Senario Lagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Senario Lagi
Senario lagi 01.jpg
PengarahAziz M. Osman
PenerbitShamsul Khalid Ismail
PenulisAziz M. Osman
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
25 Mei 2000
Tempoh tayangan
118 minit
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia
PerbelanjaanRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 4.37 juta

Senario Lagi ialah sebuah filem komedi dari Malaysia tahun 2000 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan lakonan kedua Kumpulan Senario dan filem pertama yang menampilkan Yassin Yahya sebagai watak utama.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Azlee yang baru saja dinaikkan pangkat telah membeli kereta terpakai "Wira Hijau" untuk membawa isteri, Zati (Syanie) dan Zali (Al-Fariz) untuk bercuti ke Cherating. Mazlan (Ejen Bank) sedang mencari kereta curi yang dibeli oleh Azlee dan mengekorinya hingga ke Cherating sekali. Azlee terserempak dengan Linda (Umie Aida) dan mereka berdua jatuh hati sesama sendiri dan membuatkan Zati cemburu. Mazlan mengajak Yassin tolong bawa kereta curi itu ke Kuala Lumpur tetapi dia menolak. Sedang asyik Azlee dan Zati bertengkar dalam kereta, mereka terlanggar Saiful yang membonceng motosikal. Wahid (pencuri kereta) telah mencuri kereta Azlee dan bawa lari ke Thailand.

Azlee telah ditelefon oleh polis bahawa pihak polis telah berjaya jumpa kereta yang telah dicuri di permeriksaan polis, Azlee dan keluarganya gembira dan terima kepada Mazlan. Wahid berhenti kereta dan mencampakkan beg dan memasukkan Yassin ke dalam bonet kereta. Mazlan memberikan nombor plat kereta kepada Azlee dan menjelaskan bahawa kereta yang bukan dimiliki oleh Azlee, tetapi kereta yang dimiliki oleh seorang yang ingin saman Azlee.

Semasa Wahid dalam perjalanan, tiba-tiba kereta yang telah disangkut oleh lumpur. Orang-orang India mahu menumpangkan kereta Wahid kerana kereta mereka rosak, lalu 2 orang India menolak kereta. Di dalam perjalanan itu, Azlee dan Mazlan ingin jatuh cinta kepada Linda lalu dalam perjalanan, tetapi Azlee terkejut lalu terlanggar reban ayam. Nasib baik mereka terselamat daripada kereta yang akan terjatuh. Linda memaksa mereka untuk menolong mencari kereta yang dicuri.

Semasa sampai di kenduri, Orang India mengajak Wahid untuk makan tetapi dia menolak. Yassin menjerit dan meminta tolong lalu budak perempuan India membuka but kereta. Yassin telah dibawa kekasihnya yang dinama Kamala. Kamala ingin pergi ke kedai lalu Yassin membawa Kamala ke kereta. Sampai berhenti di kedai, Azlee, Linda, Mazlan dan keluarganya mengejak mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Azlee Jaafar sebagai Azlee - Merupakan seorang suami,dan bapa kepada seorang anak yang baru dinaikkan pagkat membeli kereta baru. Hampir menjadi curang dan terlibat dengan skandal sepanjang perjalanan mereka
  • Mazlan Pet Pet sebagai Mazlan - Merupakan Ejen bank yang bertugas untuk menarik kereta, dia menjejak Azlee sehingga ke Pantai Timur untuk menarik kembali kereta yang baru dibeli oleh Azlee
  • Wahid Mohamad sebagai Wahid - Seorang ejen/pekerja haram yang terlibat dalam organisasi haram iaitu sindiket mencuri kereta dan menjual ke Sempadan Negara. Dia mengenakan gaya hidup mewah hasil dari kegiatan curi kereta
  • Saiful Apek sebagai Saiful - Seorang penganggur yang tidak sengaja terlibat dengan insiden yang berlaku terhadap Azlee dan sekeluarga setelah kemalangan.Namun dia mengambil kesempatan dengan mengugut Azlee untuk membawanya ke muka pengadilan bagi menuntut sebarang perbelanjaan dirinya sepanjang perjalanan yg 'kebetulan' ini
  • Yassin Yahya sebagai Yassin Alias Haranas Sutrisnor - Seorang warganegara indonesia yang telah bekerja di negara Malaysia selama dua tahun.Ingin berhijrah ke Pantai Timur dan mencari isteri 'Bollywood'. Juga seorang yang lurus bendul
  • Syanie sebagai Zati - Isteri kepada Azlee yang tidak memiliki keyakinan diri ekoran 'kekurangan diri' yang dirasakan oleh dirinya. Serta kuat cemburu
  • Umie Aida sebagai Linda - Seorang penyayi di resort Cherating. Namun telah jatuh cinta kepada Azlee setelah Azlee menolong membayar barangan dang menolong membaiki keretanya
  • Al-Fariz Ismail sebagai Zali - Anak tunggal Azlee dan Zati yang masih kencing malam dan suka menerajang kaki orang dewasa.berani
  • Siti Nora 'Bobbi' sebagai Kamala - Wanita berbangsa india yang menjadi 'buah hati' Yassin. Tidak sengaja terlibat dalam insiden ini setelah dilarikan oleh Wahid sewaktu aksi kejar-mengejar. Kebetulan cleaner di Resort tempat yang sama linda bekerja
  • Ahmad Idham sebagai Doktor - Seorang doktor yang tidak berkompromi dengan sesiapa dan tegas
  • Amy Mastura sebagai Pegawai Polis - Pegawai polis wanita yang tegas menjalankan tugas tanpa sebarang kompromi juga
  • Azhar Sulaiman sebagai Pelayan Warung - Seorang pelayang warung yang suka buat kerja mudah
  • Aziz M. Osman sebagai Pekerja Hotel - Pekerja hotel yang selamatkan Kamala yang diikat oleh Wahid
  • Jalaluddin Hassan sebagai Pelakon Drama - Pelakon lelaki yang diminati oleh Zati
  • Lydiawati sebagai Jiran Azli - ada pernah berlakon sebagai watak utama dalam XX Ray 2 namun penampilan sekejap di dalam filem ini. Memberikan maklumat keberadaan Azlee sekeluarga kepada Mazlan
  • Mustapha Kamal sebagai Jurujual Kereta - Seorang tauke yang membeli dan menjual kereta terpakai. Menjual kereta kepada Azlee
  • Nina Juren sebagai Pelakon Drama
  • Nor Aliah Lee sebagai Kawan Mazlan - Salah seorang Ejen bank. 'Partner of crime Mazlan'

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Pansha
  • Zulkifli Zain
  • Said Prono sebagai Penjaga Rumah Skodeng 1 - nama hampir keliru dengan perkataan tidak baik
  • Zaidi Rock sebagai Penjaga Rumah Skodeng 2

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Umie Aida dan Ahmad Idham adalah pelakon yang membintangi drama popular ketika itu, Romeo & Juliet yang ditayangkan di saluran TV3. Kedua-duanya membuat penampilan di dalam filem ini. Salah satu lagu tema drama itu nyanyian Umie dan Azlan Abu Hassan dijadikan lagu latar babak romantis dalam filem ini dimana Amie dan Azlee seperti pasangan kekasih.
  • Telenovela/ soap opera Melayu pertama, Idaman. Turut diadaptasi ke dalam filem ini dimana Syanie bermimpi menjadi kekasih baru Datuk Mansor lakonan Jalaluddin Hassan. Begitu juga dimana Azlee menjadi teman baru Nina Juren. Bukti betapa kuatnya pengaruh drama TV pada era ketika itu.
  • Proton Wira Tahun 1999 yang dibawa lari oleh Wahid itu berwarna hijau gelap. Sekali imbas seakan akan berwarna hitam. Amat jarang sekali kereta tersebut sebegitu ditemui.
  • Azlee berimej rambut lebat untuk cerita ini. Azlee sinonim dengan imej rambut flat top sepanjang kariernya.
  • Francais kedua filem asal Senario selepas Senario The Movie, Lagi Lagi Senario, Lang Buana, Senario XX, Senario Pemburu Emas Yamashita. Dibawah terbitan Grand Brilliance.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
    • Anugerah Khas Juri - Filem Box-Office

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM4,372,802.73.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]