Senarai model kereta Proton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah senarai model kereta yang dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad. Produk kenderaan yang masih dijual di pasaran ialah Proton Saga, Proton Iriz, Proton Persona, Proton Perdana, Proton X50, Proton X70 dan Proton Exora.

Proton Saga[sunting | sunting sumber]

Proton Saga dilancarkan pada tarikh 9 Julai 1985 sebagai model kereta Proton yang pertama. Saga dieksport ke UK dengan nama Proton Triple Valve pada tahun 1988. Saga generasi pertama dibina berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore 1983 dan menggunakan enjin 4313 1.3 liter SOHC, 1.5 liter DOHC dan 2 liter DOHC. Saga generasi kedua dibina mengikut pelantar Proton Savvy dan menggunakan enjin Campro IAFM 1.3 liter dan 1.6 liter DOHC. Enjin tersebut dinaiktarafkan menjadi Campro IAFM+ dalam saiz yang sama.

Proton Wira[sunting | sunting sumber]

Proton Wira dilancarkan pada tahun 1993 sebagai model kereta Proton yang kedua. Saga dieksport ke UK dengan pelbagai nama, antaranya Proton 400 Series, Proton Persona, dan Proton Natura. Wira dibina berasaskan Mitsubishi Lancer Evolution 1992. Varian Aeroback pada Wira ditukarkan kepada Proton Gen-2 pada tahun 2004, manakala varian sedan pada Wira ditukarkan kepada Proton Persona pada tahun 2007.

Proton Perdana[sunting | sunting sumber]

Proton Perdana dilancarkan pada tahun 1994 dan dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna generasi ketujuh pada generasi pertama dan Honda Accord generasi kelapan pada generasi kedua. Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan wajib daripada kalangan kereta kebangsaan. Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta tempatan tulen yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana dan Waja, Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklah Perdana Menteri Malaysia. Kecuali Sarawak, Proton Perdana V6 Executive merupakan kereta rasmi yang digunakan.

Proton Satria[sunting | sunting sumber]

Proton Satria dilancarkan pada tahun 1994. Satria dieksport ke UK dengan nama Proton Compact dan Proton 300 Series. Pada tahun 1997, dilancarkanlah Satria GTi, sebelum bertukar nama menjadi Satria Neo pada tahun 2006.

Proton Tiara[sunting | sunting sumber]

Proton Tiara

Proton Tiara ialah kereta supermini yang dilancarkan pada tahun 1995. Tiara dibina berasaskan Citroen AX dan di bawah lesen PSA Peugeot Citroën.

Proton Putra[sunting | sunting sumber]

Proton Putra

Proton Putra ialah kereta coupe yang dilancarkan pada tahun 1995. Putra dibina berasaskan coupe berpintu dua Mitsubishi Mirage. Putra dieksport ke UK dan Australia dengan nama Proton Coupe dan Proton M21.

Proton Juara[sunting | sunting sumber]

Proton Juara

Proton Juara ialah MPV buatan Malaysia pertama yang dilancarkan pada tahun 2000 dan dikeluarkan sehingga 2005. Juara dibina berasaskan Mitsubishi Town Box Wide.

Proton Arena[sunting | sunting sumber]

Proton Arena

Proton Arena ialah trak yang dilancarkan pada tahun 2000 dan dikeluarkan sehingga 2012. Di UK dan Australia, model ini dikenali dengan nama Proton Jumbuck.

Proton Waja[sunting | sunting sumber]

Proton Waja

Proton Waja dilancarkan pada tahun 2000. Waja dieksport ke UK dengan nama Proton Impian. Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan wajib daripada kalangan kereta kebangsaan. Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta tempatan tulen yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Waja dan Perdana. Dalam setiap-tiap perhimpunan, dilancarkanlah model yang sama iaitu Proton Chancellor.

Proton Gen-2[sunting | sunting sumber]

Proton Gen-2

Proton Gen-2 dilancarkan pada tahun 2004 untuk menggantikan Proton Wira Aeroback. Bahagian gril hadapan direka berbentuk wau bulan dan keris. Tiga tahun selepas itu, dilancarkanlah Proton Persona untuk menggantikan versi sedan daripada Proton Wira.

Proton Savvy[sunting | sunting sumber]

Proton Savvy

Proton Savvy ialah kereta supermini yang dilancarkan pada tahun 2005. Savvy dilancarkan untuk menggantikan Proton Tiara. Savvy menggunakan enjin tajaan Renault untuk menjimat petrol.

Proton Exora[sunting | sunting sumber]

Proton Persona[sunting | sunting sumber]

Generasi pertama Proton Persona (C90) merujuk kepada model eksport bagi Proton Wira. Penggunan nama 'Proton Persona' pertama kali digunakan pada November 1993 di pasaran British. Persona asal ini kemudian disertai dengan model 3 pintu Persona Compact, dan model 2 pintu Persona Coupé.

Model generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada Ogos 2007. Siri CM merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri. Ia berasaskan pelantar Proton Gen-2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Gen-2. Persona CM menggantikan model sedan sedan Proton Wira bagi pasaran Malaysia dan C90 Persona bagi pasaran eksport.

Generasi ketiga Proton Persona (BH) dilancarkan pada Ogos 2016. Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Iriz. Ia menggantikan terus model Persona CM berusia 9 tahun di negara sendiri.

Proton Iriz[sunting | sunting sumber]

Proton Ertiga[sunting | sunting sumber]

Proton Ertiga adalah sebuah kereta jenis Multiple Purpose Vehicles (MPV) yang dikeluarkan oleh Proton Holdings hasil kerjasama dengan Suzuki dan merupakan rebadge daripada Suzuki Ertiga versi pertama (2012). Kenderaan ini dikeluarkan pada tahun 2016 dan diberhentikan operasinya pada tahun.

Proton X70[sunting | sunting sumber]

Proton X50[sunting | sunting sumber]

The Proton X50 is a subcompact crossover SUV produced by the Malaysian car maker Proton. Marketed as a B-segment SUV, the vehicle was revealed on 15 September 2020 and was launched on 27 October 2020. The model is the second SUV from the brand after the X70. The vehicle is a rebadged Geely Binyue with several changes, including the right-hand drive conversion and several mechanical adjustments.

Proton X90[sunting | sunting sumber]

Proton X90 merupakan SUV segmen D. Model ini merupakan rebadge daripada Geely Haoyue dan model terbesar dalam sejarah Proton X90 Menggantikan Proton Exora

Proton S70[sunting | sunting sumber]

Proton Suprima S[sunting | sunting sumber]

Proton Suprima S mengganti proton gen 2

Proton Preve[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]