Senarai lagu juara carta Radio Muzik RTM 1995

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Radio Muzik Top Tune 1996
PenganjurRadio Televisyen Malaysia


Carta Radio Muzik adalah program carta lagu popular bertaraf nasional yang disiarkan setiap minggu (lazimnya pada hari Sabtu, jam 2 petang) di saluran Radio Muzik (kini digelar Nasional FM). Lagu-lagu yang ditabalkan sebagai juara mingguan ini berjaya mendapat permintaan tertinggi daripada pendengar seluruh negara melalui poskad dan telegram.

Pada pertengahan 90an, program carta Radio Muzik kelolaan juruhebah Maznah Abdul ini menjadi carta radio utama di Malaysia setelah era Carta Pujaan 10 RTM yang disiarkan di Radio Klasik (dahulunya digelar Radio 1). Ini berikutan penarafan (rating) Radio Muzik yang menduduki tangga tertinggi sebagai radio paling kerap didengar rakyat Malaysia dari tahun 1995 hingga 1999.[1]

Turutan Juara Carta Radio Muzik 1995[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Aris Ariwatan menguasai carta Radio Muzik sepanjang tahun 1995, bermula dengan lagu juara "Lamunan Terhenti" yang bertahan di tonggak sebanyak 6 minggu, manakala dua lagi single utamanya bertahan di dalam top 10 iaitu "1, 2, 3, 4" dan "Permaidani".
Penyanyi pop Amy Mastura meraih gelaran juara melalui lagu single kedua daripada album pertamanya "Jawapan Kasih" pada tahun 1994 dan kemudian menerusi lagu single ketiganya - "Meniti Hari" ketika masuk tahun baru 1995.
Penyanyi dangdut Amelina cukup popular sepanjang tahun 1995, berturutan daripada album debutnya menerusi lagu "Rindu" dan disambung dengan album keduanya yang menampilkan hits "Asyik". Lagu-lagu popular lain nyanyiannya yang memasuki carta 1995 adalah "Yang Indah Yang Hangat" dan "Di Dadaku Ada Kamu".
Kumpulan remaja yang mempertaruhkan muzik pop dengan sentuhan tradisional, A To Z berjaya mengungguli carta menerusi lagu pengenalan mereka, "Berdendang".

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang pernah menjuarai carta ini untuk tahun 1995.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 1995.
Jilid Tarikh Lagu Penyanyi Rujukan
9501 1 Januari "Meniti Hari" Amy Mastura [2] [3]
8 Januari
9502 15 Januari "Seribu Impian" Casey Subramaniam [4] [5]
9503 22 Januari "Rindu" Amelina [6] [7]
29 Januari
5 Februari
9504 12 Februari "Lamunan Terhenti" Aris Ariwatan [8] [9]
9505 19 Februari "Titian Perjalanan" XPDC [10] [11]
RE9504 26 Februari "Lamunan Terhenti" Aris Ariwatan [12] [13]
5 Mac
12 Mac
19 Mac
26 Mac
9506 2 April "Kepada Mu Kekasih" Hattan, Jamal Abdillah dan M. Nasir [14] [15]
9507 9 April "Tragedi Oktober" Awie [16] [17]
16 April
9508 23 April "Rhythm Si Jantung Hati" Ukays [18] [19]
30 April [20]
9509 7 Mei "Laila Namamu Teratas" Search [21]
9510 14 Mei "Sebak" Ukays [22] [23]
21 Mei [24]
28 Mei
4 Jun
9511 11 Jun "Cinta Beralih Arah" Aishah [25]
9512 18 Jun "Ukiran Jiwa" Awie [26] [27]
9513 25 Jun "Enggan" Fauziah Latiff [28] [29]
2 Julai
9514 9 Julai "Kau Ilhamku" Man Bai [30] [31]
16 Julai
23 Julai
9515 30 Julai "Kembali Terjalin" Slam [32]
9516 6 Ogos "Sejujur Mana Kata-kata" Spring [33]
13 Ogos
9517 20 Ogos "Dua Jiwa Satu Hati" Legacy [34] [35]
9518 27 Ogos "Tak Mungkin Berpaling" Slam [36]
9519 3 September "Negatif" KRU [37] [38]
9520 10 September "Saling Merindu" Leon [39] [40]
9521 17 September "Bersama Akhirnya" Ziana Zain [41] [42]
RE9520 24 September "Saling Merindu" Leon [43] [44]
9522 1 Oktober "Bagaikan Puteri" Farra [45] [46]
8 Oktober [47]
9523 15 Oktober "Jangan Diucap Selamat Tinggal" Shades [48] [49]
9524 22 Oktober "Berdendang" A to Z [50] [51]
9525 29 Oktober "Ingatku Dalam Doamu" Stings [52] [53]
5 November [54]
9526 12 November "Semalam Yang Hangat" Wings [55] [56]
9527 19 November "Namamu Kini Jadi Sebutan" EYE [57] [58]
26 November [59]
9528 3 Disember "Asyik" Amelina [60]
9529 10 Disember "Gerimis Mengundang" Slam [61]
RE9527 17 Disember "Namamu Kini Jadi Sebutan" EYE [62] [63]
9530 24 Disember "Ramalan Ku Benar Belaka" Umbrella [64][65]
31 Disember [66]

Fakta Ringkas[sunting | sunting sumber]

  • Komposer Saari Amri mencipta sejarah apabila 8 buah lagunya menjuarai carta dalam tempoh satu tahun. Ia disumbangkan melalui dua projek album terbesarnya tahun ini iaitu "Tajam Menikam" (Ukays) dan "Kesan Terbukti" (Slam). Saari juga meraih kedudukan Top 5 dan Top 10 untuk single utama artis lain selain daripada dua kumpulan popular berkenaan.
  • 1995 dianggap tahun bertuah untuk artis baharu apabila majoriti artis yang meraih juara adalah artis yang tampil dengan album debut seperti Amelina, Amy Mastura, Casey Subramaniam, A to Z, Farra, Shades, Umbrella, Leon dan Legacy, selain beberapa artis senior yang pertama kali tampil secara solo seperti Awie dan Man Bai.
  • Tahun 1995 menyaksikan 30 buah lagu dinobatkan sebagai juara, sekaligus menjadi tahun yang mempunyai lagu terbanyak menjuarai carta radio dalam tempoh satu tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/365631/empat-stesen-radio-swasta-dilulus
  2. ^ https://diskograf.com/explore/song/1362-meniti-hari
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3176839/amy-tak-kenal-erti-serik
  4. ^ https://www.discogs.com/release/15157859-Casey-Casey
  5. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2454141/casey-sambut-aidilfitri-pertama
  6. ^ https://diskograf.com/explore/song/1285-rindu
  7. ^ https://www.klik.com.my/item/story/641268/the-best-of-both-worlds
  8. ^ https://diskograf.com/explore/song/2479-lamunan-terhenti
  9. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3169850/lamunan-tidak-terhenti
  10. ^ https://www.discogs.com/release/5513125-XPDC-Kita-Peng-Yu
  11. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3173971/tutup-tingkap-jika-buka-xpdc
  12. ^ https://diskograf.com/explore/song/2479-lamunan-terhenti
  13. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3169850/lamunan-tidak-terhenti
  14. ^ https://diskograf.com/explore/song/5324-kepadamu-kekasih
  15. ^ https://www.klik.com.my/item/story/370546/aim-94-hattan-terima-dua-pencalonan
  16. ^ https://diskograf.com/explore/song/1163-tragedi-oktober
  17. ^ https://www.klik.com.my/item/story/640738/awie-impresses-in-solo-debut
  18. ^ https://diskograf.com/explore/song/7003-rhythm-si-jantung-hati
  19. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2454069/rahsia-kejayaan-album-kumpulam-u-ks
  20. ^ https://www.discogs.com/release/14181584-UKs-Tajam-Menikam
  21. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3159227/search-kecewa-tindakan-bmg
  22. ^ https://www.discogs.com/release/14181584-UKs-Tajam-Menikam
  23. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2454069/rahsia-kejayaan-album-kumpulam-u-ks
  24. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3160267/amir-tak-berhutang
  25. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3155989/aishah-terharu
  26. ^ https://www.discogs.com/release/6281540-Awie-Awie
  27. ^ https://www.klik.com.my/item/story/640745/live-show-by-awie
  28. ^ https://diskograf.com/explore/song/2431-enggan
  29. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3155023/gee-tiada-kekasih-baru
  30. ^ https://diskograf.com/explore/song/2489-kau-ilhamku
  31. ^ https://www.klik.com.my/item/story/639566/new-lease-of-life-for-man-bai
  32. ^ https://www.discogs.com/release/14388573-Slam-Kesan-Terbukti
  33. ^ https://www.discogs.com/release/6796947-Spring-Jujur
  34. ^ https://www.discogs.com/release/5646953-Legacy-Arah
  35. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575477/carta-popular
  36. ^ https://www.discogs.com/release/14388573-Slam-Kesan-Terbukti
  37. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575100/carta-popular
  38. ^ https://www.discogs.com/release/13488558-KRU-Awas-Da-Soundtrack
  39. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575140/carta-popular
  40. ^ https://www.discogs.com/release/8690924-Leon-Rindu-Merindu
  41. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575125/carta-popular
  42. ^ https://diskograf.com/explore/song/4119-bersama-akhirnya
  43. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575151/carta-popular
  44. ^ https://www.discogs.com/release/8690924-Leon-Rindu-Merindu
  45. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574881/carta-popular
  46. ^ https://diskograf.com/explore/song/1267-bagaikan-puteri
  47. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574615/carta-popular
  48. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575328/carta-popular
  49. ^ https://diskograf.com/explore/song/4651-jangan-diucap-selamat-tinggal
  50. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574817/carta-popular
  51. ^ https://diskograf.com/explore/song/5602-berdendang
  52. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574558/carta-popular
  53. ^ https://akubudakpenang.blogspot.com/2011/07/stings-ingat-aku-dalam-doamu-1995.html
  54. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574716/-carta-popular-
  55. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574587/-carta-popular-
  56. ^ https://diskograf.com/explore/song/4745-semalam-yang-hangat
  57. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574669/carta-popular
  58. ^ https://diskograf.com/explore/song/6635-namamu-kini-jadi-sebutan
  59. ^ https://www.klik.com.my/item/story/574635/carta-popular
  60. ^ https://diskograf.com/explore/song/1293-asyik
  61. ^ https://www.discogs.com/release/11793241-Slam-Terbaik
  62. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575001/carta-popular
  63. ^ https://diskograf.com/explore/song/6635-namamu-kini-jadi-sebutan
  64. ^ https://diskograf.com/explore/song/3618-ramalanku-benar-belaka
  65. ^ https://www.klik.com.my/item/story/578798/-carta-popular-
  66. ^ https://www.klik.com.my/item/story/578729/-carta-popular-