Senarai lawatan antarabangsa Perdana Menteri oleh Muhyiddin Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah senarai lawatan antarabangsa Perdana Menteri oleh Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8. Setakat April 2021, Muhyiddin Yassin telah melakukan empat lawatan antarabangsa sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac 2020 lalu.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Bilangan lawatan bagi setiap negara:

2021[sunting | sunting sumber]

Negara Tempat Tarikh Butiran
 Indonesia Jakarta 4–5 Februari Lawatan sulung Muhyiddin. Diberikan sambutan rasmi daripada Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta.[1][2]
 Arab Saudi Mekah, Madinah & Riyadh 6–9 Mac Muhyiddin menunaikan umrah di Masjid al-Haram, Makkah[3] dan telah diberikan peluang untuk memasuki Kaabah.[4] Pada 7 Mac, beliau tiba di Madinah untuk ziarah Masjid Nabawi. Pada 9 Mac, beliau bertemu Putera Mahkota Mohammad bin Salman di Riyadh. Dalam pertemuannya, Muhyiddin memohon penambahan kuota untuk haji bagi rakyat Malaysia dan pemerintah Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji.[5]
 Emiriah Arab Bersatu Abu Dhabi 9–11 Mac Bertemu Putera Mahkota Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri Mohammed bin Rashid Al Maktoum.[6]
 Brunei Bandar Seri Begawan 4–5 April Rundingan Pemimpin Tahunan Kali Ke-23 antara Malaysia dan Brunei Darussalam, undangan kepada Muhyiddin disampaikan Sultan Hassanal Bolkiah.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Muhyiddin akan adakan pertemuan empat mata dengan Jokowi". Bernama (dalam bahasa malay). Astro Awani. 5 February 2021. Dicapai pada 5 February 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "PM Muhyiddin leaves for home after official visit to Indonesia". Bernama. Malay Mail. 5 February 2021. Dicapai pada 5 February 2021.
  3. ^ "Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah off". Astro Awani (dalam bahasa malay). 6 March 2021. Dicapai pada 6 March 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "PM thanks King Salman". The Star. 9 March 2021. Dicapai pada 10 March 2021.
  5. ^ "Malaysia gets additional 10,000 haj quota – PM Muhyiddin". Prime Minister's Office. 10 March 2021. Dicapai pada 10 March 2021.
  6. ^ "'The sky is the limit' in KL-Abu Dhabi ties, says Muhyiddin". The Star. 11 March 2021. Dicapai pada 11 March 2021.
  7. ^ "Muhyiddin to make 2 day visit to Brunei". 3 April 2021. Dicapai pada 4 April 2021.