Senarai stesen radio di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah senarai stesen radio di Malaysia. Malaysia mempunyai lebih daripada 50 stesen radio, tidak kira ia dimiliki oleh kerajaan ataupun swasta. Untuk stesen radio kerajaan, ia berada di bawah Radio Televisyen Malaysia. Frekuensi bersiaran di seluruh negara (contohnya Nasional FM, Radio Klasik, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM). Frekuensi berbeza mengikut kawasan dan ada juga stesen radio swasta yang tidak bersiaran ke seluruh negara (contohnya 8FM, 988 FM, Asyik FM, Best FM, BFM, Buletin FM, Gegar, goXuan, Manis FM, Molek FM, Rakita, UFM, Zayan dan radio lain, Fly FM dan Suria tidak bersiaran di Sabah dan Sarawak dan Raaga tidak bersiaran di Pantai Timur). Di Johor, pendengar juga boleh mendengar siaran radio dari Singapura dan Indonesia. Terdapat juga stesen radio berfokus secara digital seperti Arena Radio, Radio Bayu, Radio Kenyalang, Radio Kamek, Power Radio dan Tea FM.

Stesen radio swasta[sunting | sunting sumber]

Bahasa Nama Radio Tagline Kawasan Liputan
Astro Radio
Bahasa Melayu
Era Muzik Hit Terkini Seluruh Malaysia
Sinar Menyinari Hidupmu
Gegar Pilihan #1 Pantai Timur Kelantan, Terengganu & Pahang
Zayan Destinasi Nasyid Anda Barat Semenanjung Malaysia & Pahang
Bahasa Inggeris
hitz Malaysia's #1 Hit Station Seluruh Malaysia
Lite Relaxing Favourites
Mix
Bahasa Mandarin & Kantonis MY MY 好玩! Seluruh Malaysia
Bahasa Mandarin Melody 强打好歌,强大资讯
Bahasa Cina goXuan 够Fun! Pulau Pinang, Selangor & Kuala Lumpur
Bahasa Tamil Raaga Ahaa...Sirantha Isai Barat Semenanjung Malaysia
Media Prima Audio Bahasa Melayu Hot FM Yang Hangat & Terbaik Seluruh Malaysia
Buletin FM Isu Semasa & Info Terkini Lembah Klang, Pulau Pinang, Alor Setar & Kuching
Molek FM Gu Pantai Timur Kelantan, Terengganu & Pahang
Bahasa Inggeris Fly FM Flyest Music All day Seluruh Semenanjung Malaysia
Bahasa Mandarin & Kantonis 8FM 我们的声音 Barat Semenanjung Malaysia, Kota Kinabalu & Kuching
Star Media Radio Group Bahasa Melayu Suria Segalanya Hiburan Seluruh Semenanjung Malaysia
Bahasa Mandarin & Kantonis 988 FM Barat Semenanjung Malaysia & Pahang
Suara Johor Sdn Bhd Bahasa Melayu Best FM Terbaik Untuk Harimu Johor, Melaka, Selangor & Kuala Lumpur
Husa Network Sdn Bhd Manis FM Gaya Pantai Timur Kelantan, Terengganu & Pahang
Kristal Harta Sdn Bhd Bahasa Melayu, Inggeris & Iban Cats FM Sarawak
Ooga X Sdn Bhd CITYPlus FM Negeri Sembilan
kupikupifm Kota Kinabalu
Radio Kita Sdn Bhd Bahasa Melayu Rakita Muzik Paling Lit Lembah Klang

Stesen radio separa kerajaan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Nama Radio Tagline Kawasan Liputan
Institut Kefahaman Islam Malaysia Bahasa Melayu Radio IKIM Inspirasi Inforia Islami Seluruh Malaysia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Bernama Radio Stesen Berita Bisnes Pilihan Anda Lembah Klang, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching

Radio Televisyen Malaysia (RTM)[sunting | sunting sumber]

  • Nasional
    • Ai FM (bahasa Mandarin) - (Tagline : 有情有爱,自由自在)
    • Asyik FM (bahasa Orang Asli) - (Tagline : Moi Num Moi)
    • Minnal FM (bahasa Tamil) - (Tagline : இளமை புதுமை இனிமை)
    • Nasional FM (bahasa Melayu) dahulu dikenali sebagai Muzik FM - (Tagline : Sentiasa Di Hati)
    • Radio Klasik (bahasa Melayu) dahulu dikenali sebagai Klasik Nasional - (Tagline : Menggamit Kenangan)
    • TraXX FM (bahasa Inggeris) - (Tagline : Experience the Excitement)
  • Lain-lain
    • BFM 89.9
    • KK12FM
    • Radio BBC - stesen radio berita milik BBC dari British melalui AM
    • Salam FM (Bahasa Melayu) - bersiaran di luar waktu siaran Asyik FM, menggunakan konti radio yang sama seperti Asyik FM

Stesen radio dalam talian tidak berdaftar[sunting | sunting sumber]

Sebuah Radio yang diasaskan serta dikendalikan sepenuhnya oleh golongan OKU Penglihatan di malaysia. Ditubuhkan pada 1 April 2012. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app.amboifm

Stesen radio yang ditutup[sunting | sunting sumber]

Radio Nota
BBC World Service (siaran Melayu) Disiarkan selama 50 tahun sehingga 31 Mac 1991. Digantikan dengan siaran Inggeris dan dapat didengar di seluruh negara
TalkRadio Frekuensi diambil alih oleh MY FM (kini MY)
Classic Rock Frekuensi diambil alih oleh ERA FM, tetapi masih disiarkan melalui Astro dan internet
RfM Pada awalnya disiarkan melalui frekuensi 98.8 MHz, kemudian 91.5 MHz, dan akhir sekali 104.9 MHz. Diambil alih oleh The Star pada tahun 2003, dan frekuensi radio asal telah diambil alih masing-masing oleh 988 dan Ikim FM (kini Radio IKIM).
Time Highway Radio Setelah bertukar tangan kepada AMP Radio Networks (sekarang Astro Radio), Astro tidak lagi menggunakan singkatan THR. Tambahan pula, THR masih mengekalkan dua segmen iaitu THR Raaga untuk pendengar di Pantai Barat dan THR Gegar untuk pendengar di Pantai Timur. Pada Januari 2018, nama THR digugurkan dari kedua-dua stesen radio tersebut.
WOW FM Disiarkan di antara tahun 2000 hingga 2003 menerusi frekuensi 97.6 MHz, dan kemudiannya digantikan oleh WA FM (2003 hingga Oktober 2005), tetapi tempoh operasi stesen radio ini tidak panjang. Oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh NTV7, semua aset NTV7 termasuk WOW FM dan WA FM diambil alih oleh Media Prima Berhad, dan frekuensi diambil alih oleh radio Hot FM
Info FM Bersiaran menerusi frekuensi 91.1 MHz dari 10:00 hingga 13:00. Disebabkan oleh penambahan waktu siaran Asyik FM, stesen radio ini menamatkan penyiarannya pada 31 Disember 2006
Wanita FM Bersiaran menerusi frekuensi 88.1 MHz di Lembah Klang pada tahun 2006 hingga 2008. Frekuensi telah diambil alih oleh stesen radio Cina, One FM (Kini dikenali sebagai 8FM)
FMJB Juga dikenali sebagai Radio Bandaraya Johor Bahru. Mula disiarkan pada 20 Oktober 1988 dan dihentikan penyiaran pada Mac 2011. Stesen radio ini menggunakan frekuensi 107.5 MHz
Suara Malaysia 1 & 2 (siaran pelbagai bahasa) Termasuk Suara Islam, dihentikan pada 31 Ogos 2011. Siaran Suara Islam digantikan dengan Salam FM, manakala siaran Asyik FM dilanjutkan kepada 11:00 malam
Muzik FM Stesen radio pertama Malaysia untuk bersiaran dalam bentuk Stereo, dan pernah menggunakan nama seperti Radio 2, Radio Malaysia Saluran Muzik dan Radio Muzik sebelum bertukar nama kepada Muzik FM. Mula bersiaran pada tahun 1975 sehingga tahun 2012. Boleh didengari melalui internet sehingga tahun 2017, dengan menggunakan nama Galaksi Muzik RTM. Frekuensinya telah diambil alih oleh Nasional FM
XFM Mula bersiaran pada 28 September 2004 dan ditamatkan pada 8 Julai 2012. Boleh didengari melalui Internet sehingga tahun 2017, tetapi siaran di Astro dan frekuensi telah digantikan oleh radio Cina, Melody (Sebelum ini Melody FM)
Pi Mai FM Stesen radio untuk pendengar Pulau Pinang, Selatan Kedah & Utara Perak menerusi frekuensi 90.2 MHz. Pemiliknya iaitu Copyright Laureate Sdn Bhd telah diambil alih oleh Media Prima Berhad. Frekuensinya telah diambil alih oleh Kool FM (Kini dikenali sebagai Buletin FM)
Ultra FM Stesen radio untuk pendengar Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 MHz. Bersiaran dari tahun 2013 - September 2015. Pada Oktober 2015, Copyright Laureate Sdn Bhd diambil alih oleh Media Prima Berhad, radio ini dilancarkan semula sebagai Kool FM (Kini dikenali sebagai Buletin FM) pada Mac 2016.
Capital FM Bersiaran menerusi 88.9 MHz untuk pendengar kawasan Lembah Klang, Capital FM mula bersiaran pada Februari 2008, kemudian diambil alih oleh The Star pada tahun 2011 dan ditamatkan penyiarannya sekitar hujung September 2015. Pada September 2016, Astro Radio mengambil alih Capital FM dan Red FM, dan frekuensi diambil alih oleh stesen radio Cina, goXuan (Sebelum ini GoXuan FM)
Red FM Stesen radio milik Star Radio Group. Stesen radio ini diberhentikan penyiaran pada 31 Disember 2015, walaupun masih disiarkan pada tahun 2016 dengan hanya menyiarkan lagu, berita dan laporan trafik. Diambil alih oleh Astro Radio pada September 2016, frekuensi diambil alih oleh Zayan (Sebelum ini Zayan FM)
iM4U FM Stesen radio milik iM4U Sdn. Bhd yang bersiaran menerusi frekuensi 107.9 MHz di Lembah Klang. Stesen radio ini ditamatkan penyiaran pada 29 Jun 2018, walaupun masih disiarkan pada awal Julai - Disember 2018 dengan hanya menyiarkan lagu. Radio ini dilancarkan semula sebagai Rakita pada 8 Januari 2019
Suria Stesen radio milik Star Media Radio Group hanya ditamatkan siaran melalui frekuensi 105.9 MHz di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 November 2019
Buletin FM Stesen radio milik Media Prima Audio hanya ditamatkan siaran melalui frekuensi 88.6 MHz di Kota Bharu, Kelantan dan 93.6 MHz di Kuala Terengganu, Terengganu pada 29 November 2021, dua frekuensinya kawasan tersebut telah diambil alih oleh Hot FM dan Molek FM
8FM Stesen radio Cina milik Media Prima Audio hanya ditamatkan siaran sementara penghantaran melalui frekuensi 100.4 MHz di Kuantan, Pahang pada 25 September 2022, dan frekuensi diambil alih oleh stesen radio Bahasa Melayu di Pantai Timur, Molek FM pada 2 Oktober 2022

Stesen paling didengar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Stesen Kumpulan Daripada jumlah dengaran (%)
1 8FM Media Prima Berhad 100.00%
2 Suria FM Star Media Radio Group 99,92%
3 Hot FM Media Prima Berhad 89,90%
4 Era FM Astro Radio 87,98%
5 Sinar FM Astro Radio 86,00%
6 Radio Klasik Radio Televisyen Malaysia 85,00%
7 Buletin FM Media Prima Berhad 83,99%
8 BFM 89.9 83,59%
9 Hitz FM Astro Radio 83,20%
10 Mix FM Astro Radio 83,00%
11 Melody FM Astro Radio 79,00%
12 My FM Astro Radio 74,99%
13 Ai FM Radio Televisyen Malaysia 73,22%
14 Nasional FM Radio Televisyen Malaysia 71,99%
15 Gegar Astro Radio 71,99%
16 TraXX FM Radio Televisyen Malaysia 69,77%
17 Molek FM Media Prima Berhad 69,55%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://kelantanfm.rtm.gov.my/Kelantan/index.php
  2. ^ http://sarawakfm.rtm.gov.my/sarawak/index.php
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-14. Dicapai pada 2017-07-13.