Senarai watak My Hero Academia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah watak-watak dalam siri manga dan anime My Hero Academia.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Izuku Midoriya (Jepun: 緑谷 出久, Hepburn: Midoriya Izuku) / Nama adiwira
    Deku (Jepun: デク) / Quirk: One For All (generasi kesembilan)
Disuarakan oleh: Daiki Yamashita
Izuku Midoriya (Jepun: 緑谷 出久, Hepburn: Midoriya Izuku) merupakan pelajar di Sekolah Tinggi U.A. kelas 1A. Kuasa Quirknya ialah "One For All" ("Semua Untuk Satu") merupakan generasi kesembilan memiliki quirk tersebut. Pada asalnya Izuku tidak mempunyai Quirk dan seorang penakut juga amat kagum akan kesemua adiwira di bumi ini. Dengan pertolongan All Might, Izuku menjalani latihan selama 10 bulan untuk persediaan ujian kemasukan Sekolah Tinggi Yuei. Selepas menjalani latihan, All Might memberi separuh Quirk "One For All" kepada Izuku.
  • Katsuki Bakugo (Jepun: 爆豪 勝己, Hepburn: Bakugō Katsuki) / Quirk
    Letupan
Disuarakan oleh: Nobuhiko Okamoto (Anime), Yuichiro Umehara (Vomic)
Katsuki merupakan rakan sekelas Izuku ketika sekolah menengah rendah dan Sekolah Tinggi U.A. Pada asalnya, Katsuki dan Izuku merupakan kawan rapat ketika kecil. Ketika itu, Katsuki terus berubah menjadi budak nakal dan membuli Izuku.
  • Ochako Uraraka (Jepun: 麗日 お茶子, Hepburn: Uraraka Ochako) / Nama adiwira
    Uravity (Jepun: ウラビティ, Hepburn: Urabiti) / Quirk: Graviti Sifar
Disuarakan oleh: Ayane Sakura
Ochako merupakan rakan sekelas Izuku di Sekolah Tinggi Yuei kelas 1A. Izuku telah menyelamatkan nyawa Ochako ketika menjalani ujian praktikal kelayakan ke Sekolah Tinggi U.A.
  • Tenya Iida (Jepun: 飯田 天哉, Hepburn: Iida Ten'ya) / Nama adiwira
    Ingenium (Jepun: インゲニウム, Hepburn: Ingeniumu) / Quirk: Enjin
Disuarakan oleh: Kaito Ishikawa
Tenya merupakan rakan sekelas Izuku di Sekolah Tinggi U.A. kelas 1A juga dilantik sebagai ketua kelas. Tenya mempunyai badan fizikal yang kuat. Walaupun sikap Tenya sangat teruk, dia sangat rajin menolong rakan dan memandang serius apa-apa cabaran yang berlaku. Pada asalnya menggunakan namanya sendiri sebagai nama adiwira dan akhirnya abangnya mewarisi nama adiwira Ingenium kepada Tenya setelah diserang oleh Pembunuh Adiwira Stain sehingga badan abangnya lumpur menyebabkan bersara menjadi adiwira.
  • Shoto Todoroki (Jepun: 轟 焦凍, Hepburn: Todoroki Shōto) / Nama adiwira
    Shoto (Jepun: ショート) / Quirk: Separuh Ais Separuh Api
Disuarakan oleh: Yūki Kaji
Shoto merupakan rakan sekelas Izuku di Sekolah Tinggi U.A.
  • Toshinori Yagi (Jepun: 八木 俊典, Hepburn: Yagi Toshinori) / Nama adiwira
    All Might (Jepun: オールマイト, Hepburn: Ōru Maito) / Quirk: One For All (generasi kelapan)
Disuarakan oleh: Kenta Miyake (Anime), Tessho Genda (Vomic)
All Might tenaga pengajar di Sekolah Tinggi U.A.. Kuasa Quirknya ialah "One For All" generasi kelapan sebelum diwariskan kepada Izuku.