Senarai penerima darjah kebesaran negeri Johor 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengurniaan darjah kebesaran negeri Johor 2022
Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2022
Tarikh23 Mac 2022
6 Mei 2022
LokasiIstana Bukit Serene
Istana Besar Johor Bahru
Penyebabhari ulang tahun keputeraan rasmi Sultan Johor & penghargaan kepada pemimpin negara
Hasil10 orang menerima darjah kebesaran (setakat 20 Jun 2022)

Majlis pengurniaan darjah kebesaran negeri Johor telah diadakan sepanjang tahun 2022 bersempena pelbagai tujuan. Pada hari ulang tahun keputeraan rasmi Sultan Johor yang diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di Johor Bahru pada 23 Mac 2022, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat[1]. Baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada pemimpin negara Singapura pada 6 Mei 2022[2] yang berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.

Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Johor 2022.

Komposisi penerima[sunting | sunting sumber]

Setakat 20 Jun 2022, berikut merupakan komposisi penerima darjah kebesaran:

  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ): 1
  • Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ): 1
  • Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ): 4
  • Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga, Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ): 4

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi perempuan. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi perempuan. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  • Isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi perempuan. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  • Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari bin Kasnan;
  • Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On bin Jabbar @ Ja'afar
  • Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal bin Shamsudin.
  • Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan binti Suliman,

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga, Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ)[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Berikut ialah antara penerima darjah kebesaran ini

  • Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson bin Dollah
  • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati binti Md Noor;
  • Setiausaha Bahagian ICT@Johor, YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad
  • Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree bin Ikhsan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohamed Farid Noh (Mac 23, 2022). "Hanya 4 penerima pingat DMIJ bawa gelaran Datuk, Datin Paduka". BH. Dicapai pada 20 Jun 2022.
  2. ^ KHAIRUL MOHD. ALI (6 Mei 2022). "Perdana Menteri Singapura terima darjah SPMJ". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Jun 2022.