Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Senario Pemburu Emas Yamashita)
Senario Pemburu Emas Yamashita
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
  • Ahmad Puad Onah
  • Lazizah Ahmad (eksekutif)
Dibintangi
Disunting olehAziz M. Osman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 18 Mei 2006 (2006-05-18) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.49 juta
Pecah panggungRM1 juta

Senario Pemburu Emas Yamashita ialah sebuah filem komedi pengembaraan Malaysia 2006 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan filem terakhir bagi Kumpulan Senario bernaung di bawah Grand Brilliance. Francais filem Senario selepas ini diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mulai siri Senario The Movie: Episode 1 dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys arahan Ahmad Idham.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Azlee Jaafar sebagai Elie. Aboy "Boy", Bekas bouncer kelab malam dan bekas banduan.Boy dipenjarakan atas kesalahan mencederakan pelanggan tempat kerja dan masuk ke pusat mental kerana melakukan kekerasan terhadap pemandu kereta wanita kerana melanggar seekor kucing.
  • Lan Pet Pet sebagai Seman Che Husin, Pemandu teksi yang meminati pakar motivasi dan suka berkongsi ilmu tapi beliau dimasukan selepas pergaduhan kecurangan isterinya dengan idola Seman.
  • Wahid Senario sebagai Niklah Saputra "Put", Pengikut tegar Black Metal, Skinhead kerap meludah
  • Que Haidar sebagai Razali" Jali", Seorang juruukur tanah yang disyaki gila kerana bertemu askar Jepun meskipun dia waras dan pemegang skrol emas
  • Nora Danish sebagai Dr. Lisa, Pakar terapi pusat mental
  • Beego sebagai Dr Murad, Kaunselor pusat mental (antagonist utama) yang mendera Seman, Boy, Put dan Jali dengan memakai batang renjatan elektrik.
  • Hamdan Ramli sebagai Y.B Hamdan, Wakil rakyat yang mempunyai niat jahat terhadap Tagaya dan seorang mengamalkan rasuah
  • Ilya Buang sebagai Tagaya, Ketua Kampung Kemetot

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Razak Ahmad sebagai Prof. Hairi Kamsani
  • Hanny Harmi sebagai Isteri Seman
  • Pak Abas sebagai Tentera Jepun
  • MD Azrin Sahab sebagai Tungau
  • Nadia Danish sebagai Sekretari YB
  • Sarip Nor sebagai Tauke Warong
  • Kenchana Dewi sebagai Pegawai Kerajaan

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Boy, Put, Seman dan Jali telah dihantar ke klinik mental diatas kelakuan yang tidak stabil. Tetapi, sebenarnya mereka ini waras pemikirannya, cuma dimasukkan ke dalam klinik tersebut diatas kelakuan mereka dimana Put gemar meludah, Boy dan Seman memerlukan class mengawal panas baran dan Jali mengaku telah berjumpa dengan askar Jepun dalam hutan yang memberi satu peta kepada harta karun Jeneral Yamashita.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Meskipun ahli asal Senario, ini adalah filem pertama Senario menampikan Hamdan Ramli dan Ilya Buang.
  • Apabila Seman (Mazlan) membuat mimik ' kita enjoy ' itu adalah trademark Nora Danish semasa dia berlakon sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman yang ke udara setiap malam selasa di TV3. Beego yang juga pasangannya dalam sitkom itu turut berlakon sekali dalam Pemburu Emas Yamashita.
  • Filem ini juga naskhah terakhir francais filem Senario arahan Aziz M. Osman
  • Filem ini mengambil puluhan pelakon OKU kategori fizikal (Kerdil) sebagai pelakon Tambahan penduduk kampung

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan pada 18 Mei 2006 dengan kos RM 1.49 juta dan hanya mendapat kutipan sebanyak RM 1 juta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.