Sendayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sendayan terletak di barat daya Daerah Seremban, Negeri Sembilan,Malaysia, bersempadan dengan Daerah Port Dickson. Sendayan juga terletak berhampiran dengan Labu, Nilai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Felda Sendayan terletak di sini dan dibangunkan menjadi bandar dengan nama baru Sri Sendayan.

Sendayan terletak kira-kira 12 km dari Seremban.

Pangkalan baru TUDM[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mei 2011, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Sendayan akan dibangunkan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggantikan Sungai Besi. [1]

Kerajaan Malaysia berhasrat membangunkan kawasan metropolitan Kuala Lumpur Raya yang melibatkan pembangunan semula Lapangan Terbang Sungai Besi (Bandar Malaysia), bekas Penjara Pudu (BBCC), Menara Merdeka 118, rangkaian sistem transit aliran massa (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang dan Putrajaya, dan pembangunan wilayah Lembah Wawasan Malaysia (MVV) di barat Negeri Sembilan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]