Senarai watak Ejen Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ini merupakan senarai watak dalam siri animasi Ejen Ali.

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

  • Ali (Ida Rahayu Yusoff):
    • Ali merupakan seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang secara tidak sengaja menjadi ejen MATA selepas menggunakan I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligent System), sebuah alat prototaip dicipta oleh M.A.T.A., yang mana dikawal dengan isyarat otak membolehkan pemakai untuk melakukan aksi yang diaturcarakan oleh komputer, tetapi menggunakan tenaga pemakai untuk berfungsi. I.R.I.S. sudah diselaraskan untuk Ali, jadi hanya Ali sahaja yang mampu memakainya. Kemudian, dia menjadi ejen tetap dalam agensi rahsia M.A.T.A. dan berlatih sebagai seorang ejen yang sebenar. Dia merupakan seorang pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam kelas, selalu datang lambat ke sekolah dan tidur dalam kelas. Dia mempunyai seorang kawan baik bernama Viktor. Senjata Ali ialah sebiji yoyo yang boleh mengeluarkan gelombang. Ali juga mempunyai sepasang kasut Aero Boots yang bersambung pada I.R.I.S. untuk membantu Ali melompat lebih jauh. Skuter Ali juga diubahsuaikan dan mempunyai booster.
  • Bakar (Shafiq Isa):
    • Bakar merupakan pakcik kepada Ali, seorang ejen dan mentor dalam KOMBAT M.A.T.A., dan adik kepada arwah ibu Ali. Beliau mempunyai badan yang kuat dan hebat dalam berlawan. Beliau merupakan pakcik yang penyayang kepada Ali. Bakar pernah dikawal oleh Dr. Aaron untuk mencetak blueprint I.R.I.S., dan difitnah atas kejadian itu. Bakar juga telah ditewaskan Dos dan Rizwan ketika menangkap Dos selepas dia melepaskan diri dari sel tahanan M.A.T.A.. Dalam musim ke-2, Bakar menjadi mentor untuk teras KOMBAT dalam Akademi M.A.T.A..
  • Alicia (Noorhayati Maslini Omar):
    • Alicia merupakan anak perempuan kepada General Rama dan juga rakan sekelas Ali. Dia tidak suka bekerja bersama Ali. Dia ada kemahiran meramal masa silam dengan melihat jejak. Senjata Alicia ialah sebatang penembak lastik untuk menembak bebola besi. Selepas Ali telah menyelamatkan nyawa Alicia daripada pancaran Azurium, fikirannya telah berserabut dan berasa malu kerana diselamatkan oleh orang yang dibenci selepas kejadian itu. Dalam musim ke-2, Alicia diberikan tugasan oleh General Rama untuk menjadi pelindung sebenar I.R.I.S. serta menjadi rakan sepasukan Ali yang mengambil berat.
  • General Rama (Azman Zulkiply):
    • Seorang jeneral M.A.T.A. yang tegas. Beliau tergolong dalam teras NEURO.
  • Rizwan (Azman Zulkiply):
    • Rizwan seorang ejen M.A.T.A. yang terhebat. Dia mampu menyamar sebagai orang lain hanya dengan memakai topi yang menutup mata. Sarung tangannya digunakan untuk memengsankan musuh. Dia juga telah melatih Ali untuk menjadi seorang ejen apabila prestasi Ali semakin menurun ketika menjalankan misi di bawah jagaan Bakar. Rizwan juga pernah dianggap 'membelot' M.A.T.A apabila dia sengaja melepaskan Dos dari sel tahanan M.A.T.A dan bekerjasama menyerang Bakar, Geetha dan Leon. Bagaimanapun, dia rupanya hanya ingin mendapatkan kebenaran tentang peristiwa lima tahun lepas. Dia kembali ke M.A.T.A. setelah menyelesaikan misinya dalam memusnahkan markas Numeros.
  • Comot (Ida Rahayu Yusoff):
    • Comot merupakan seekor kucing peliharaan Ali. Ia pernah bekerja untuk Abang Bear untuk mencuri I.R.I.S., tetapi ia belot setelah menjadi milik Ali. Comot mempunyai kuasa penyamaran daripada pengalaman semasa menjadi bahan uji kaji tiga tahun lepas. Comot mengalami heterokromia pada mata kanannya.
  • Karya (Usamah Zaid Yasin):
    • Seorang ejen M.A.T.A. yang ditugaskan sebagai mentor dalam INVISO. Dia boleh menyamar seperti Rizwan dalam Misi: AKADEMI. Kebolehan magik yang terdapat pada Karya telah menjadi sebuah senjata yang dapat mempertahankan diri iaitu serangan kad dan pedang. Dia juga muncul dalam Misi: CABAR bersama-sama Bakar, Geetha dan Leon untuk menjalankan misi.
  • Leon (Muhammad Zulhilmi):
    • Seorang ejen M.A.T.A. yang ditugaskan sebagai mentor dalam NEURO. Dia muncul untuk menjalankan misi ketika Misi: CABAR. Senjata yang digunakan ialah pistol M.A.T.A. yang berisi 6 peluru dan jam pengesan jarak dan serangan musuh. Dia juga telah ditewaskan oleh Rizwan dalam musim ke-2, Misi: KEMBALI, di mana dia, Geetha, Bakar dan Rizwan pergi ke utara Cyberaya untuk mendapatkan Dos. Namun Leon dan rakan mentornya yang lain diserang hendap oleh Rizwan dan Dos.
  • Geetha (Nabilah Rais):
    • Seorang ejen M.A.T.A. yang ditugaskan sebagai mentor dalam TEKNO. Dia telah muncul untuk menjalankan misi bersama ejen-ejen yang lain dalam Misi: CABAR. Dia juga telah diserang hendap oleh Rizwan dan Dos dalam Misi: KEMBALI bersama Leon dan Bakar.
  • Zain (Usamah Zaid)
    • Merupakan seorang ketua teras NEURO M.A.T.A dan pengasas kepada agensi M.A.T.A bersama ketua teras lain. Dia telah muncul untuk menasihati Ali dalam Akademi M.A.T.A malah memberi sepenuh kepercayaan pada Ali untuk meneruskan misinya serta menghalang musuh dari menghancurkan agensi tersebut. Bahkan, dia menjadi mentor kepada Ali serta Alicia secara rahsia. Selepas Uno datang untuk menyerang M.A.T.A, akhirnya dia telah datang membantu ejen lain untuk menghalang musuh lamanya daripada mengakses mainframe M.A.T.A. Dia dilaporkan terkorban ketika menghalang Uno.

Watak Jahat[sunting | sunting sumber]

  • Dos (Nurul Radhiah Ibrahim):
    • Salah seorang orang suruhan Uno. Dos mempunyai senjata elektrik dan kasut laju. Dia juga telah melepaskan diri dari sel tahanan M.A.T.A. dan kembali ke markas Numeros.
  • Trez (Megat Zahrin):
    • Orang kuat dalam pasukan Numeros. Trez adalah antara yang paling susah dikalahkan.
  • Wak Musang (Usamah Zaid Yasin):
    • Seorang pemilik gerai nasi lemak, yang secara rahsianya seorang penjahat. Dia mengenali Komeng dan Abang Bear.
  • Dr. Aaron (Adi Bahari):
    • Bekas pekerja Dr. Tong yang obses terhadap kemajuan dan mahu mengambil alih Cyberaya. Beliau telah diculik dan dijadikan orang suruhan Uno. Beliau juga pernah berjaya mencipta alat untuk memisahkan I.R.I.S. daripada Ali. Dalam musim ke-2, Aaron menjadi ahli tetap Numeros sebagai Nueve.
  • Komeng (Suhaimi Shafie):
    • Orang suruhan kepada Abang Bear. Komeng mengetuai pasukan bermotosikal.
  • Abang Bear (Fadhli Shafian):
    • Ketua kumpulan gangster yamg merupakan bos kepada Komeng dan bekas bos kepada Comot. Beliau pernah menculik Viktor dan dijadikan tebusan untuk mendapatkan I.R.I.S. daripada Ali.
  • Jenny (Nor Meirysha Nurol Ashikin):
    • Jenny merupakan seorang saintis dan pencipta peralatan ejen M.A.T.A.. Semasa kejadian memcerobohi sistem M.A.T.A, Jenny secara rahsianya berada di pihak Uno malah bekerjasama dalam mendapatkan I.R.I.S.. Dia dikenali sebagai Cinco dalam ahli kumpulan Numeros.
  • Uno/Djinn (Azuan Wanji Shamsir):
    • Bekas ketua teras INVISO M.A.T.A dan juga mentor kepada Rizwan. Dia dilaporkan terbunuh dalam letupan Azurium ketika menjalankan misi bersama ketua teras lain. Selepas kejadian tersebut, dia ingin membalas dendam terhadap organisasi M.A.T.A dan mengganggap mereka sebagai pengkhianat.
  • Neonimus (Emil Villamor):
    • Dalang jenayah siber yang pernah menggodam Sistem Pertahanan M.A.T.A.. Dia juga telah melakukan kekacauan dengan menggodam sistem stesen CRT Cyberaya.
  • Analogman (Azuan Wanji Shamsir):
    • Lelaki tua yang membenci akan teknologi. Baginya, teknologi telah menyebabkan manusia kehilangan nilai kemanusiaan. Dia telah melakukan beberapa jenayah di Cyberaya. Dia mempunyai sebatang tongkat perang berteknologi yang mempunyai beberapa senjata dalaman.
  • Ocho (Shafiq Isa):
    • Sebuah robot yang bekerjasama dengan Uno. Ia boleh menghasilkan seberapa banyak mikrobug yang kelihatan seperti lalat dan boleh dibentuk menjadi apa sahaja jenis senjata. Mikrobug ini juga rupanya dikendalikan oleh Jenny sepanjang masa.
  • Seis/Siete (Muhammad Iliyas Abdul Latif):
    • Sepasang kembar yang merupakan ahli dalam kumpulan Numeros. Mereka mempunyai kebolehan yang hebat dalam bermain bola.
  • Cuatro (Shafiq Isa):
    • Bekas ejen TEKNO M.A.T.A. dan juga ahli kumpulan Numeros. Dia terpaksa mengikut arahan Uno untuk mencipta I.R.I.S. baru serta mengugut untuk mencederakan keluarganya sekiranya tidak mencipta prototaip tersebut. Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan oleh Rizwan dalam memusnahkan sarang musuh.

Watak Penolong[sunting | sunting sumber]

  • Aunty Faye
  • Syed
  • Shaun
  • Viktor
  • Mia
  • Puan Munah
  • Bella
  • Melur
  • Mawar
  • Sasidaran
  • Boy
  • Dr. Tong
  • Dr. Ghazali
  • Dr. Mala