Senarai stesen rangkaian transit awam Lembah Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang merupakan sistem kereta api dan BRT di Malaysia yang berkhidmat di Kuala Lumpur dan daerah Petaling, Klang, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang. Sistem ini juga berkhidmat di sepanjang jajaran landasan KTM diantara Tanjung Malim, Perak sehingga Tampin, Negeri Sembilan. Bahagian pertama sistem ini dibuka pada 3 Ogos 1995 dengan pembukaan KTM Komuter antara Rawang dengan Kuala Lumpur.[1]

Sistem ini terdiri daripada 13 laluan — KTM Komuter Pelabuhan Klang, KTM Komuter Seremban, LRT Ampang, LRT Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, LRT Shah Alam ,KLIA Ekspres, KLIA Transit, Monorel KL, MRT Kajang, MRT Putrajaya, MRT Lingkaran, KTM Skypark, dan BRT Sunway. Tiga laluan sistem ini dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Komuter Pelabuhan Klang, KTM Komuter Seremban, KTM Skypark), dua laluan dimiliki oleh Express Rail Link Sdn. Bhd. dan selebihnya dimiliki oleh Prasarana Malaysia. Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Prasarana Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia manakala Express Rail Link adalah syarikat swasta dibawah kontrak Kerajaan Malaysia.

Terdapat tiga stesen dimana dua stesen yang berbeza mempunyai nama yang sama: Stesen Komuter Sentul dibawah Laluan Seremban dan Stesen LRT Sentul dibawah Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling; Stesen Komuter Salak Selatan dibawah Laluan Seremban dan Stesen LRT Salak Selatan dibawah Laluan Sri Petaling; dan Stesen Monorel AirAsia-Bukit Bintang dibawah Monorel KL dan Stesen MRT Pavillion-Bukit Bintang dibawah MRT Laluan Kajang.

Senarai Stesen[sunting | sunting sumber]

Disenaraikan setiap 170 stesen adalah kod abjad angka (bagi laluan dibawah Prasarana Malaysia), laluan berkhidmat di stesen tersebut, kedudukan platform, tarikh laluan mula berkhidmat di stesen tersebut, pertukaran dan sambungan ke laluan lain atau stesen berdekatan.

Nota
↑a Dibuka sebagai stesen Laluan Kajang, ditukarkan ke Laluan Putrajaya pada 16 Jun 2022. 
↑a1 Dahulunya  KG01 
↑a2 Dahulunya  KG02 
↑b Dahulunya dikenali sebagai Terminal Putra. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KTM Komuter Timetable & Time Schedule In Malaysia". KTMB (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mei 2019.