons [57]
E0614 5 November "My Heart" Irwansyah dan Acha Septriasa [58]
12 November
E0615 19 November "Tak Tahu Antara Dua" Adam dan Farah Anuar [59]
26 November
E0616 3 Disember "Nafas Cahaya" Misha Omar [60]
10 Disember
re 17 Disember "Tak Tahu Antara Dua" Adam dan Farah Anuar [61]
E0617 24 Disember "Pencinta Wanita" Irwansyah [62]
31 Disember Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2006

Carta Akhir Tahun[sunting | sunting sumber]

Seperti yang disiarkan pada 31 Disember 2006 bagi senarai lagu-lagu paling popular untuk tahun 2006. Berlaku sedikit kontroversi ketika ini kerana majoriti lagu-lagu yang berada di kedudukan teratas adalah lagu daripada artis dan komposer Indonesia sekaligus menimbulkan polemik jatidiri dan sokongan kepada pengkarya tempatan.

Fakta Ringkas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3318629/era-mantap
  2. ^ https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/kedudukan-carta-era-40.html
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2351597/pasaran-iklan-akhbar-internet-lebih-besar
  4. ^ https://diskograf.com/explore/song/421-lagu-jiwa-lagu-cinta
  5. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7586534/ma---sun-01-2006-main-section-395096-a-all
  6. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7586216/ma---sun-01-2006-main-section-397626-a-all
  7. ^ "https://www.klik.com.my/item/document/9297159/bm---sun-01-2006-bintang-popular-220163-a-all
  8. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7586314/ma---sun-01-2006-main-section-400619-a-all
  9. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7585669/ma---sun-01-2006-main-section-403156-a-all
  10. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7602429/ma---sun-02-2006-main-section-405237-a-all
  11. ^ https://www.discogs.com/release/15029451-Ratu-Friends-Ratu-Friends
  12. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9293807/bm---sun-02-2006-bintang-popular-260083-a-all
  13. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7601877/ma---sun-02-2006-main-section-413141-a-all
  14. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9295250/bm---sun-03-2006-bintang-popular-050171-a-all
  15. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9294709/bm---sun-03-2006-bintang-popular-120175-a-all
  16. ^ https://www.discogs.com/release/12424247-Ruffedge-Ruffera
  17. ^ https://www.discogs.com/release/2493444-Too-Phat-Rebirth-Into-Reality
  18. ^ https://www.discogs.com/release/12424247-Ruffedge-Ruffera
  19. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7599414/ma---sun-04-2006-main-section-429673-a-all
  20. ^ https://www.discogs.com/release/11186887-Radja-Langkah-Baru
  21. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=20#pid8479017
  22. ^ https://www.discogs.com/release/13789553-Mawi-Yang-Tercinta
  23. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9295175/bm---sun-04-2006-bintang-popular-230163-a-all https://storage.googleapis.com/tark4-public/dot/devices/dev07/pages/2010/01-07/cc/77/b8/arcintap-5sm9ac1q1ki9rmjjeq8_layout.jpg
  24. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9294871/bm---sun-04-2006-bintang-popular-300163-a-all
  25. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=124969&pid=8694793
  26. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9301872/ma---sun-05-2006-main-section-070241-a-all
  27. ^ https://www.discogs.com/release/6359702-Siti-Nurhaliza-Transkripsi
  28. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=124969&pid=8978698
  29. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9301420/ma---sun-05-2006-main-section-210761-a-all
  30. ^ https://b.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=216177&pid=9033037
  31. ^ https://b.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=216177&pid=9138896
  32. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9301869/ma---sun-06-2006-main-section-040261-a-all
  33. ^ https://b.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=216177&pid=9236495
  34. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9293645/bm---sun-06-2006-bintang-popular-110172-a-all
  35. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9293645/bm---sun-06-2006-bintang-popular-110172-a-all
  36. ^ https://b.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=216177&pid=9352771
  37. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9293373/bm---sun-06-2006-bintang-popular-180165-a-all
  38. ^ https://www.klik.com.my/item/document/7596543/ma---sun-06-2006-main-section-458231-a-all
  39. ^ https://diskograf.com/explore/song/1909-caramu
  40. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9293060/bm---sun-06-2006-bintang-popular-250165-a-all
  41. ^ https://www.discogs.com/release/6359702-Siti-Nurhaliza-Transkripsi
  42. ^ https://b.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=216177&pid=9813860
  43. ^ https://diskograf.com/explore/song/1909-caramu
  44. ^ https://www.discogs.com/master/1734008-Pretty-Ugly-Rockaholic
  45. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9291950/bm---sun-08-2006-bintang-popular-060163-a-all
  46. ^ https://diskograf.com/explore/song/3728-gerenti-beres
  47. ^ https://storage.googleapis.com/tark4-public/dot/devices/dev07/pages/2010/01-07/c9/1b/41/arcintap-5sm840egtb911wunx5gn_layout.jpg
  48. ^ https://www.discogs.com/release/5405249-Samsons-Naluri-Lelaki-
  49. ^ http://dtecconan-cartaera.blogspot.com/2006/08/
  50. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9291629/bm---sun-08-2006-bintang-popular-270165-a-all
  51. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9291772/bm---sun-09-2006-bintang-popular-240163-a-all
  52. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9291716/bm---sun-10-2006-bintang-popular-010161-a-all
  53. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9290526/bm---sun-10-2006-bintang-popular-080165-a-all
  54. ^ https://diskograf.com/explore/song/2978-drama
  55. ^ https://www.klik.com.my/item/document/9290618/bm---sun-10-2006-bintang-popular-150165-a-all
  56. ^ https://diskograf.com/explore/song/2980-harapan
  57. ^ https://www.discogs.com/release/5405249-Samsons-Naluri-Lelaki-
  58. ^ https://www.discogs.com/release/15455118-Anto-Hoed-Melly-Goeslaw-Heart-Original-Motion-Picture-Soundtrack
  59. ^ https://diskograf.com/explore/song/2201-tak-tahu-antara-dua
  60. ^ https://diskograf.com/explore/song/456-nafas-cahaya
  61. ^ https://diskograf.com/explore/song/2201-tak-tahu-antara-dua
  62. ^ https://www.discogs.com/release/15455118-Anto-Hoed-Melly-Goeslaw-Heart-Original-Motion-Picture-Soundtrack