Senarai watak Sword Art Online

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut adalah watak-watak dalam siri novel ringan, manga dan anime Sword Art Online.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Kirito[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Yoshitsugu Matsuoka (Bahasa Jepun), Bryce Papenbrook (Bahasa Inggeris)

Kazuto Kirigaya (Jepun: 桐ヶ谷 和人, Hepburn: Kirigaya Kazuto) merupakan salah seorang daripada 1,000 orang penguji beta (beta tester) dalam program tertutup sebelum SAO dipasarkan secara rasmi kepada orang ramai. Dalam dunia maya dikenali sebagai Kirito. Dia merupakan anak yatim piatu sejak bayi lagi ketika ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dan ibu bapa saudaranya mengambilnya sebagai anak angkat. Pada awal siri, Kirito kurang bersosial dan hanya bermain permainan komputer. Kirito mempunyai sikap dingin, permikiran amat tajam seperti detektif, mahir dalam program komputer, minat dalam bidang kejuruteraan mekatronik dan pemain dunia maya yang sangat cilik. Kirito mahir dalam menggunakan pedang kerana dia selalu berlatih kendo bersama sepupunya Suguha. Dia dipertemukan dengan kekasihnya iaitu Asuna Yuuki di SAO. Kirito juga digelar Pemedang Hitam (Jepun: 黒の剣士, Hepburn: Kuro no kenshi) dan kebolehan menggunakan dua pedang. Dia bekerja sambilan bersama Rath diketuai oleh Seijiro Kikuoka untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan membantu menangkap jenayah siber.

Di ALO, dia merupakan kaum Spriggan. Kirito telah menggunakan dua versi avatar yang berbeza, versi pertama rambutnya terpacak dan pedangnya sangat besar dan versi kedua dengan bantuan "The Seed" reka bentuk avatar, kemahiran dan pakaian telah diubah.

Nama Kirito (Jepun: キリト, Hepburn: Kirito) merupakan kependekan daripada nama penuhnya, iaitu Kirigaya Kazuto.

Tarikh lahir Kirito adalah pada 7 Oktober 2008.

Asuna[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Haruka Tomatsu (Bahasa Jepun), Cherami Leigh (Bahasa Inggeris)

Asuna Yuuki (Jepun: 結城 明日奈, Hepburn: Yūki Asuna) merupakan anak kepada Yuuki Shouzou dan Yuuki Kyouko. Dia merupakan salah seorang yang terperangkap dalam SAO. Asuna sentiasa ceria, serius ketika bertarung dalam dunia maya, mahir memasak, mempunyai badan fizikal yang cergas seorang yang genius. Di SAO, Asuna merupakan naib komender dalam kesatuan Knights of the Blood Oath (Jepun: 血盟騎士団, Hepburn: Ketsumei Kishidan). Asuna digelar Cahaya Kilat (Jepun: 閃光, Hepburn: Senkō) sebab kemahiran dalam dunia maya sangat laju dan tajam. Teman lelakinya ialah Kirito.

Asuna merupakan salah seorang daripada hanya dua orang watak dalam siri francais Sword Art Online yang menggunakan nama sebenarnya sendiri sebagai nama avatar. Tarikh lahir pada 30 September 2007.

Leafa[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Ayana Taketatsu (Bahasa Jepun), Cassandra Morris (Bahasa Inggeris)

Suguha Kirigaya (Jepun: 桐ヶ谷 直葉, Hepburn: Kirigaya Suguha) merupakan sepupu kepada Kirito. Semasa Kirito terperangkap dalam dunia maya SAO, ibu Suguha memberitahu cerita sebenar yang sebenarnya Kirito merupakan sepupunya bukan abang kandungnya, ketika itulah Suguha mula jatuh cinta kepada Kirito secara senyap. Selepas insiden SAO, Suguha mula berminat bermain permainan maya dikenali sebagai ALfheim Online (ALO) mengunakan gelaran "Leafa" untuk memahami kenapa Kirito sangat berminat bermain di dunia maya. Suguha mahir dalam kendo, mudah berperasaan sedih, sangat berani menerima cabaran dan sentiasa ceria. Tarikh lahir Leefa pada 19 April.

Sinon[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro (Bahasa Jepun), Michelle Ruff (Bahasa Inggeris)

Shino Asada (Jepun: 朝田 詩乃, Hepburn: Asada Shino) juga digelar Sinon merupakan kawan kepada Kirito. Ketika Shino berusia dua tahun, bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Peristiwa buruk berlaku ketika Shino berusia 11 tahun di pejabat pos seorang perompak yang gila cuba merompak sambil mensasarkan pistol kepada ibu Shino. Shino memgigit tangan perompak, merampas pistol daripadanya dan dia menembak perompak sebanyak tiga kali sehingga perompak itu mati, menyebabkan Shino takut dengan pistol. Sebelum bermain ALO, Shino bermain permainan dunia maya Gun Gale Online (GGO) kerana kawannya Kyoji Shinkawa percaya Shino akan cuba hilangkan trauma secara beransur-ansur dalam permainan tersebut. Sinon dan Kirito merupakan juara kejohanan Bullet of Bullets (BoB) ketika itu bertarung sengit menentang Death Gun. Selepas kejohanan tersebut, Sinon menyertai ALO bersama Kirito dan cuba membuat azam baru iaitu cuba beranikan diri dalam dunia sebenar. Sinon jatuh cinta kepada Kirito secara senyap.

Eugeo[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Nobunaga Shimazaki

Alice[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Ai Kayano

Antagonis[sunting | sunting sumber]

Akihiko Kayaba[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Tōru Ōkawa (Heathcliff), Kōichi Yamadera (Akihiko)

Akihiko Kayaba (Jepun: 茅場 晶彦, Hepburn: Kayaba Akihiko) merupakan pencipta NerveGear dan permainan maya SAO. Kayaba merupakan watak antagonis dalam permulaan siri SAO kerana dia memerangkap semua pemain dalam SAO dengan menggunakan NerveGear untuk menghalang isyarat dari otak pemain. Dalam dunia SAO Kayaba menyamar sebagai Heathcliff (Jepun: ヒースクリフ, Hepburn: Hīsukurifu) merupakan ketua kesatuan Knights of the Blood Oath. Kayaba merupakan pentadbir dalam permainan SAO, jadi dia boleh menjadikan avatarnya sangat kuat. Kayaba ditewaskan oleh Kirito dan akhirnya dia mati di dunia realiti tetapi segala jiwanya hidup dalam dunia maya.

Oberon[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Takehito Koyasu

Nobuyuki Sugou (Jepun: 須郷 伸之, Hepburn: Sugō Nobuyuki) juga dikenali sebagai Raja Pari-Pari Oberon (Jepun: 妖精王オベイロン, Hepburn: Yōsei-ō Obeiron) merupakan watak antagonis dalam babak Alfheim Online. Dialah yang bertanggungjawab menjadikan 300 mangsa NerveGear, termasuk Asuna, sebagai tebusan walaupun setelah SAO tamat. Dia melakukannya dengan memindahkan kesemua mereka ke dalam ALO bagi eksperimen penguasaan manusia melalui teknologi fulldive. Dia juga cuba mengambil alih RECT Progress Inc. dengan Asuna semasa dia masih tidak sedarkan diri. Dia mempamerkan minat sumbaleweng dalam menyempurnakan perkahwinan tersebut semasa Asuna masih koma. Dalam ALO, dia menggunakan identiti Oberon Si Raja Pari-Pari dan menjadikan Asuna permaisurinya, Titania. Semasa dia dan Kirito akhirnya bertemu, dia menyalahgunakan statusnya sebagai pentadbir di samping hasil penyelidikannya dengan mencederakan Kirito dengan meningkatkan had kesakitan Kirito dan menikamnya. Dia dimusnahkan apabila "program hantu" Akihiko Kayaba mengingatkan Kirito kembali tentang bagaimana dia dikalahkan oleh keazaman Kirito, sebelum membantunya menangani status pentadbir Nobuyuki. Kirito kemudian membutakan dan menceraiberaikan Sugou setelah menetapkan had kesakitan Sugou ke tahap maksimum. Kesemua 300 mangsa dibebaskan dari ALO, tetapi Nobuyuki melakukan satu lagi cubaan untuk menyerang Kazuto semasa dia dalam perjalanan bertemu Asuna di dunia nyata, dalam keadaan buta sebelah mata dan gila setelah kekalahannya. Namun, dia sekali lagi ditewaskan oleh Kazuto, yang memanfaatkan sepenuhnya kemahiran pertarungan tanpa senjata yang dipelajarinya dalam SAO. Nobuyuki kemudian ditangkap dan didakwa atas jenayah yang dilakukannya.

Death Gun[sunting | sunting sumber]

Death Gun (Jepun: 死銃, Hepburn: Desu Gan) atau nama avatar Sterben (Jepun: ステルベン, Hepburn: Suteruben, bahasa Jerman untuk "untuk mati") Merupakan watak antagonis dalam arca Gun Gale Online. Death Gun mempunyai tiga pengguna yang berbeza:

Mata Merah XaXa (Jepun: 赤眼のザザ, Hepburn: Akame no ZaZa) / Shōichi Shinkawa (Jepun: 新川 昌一, Hepburn: Shinkawa Shōichi)
Disuarakan oleh: Ryōta Ōsaka (SAO), Sōichirō Hoshi (GGO) (Bahasa Jepun), Ben Diskin (Bahasa Inggeris)
Spiegel (Jepun: シュピーゲル, Hepburn: Shupīgeru) / Kyōji Shinkawa (Jepun: 新川 恭二, Hepburn: Shinkawa Kyōji)
Disuarakan oleh: Natsuki Hanae (Bahasa Jepun), Johnny Yong Bosch (Bahasa Inggeris)
Johnny Black (Jepun: ジョニー・ブラック, Hepburn: Jonī Burakku) / Atsushi Kanemoto (Jepun: 金本 敦, Hepburn: Kanamoto Atsushi)
Disuarakan oleh: Ryōta Ōsaka

Thrym[sunting | sunting sumber]

Thrym (Jepun: スリュム, Hepburn: Suryumu)
Disuarakan oleh: Iizuka Shōzō

Merupakan Raja Buas Gergasi dan ketua musuh terakhir dalam cerita pendek Calibur.

Quinella[sunting | sunting sumber]

Quinella (Jepun: クィネラ, Hepburn: Kwinera)

Merupakan penguasa mutlak Underworld (Alicization), menteri tertinggi Axiom Church dan musuh utama di Underworld.

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Yui[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Kanae Itō

Yui (Jepun: ユイ, Hepburn: Yui) asalnya merupakan watak sampingan dalam SAO, tetapi kemudian dia merupakan watak pembantu/sokongan dalam ALO. Pada mulanya, dia disangka seorang budak perempuan yang tersesat dalam SAO, tetapi pada hakikatnya dia merupakan program kecerdasan buatan, dengan nama penuhnya «Program Kaunseling - Kesihatan Mental», MHCP versi 1, nama kod, «Yui». Di ALO, Yui ialah NPC pixie navigasi. Bentuk badan Yui boleh berubah menjadi manusia dan pixie dan kedua-dua bentuk berkaki ayam. Dia direkabentuk untuk memantau emosi pemain dan muncul di sisi mereka untuk mendengar dan membantu mereka. Namun, sejak hari pertama semua pemain terkurung dalam Sword Art Online, dia tidak dibenarkan untuk mendatangi mana-mana permain dan menjalankan tugasan utamanya. Oleh kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menderita setelah memantau emosi pemain yang terperangkap, dia mendatangi Kirito dan Asuna yang mana tahap emosi mereka begitu bahagia dan aman tatkala ramai pemain lain pula berasa takut dan sedih. Semasa bertemu dengan mereka, dia kelihatan seperti seorang anak kecil yang mengalami amnesia, menyebabkan dia dijadikan anak angkat mereka. Akhirnya, dia hanpir dihapuskan oleh Cardinal, sistem pengurusan SAO, tetapi diselamatkan oleh Kirito dengan menukarkan dan menyimpan datanya ke dalam NerveGear miliknya sendiri. Yui kemudian muncul dalam ALO sebagai Pixie Navigasi Peribadi dan membantu Kirito bersama-sama Leafa untuk mencari Asuna. Yui menganggap Kirito dan Asuna ialah ibu bapanya.

Silica[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Rina Hidaka (Bahasa Jepun), Christine Marie Cabanos (Bahasa Inggeris)

Keiko Ayano (Jepun: 綾野 珪子, Hepburn: Ayano Keiko) merupakan watak sampingan dalam SAO. Dia merupakan salah seorang penjinak haiwan yang jarang ada dalam permainan tersebut. Pada awal permainan, dia berjaya menjinakkan seekor naga kecil, Pina (ピナ), yang dinamakan sempena kucing sebenar miliknya: ciri ini menjadikannya terkenal, meskipun dia hanyalah pemain bertaraf sederhana. Disebabkan kemasyhurannya, ramai yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikannya. Dia selalunya menjauhkan diri daripada lelaki, yang cuba hendak mengahwininya (meskipun dia cuma berumur 13 tahun) atau menjadikannya "maskot" mereka. Setelah tersesat di sebuah hutan, Pina terbunuh apabila dia cuba menyelamatkan Silica daripada serangan raksasa. Kirito menyelamatkan Silica dan membantunya untuk memperoleh "Bunga Pneuma", sejenis barangan yang boleh menghidupkan haiwan yang dijinakkan, memandangkan Silica menyerupai adik perempuannya. Dia menyimpan perasaan terhadap Kirito, tetapi setelah melihat sendiri kemahirannya, dia menyedari bahawa dia dan Kirito tidak boleh bersama dalam permainan tetapi berjanji untuk berjumpa kembali. Keiko berkawan dengan Rika di Sekolah Mangsa Terselamat SAO. Dia kemudian menyertai Kirito dan rakan-rakannya di ALO sebaik bertemu di dunia nyata: mereka sering menjalani misi bersama-sama.

Keiko menggunakan nama Silica sebagai nama avatarnya kerana nama sebenarnya, Keiko (珪子) dinamakan sempena istilah Keiso (珪素) yang bermaksud "silikon", unsur ke-14 dalam jadual berkala, memandangkan dia lahir pada 4 Oktober.

Lisbeth[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Ayahi Takagaki (Bahasa Jepun), Sarah Williams (Bahasa Inggeris)

Rika Shinozaki (Jepun: 篠崎 里香, Hepburn: Shinozaki Rika) merupakan watak sampingan dalam SAO. Dia merupakan seorang tukang besi yang memiliki kedainya sendiri dan sangat berbangga dengan keupayaannya. Lisbeth atau "Liz" merupakan kawan rapat Asuna yang mengesyorkan khidmatnya kepada Kirito. Kirito meminta Liz untuk menempa sebilah pedang khas untuknya dan menemaninya dalam satu misi bagi mendapatkan bijih khas yang diperlukan. Sepanjang misi tersebut, dia juga juga menaruh perasaan terhadap Kirito. Dia berasa sangat kecewa apabila dia mendapati bahawa Kirito merupakan buah hati Asuna. Namun, dia kembali ceria setelah Kirito berterima kasih kepadanya kerana memberikannya keyakinan baharu untuk terus berjuang dan menamatkan permainan. Dia meminta untuk menjadi tukang besi eksklusif Kirito. Selepas itu Rika juga sering mengusik Asuna berkenaan hubungannya dengan Kirito. Di Sekolah Bekas Mangsa SAO, dia dan Keiko berasa iri hati setiap kali melihat Kazuto dan Asuna bersama. Liz kemudian menjadi pemain biasa dalam ALO dan kerap menyertai Kirito dan rakan-rakannya dalam misi serta mengambil tugas menaik taraf peralatan mereka.

Klein[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Hiroaki Hirata

Ryoutarou Tsuboi (Jepun: 壷井 遼太郎, Hepburn: Tsuboi Ryōtarō) merupakan watak sampingan dalam SAO. Seorang pemain yang peramah yang mula-mula bertemu Kirito pada awal permainan, menjadi kawan pertamanya serta mempelajari asas permainan daripada Kirito. Mereka membawa haluan masing-masing apabila Kirito beredar ke pekan seterusnya untuk meningkatkan tahapnya, sementara Klein terus di belakang untuk membantu rakan-rakannya yang kurang berpengalaman, walaupun dia bimbang akan Kirito berikutan sikapnya yang suka menyendiri dan terburu-buru. Klein menggunakan pedang katana untuk berlawan dan kemudian menjadi ketua kesatuannya sendiri, Fuurinkazan. Dia sering bertemu dengan Kirito dan rakan-rakannya dan kerap menyertai mereka dalam misi di ALO, terutamanya selepas pelancaran Benih Dunia.

Yuuki[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Aoi Yūki

Yuuki Konno (Jepun: 紺野 木綿季, Hepburn: Konno Yūki) merupakan watak utama dalam novel ringan jilid 7 dan anime SAOII arca Mother's Rosario. Dia merupakan seorang kaum Imp di ALO, dan dia mula bertarung dengan sesiapa sahaja dengan menjanjikan satu Kemahiran Pedang Asal (OSS) membuat serangan kombo sebanyak 11 kali jika dia ditewaskan: disebabkan statusnya yang tidak dapat dikalahkan, dia digelar "Pedang Mutlak (Zekken)". Yuuki bersama kembarnya pernah bermain satu permainan sebelum bermain di ALO. Semasa perlawanan di salah sebuah pulau kecil di tingkat 24, Asuna juga cuba bertarung dengannya tetapi tewas. Setelah perlawanan Yuuki mengajaknya untuk membantu mengalahkan ketua raksasa tingkat 27 bersama-sama kesatuannya "Sleeping Knights" dengan niat untuk mencatatkan kesemua nama ahli di Monumen Pemedang sebagai kenangan. Setelah beberapa peristiwa termasuklah setelah tewasnya ketua raksasa, barulah didedahkan bahawa Yuuki menghidap HIV/AIDS dan ahli-ahli kesatuannya kesemuanya adalah pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup: untuk menguji peranti Medicuboid, yang direkabentuk oleh Rinko Koujiro, untuk menjaga pesakit akan datang. Yuuki sangat rapat dengan Asuna, yang mengingatkannya kepada mendiang kakanya Aiko Konno. Semakin hari, keadaan Yuuki semakin kritikal dan setelah dia mewasiatkan OSS «Mother's Rosario» kepada Asuna, dia meninggal dunia dengan tenang di ALO, dengan disaksikan lebih 1,000 pemain daripada pelbagai puak dalam permainan, termasuklah ahli-ahli kesatuannya, Asuna dan rakan-rakannya.

Seperti Asuna, dia menggunakan nama sebenar sebagai nama avatar. Selain itu, namanya juga sama seperti nama keluarga Asuna.

Agil[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Hiroki Yasumoto

Andrew Gilbert Mills (Jepun: アンドリュー・ギルバート・ミルズ, Hepburn: Andoryū Girubāto Miruzu) merupakan watak sampingan dalam SAO. Seorang penghayun kapak yang botak dan berkulit hitam yang memiliki kedainya sendiri di SAO, serta turut mempunyai pengetahuan dalam pertukangan besi. Agil berketinggian 244 cm (8.01 ka) dan bertubuh sasa. Di sebalik penampilannya yang agak menakutkan, dia sebenarnya baik hati dan menghabiskan kebanyakan daripada hasil pendapatannya untuk membantu pemain lain di tingkat tengah. Kirito merupakan pelanggan biasa di kedainya serta merupakan kawan baiknya. Agil mengusahakan sebuah bar bernama "Dicey Café" di dunia nyata, yang diusahakan oleh isterinya semasa dia koma selama dua tahun. Kafé tersebut kemudian menjadi tempat pertemuan Kazuto dan rakan-rakannya untuk minum dan melepak di dunia nyata.

Lain-lain watak[sunting | sunting sumber]

Pemain SAO[sunting | sunting sumber]

Sachi[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Saori Hayami

Sachi (Jepun: サチ, Hepburn: Sachi) merupakan watak sampingan dalam SAO. Sashi salah seorang ahli persatuan "Moonlit Black Cats" juga merupakan persatuan pertama disertai oleh Kirito. Sashi dan hampir kesemua ahli persatuan telah terbunuh menyebabkan Kirito berputus asa. Pada Malam Krismas, satu mesej lama Sashi diterima Kirito memberi satu semangat baru dan tidak menyertai mana-mana persatuan sehingga terpaksa menyertai "Knights of the Blood Oath".

PoH[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Tsuyoshi Koyama

PoH adalah merupakan ketua persatuan "Pemain merah (Red player)" dalam SAO. Tujuan dia mencipta persatuan ini ialah untuk membunuh mana-mana permain. Kata-kata frasa ialah "Inilah masanya". Identiti sebenarnya tidak diketahui tetapi dia masih hidup (seramai 10 ahli Laughing Coffin yang masih hidup).

Kuradeel[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Kōji Yusa

Kuradeel (Jepun: クラディール, Hepburn: Kuradīru) merupakan ahli persatuan pemain merah "Laughing Coffin" menyamar sebagai ahli persatuan "Knights of the Blood Oath".

Argo[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Shiori Izawa

Argo (Jepun: アルゴ, Hepburn: Arugo) merupakan rakan Kirito semasa menjadi penguji beta juga digelar "Argo si tikus".

Sasha[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Kyouko Fujii

Sasha (Jepun: サーシャ, Hepburn: Sāsha) merupakan penjaga pemain bawah umur SAO .

Yolko[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Nozomi Yamamoto

Yolko (Jepun: ヨルコ, Hepburn: Yoruko) merupakan ahli persatuan "Golden Apple". Teman lelakinya bernama Caynz.

Yulier[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Ryoko Shiraishi

Yulier (Jepun: ユリエール, Hepburn: Yuriēru) merupakan ahli atasan dalam persatuan Angkatan Tentera Liberasi. Dia dikhaskan untuk membantu tugas Thinker sebagai ketua. Thinker berkahwin dengannya dalam dunia realiti.

Pemain ALO[sunting | sunting sumber]

Sakuya[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Sayuri Yahagi (Bahasa Jepun), Lauren Landa (Bahasa Inggeris)

Sakuya (Jepun: サクヤ, Hepburn: Sakuya) merupakan ketua kaum Sylph. Semasa mesyuarat bersama Cait Sith Sakuya telah diserang oleh Jeneral Eugene merupakan ketua kaum Salamander. Pada detik tersebut, Kirito datang untuk mencabar jeneral untuk pertarungan. Selepas Kirito menang dalam pertarungan tersebut, Sakuya mengajak Kirito menyertai kaum Slyph tetapi Leafa membantah tawaranya untuk menemani Kirito ke Pokok Dunia. Pada pertengahan arca, Sakuya menyetuai tentera Cait Sith dan Sylph menentang Tentera Pokok Dunia dalam usaha untuk membantu Kirito dengan pertarungan. Selepas Kirito sampai ke puncak Pokok Dunia, dia mengarahkan pasukannya untuk mengundur. Pada akhir arca, Sakuya, Alicia Rue dan beberapa pemain terbang ke arah Aincrad Baru.

Alicia Rue[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Chiwa Saito (Bahasa Jepun), Cristina Vee (Bahasa Inggeris)

Alicia Rue (Jepun: アリシャ・ルー, Hepburn: Arisha Rū) merupakan ketua kaum Cait Sith. Dia telah mendapat undian tertinggi dalam pemilihan ketua yang paling porpular. Dia mempunyai kelebihan mempunyai kuasa magik tahap tertinggi dinamakan «Moonlight Mirror». Dia membentuk satu pasukan bersama kaum Sylph untuk menentang Tentera Pokok Dunia untuk membantu Kirito.

Semasa Cait Sith mesyuarat bersama-sama Sylph di Lembah Rama-Rama telah diserang oleh sekumpulan Salamander diketuai Jenera Eugene. Kirito datang untuk mencabar jeneral untuk pertarungan. Selepas Kirito menang dalam pertarungan tersebut, Alicia cuba memikat Kirito menyertai Cait Sith tetapi Kirito tolak tawarannya kerana tujuannya menuju ke Pokok Dunia untuk menyelamatkan Asuna. Pada keesokan harinya, Alicia sambil menunggang naga yang telah dijinakkan bersama kaum Sylph menentang Tentera Pokok Dunia dalam usaha untuk membantu Kirito dengan pertarungan. Selepas Kirito sampai ke puncak Pokok Dunia, dia mengarahkan pasukannya untuk mengundur. Pada akhir arca, Alicia dan beberapa pemain terbang ke arah Aincrad Baru.

Recon[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Ayumu Murase (Bahasa Jepun), Marianne Miller (Bahasa Inggeris)

Shinichi Nagata (Jepun: 長田 慎一, Hepburn: Nagata Shin'ichi) atau juga dikenali sebagai Recon (Jepun: レコン, Hepburn: Rekon) merupakan rakan sekelas Suguha di dunia sebenar. Dia memperkenalkan ALO kepada Suguha tentang VRMMO. Di ALO, dia merupakan kaum Sylph berkemahiran menggunakan pisau dan elemen kegelapan. Dia juga jatuh cinta kepada Suguha tatapi lamaranya telah ditolak Suguha kerana tidak berminat.

Eugene[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Kenta Miyake (Bahasa Jepun), Joshua Tomar (Bahasa Inggeris)

Eugene (Jepun: ユージン, Hepburn: Yūjin) seorang ketua dan jeneral kaum Salamander. Dia menyerang semasa Cait Sith dan Sylph sedang bermesyuarat. Kemudian, Recon berjaya mempelajari serangan itu dan memberi amaran kepada Leafa. Leafa dan Kirito bergegas untuk menghentikan konfrontasi, tetapi Eugene mencabar Spriggan untuk bertanding satu demi satu. Pada mulanya, Kirito terpaksa mempertahankan diri terhadap serangan gaya senjata Eugene, tetapi Kirito mengambil katana Leafa untuk mempersiapkan "Blades Dual" yang terkenal. Dengan bilah tambahan ini, Eugene tidak dapat bertahan dengan serangan hendap Kirito dan dikalahkan dengan cepat. Selepas pertarungan, dia dihidupkan semula oleh Sakuya dan meninggalkan tempat kejadian dengan pasukannya dengan baik. Sebelum pertarungan, Eugene dianggap sebagai pemain terkuat dalam permainan.

Chrysheight[sunting | sunting sumber]

Disuarakan oleh: Toshiyuki Morikawa (Bahasa Jepun), Matthew Mercer (Bahasa Inggeris)

Seijiro Kikuoka (Jepun: 菊岡征二郎, Hepburn: Kikuoka Seijirō) juga dikenali sebagai Chrysheight (Jepun: クリスハイト, Hepburn: Kurisuhaito) merupakan orang atasan dalam Kementerian Pertahanan dan pengasas syarikat Rath. Selepas insiden SAO, dia bertemu bual bersama Kazuto memberi keterangan lebih lanjut dan informasi mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa permainan sebagai pertukaran maklumat mengenai keberadaan Asuna. Selepas peristiwa arca Tarian Pari-Pari dia mengadakan pertemuan sekali lagi bersama Kazuto bertemu bual sekali lagi peristiwa SAO dan peristiwa ALO. Dia mula bermain ALO di bawah nama Chrysheight dan kemudian menghubungi Kirito untuk menyiasat kematian Death Gun di GGO.

Selepas Kazuto diserang di dunia nyata oleh Johnny Black, Kikouka membawa Kazuto keluar dari hospital secara senyap dan membawanya ke Penyu Laut pengkalan utama Rath untuk memberi rawatan perubatan untuk kerosakan sel saraf otak yang dia alami. Rath telah ditubuhkan oleh Seijiro untuk berusaha membangunkan AI sesuai untuk menggantikan manusia di medan perang dinamakan Project Alicization.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]