Seni bina Yunani purba
Atas: Parthenon (460–406 SM); Tengah: Erechtheion (421–406 SM); Bawah: Ilustrasi tiang Doris (tiga kiri), Ionia (tiga tengah) dan Corinth (dua kanan) | |||||
Tahun aktif | s. 900 SM–abad ke-1 M |
---|
Seni bina Yunani purba berasal daripada orang Yunani, atau juga dipanggil orang Helene, yang budayanya berkembang di tanah besar Yunani, Peloponnesos, Kepulauan Aegea, dan di jajahan-jajahan Anatolia dan Itali dari sekitar 900 SM hingga abad ke-1 M, dengan karya seni bina tertua yang masih wujud berasal dari sekitar 600 SM.[1]
Seni bina Yunani purba terkenal dengan kuilnya, banyak yang terdapat di seluruh rantau, dengan Parthenon dianggap, baik pada zaman dahulu mahupun sekarang, sebagai contoh utama.[2] Kebanyakan tinggalan dalam keadaan runtuhan yang tidak lengkap, tetapi beberapa masih utuh, kebanyakannya di luar Greece moden. Jenis bangunan penting kedua yang masih wujud di seluruh dunia Helenik ialah teater terbuka, dengan yang tertua berasal dari sekitar 525–480 SM. Bentuk seni bina lain yang masih ada termasuk pintu gerbang perarakan (propylon), dataran awam (agora) dikelilingi tiang bertingkat (stoa), bangunan majlis bandar (bouleuterion), monumen awam, makam monumental (mausoleion) dan stadium.
Seni bina Yunani purba dibezakan oleh ciri-cirinya yang sangat formal, baik dari segi struktur mahupun hiasan. Ini lebih-lebih lagi berkenaan dengan kuil, yang mana setiap bangunan adalah seperti sebuah karya arca di landskap. Kebanyakan kuil dibina di tanah tinggi supaya kecantikannya dan kesan cahaya pada permukaannya dapat dilihat dari semua sudut.[3] Nikolaus Pevsner menyatakan bahawa "bentuk plastik kuil [Yunani] [...] ditempatkan di depan kita dengan keadaan fizikal yang lebih kuat, lebih hidup daripada mana-mana bangunan selepasnya".[4]
Perbendaharaan kata formal seni bina Yunani purba, khususnya pembahagian gaya seni bina kepada tiga aturan yang ditakrifkan: Aturan Doris, Aturan Ionia dan Aturan Corinth, mempunyai pengaruh mendalam terhadap seni bina Barat pada zaman kemudian. Seni bina Rom Purba berkembang daripada seni bina Yunani dan mengekalkan pengaruhnya di Itali sehingga hari ini. Dari Zaman Pembaharuan, kebangkitan Klasikisme bukan sahaja mengekalkan bentuk dan perincian tersusun yang tepat seni bina Yunani, tetapi juga konsep keindahan seni binanya berdasarkan keseimbangan dan perkadaran. Gaya-gaya seni bina Neoklasik dan Seni bina Kebangkitan Yunani mengikut dan menyesuaikan gaya Yunani purba dengan rapat.
Sebahagian daripada siri mengenai |
Sejarah seni Yunani |
---|
![]() |
Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Geografi
[sunting | sunting sumber]Tanah besar dan pulau-pulau Yunani sangat berbatu, dengan garis pantai yang bersuak, banjaran berceranggah dan hutan yang tidak begitu besar. Bahan binaan yang paling sedia ada ialah batu. Batu kapur juga ada dan mudah diusahakan.[5] Selain itu, terdapat marmar putih dalam jumlah yang banyak dan bermutu tinggi di kedua-dua tanah besar dan pulau-pulau, terutamanya di Paros dan Naxos. Bahan berhablur halus ini merupakan faktor besar yang menyumbang kepada ketelitian dan ketepatan dalam seni bina dan arca, yang memenuhi seni bina Yunani purba.[6] Mendapan tanah liat tembikar yag berkualiti terdapat di seluruh Yunani dan Kepulauannya, dengan deposit yang terbesar berada berhampiran Athens. Ia bukan sahaja digunakan untuk bekas-bekas tembikar malah jubin atap dan hiasan seni bina.[7]
Yunani mempunyai iklim maritim: kedinginan musim sejuk dan hangat musim panas bergabung dengan bayu laut. Ini membawa kepada gaya hidup dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan di luar rumah. Kuil ditempatkan di puncak bukit, kawasan luarnya direka sebagai tumpuan mata bagi majlis keramaian dan perarakan, sedangkan teater biasanya hanyalah kawasan berlereng tempat orang akan duduk yang diperindah lagi. Kolonad yang mengelilingi binaan-binaan atau halaman menyediakan perlindungan daripada matahari dan ribut salji yang muncul secara tiba-tiba.[6]
Cahaya di Yunani juga mungkin faktor penting lain dalam perkembangan karakter unik seni bina Yunani pubra. Cahayanya sering amat terang, dengan langit dan laut yang sebiru-birunya. Cahaya yang terang dan bayang-bayang yang jelas memberikan ketepatan pada perincian lanskap, singkapan berbatu pucat dan pantai. Kejernihan ini berselang-seli dengan waktu-waktu jerebu yang bermacam-macam warna mengikut cahaya yang diresapinya. Dalam persekitaran istimewa ini, arkitek-arkitek Yunani purba membina bangunan yang amat teliti dan terperinci.[6] Permukaan marmar yang berkilauan adalah licin, melengkung, bergalur, ataupun diukir dengan cantik untuk memantulkan matahari, menghasilkan bayang-bayang yang berlapisan dan berubah warna dengan cahaya siang yang sentiasa berubah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ahli sejarah memisahkan tamadun Yunani purba kepada dua era, satu zaman Helenik (dari sekitar 900 SM hingga kematian Alexander Agung pada 323 SM), dan zaman Helenistik (323 SM – 30 TM).[8] Pada zaman Helenik, pelbagai hasil seni bina mula muncul sekitar tahun 600 SM. Pada zaman Helenistik yang seterusnya, budaya Yunani tersebar kerana penaklukan Alexander di tanah-tanah lain, kemudian lagi akibat kebangkitan Empayar Rom, yang banyak menyerap budaya Yunani.[9][10]
Sebelum era Helenik, terdapat dua budaya utama yang mendominasi rantau ini: Minos(s. 2800 – s. 1100 SM) dan Mykenai (s. 1500 – 1100 SM). Minos ialah nama yang diberikan oleh sejarawan moden kepada budaya masyarakat di Crete purba, yang terkenal dengan istana-istananya yang berhiasan indah dan mewah, juga barangan tembikarnya, yang paling terkenalnya dicat dengan corak flora dan motif hidupan laut. Budaya Mykenai, yang berkembang di Peloponnesos, berbeza sifatnya. Orangnya membina kota kubu, benteng pertahanan dan makam, yang menghiasi tembikar mereka dengan gambaran tentera berarak dan bukan sotong ataupun rumpai laut. Kedua-dua tamadun ini muktamad sekitar tahun 1100SM, yang di Crete barangkali akibat gunung berapi, dan di Mykenai akibat serangan oleh orang Doris yang tinggal di tanah besar Yunani.[11] Selepas peristiwa-peristiwa ini, satu zaman yang mana hanya budaya tahap kampung sahaja yang ada. Zaman ini oleh itu sering dirujuk sebagai Zaman Gelap Yunani.
Seni
[sunting | sunting sumber]Seni era Helenik secara amnya terbahagi kepada empat zaman: Protogeometrik (1100–900 SM), Geometrik (900–700 SM), Arkaik (700–500 SM) dan Klasik (500–323 SM)[12] dengan arca dibahagi lagi kepada Klasik Tegar, Klasik Tinggi dan Klasik Lewat.[9] Tanda-tanda pertama karakter artistik yang menentukan seni bina Yunani purba dapat dilihat dalam tembikar orang Yunani Doria dari abad ke-10 SM. Pada tempoh ini pun ia dicipta dengan pengetahuan mengenai perkadaran, simetri dan keseimbangan yang tidak ternampak dalam tembikar-tembikar serupa dari Crete dan Mykenai. Hiasannya berbentuk geometri yang tepat dan disusun dengan kemas mengikut zon pada bahagian tertentu setiap tembikar. Sifat-sifat ini terbentuk bukan sahaja dalam satu alaf Yunani membuat tembikar tetapi juga dalam seni bina yang akan muncul pada abad ke-6.[13] Perkembangan utama yang berlaku ialah figura manusia yang semakin digunakan sebagai motif hiasan utama, dan betapa selalunya manusia, mitologinya, aktivitinya dan perasaannya digambarkan.[9]
Perkembangan menggambarkan sosok manusia dalam tembikar diiringi dengan perkembangan yang serupa dalam arca. Arca gangsa kecil yang dihasilkan pada zaman Geometrik membuka jalan kepada representasi yang lebih formal dan berskala besar pada zaman Arkaik. Zaman Klasik ditandai dengan perkembangan pesat dalam menggambarkan dewa-dewa dalam bentuk manusia yang seolah-olah hidup dan ideal.[14] Perkembangan ini memberikan kesan langsung pada hiasan-hiasan berarca di kuil, kerana banyak arca Yunani purba yang masih terpelihara dahulunya ditempatkan di kuil,[15] dan banyak patung-patung terbesar dan yang dirakamkan dari zaman itu, seperti patung-patung gading dan emas Zeus yang telah hilang dari Kuil Zeus di Olympia dan Athena di Parthenon, Athens, kedua-duanya melebihi 40 kaki tinggi pernah ditempatkan di kuil-kuil ini.[16]
Agama dan falsafah
[sunting | sunting sumber]Agama Yunani purba ialah satu bentuk penyembahan alam semula jadi yang berkembang daripada budaya-biudaya terdahulu. Namun, berbeza daripada budaya-budaya yang lebih awal, manusia tidak lagi dianggap terancam oleh alam, sebaliknya merupakan hasil teragungnya.[10] Unsur-unsur alam dipersonifikasikan menjadi dewa-dewa dalam manusia yang lengkap dan dengan tingkah laku yang amat manusia.[6]
Para dewa dipercayai berdiam di Olympus, gunung tertinggi di Yunani. Dewa-dewa yang paling utama ialah Zeus, pemerintah tertinggi langit; Hera, isteri Zeus dan dewi perkahwinan; Athena, dewi kebijaksanaan; Poseidon, dewa laut; Demeter, dewi penuaian; Apollo, dewa matahari, undang-undang, penyembuhan, wabak, akal, muzik dan puisi; Artemis, dewi kesucian, pemburuan dan hutan belantara; Aphrodite, dewi cinta; Ares, dewa perang; Hermes, dewa perdagangan dan pengembara; Hephaestus, dewa api dan pertukangan logam; dan Dionysus, dewa wain dan tumbuhan berbuah.[6] Pemujaan, seperti aktiviti-aktiviti lain, dilakukan bersama-sama masyarakat, secara terbuka. Namun, menjelang 600 SM, para dewa sering direpresentasikan dengan patung-patung besar dan tempat khas untuk meletakkannya mula diperlukan. Ini membawa kepada kuil.[17]
Orang Yunani purba melihat keteraturan dalam alam semesta, lalu alam semesta menerapkan tertib dan akal kepada ciptaannya. Falsafah humanis mereka meletakkan manusia di pusat semua perkara dan menggalakkan masyarakat yang teratur serta menyemai benih demokrasi.[10] Pada masa yang sama, penghormatan intelek manusia menghendaki akal, dan menggalakkan semangat untuk menyoal, logik, cabaran dan penyelesaian masalah. Seni bina Yunani purba, dan khususnya, seni bina kuil, menjawab kepada cabaran-cabaran ini dengan hasrat untuk keindahan, dan untuk tertib dan simetri yang merupakan hasil daripada pencarian kesempurnaan yang terus-menerus, bukan sekadar menerapkan peraturan yang berkesan semata-mata.
Sifat seni bina
[sunting | sunting sumber]Perkembangan awal
[sunting | sunting sumber]Terdapat perbezaan jelas antara seni bina budaya Mykenai dan Minos sebelumnya dengan seni bina Yunani purba, dengan banyak teknik dan pemahaman gaya mereka hilang apabila tamadun-tamadun ini jatuh.[18]
Seni bina Mykenai penuh dengan pertahanan besar, biasanya mengelilingi kota kubu dengan istana diraja, jauh lebih kecil daripada "istana" Minos yang luas, dan agak sedikit bangunan lain. Megaron, dewan segi empat tepat dengan pendiang di tengah, merupakan bilik yang terbesar di dalam mana-mana istana, dan juga rumah yang lebih besar. Batu bata yang dikeringkan oleh matahari di atas asas runtuhan adalah bahan-bahan biasa, dengan tiang kayu dan rasuk bumbung. Barisan ortostat kerja batu halus melapisi dasar dinding di beberapa lokasi penting.[19]
Seni bina Minos Crete menggunakan gaya seperti bangunan Yunani awal, dengan rasuk lurus yang disokong oleh tiang, tetapi tiang kayu ini berbeza dengan tiang Dorik, sempit di pangkal dan melebar ke atas.[20] Bentuk-bentuk tiang terawal di Yunani telah berkembang secara sendiri. Seperti seni bina Minos, seni bina domestik Yunani purba dibina di keliling ruang terbuka atau halaman yang dikelilingi oleh kolonad. Gaya ini juga digunakan untuk membina dewan hipostil dalam kuil-kuil yang lebih besar. Lama-kelamaan, fokus beralih daripada membina binaan-binaan awam seperti kuil, bukan ke arah seni bina rumah seperti yang di Crete,[3] sekiranya "istana" Crete memang domestik, yang masih belum dipastikan.
Sesetengah makam Mykenai mempunyai struktur bulatan dan kubah meruncing dengan lapisan menjulur rata.[20] Gaya seni bina ini tidak digunakan dalam seni bina Yunani purba, tetapi muncul semula sekitar 400 SM di dalam makam-makam monumental besar seperti Makam Singa di Knidos (s. 350 SM).
Jenis bangunan
[sunting | sunting sumber]Bangunan domestik
[sunting | sunting sumber]Perkataan Yunani untuk keluarga atau isi rumah, oikos, juga nama untuk rumah. Rumah mengikut beberapa jenis yang berbeza. Ada kemungkinan banyak rumah terawal adalah struktur ringkas dengan dua bilik, dengan beranda terbuka atau pronaos, di atasnya terdapat tebar layar atau pedimen rendah.[8] Bentuk ini dipercayai menyumbang kepada seni bina kuil.
Pembinaan banyak rumah menggunakan dinding bata tanah liat atau rangka kayu diisi dengan bahan berserat seperti jerami atau rumpai laut yang ditutup dengan tanah liat atau plaster, di atas asas batu yang melindungi elemen lebih mudah rosak akibat lembap.[18] Bumbung mungkin diperbuat daripada jerami dengan cucur atap yang menonjol melebihi dinding telap. Banyak rumah lebih besar, seperti di Delos, dibina daripada batu dan dilepa. Bahan bumbung untuk kebanyakan rumah ialah jubin. Rumah orang kaya mempunyai lantai mozek dan mengikut gaya Klasik.
Banyak rumah berpusat pada lorong lebar atau "pasta" yang membentang sepanjang rumah dan terbuka di satu sisi ke sebuah halaman kecil yang membenarkan cahaya dan udara masuk. Rumah lebih besar mempunyai peristil (halaman) di tengah, dengan bilik disusun di sekelilingnya. Sesetengah rumah mempunyai tingkat atas yang nampaknya dikhaskan untuk golongan wanita dalam keluarga.[21]
Rumah-rumah bandar dibina dengan dinding bersambung dan dibahagikan kepada blok-blok kecil oleh jalan sempit. Kedai kadangkala terletak di bilik-bilik yang menghadap jalan. Rumah-rumah bandar menghadap ke dalam, dengan bukaan utama menghadap halaman tengah, bukan jalan.[8]
Bangunan awam
[sunting | sunting sumber]Kuil berbentuk segi empat tepat ialah bentuk seni bina awam Yunani yang paling biasa dan terkenal. Struktur segi empat ini diilhamkan daripada megaron zaman Mykenai Akhir Heladik, yang mengandungi bilik takhta di tengah, ruang masuk, dan anjung.[22] Kuil tidak berfungsi sama seperti gereja moden, kerana altar terletak di bawah langit terbuka dalam temenos atau kawasan suci, selalunya betul-betul di hadapan kuil. Kuil berfungsi sebagai lokasi imej kultus dan sebagai tempat letaknya imej pemujaan dan juga sebagai tempat simpanan atau bilik kebal bagi khazanah yang berkaitan dengan pemujaan dewa tersebut, serta tempat untuk para penganut meninggalkan persembahan nazar mereka, seperti patung, topi keledar dan senjata. Sesetengah kuil Yunani kelihatan disusun mengikut arah astronomi.[23] Kuil biasanya sebahagian daripada kawasan keagamaan yang dikenali sebagai akropolis. Menurut Aristotle, "tapaknya haruslah di tempat yang boleh dilihat dari jauh dan luas, yang memberi kedudukan tinggi kepada kebajikan dan mengatasi kawasan sekeliling".[3] Kuil bulat kecil, tholoi juga dibina, selain bangunan kecil seperti kuil yang berfungsi sebagai tempat simpanan khazanah bagi kumpulan penderma tertentu.[24]
Pada akhir abad ke-5 dan abad ke-4 SM, perancangan bandar menjadi satu pertimbangan penting dalam kalangan pembina Yunani, dengan bandar seperti Paestum dan Priene disusun mengikut susun atur grid jalan berturap biasa dan agora atau dataran pasar pusat dikelilingi oleh kolonad atau stoa. Stoa di Attalos yang dipulihkan sepenuhnya boleh dilihat di Athens. Bandar juga dilengkapi dengan air pancut awam di mana air boleh diambil untuk kegunaan isi rumah. Perkembangan rancangan bandar secara teratur dikaitkan dengan Hippodamus dari Miletus, seorang murid Pythagoras.[25][26][27]
Bangunan awam menjadi "struktur yang bermaruah dan anggun", dan ditempatkan supaya saling berkaitan dari segi seni bina.[26] Propilon atau beranda, merupakan pintu masuk ke kawasan suci kuil dan tapak penting lain, dengan contoh yang paling baik dipelihara ialah Propylaea di Akropolis Athens. Bouleuterion ialah sebuah bangunan awam besar dengan dewan hipostil yang berfungsi sebagai mahkamah dan tempat mesyuarat majlis bandar (boule). Runtuhan bouleuterion masih wujud di Athens, Olympia dan Miletus, dengan yang di Miletus mampu memuatkan sehingga 1,200 orang.[28]
Setiap bandar Yunani mempunyai teater terbuka. Ini digunakan untuk kedua-dua mesyuarat awam dan persembahan drama. Teater biasanya terletak di bukit di luar bandar, dan mempunyai barisan tempat duduk bertingkat disusun dalam separuh bulatan mengelilingi kawasan persembahan utama, orkhestra. Di belakang orkhestra terdapat bangunan rendah dipanggil skênê, yang berfungsi sebagai bilik simpanan, bilik persalinan, dan juga latar belakang untuk aksi yang berlaku di orkhestra. Beberapa teater Yunani masih hampir utuh, yang paling terkenal di Epidaurus hasil rekaan arkitek Polykleitos yang Muda.[25]
Bandar Yunani yang besar juga mempunyai palaestra atau gimnasium, pusat sosial untuk warganegara lelaki yang merangkumi kawasan penonton, bilik mandi, tandas dan bilik kelab.[28] Bangunan lain yang berkaitan dengan sukan termasuk hipodrom untuk lumba kuda, yang hanya runtuhan masih wujud, dan stadium untuk lumba lari, 600 kaki panjang, dengan contoh yang masih wujud di Olympia, Delphi, Epidaurus dan Ephesus, manakala Stadium Panathinaiko di Athens, yang mampu memuatkan 45,000 orang, telah dipulihkan pada abad ke-19 dan digunakan dalam Sukan Olimpik 1896, 1906 dan 2004.[28][29]
Struktur
[sunting | sunting sumber]Tiang dan alang
[sunting | sunting sumber]Seni bina Yunani purba berbentuk "tiang dan alang", iaitu terdiri daripada rasuk menegak (tiang) yang menyokong rasuk mendatar (alang). Walaupun bangunan yang masih ada dari era ini dibina daripada batu, asal usul gaya ini jelas berasal daripada struktur-struktur kayu yang ringkas, dengan tiang menegak yang menyokong rasuk yang menanggung bumbung bergerigi. Tiang dan rasuk membahagikan dinding kepada petak tetap yang boleh dibiarkan sebagai bukaan, atau diisi dengan bata tanah liat, kekisi atau jerami dan ditutup dengan lepa tanah liat atau plaster. Alternatifnya, ruang ini mungkin diisi dengan batu-batu. Kemungkinan banyak rumah dan kuil awal dibina dengan anjung terbuka atau "pronaos" yang di atasnya terdapat tebeng layar atau pedimen yang rendah.[30]
Kuil terawal, dibina untuk meletakkan patung dewa-dewi, mungkin berstruktur kayu, kemudian digantikan dengan kuil batu yang lebih tahan lama dan banyak masih wujud hingga kini. Tanda-tanda seni bina asli kayu kekal dalam binaan batu.[31]
Sesetengah kuil begini sangat besar, seperti Kuil Zeus Olympus di Athens yang panjangnya melebihi 300 kaki, tetapi kebanyakannya kurang daripada separuh saiz ini. Beberapa kuil besar kelihatannya asalnya struktur kayu dan tiang diganti satu persatu apabila batu tersedia. Ini sekurang-kurangnya merupakan tafsiran sejarawan Pausanias ketika melihat Kuil Hera di Olympia pada abad ke-2 TM.[32]
Tiang batu terdiri daripada siri silinder batu pepejal atau "dram" yang terletak di atas satu sama lain tanpa lepa, tetapi kadang-kadang dipusatkan dengan pin gangsa. Tiang lebih lebar di pangkal daripada di atas, menirus dengan lengkung luar yang dikenali sebagai entasis. Setiap tiang mempunyai junjung dua bahagian: bahagian atas (tempat alang berehat) berbentuk segi empat dan dipanggil abakus, manakala bahagian yang naik dari tiang itu sendiri dipanggil ekinus. Ia berbeza mengikut aturan: kosong dalam aturan Doris, beralur dalam Ioniadan berdaun dalam Corinth. Junjung Doris dan biasanya Ioniadipotong dengan alur menegak yang dikenali sebagai galur. Galur tiang ini merupakan unsur warisan seni bina kayu asal.[31]
Entablatur dan pedimen
[sunting | sunting sumber]Tiang-tiang kuil menyokong struktur yang naik dalam dua aras utama: entablatur dan pedimen.
Entablatur ialah elemen struktur mendatar utama yang menyokong bumbung dan mengelilingi seluruh bangunan. Ia terdiri daripada tiga bahagian. Di atas tiang terletak arkitraf yang terdiri daripada beberapa siri "alang" batu yang merentang ruang antara tiang, dan bertemu di satu sendi tepat di atas pusat setiap tiang.
Di atas arkitraf ialah aras mendatar kedua dipanggil friz. Friz merupakan salah satu elemen hiasan utama bangunan dan memperagakan ukiran timbul. Dalam seni bina Ionia dan Corinth, hiasan ukiran memanjang dalam satu jalur, tetapi dalam aturan Doris, ia dibahagi-bahagikan kepada bahagian yang dipanggil metop, yang mengisi ruang antara blok-blok segi empat tepat menegak yang dipanggil triglif. Triglif beralur menegak seperti tiang Doris, dan mengekalkan bentuk rasuk kayu yang dahulu menyokong bumbung.
Bahagian atas entablatur dipanggil kornis, yang biasanya dihiasi dengan indah di tepi bawahnya. Kornis mengekalkan bentuk rasuk yang pernah menyokong bumbung kayu di setiap hujung bangunan. Di hadapan dan belakang setiap kuil, entablatur menyokong struktur segi tiga yang dipanggil pedimen. Timpanum ialah ruang segi tiga yang dibingkai oleh kornis dan lokasi hiasan ukiran paling penting di bahagian luar bangunan.
Tembok batu
[sunting | sunting sumber]Setiap kuil terletak di atas tapak batu yang dipanggil krepidoma, biasanya terdiri daripada tiga anak tangga, dengan yang paling atas (tempat tiang berdiri) dipanggil stilobat. Tembok batu digunakan untuk kuil dari sekitar 600 SM. Pelbagai jenis batu digunakan untuk bangunan Yunani purba, termasuk runtuhan, tetapi tembok kuil biasanya menggunakan ketulan batu halus yang terbaik, dalam lapisan tetap dan saiz besar untuk mengurangkan sendi.[30] Blok dipotong kasar dan ditarik dari kuari untuk dipotong dan disusun dengan tepat, dengan lepa jarang digunakan. Blok, terutamanya tiang dan bahagian yang menanggung beban, kadang-kadang dipasang atau diperkukuh dengan pengapit besi, cemat dan batang kayu, gangsa atau besi yang dipasangkan dalam plumbum untuk mengurangkan kakisan.[33]
Bukaan
[sunting | sunting sumber]Pintu dan tingkap direntangi dengan alang, yang dalam bangunan batu mengehadkan betapa lebarnya bukaan boleh dibuat. Jarak antara tiang juga dipengaruhi oleh sifat alang - tiang di bahagian luar bangunan yang menanggung alang batu lebih rapat berbanding yang di dalam yang menanggung alang kayu.[34][35] Bukaan pintu dan tingkap meruncing di bahagian atas.[35] Kuil dibina tanpa tingkap, dengan cahaya memasuki naos itu melalui pintu. Ada cadangan bahawa sesetengah kuil diterangi dari bukaan di bumbung.[34] Pintu gaya Ionia di Erechtheion (tinggi 17 kaki dan lebar 7.5 kaki di bahagian atas) mengekalkan banyak cirinya, termasuk kumai dan entablatur yang disokong oleh konsol. (Lihat Hiasan Seni Bina di bawah)[35][36][37]
Bumbung
[sunting | sunting sumber]Rentangan terlebar bumbung kuil merentangi cella, atau ruang dalaman. Dalam bangunan besar, ruang ini mengandungi tiang untuk menyokong bumbung, dengan bentuk seni binanya dikenali sebagai hipostil. Walaupun seni bina Yunani purba pada mulanya berstruktur kayu, pembina awal kelihatannya tidak tahu konsep kekuda pepenjuru sebagai anggota penstabil. Ini dibuktikan oleh sifat pembinaan kuil pada abad ke-6 SM, yang mana barisan tiang yang menyokong bumbung cella lebih tinggi daripada dinding luar, tidak diperlukan jika kekuda digunakan dalam bumbung kayu. Ini menunjukkan bahawa pada mulanya semua kasau disokong terus oleh entablatur, dinding dan hipostil, bukannya rangka kayu berkekuda, yang hanya digunakan dalam seni bina Yunani pada abad ke-3 SM.[30]
Bangunan Yunani purba berstruktur kayu, tanah liat dan plaster mungkin beratap jerami. Dengan kemunculan seni bina batu, muncul pula jubin bumbung seramik bakar. Jubin bumbung awal ini berbentuk-S, dengan jubin dasar dan penutup membentuk satu bahagian. Ia jauh lebih besar daripada jubin moden, dengan panjang hingga 90 cm (35.43 in), lebar 70 cm (27.56 in), tebal 3–4 cm (1.18–1.57 in) dan berat sekitar 30 kg (66 lb) setiap satu.[38] Cuma dinding batu, yang menggantikan dinding bata lumpur dan kayu sebelumnya, cukup kuat untuk menanggung berat bumbung jubin.[39]
Penemuan terawal jubin bumbung dari zaman Arkaik Yunani didokumentasikan dari sekitar Corinth, di mana jubin bakar mula menggantikan atap jerami di kuil Apollo dan Poseidon antara 700-650 SM.[40] Menyebar dengan pantas, dalam lima puluh tahun jubin bumbung sudah terdapat di banyak tapak sekitar Mediterranean Timur, termasuk tanah besar Yunani, Anatolia Barat, dan Itali Selatan/Tengah.[40] Oleh sebab lebih mahal dan memerlukan tenaga kerja lebih untuk dihasilkan berbanding jerami, pengenalannya dijelaskan oleh sifat tahan api yang memberikan perlindungan kepada kuil berharga.[40] Sebagai kesan sampingan, pembinaan batu dan jubin baru ini juga diandaikan telah mengakhiri sistem cucur atap dalam seni bina Yunani, kerana keperluan bumbung panjang sebagai perlindungan hujan untuk dinding bata lumpur tidak lagi diperlukan.[39]
Kekubah dan gerbang tidak banyak digunakan, tetapi mula digunakan dalam makam-makam (dengan bentuk "sarang lebah" atau julur seperti di Mykenai) dan kadangkala, sebagai reka bentuk luaran, exedra yang dibuat daripada batu berbentuk baji yang dipanggil vousoir dari abad ke-5 SM. Kubah dan kekubah tidak pernah menjadi ciri struktur penting seperti dalam seni bina Rom purba.[30]
Pelan Kuil
[sunting | sunting sumber]
Atas: 1. distil dalam antis, 2. amfidistil dalam antis, 3. tholos, 4. prostil tetrastil, 5. amfiprostil tetrastil,
Bawah: 6. dipteral oktastil, 7. peripteral heksastil, 8. pseudoperipteral heksastil, 9. pseudodipteral oktastil.
Kebanyakan kuil Yunani purba berbentuk segi empat tepat, dengan panjang kira-kira dua kali lebar, kecuali beberapa seperti Kuil Zeus Olympia, Athens yang panjangnya hampir 2½ kali lebarnya. Beberapa struktur seperti kuil yang masih wujud berbentuk bulat dan dipanggil tholos.[41] Kuil terkecil kurang daripada 25 meter panjang (lebih kurang 75 kaki), atau dalam kes tholos bulat, diameter. Majoriti kuil berukuran antara 30-60 meter (lebih kurang 100-200 kaki). Sekumpulan kecil kuil Doris, termasuk Parthenon, berukuran antara 60-80 meter (lebih kurang 200-260 kaki). Kuil terbesar, terutama Ionia dan Corinth, termasuk kuil Doris Kuil Zeus Olympia, Agrigento, berukuran antara 90-120 meter (lebih kurang 300-390 kaki).
Kuil berdiri di atas tapak beranak tangga yang dipanggil stilobat, yang meninggikan struktur tersebut dari atas tanah. Contoh awal seperti Kuil Zeus di Olympus mempunyai dua anak tangga, tetapi kebanyakan seperti Parthenon mempunyai tiga, kecuali Kuil Apollo di Didyma yang mempunyai enam.[42] Teras bangunan ialah "naos" batu yang mengandungi cella, ruang tanpa tingkap asalnya menempatkan patung sesuatu dewa. Cella biasanya mempunyai beranda atau "pronaos" di hadapannya, dan mungkin ruang kedua "antenaos" sebagai khazanah atau repositori trofi dan hadiah. Ruang diterangi oleh pintu besar besi tempa. Sesetengah ruang mungkin diterangi dengan jendela langit.[42]
Di atas stilobat, sering mengelilingi naos, berdirinya barisan tiang. Setiap kuil ditakrifkan dengan dua istilah: satu menerangkan bilangan tiang di bahagian depan, dan satu lagi taburannya.[42]
Contoh:
- Distil dalam antis ialah nama untuk kuil kecil dengan dua tiang di depan, yang terletak di antara dinding-dinding pronaos yang memanjang, seperti Kuil Nemesis di Rhamnus. (lihat rajah 1.) [41]
- Amfiprostil tetrastil ialah kuil kecil dengan tiang di kedua-dua hujung yang terpisah dari naos. Tetrastil bermaksud empat tiang, seperti di Kuil Ilissus di Athens. (rajah 4.) [41]
- Peripteral heksastil ialah kuil dengan satu barisan tiang di sekeliling naos, dengan enam tiang di depan, seperti Theseion di Athens. (rajah 7.) [41]
- Peripteral oktastil ialah kuil dengan satu barisan tiang mengelilingi naos, (rajah 7.) lapan tiang di depan, seperti Parthenon. (rajah 6 dan 9.) [41]
- Dipteral dekastil ialah Kuil Apollo besar di Didyma, dengan naos dikelilingi dua barisan tiang, (rajah 6.) sepuluh tiang di depan.[41]
Kuil Zeus Olympius di Agrigentum, dipanggil Pseudo-periteral heptastil, kerana tiang kelilingnya melekat pada dinding naos. (rajah 8.) Heptastil bermaksud tujuh tiang di depan.[41]
Perkadaran dan ilusi optik
[sunting | sunting sumber]Ideal perkadaran yang digunakan oleh arkitek-arkitek Yunani purba dalam mereka bentuk kuil bukanlah janjang matematik yang mudah menggunakan modul segi empat sama. Ia melibatkan janjang geometri lebih kompleks dipanggil nisbah keemasan. Nisbah ini mirip corak pertumbuhan banyak bentuk lingkaran semula jadi seperti tanduk kambing, cengkerang siput kurita, daun pakis dan sulur pokok yang menjadi inspirasi motif hiasan arkitek Yunani, terutama dalam volut-volut junjung aturan Ionia dan Corinth.[43]
Arkitek Yunani purba mengambil pendekatan falsafah terhadap peraturan dan perkadaran. Faktor penentu dalam matematik mana-mana karya seni bina ialah penampilan akhirnya. Mereka mengira perspektif dan ilusi optik yang membuat tepian objek kelihatan cekung, serta fakta bahawa tiang yang dilihat berlatarkan langit kelihatan berbeza daripada yang tiang bersebelahan yang dilihat pada dinding berbayang-bayang. Disebabkan ini, arkitek melaraskan pelan supaya garisan utama mana-mana bangunan penting jarangnya lurus.[43] Pelarasan paling jelas ialah pada profil tiang yang menirus dari pangkal ke puncak. Namun, penirusan ini tidak sekata dan melengkung sedikit-sedikit supaya setiap tiang nampak sedikit menggelembung, dipanggil entasis, di bawah bahagian tengah. Entasis tidak pernah cukup ketara untuk membuat gelembungnya lebih lebar daripada pangkal; ia dikawal dengan sedikit pengurangan dalam kadar pengecilan diameter.[30]
Parthenon, kuil untuk dewi Athena di Akropolis Athens, dianggap oleh ramai sebagai puncak seni bina Yunani purba. Helen Gardner menyifatkannya sebagai "kecemerlangan yang tiada tandingan", menjadi rujukan dan inspirasi arkitek generasi kemudian. Namun, seperti kata Gardner, hampir tiada langsung garisan lurus dalam bangunan ini.[44] Banister Fletcher mengira bahawa stilobat melengkung ke atas sehingga tengahnya di kedua-dua hujung lebih tinggi 65 milimeter (2.6 inci) daripada penjuru luar, dan 110 mm (4.3 in) di sisi panjang. Pelarasan lebih ketara dibuat pada entablatur. Tiang-tiang di hujung bangunan bukan tegak tetapi condong ke dalam, dengan tiang penjuru condong 65 mm (2.6 in). Tiang luar ini lebih lebar sedikit dan lebih rapat daripada yang lain.[45]
Gaya
[sunting | sunting sumber]Aturan
[sunting | sunting sumber]Seni bina Yunani purba jenis yang paling formal, untuk kuil dan bangunan awam lain, terbahagi mengikut stilistik kepada tiga aturan klasik, pertama kali diterangkan oleh penulis seni bina Rom Vitruvius. Ini adalah: aturan Doris, aturan Ionia, dan aturan Corinth, dengan nama mencerminkan asal usulnya dalam dunia Yunani. Walaupun ketiga-tiga aturan paling mudah dicam dengan junjungnya, faktor lain termasuk bentuk, nisbah keseimbangan, perincian dan hubungan tiang, entablatur, pedimen, dan stilobat.[46] Aturan-aturan berbeza digunakan untuk pelbagai jenis bangunan dan monumen.
Aturan Doris berkembang di tanah besar Yunani dan tersebar ke Magna Graecia (Itali). Ia menjadi mantap dan jelas ciri-cirinya pada masa pembinaan Kuil Hera di Olympia, sekitar 600 SM. Aturan Ionia wujud bersama Doris, digemari oleh bandar-bandar Yunani di Ionia, Asia Minor dan Kepulauan Aegea. Ia tidak mencapai bentuk yang khusus sehingga pertengahan abad ke-5 SM.[47] Kuil Ionia awal di Asia Minor sangat besar skalanya, seperti Kuil Artemis di Ephesus.[48] Aturan Corinth merupakan varian yang sangat berhias yang tidak terbentuk sehinggalah zaman Helenistik dan mengekalkan banyak ciri-ciri Ionia. Ia dipopularkan oleh orang Rom.[49]
Aturan Doris
[sunting | sunting sumber]Aturan Doris boleh dicam dengan junjungnya, dengan ekinus seperti bantal bulat yang menaik dari bahagian atas tiang ke abakus segi empat tempat ambang bersangga. Ekinusnya kelihatan rata dan melebar dalam contoh-contoh awal, lebih dalam dan melengkung dalam contoh lebih halus terkemudian, dan lebih kecil serta bersisi lurus dalam contoh Helenistik.[50] Penghalusan tiang Doris ialah entasis, pembengkakan cembung yang sedikit pada profil tiang, yang menghalang ilusi optik membuatkannya nampak cekung.[50] Ini lebih ketara dalam contoh-contoh awal.
Tiang Doris hampir selalu dipotong dengan alur, yang dipanggil "galur", yang menegak pada tiang dan biasanya dibuat dalam bilangan 20, tetapi kadangkala lebih sedikit. Galur bertemu pada bucuan yang dipanggil aris. Di bahagian atas tiang, sedikit di bawah titik tersempit, dan melintasi aris penamat, terdapat tiga alur mendatar yang dipanggilhipotrakhelion. Tiang Doris tidak bertapak, kecuali beberapa contoh dari zaman Helenistik.[50]
Tiang-tiang kuil Doris awal seperti Kuil Apollo di Syracuse, Sicily, mungkin mempunyai nisbah ketinggian ke diameter tapak sebanyak 4:1 sahaja, dan nisbah ketinggian tiang kepada entablatur 2:1, dengan perincian yang agak kasar. Nisbah ketinggian tiang kepada diameter 6:1 menjadi lebih biasa, manakala nisbah ketinggian tiang kepada entablatur di Parthenon adalah kira-kira 3:1. Semasa tempoh Helenistik, konvensi Doris tentang kekukuhan dan kelelakian berkurangan, dengan tiang yang langsing dan tidak beralur mencapai nisbah ketinggian kepada diameter 7.5:1.[50]
Entablatur Doris terdiri daripada tiga bahagian, arkitraf, friz dan kornis. Arkitraf terdiri daripada ambang batu yang merentang ruang antara tiang, dengan sambungan terletak di atas pusat setiap abakus. Di atasnya terletak friz, salah satu kawasan utama hiasan arca. Friz dibahagikan kepada triglif dan metop; triglif, seperti dinyatakan dalam rencana ini, mengingatkan kepada sejarah kayu dalam gaya seni bina ini. Setiap triglif mempunyai tiga alur menegak, mirip ukiran galur pada tiang, dan di bawahnya, yang kelihatan seperti bersambung, terdapat guta—jalur-jalur kecil yang seolah-olah menghubungkan triglif dengan arkitraf di bawah.[50] Triglif terletak di atas pusat setiap junjung, dan di atas pusat setiap ambang. Walau bagaimanapun, di sudut bangunan, triglif tidak terletak tepat di atas pusat tiang. Arkitek purba mengambil pendekatan pragmatik terhadap "peraturan" yang kelihatan wujud, dengan hanya melebarkan dua metop terakhir di setiap hujung bangunan.
Kornis ialah jalur sempit berukir rumit yang menonjol keluar dan melindungi friz yang dihias, bumbung kayu berbingkai yang berjuntai. Bahagian bawahnya dihiasi dengan blok terjulur, mutul, yang lebih menyerlahkan sifat kayu pada rekaan asalnya. Di kedua-dua hujung bangunan, pedimen muncul dari kornis dan dibingkai dengan kumai berbentuk serupa.[50]
Pedimen dihiasi dengan figura dalam bentuk ukiran timbul pada contoh-contoh awal, namun hampir berdiri bebas menjelang zaman arca di Parthenon. Pengukir seni bina awal menghadapi kesukaran menghasilkan komposisi arca yang memuaskan dalam ruang segi tiga yang semakin menirus.[51] Menjelang Zaman Klasik Awal, melalui hiasan Kuil Zeus di Olympia (486–460 SM), pengukir berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan mempunyai figura pusat berdiri dibingkai oleh sentora menegak dan lelaki berperang yang jatuh, berlutut, dan berbaring dalam lagak yang sesuai dengan saiz dan sudut setiap bahagian ruang.[52] Pengukir terkenal Phidias memenuhi ruang di Parthenon (448–432 SM) dengan pelbagai figura dewa yang berselubung dan tidak berselubung, tampil dalam gaya santai penuh keanggunan.
Aturan Ionia
[sunting | sunting sumber]Aturan Ionia dicam dengan junjung yang mempunyai bentuk volut, yang mana ekinus melengkung yang berbentuk serupa dengan aturan Doris, tetapi dihiasi dengan motif bergaya, disempurnakan dengan jalur mendatar yang melengkung ke kedua-dua sisi, membentuk lingkaran atau volut yang menyerupai cangkerang genggeng atau tanduk kambing. Dalam pelan, junjung berbentuk segi empat tepat. Ia direka untuk dilihat dari depan tetapi junjung di sudut bangunan diubah dengan penambahan lingkaran untuk kelihatan seragam pada dua sisi yang bersebelahan. Pada zaman Helenistik, junjung Ionia yang mempunyai empat muka menjadi kebiasaan.[53]
Erechtheion, Akropolis, Athens: bangunan pelan tidak simetri, untuk memaparkan persembahan kepada Athena
Seperti aturan Doris, aturan Ionia mengekalkan unsur-unsur yang menunjukkan asal usulnya dalam seni bina kayu. Penyebaran mendatar plat kayu rata di atas kepala tiang adalah taktik biasa dalam pembinaan kayu, memberikan tiang tegak yang nipis permukaan lebih luas untuk menanggung ambang, sambil turut mengukuhkan keupayaan ambang itu sendiri untuk menanggung beban. Begitu juga, tiang sentiasa mempunyai dasar atau asas, suatu keperluan dalam seni bina kayu untuk menyebarkan beban dan melindungi dasar tiang tegak yang agak nipis.[53] Tiang beralur dengan galur-galur sempit, cetek yang tidak bersambung secara tajam tetapi dipisahkan oleh jalur rata atau filet. Bilangan alur biasa ialah dua puluh empat tetapi mungkin sebanyak empat puluh empat. Asasnya terdiri daripada dua kumai cembung yang dikenali sebagai torus, dan dari tempoh Helenik lewat diletakkan di atas ketapak segi empat sama yang menyerupai abakus.[53]
Arkitraf dalam aturan Ionia kadangkala tidak dihias, tetapi lebih lazimnya terdiri daripada tiga jalur bertingkat ke luar seperti papan kayu yang bertindih. Friz, yang terbentang sebagai jalur berterusan, dipisahkan daripada unsur-unsur lain oleh barisan blok kecil yang menonjol. Unsur ini dikenali sebagai dentil, bermaksud "gigi", tetapi asal usulnya jelas daripada bilah kayu sempit yang menyokong bumbung struktur kayu.[53] Secara keseluruhan, aturan Ionia kelihatan lebih ringan berbanding aturan Doris, dengan tiang, termasuk asas dan junjung, mempunyai nisbah tinggi kepada diameter sebanyak 9:1, manakala keseluruhan entablatur juga lebih sempit dan kurang berat berbanding entablatur Doris. Terdapat beberapa variasi dalam taburan hiasan. Jalur motif formal seperti bentuk berselang yang dikenali sebagai "telur dan anak panah" menjadi ciri entablatur Ionia, bersama jalur dentil. Friz pada bahagian luar sering mengandungi jalur berterusan dengan arca atau hiasan figuratif, tetapi ini tidak selalu dibuat. Kadangkala friz hiasan terdapat di bahagian atas naos dan bukan di bahagian luar bangunan. Friz bergaya Ionia di sekitar naos kadangkala ditemui pada bangunan dalam aturan Doris, terutamanya Parthenon. Sesetengah kuil, seperti Kuil Artemis di Ephesus, mempunyai friz figura di sekitar dram bawah setiap tiang, dipisahkan daripada bahagian beralur oleh kumai tebal.[53]
Karyatid, iaitu figura wanita berselubung digunakan sebagai anggota penyokong untuk membawa entablatur, merupakan ciri aturan Ionia yang terdapat di beberapa bangunan termasuk Perbendaharaan Siphnian di Delphi pada 525 SM dan di Erechtheion, sekitar 410 SM.[54]
Aturan Corinth
[sunting | sunting sumber]Aturan Corinth tidak mempunyai asal usul dalam seni bina kayu. Ia berkembang secara langsung daripada Ionia pada pertengahan abad ke-5 SM, dan pada mulanya mempunyai gaya serta perkadaran yang hampir sama, namun dibezakan oleh junjungnya yang lebih berhias.[55] Junjung jauh lebih dalam berbanding junjung Doris atau Ionia, berbentuk seperti krater besar, iaitu mangkuk pencampur berbentuk loceng, dan dihias dengan dua baris daun akantus, di atasnya naik sulur bervolut yang menyokong sudut abakus, yang tidak lagi berbentuk segi empat sama sempurna, tetapi melebar di atasnya. Menurut Vitruvius, junjung ini dicipta oleh pengasas gangsa, Callimachus dari Corinth, yang mendapat inspirasi dari bakul persembahan yang diletakkan di kubur, dengan jubin rata di atas untuk melindungi barangan. Bakul itu diletakkan pada akar pokok akantus yang kemudiannya tumbuh mengelilinginya.[55] Nisbah tinggi tiang kepada diameternya secara umumnya ialah 10:1, dengan junjung mengambil lebih daripada 1/10 Nisbah ketinggian junjung kepada diameter pula biasanya sekitar 1.16:1.[55]
Aturan Corinth pada mulanya digunakan untuk bahagian dalaman, seperti di Kuil Apollo Epicurius di Bassae (sekitar 450–425 SM). Pada 334 SM, ia muncul sebagai ciri luaran pada Monumen Choragic Lysicrates di Athens, dan kemudian pada skala besar di Kuil Zeus Olympia di Athens (174 SM–132 M).[55] Ia telah dipopularkan oleh orang Rom, yang menambah beberapa penghalusan dan butiran hiasan. Semasa tempoh Helenistik, tiang Corinth kadangkala dibina tanpa galur.[55]
Hiasan
[sunting | sunting sumber]Hiasan seni bina
[sunting | sunting sumber]Struktur kayu awal, terutamanya kuil, dihiasi dan sebahagiannya dilindungi oleh lapisan pelindung terakota yang bakar dan dicat dalam bentuk panel segi empat tepat, dan cakera hiasan. Banyak serpihan daripada hiasan ini telah bertahan lebih lama daripada bangunan yang dihiasinya, dan memperlihatkan kekayaan reka bentuk sempadan formal seperti lingkaran geometri, corak bertindih dan motif berdaun.[56] Dengan pengenalan kuil yang dibina menggunakan batu, lapisan pelindung tidak lagi berperanan sebagai perlindungan dan hiasan arca menjadi lebih lazim.
Hiasan tanah liat terhad pada bumbung bangunan, menghiasi kornis, sudut dan menyempurnakan pedimen. Di sudut pedimen ia dipanggil akroteria dan di sepanjang sisi bangunan, antefijs. Unsur hiasan awal umumnya separuh bulat, tetapi kemudian bentuk segi tiga kasar dengan hiasan kumai, selalunya seperti bentuk daun palma.[56][57] Kornis Ionia sering ditetapkan dengan barisan topeng singa, dengan mulut terbuka yang menyalurkan air hujan.[58][57] Dari tempoh Klasik Lewat, akroteria kadangkala terdiri daripada figura arca.[59]
Dalam tiga aturan seni bina Yunani purba, hiasan arca, sama ada astragal separuh bulat yang ringkas, friz daun bergaya atau arca rumit pada pedimen, semuanya elemen penting dalam seni bina yang diwakilinya. Dalam aturan Doris, tidak ada variasi dalam penempatannya. Ukiran timbul tidak pernah menghiasi dinding secara sewenang-wenangnya; arca sentiasa diletakkan di kawasan tertentu yang telah ditentukan, iaitu metop dan pedimen.[56] Dalam seni bina Ionia yang lebih lewat, terdapat kepelbagaian yang lebih besar dalam jenis dan bilangan kumai serta hiasannya, terutamanya di sekitar pintu masuk, di mana pendakap bervolut kadangkala digunakan untuk menyokong kornis hiasan di atas pintu, seperti di Erechtheion.[58][60][56] Kumai sempit yang kerap digunakan dipanggil "manik dan gelendong" bersifat simetri dan berasal daripada prototaip kayu berpusing. Kumai yang lebih lebar termasuk satu yang mempunyai bentuk daun seperti lidah atau yang runcing, beralur dan kadang-kadang melengkung ke atas di hujungnya; serta kumai "telur dan anak panah" yang berselang-seli antara bentuk bujur dan bentuk tirus.[58][56][61]
Arca seni bina
[sunting | sunting sumber]
Arca seni bina menunjukkan perkembangan daripada contoh Arkaik awal melalui peringkat Klasik Tegar, Klasik Tinggi, Klasik Lewat dan Helenistik.[62] Sisa arca seni bina Arkaik (700–500 SM) wujud sejak awal abad ke-6 SM dengan arca pedimenal terawal yang masih bertahan ialah serpihan Gorgon yang diapit oleh harimau bintik bergaya heraldik dari bahagian tengah pedimen Kuil Artemis Corfu.[63] Sebuah metop dari kuil dikenali sebagai "Kuil C" di Selinus, Sicily, menunjukkan, dalam keadaan lebih terpelihara, Perseus membunuh Gorgon Medusa.[51] Kedua-dua imej ini selari dengan penggambaran bergaya Gorgons pada pasu figura hitam berinskripsi yang dihiasi oleh pelukis Nessos (sekitar 600 SM), dengan muka dan bahu menghadap ke depan, dan kaki dalam posisi berlari atau berlutut. Pada tempoh ini, imej raksasa menakutkan lebih dominan berbanding penekanan terhadap figura manusia, yang berkembang kemudian bersama falsafah Humanis.[63]
Arca pedimenal awal, dan yang terdapat pada kuil-kuil lebih kecil, biasanya berbentuk ukiran timbul, manakala arca bebas yang muncul kemudian sering diperbuat daripada terakota, yang hanya bertahan dalam bentuk serpihan. Arca-arca ini disalut dengan lapisan stuko dan dicat, atau jika diperbuat daripada terakota, dicat dengan warna bakar yang lebih terkawal seperti yang terdapat pada tembikar Yunani.[64]
Gaya Klasik Tegar (500–450 SM) diwakili oleh arca pedimenal Kuil Zeus di Olympia (470–456 SM). Pedimen timur menggambarkan detik ketenangan dan "drama yang bakal berlaku" sebelum bermulanya perlumbaan kereta kuda, dengan figura Zeus dan para peserta ditampilkan sebagai perwakilan tegar dan ideal bentuk tubuh manusia.[65] Pedimen barat menampilkan Apollo sebagai figura tengah, digambarkan sebagai "agung" dan "jauh", sedang mempengerusikan pertempuran antara Lapith dan Sentora. Ia berbeza ketara daripada pedimen timur kerana penggambaran aksi ganasnya, dan digambarkan oleh Donald E. Strong sebagai "karya ilustrasi paling berkuasa" dalam tempoh seratus tahun.[65]

Relief dan arca tiga dimensi yang menghiasi friz dan pedimen Parthenon, masing-masing, merupakan hasil gaya Klasik Tinggi (450–400 SM) yang realistik dan dicipta di bawah arahan pengukir Phidias.[66] Arca pedimen menggambarkan para Dewa Olympus, manakala friz memperlihatkan perarakan Panathenaik dan acara istiadat yang diadakan setiap empat tahun bagi menghormati Dewi Athens yang menjadi penaung kota itu.[66] Friz dan figura yang masih ada dari pedimen timur memperlihatkan pemahaman mendalam tentang tubuh manusia, serta bagaimana bentuknya berubah mengikut kedudukan dan tekanan yang dikenakan oleh tindakan dan emosi. Benjamin Robert Haydon menggambarkan figura berbaring Dionysus sebagai "gaya seni paling heroik, digabungkan dengan semua butiran penting kehidupan sebenar".[67]
Nama-nama ramai pengukir terkenal dari tempoh Klasik Lewat (400–323 SM) diketahui, antaranya Timotheos, Praxiteles, Leochares dan Skopas, tetapi kebanyakan karya mereka hanya diketahui melalui salinan Rom.[62] Sedikit sahaja arca seni bina dari zaman itu masih utuh. Kuil Asclepius di Epidauros mempunyai arca oleh Timotheos bekerjasama dengan arkitek Theodotos. Serpihan pedimen timur masih hidup, menunjukkan Pemusnahan Troy. Adegannya kelihatan telah memenuhi ruang dengan figura yang disusun dengan teliti untuk memuatkan ceruk dan sudut yang ada, seperti pedimen timur awal Kuil Zeus di Olympus. Namun, perbuatan figura-figura ini lebih ganas, dengan ruang tengah diisi, bukan dengan Dewa yang megah, tetapi dengan figura dinamik Neoptolemos ketika dia menangkap raja tua Priam dan menikamnya. Serpihan-serpihannya yang tinggal menampilkan pelbagai emosi manusia ketakutan, kengerian, kekejaman dan nafsu untuk menakluk.[59] Akroteria diukir oleh Timotheos, kecuali di tengah pedimen timur yang merupakan karya arkiteknya. Akroteria seperti daun palma telah digantikan di sini dengan figura-figura kecil, dan pedimen timur ini dimahkotakan dengan Nike bersayap, bersedia melawan angin.[59]
Arca seni bina Helenistik (323–31 SM) menjadi lebih flamboyan, dalam kedua-dua penggambaran ekspresi dan pergerakan, yang sering diserlahkan dengan kain yang beralun-alun. Arca Nike Samothrace yang menghiasi monumen berbentuk kapal ialah contoh terkenal. Altar Pergamon (sekitar 180–160 SM) mempunyai friz (120 meter panjang dengan 2.3 meter tinggi) dengan figura dalam ukiran timbul. Friz mewakili pertempuran untuk keunggulan Dewa dan Titan, dan menggunakan banyak alat dramatik: kegilaan, pathos dan kejayaan, untuk menyampaikan rasa konflik.[68]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Seni Yunani purba
- Seni bina Rom Purba
- Seni bina Byzantium
- Seni bina Klasik
- Budaya Yunani
- Teknologi Yunani
- Senarai rekod seni bina purba
- Senarai kuil Yunani purba
- Seni bina Yunani moden
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBDFH
- ^ Lawrence 1957, halaman 83–84.
- ^ a b c Gardner, Kleiner & Mamiya 2004, halaman 126–132.
- ^ Pevsner 1943, halaman 19.
- ^ Boardman et al. 1967, halaman 10–14.
- ^ a b c d e Fletcher 1996, halaman 89–91.
- ^ Higgins & Higgins 1996, Bab 3.
- ^ a b c Fletcher 1996, halaman 93–97.
- ^ a b c Boardman et al. 1967.
- ^ a b c Gardner, Kleiner & Mamiya 2004, halaman 110–114.
- ^ Gardner, Kleiner & Mamiya 2004, halaman 90–109.
- ^ Fletcher 1996; Gardner, Kleiner & Mamiya 2004.
- ^ Strong 1965, halaman 35.
- ^ Strong 1965, halaman 33–102.
- ^ Strong 1965, halaman 39–40, 62–66.
- ^ Fletcher 1996, halaman 119–121.
- ^ Strong 1965, halaman 35–36.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBoardman1
- ^ Lawrence 1957, halaman 65–67.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHG
- ^ Fletcher 1996, halaman 151–153.
- ^ Neer 2012.
- ^ Penrose 1893, halaman 42–43.
- ^ Boardman et al. 1967, halaman 49–50.
- ^ a b Strong 1965, halaman 74–75.
- ^ a b Fletcher 1996, halaman 97.
- ^ Moffett, Fazio & Wodehouse 2003, halaman 62–64.
- ^ a b c Fletcher 1996, halaman 147–148.
- ^ "Laporan Rasmi 2004 jil. 2". digital.la84.org (dalam bahasa Inggeris). m/s. 237. Dicapai pada 2023-08-13.
- ^ a b c d e Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBF32
- ^ a b Strong 1965, halaman 38–40.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHG22
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBoardman12
- ^ a b Fletcher 1996, halaman 107.
- ^ a b c Fletcher 1996, halaman 155.
- ^ Fletcher 1996, halaman 159.
- ^ Boardman et al. 1967, halaman 25.
- ^ Boardman et al. 1967, halaman 12; Rostoker & Gebhard 1981, halaman 212.
- ^ a b Goldberg 1983, halaman 305–309.
- ^ a b c Wikander 1990, halaman 285–289.
- ^ a b c d e f g Fletcher 1996, halaman 107–109.
- ^ a b c Fletcher 1996.
- ^ a b Fletcher 1996, halaman 126.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHG4
- ^ Moffett, Fazio & Wodehouse 2003, halaman 50–53.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHG23
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaStrong32
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaStrong
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBF33
- ^ a b c d e f Fletcher 1996, halaman 108–112.
- ^ a b Strong 1965, halaman 58–60.
- ^ Gardner, Kleiner & Mamiya 2004, halaman 138–148.
- ^ a b c d e Fletcher 1996, halaman 125–129.
- ^ Boardman et al. 1967, halaman 45, 49.
- ^ a b c d e Fletcher 1996, halaman 137–139.
- ^ a b c d e Boardman et al. 1967, halaman 22–25.
- ^ a b Fletcher 1996, halaman 163.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBF52
- ^ a b c Boardman et al. 1967, halaman 435.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBF212
- ^ Fletcher 1996, halaman 164.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBDFH2
- ^ a b Strong 1965, halaman 39–40.
- ^ Lawrence 1957, halaman 110–111.
- ^ a b Strong 1965, halaman 61–62.
- ^ a b Gardner, Kleiner & Mamiya 2004, halaman 143–148.
- ^ Gardner, Kleiner & Mamiya 2004, halaman 145.
- ^ Boardman et al. 1967, halaman 509–510.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Boardman, John; Dorig, Jose; Fuchs, Werner; Hirmer, Max (1967). The Art and Architecture of Ancient Greece. London: Thames and Hudson.
- Fletcher, Banister (1996) [1896]. Cruickshank, Dan (penyunting). Sir Banister's A History of Architecture (ed. 20th). Oxford: Architectural Press. ISBN 0-7506-2267-9.
- Doxiadis, Constantinos A. (1972). Architectural Space in Ancient Greece. Cambridge: MIT Press. ISBN 9780262368087.
- Gardner, Helen; Kleiner, Fred S.; Mamiya, Christin J. (2004). Gardner's Art through the Ages (dalam bahasa Inggeris) (ed. 12th). Belmont, California: Thomson Wadsworth. ISBN 0-15-505090-7.
- Goldberg, Marilyn Y. (July 1983). "Greek Temples and Chinese Roofs". American Journal of Archaeology. 87 (3): 305–310. doi:10.2307/504798. JSTOR 504798. S2CID 191380231.
- Higgins, Michael Denis; Higgins, Reynold (1996). A Geological Companion to Greece and the Aegean (PDF). Ithaca, NY: Cornell University Press. ISBN 0-8014-3337-1.
- Lawrence, Arnold Walter (1957). Greek Architecture (Penguin History of Art). Harmondsworth: Penguin Books.
- Moffett, Marian; Fazio, Michael W.; Wodehouse, Laurence (2003). A World History of Architecture. London: Laurence King Publishing. ISBN 1-85669-353-8.
- Neer, Richard T. (2012). Greek Art and Archaeology: A New History, c. 2500–c. 150 BCE (dalam bahasa Inggeris). New York, New York: Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-28877-1. OCLC 745332893.
- Nevett, Lisa C. (2023). Ancient Greek Housing. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9780521198721.
- Sideris, Athanasios (2008). "Re-contextualized Antiquity: Interpretative VR Visualisation of Ancient Art and Architecture". Dalam Mikropoulos, T. A.; Papachristos, N. M. (penyunting). Proceedings: International Symposium on "Information and Communication Technologies in Cultural Heritage" October 16–18, 2008. Ioannina: The University of Ioannina. m/s. 159–176. ISBN 9789609869102.
- Stierlin, Henri (2004). Greece: From Mycenae to the Parthenon. Köln: Taschen.
- Strong, Donald E. (1965). The Classical World. London: Paul Hamlyn.
- Penrose, Francis (11 May 1893). "The Orientation of Geek Temples". Nature. 48 (1228): 42–43.
- Pevsner, Nikolaus (1943). An Outline of European Architecture. London: John Murray.
- Rostoker, William; Gebhard, Elizabeth (Summer 1981). "The Reproduction of Rooftiles for the Archaic Temple of Poseidon at Isthmia, Greece". Journal of Field Archaeology. 8 (2): 211–212.
- Wikander, Örjan (1990). "Archaic Roof Tiles the First Generations". Hesperia. 59 (1): 285–290. doi:10.2307/148143. JSTOR 148143.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seni bina Yunani purba |
- Cartwright, Mark (6 January 2013). "Greek Architecture". World History Encyclopedia. Dicapai pada 8 Mei 2021.
- The Foundations of Classical Architecture Part Two: Yunani Classicism – Program pendidikan percuma oleh ICAA (diterbitkan 29 Ogos 2018)
- Joseph Woods (1828), Letters of an Architect, From France, Italy, and Greece.