Seni bina bermusuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bolt dipasang pada tangga hadapan bangunan untuk mengelakkan duduk dan tidur

Seni bina bermusuhan ialah strategi reka bentuk bandar yang menggunakan elemen persekitaran terbina untuk membimbing atau menyekat suatu tingkah laku dengan sengaja. Ia sering menyasarkan kepada sekumpulan atau satu golongan pengguna yang menggunakan atau bergantung kepada ruang atau fasiliti awam lebih daripada yang lain. Kumpulan yang dimaksudkan ialah seperti belia, orang miskin dan gelandangan. Seni bina bermusuhan sering menyasarkan kumpulan tersebut untuk menyekat tingkah laku fizikal yang boleh mereka lakukan. [1]

Juga dikenali sebagai seni bina pertahanan, reka bentuk bermusuhan, reka bentuk yang tidak menyenangkan, reka bentuk eksklusif dan reka bentuk pertahanan urban, istilah seni bina bermusuhan sering dikaitkan dengan perkara seperti "pancang anti-gelandangan" – sebuah tombol yang dibenamkan pada permukaan rata untuk menghalang orang tidur di permukaan tersebut. kehadiran tombol sebegitu menjadikan tempat tersebut tidak selesa (untuk kumpulan yang disasarkan), tetapi pada masa yang sama tidak praktikal. Bentuk seni bina sebegini biasanya ditemui di kawasan padat penduduk dan bandar. [2] [3] Langkah-langkah lain termasuk memasang ambang tingkap dalam keadaan condong untuk menghalang orang duduk; bangku dengan tempat letak tangan diletakkan untuk menghalang orang berbaring di atasnya; pemercik air yang menyembur secara berselang-seli; dan tong sampah awam dengan mulut kecil untuk mengelakkan kemasukan bahan buangan besar. [4] Seni bina bermusuhan juga digunakan untuk menghalang papan selaju, BMX, luncur sebaris, membuang sampah, merayau, kencing awam, [5] dan penceroboh, dan sebagai satu bentuk kawalan perosak. [6]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Walaupun kewujudan istilah "seni bina bermusuhan" ini masih baharu, konsep ini sama seperti penggunaan kejuruteraan awam untuk mencapai kejuruteraan sosial dan konsep ini bukanlah konsep yang baharu: antara contoh termasuk pesongan air kencing abad ke-19 dan perancangan bandar di Amerika Syarikat yang direka untuk pengasingan penduduk mengikut kaum. [7] [8] [9] Perancang bandar Amerika Robert Moses mereka bentuk laluan Long Island Southern State Parkway dengan jambatan batu rendah supaya bas tidak boleh lalu di bawahnya. Ini menyukarkan lagi orang yang bergantung pada pengangkutan awam, terutamanya penduduk berketurunan warga Afrika Amerika, untuk melawat pantai yang boleh dikunjungi oleh pemilik kereta yang lebih kaya. [10] [11] Di luar Amerika Syarikat, perubahan reka bentuk ruang awam untuk tujuan kawalan sosial juga mempunyai preseden bersejarah: jalan-jalan sempit di Paris pada abad ke-19 sengaja dibuat meluas untuk tujuan membenarkan keupayaan tentera lebih mudah untuk membatalkan protes rakyat. [12]

Berbalik kepada abad ke-21, konsep ini boleh dikatakan diperolehi daripada falsafah reka bentuk Pencegahan Jenayah melalui Reka Bentuk Alam Sekitar (CPTED), yang bertujuan untuk mencegah jenayah atau melindungi harta benda melalui tiga strategi: (1) pengawasan semula jadi, (2) kawalan akses kepada sumber semula jadi dan (3) penguatkuasaan wilayah. [13] Menurut pakar, reka bentuk yang mendorong kepada sifat eksklusif menjadi semakin biasa, dan reka bentuk ini tidak terkecuali di bandar besar seperti Stockholm . [14] [15] [16]

Selaras dengan pelaksanaan garis panduan ruang yang boleh dipertahankan pada tahun 1970-an, kebanyakan pelaksanaan CPTED sehingga tahun 2004 adalah berdasarkan teori reka bentuk yang mempercayai yang bahawa pembentukan persekitaran dan binaan yang berkesan dapat mengurangkan jenayah, mengurangkan ketakutan terhadap jenayah, dan meningkatkan kualiti kehidupan. Pelaksanaan persekitaran terbina (CPTED) bertujuan untuk menghalang pesalah daripada melakukan jenayah dengan memanipulasi persekitaran. Enam konsep utama untuk pelaksanaan CPTED menurut Moffat ialah (1) wilayah, (2) pengawasan, (3) kawalan akses, (4) imej/penyelenggaraan, (5) sokongan aktiviti dan (6) pengerasan sasaran. Mengaplikasikan semua strategi ini adalah penting dalam usaha untuk mencegah jenayah di mana-mana kawasan kejiranan, tanpa mengira samada kawasan tersebut mempunyai kadar jenayah yang tinggi atau tidak. [17]

Di luar CPTED, penyelidikan ilmiah juga mendapati bahawa bandar kapitalis yang moden mempunyai kepentingan dalam menghapuskan tanda-tanda gelandangan dari ruang komuniti mereka kerana mereka bimbang kehadiran gelandangan mungkin menghalang pelaburan daripada individu atau entiti yang kaya dan menyerlahkan kelemahan model ekonomi mereka. [18] Di England, kebanyakan seni bina bermusuhan mereka telah dikaitkan dengan keinginan kerajaan untuk memerangi perkembangan aktiviti anti-sosial seperti mengemis dan pemabuk. [19]

Mengenal pasti seni bina bermusuhan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah bentuk seni bina bermusuhan adalah senang untuk dikenalpasti, manakala terdapat juga seni bermusuhan yang kompleks kerana ia boleh ditafsirkan sebagai sama ada pengecualian (mempunyai sifat seni bina bermusuhan yang jelas) atau bukan pengecualian, seperti kerusi tunggal yang dijarakkan dibina di taman permainan di Sweden. Ianya mungkin kelihatan sengaja direka untuk menghalang kumpulan gelandangan daripada tidur di situ. Ianya mungkin dibina sebegitu kerana orang Sweden menganggap adalah tidak sopan untuk duduk berdekatan dengan orang yang tidak dikenali. [20] Sesetengah penyelidik telah mengatakan bahawa seni bina bermusuhan harus dinilai dalam konteks komuniti yang lebih luas, dan harus mengiktiraf kuasa sosial dan politik yang memotivasikan pilihan reka bentuk tertentu, seperti undang-undang atau sentimen anti-gelandangan. [21]

Aplikasi[sunting | sunting sumber]

Batu-batu besar diletakkan sepanjang tanjakan lebuh raya di Portland, Oregon, Amerika Syarikat sebagai seni bina bermusuhan untuk menghalang kem sementara.
" Bangku Camden ", yang digunakan di London, mempunyai reka bentuk yang dinyatakan untuk tidak menggalakkan tidur, membuang sampah, bermain papan selaju, mengedar dadah, grafiti dan kecurian
Bangku dengan paip logam di stesen kereta api di Vienna.
Pepaku anti-gelandangan di New York, direka untuk menghalang orang duduk di lantai.

Penghalang perkhemahan[sunting | sunting sumber]

Di Seattle, Washington, Amerika Syarikat, majlis perbandaran tempatan memasang rak basikal untuk menghalang kumpulan gelandangan daripada berkhemah. [22] [23]

Sejak tahun 2013, Jabatan Pengangkutan Oregon di Oregon, Amerika Syarikat telah mengerahkan batu besar di lapan lokasi yang pernah menjadi tapak kem sementara gelandangan di sekitar bandar Portland. Batu-batu besar ini dipasang untuk menghalang perkhemahan haram berhampiran lebuh raya. [24]

Pagar atau jeriji[sunting | sunting sumber]

Pagar di bawah tangga Arkib Bandar di Kungsholmen di Stockholm (2015). [25]

Pemasangan pagar atau jeriji ialah bentuk biasa dalam reka bentuk bersifat pengecualian, selalunya digunakan untuk menghalang akses ke tempat yang terdapat perlindungan seperti bumbung. Contoh tempat sebegini adalah di bawah tangga, jambatan, atau berhampiran sistem kipas yang mengeluarkan udara panas. [26] [27] [28]

Pada musim bunga tahun 2015, majlis perbandaran Kota Stockholm, Sweden, telah mendirikan pagar yang menelan kos sebanyak 200,000 kr untuk menghalang kumpulan gelandangan daripada mencari perlindungan di bawah tangga sekitar bandar Kungsholmen. [26]

Penghalang tidur[sunting | sunting sumber]

Beberapa bandar besar, seperti Tokyo dan London, mempunyai reka bentuk bangku yang menghalang orang ramai daripada tidur di atasnya. Bangku-bangku ini telah dibina supaya tempat duduk mencerun pada suatu sudut dan memerlukan pengguna untuk menyokong diri mereka sepenuhnya dengan kaki mereka. Bangku sebegini terdapat di mana-mana di perhentian bas di seluruh United Kingdom. [29] Contoh reka bentuk penghalang yang lain adalah dengan memasukkan tempat letak tangan yang diletakkan di bahagian tengah bangku. Kedudukan tempat letak tangan tersebut menghalang pengguna daripada berbaring melintasi tempat duduk. [30]

Camden Borough Council di London telah membuat komisyen untuk penghasilan bangku blok konkrit (digelar " Bangku Camden ") yang direka untuk menghalang penggunaan yang "tidak sesuai" seperti tidur, papan selaju dan meletakkan pelekat. [7] [31] Terdapat varian reka bentuk yang lain, seperti bangku yang terlalu pendek untuk diletakkan, atau mempunyai paip besi diletakkan dua pertiga daripada laluan masuk, atau beberapa tempat letak tangan diletakkan di sepanjang keseluruhan panjang bangku. [32] Bangku dengan reka bentuk sebegini adalah perkara biasa di lapangan terbang. [33]

Apabila Terowong Bandar di Malmö, Sweden, dibuka pada tahun 2010, reka bentuk bangku di pelantar kereta api yang baharu tersebut telah dilaporkan kepada Ombudsman Kesamaan kerana reka bentuk bangku tesebut berada dalam keadaan sudut condong sehingga menyebabkan pengguna sukar atau mustahil untuk duduk di atasnya. [34] [35] Syarikat hartanah milik negara Sweden, syarikat Jernhusen juga telah menggunakan bangku yang digelar "anti-gelandangan" di stesen kereta api di Luleå, dengan memasang tujuh palang besi untuk setiap selang panjang 47 cm (19 in) di bangku tersebut. [36] [37] Pegawai akhbar syarikat Jernhusen telah menegaskan yang bahawa mereka "memasukkan tempat letak tangan di bangku tersebut kerana ia memudahkan orang tua dan orang kurang upaya untuk duduk dan berdiri". Tetapi dalam satu sesi temu bual yang lain, mereka juga mengakui yang bahawa masalah keteraturan para pengguna yang dirasakan di bangunan stesen tersebut mempengaruhi cara bangku direka bentuk. [36] Satu lagi contoh syarikat yang telah memasang bangku dengan reka bentuk sedemikian ialah Berliner Verkehrsbetriebe, sebuah syarikat pengangkutan awam tempatan di Berlin, Jerman. [38] [39]

Beberapa contoh penghalang tidur mengambil bentuk perubahan sementara pada bangunan. Contoh ini berlaku pada bangunan Liverpool, yang merupakan ibu pejabat Bank of England sebelumnya, pada Disember tahun 2016. Struktur keluli landai biru yang disalut minyak telah diletakkan di atas tangga pada waktu malam, supaya gelandangan yang biasa tidur di situ atau berehat dengan duduk di tangga tidak tinggal di kawasan tersebut. [40] [41]

Pancang atau pepaku[sunting | sunting sumber]

Ia boleh berlaku sebagai pancang/pepaku, benjolan atau jenis struktur runcing lain. Ia biasanya diletakkan di atas tebing di luar bangunan, di bawah bumbung atau tempat lain di mana orang ramai akan mencari rehat atau tempat berteduh, dan juga di sekitar kedai. [42] [43] [44] [45] Syarikat pengurusan hartanah Jernhusen telah menggunakan varian dengan meletakkan paip dan bukannya pancang di beberapa tempat di Stesen Sentral Stockholm. [14] [46] Pada tahun 2014, sebuah imej telah menjadi viral di internet menunjukkan tempat gelandangan biasa tidur d London. Gambar tersebut diiringi dengan gambar lanjutan yang menunjukkan lantai tempat tersebut telah dipasang pancang tajam yang menghala ke atas dengan bertujuan menghalau orang yang biasa tidur di sana. Tetapi selepas menerima protes meluas daripada gambar viral tersebut, pancang anti-gelandangan tersebut telah ditanggalkan. [47] Terdapat juga pancang anti-gelandangan yang bertujuan untuk memastikan orang ramai tidak bersandar di dinding, atau berdiri di tempat tertentu. [1] Sukar untuk menilai dengan secukupnya berapa banyak jenis reka bentuk bermusuhan yang wujud, akan tetapi apa yang pasti terdapat banyak jenis fenomena, termasuk bata pecah yang membentuk retak, pelbagai bentuk paip logam bengkok, dan plat yang dikimpal ke atas untuk membentuk pancang. [48] [49] [50] Bekas Perdana Menteri UK Boris Johnson telah menggelar pemasangan pancang itu sebagai "bodoh". [51]

Kamera keselamatan[sunting | sunting sumber]

Salah satu bentuk seni bina bermusuhan yang paling biasa ialah dalam bentuk pengawasan. Walaupun kamera keselamatan tidak dapat menghalang orang daripada melakukan tingkah laku liar secara fizikal, tetapi ianya boleh menyekat tindakan di ruang awam dengan membolehkan pengawasan dari jauh dan meningkatkan kegelisahan ke atas tindakan balas terhadap tindakan yang negatif. [21] Di bandar seperti Cincinnati, terdapat peningkatan mendadak dalam bilangan pemasangan kamera CCTV di ruang awam sejak 1990-an. [52]

Penghalang kencing[sunting | sunting sumber]

Penghalang air kencing ialah alat untuk memesongkan aliran air kencing semasa membuang air kecil. Ini mungkin sebahagian daripada periuk bilik, tandas atau ia boleh menjadi penghalang, dipasang di sisi atau sudut bangunan untuk mengelakkan orang daripada kencing di sudut bangunan. Ia mungkin dibina dalam pelbagai cara daripada pelbagai bahan tetapi biasanya direka bentuk untuk mempunyai permukaan bersudut yang menangkap dan mengubah hala aliran. Salah satu contoh reka bentuk ialah dengan meletakkan dinding berbentuk tempurung di sudut bangunan. Apabila ada orang hendak kencing disitu, reka bentuk tempurung tersebut akan mempercikkan semula air kencing ke kaki pelaku tersebut.

Page 'Urine deflector' not found

Seni bina bermusuhan sebagai seni atau hiasan[sunting | sunting sumber]

Pasu bunga yang besar dan kukuh di luar bangunan di Stockholm.

Reka bentuk pengecualian jenis ini mungkin melibatkan, contohnya, dengan meletakkan pasu bunga yang besar di lokasi gelandangan yang dimana sebelum ini pernah digunakan sebagai tempat tidur. Contoh seni bina bermusuhan yang mempunyai sifat perhiasan yang lain meletakkan batu yang dicat dengan warna pelangi, meletakkan pokok renek yang menghalang di kaki lima dan tempat duduk berbentuk "menyenangkan". [53] [54] [49]

Muzik dan bunyi bising[sunting | sunting sumber]

Di Sweden, pembesar suara di Finspång telah memainkan muzik untuk membuat penagih dadah meninggalkan tempat tertentu. Di UK dan Jerman, apa yang dipanggil sebagai peranti "anti-lepak" (lihat The Mosquito ) telah dipasang untuk memastikan golongan muda melepakl di tempat di mana mereka dipasang. [55] [56] [57] Peranti tersebut berfungsi dengan mengeluarkan bunyi monoton pada frekuensi tinggi. Bunyi ini berkhusus kepada deria pendengaran remaja kerana orang dewasa tidak dapat mendengari bunyi tersebut. [58] Pengkritik telah menyatakan bahawa peranti tersebut merupakan pelanggaran hak asasi manusia dan juga mengulas bahawa fenomena itu akan mewujudkan "jurang berbahaya" di antara orang muda yang terdedah kepadanya dan orang tua yang boleh mengelakkannya. [59] [60] Di Jerman, putaran muzik klasik telah digunakan dalam usaha untuk menghalau pengguna dadah. [61] Di Berlin, rancangan untuk menggunakan muzik atonal di stesen S-Bahn telah ditarik balik selepas menerima banyak kritikan. [62]

Penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk pengecualian kadangkala tidak menambahkan ciri-ciri yang membantu pengguna, tetapi lebih kepada penyingkiran ciri-ciri tersebut. Fredrik Edin, yang telah menulis sebuah buku mengenai reka bentuk pengecualian, mengatakan bahawa reka bentuk penyingkiran ialah jenis reka bentuk pengecualian yang paling biasa, di mana, sebagai contoh, bangku yang digunakan oleh orang ramai telah dibuang kerana ia digunakan oleh orang ramai. [63] [64] [65] Contoh ini adalah berdasarkan tindakan New York City Subway yang telah mengumumkan melalui media sosial pada tahun 2021 yang bahawa "bangku telah dialihkan dari stesen untuk mengelakkan gelandangan daripada tidur di atasnya." Akan tetapi pembuangan bangku-bangku tersebut juga menyebabkan pengguna termasuk orang tua dan ibu mengandung tidak dapat duduk. Agensi itu kemudiannya berkata tweet itu adalah satu kesilapan. [66] [67] [68] Bangku di lokasi tertentu di Stesen Sentral Stockholm dan stesen kereta api Luleå juga telah mengalihkan bangku untuk pengguna. Pegawai akhbar mereka menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah dengan stesen itu digunakan sebagai tempat perlindungan pemanasan. [37] Banyak tandas awam mula ditutup di UK di tempat yang dianggap tidak kemas. [40]

Perenjis[sunting | sunting sumber]

Perenjis (Sprinkler di dalam bahasa Inggeris) boleh didapati di kawasan di mana pancang tidak sesuai untuk dipasang secara kekal; penyelesaian ini melibatkan penyemburan air kepada mereka yang tinggal di tempat tertentu pada masa tertentu, seperti waktu malam. [26] [37] [69] [70] [71] [72] Di New Zealand, Ahli Majlis Bandaraya Auckland Cathy Casey telah menyifatkan penggunaan pemercik air yang digunakan oleh perniagaan di bandar itu sebagai "tidak berperikemanusiaan". [73]

Kedai Buku Strand di New York telah menggunakan sistem sedemikian pada tahun 2013 untuk menghalang kumpulan gelandangan yang tidur di luar kedai tersebut pada waktu malam. [74] Bonhams di San Francisco telah dikritik kerana menggunakan sistem pemercik luaran untuk menghalau kumpulan gelandangan yang berkumpul di luar kedai mereka. Mereka (pihak Bonhams) mengatakan bahawa ia digunakan untuk membersihkan "bangunan dan laluan pejalan kaki sepanjang waktu bukan perniagaan secara berselang-seli dalam tempoh 48 jam",. [75]

Pandangan dari orang ramai[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ramai orang ramai menentang aplikasi konsep seni bina bermusuhan dalam reka bentuk bandar dengan menyatakan yang bahawa seni bina sedemikian menjadikan ruang awam kurang selesa dan "bermusuhan" dengan orang ramai, terutamanya kepada penduduk sementara dan gelandangan. [76] Penyokong konsep seni bina bermusuhan pula mengatakan bahawa aplikasi seni bina bermusuhan tersebut jelas mewujudkan rasa pemilikan ke atas ruang sekaligus membantu mengekalkan ketenteraman dan keselamatan serta menghalang jenayah dan tingkah laku yang tidak diingini. [77]

Pada tahun 2018, artis kelahiran Britain, Stuart Semple telah menganjurkan kempen kesedaran awam melalui media sosial yang menggalakkan orang ramai meletakkan pelekat pada contoh reka bentuk bermusuhan dalam persekitaran mereka. [78] [79] [80]

Contoh seni bina bermusuhan yang disiarkan di dalam media UK telah membawa kepada penerimaan negatif oleh orang ramai. Yayasan Joseph Rowntree memberi amaran bahawa gelandangan di London akan meningkat dengan ketara lebih cepat daripada purata di seluruh negara.  Walau bagaimanapun, jenis seni bina bermusuhan juga telah meningkat. Sebagai contoh, Selfridges di bandar Manchester telah memasang pancang logam di luar kedai mereka untuk tujuan mengurangkan pembuangan "sampah dan merokok,". Hal ini menunjukkan seni bina bermusuhan selalu digunakan tetapi pihak yang memasang seni bina bermusuhan tersebut akan menjelaskan penggunaan yang lain. [44]

Sambutan artistik[sunting | sunting sumber]

  • Pada tahun 2001, Nils Norman menerbitkan buku The Contemporary Picturesque, yang mengandungi gambar-gambar reka bentuk eksklusif yang diambilnya sejak tahun 1990-an. [81]
  • Pada tahun 2003, dua orang Paris, Stéphane Argillet dan Gilles Paté, membuat penggambaran filem Le repos du fakir ( The Fakir's Rest ), yang menunjukkan mereka cuba berehat pada pelbagai objek yang mencirikan reka bentuk eksklusif di Paris. [82]
  • Pada tahun 2005, artis dan penyelidik Amerika Sarah Ross mendokumentasikan reka bentuk eksklusif di Los Angeles dalam sirinya Tempting Resistance . Susulan beliau pada tahun 2006, Arkisuit, mencipta pakaian yang direka bentuk untuk berfungsi dengan reka bentuk eksklusif - untuk membolehkan tidur. [83] [84]
  • Pada 2013–2014, pemasangan di Norrköping, Sweden, yang dipanggil "Baku Sosial Diubahsuai" oleh artis Denmark Jeppe Hein telah berlangsung. [85] [86]
  • Pada tahun 2015, artis dan arkitek Johanna Nenander menarik perhatian kepada fenomena itu melalui projeknya "Urbana proteser" ( lit. Urban prostheses Urban prostesis ' ), di mana dia meletakkan tempat duduk yang sengaja diletakkan untuk menyukarkan duduk. Selama beberapa hari, sepasang asas kepingan logam di atas papak, yang mustahil untuk diduduki, menjadi bangku untuk orang ramai. [87]
  • Pada 2018, artis dan kurator pameran Britain , Stuart Semple mencipta platform media sosial untuk menggalakkan orang ramai meletakkan pelekat pengenalan di mana mereka melihat reka bentuk eksklusif di ruang awam. [88] [89] [90] [80] [91]

Impak seni bina bermusuhan[sunting | sunting sumber]

Seni bina bermusuhan selalunya disasarkan kepada kumpulan orang yang tidak diingini, seperti pemain papan selaju atau orang yang tidak mempunyai perumahan yang stabil, juga akan memberi impak kepada orang yang tidak disasarkan seperti orang tua, orang kurang upaya, pekerja letih, wanita hamil, orang yang menjaga anak kecil, dan orang lain yang diingini. [3]

Sehingga tahap ini, masih belum ada kajian empirikal yang berskala luas mengukur kesan seni bina bermusuhan terhadap kesejahteraan gelandangan atau populasi sasaran lain. [21] Beberapa ahli komuniti gelandangan di England yang ditemu bual oleh penyelidik telah menyatakan bahawa reka bentuk bermusuhan menyumbang kepada perpindahan dan emosi mental mereka (membuatkan mereka merasa insignifikan), kerana nampaknya kepentingan perniagaan tempatan adalah lebih diutamakan daripada kelangsungan hidup mereka. [19]

Penggunaan reka bentuk infrastruktur yang bersifat pengecualian boleh menggalakkan kumpulan gelandangan untuk mencari tempat perlindungan gelandangan. Tempat perlindungan tersebut adalah lebih selamat dan lebih selesa daripada menjadi gelandangan di ruang awam. [21]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Seni bina dahsyat
  • Pancang kawalan burung
  • Teori ruang yang boleh dipertahankan
  • Reka bentuk pertahanan
  • Fungsionalisme (seni bina)
  • Ruang awam milik persendirian
  • Urbanisme Baru

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Chellew, Cara (2019). "Defending Suburbia: Exploring the use of defensive urban design outside of the city centre". Canadian Journal of Urban Research. 28: 19–33. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-22. Dicapai pada 2019-07-22.
  2. ^ Omidi, Maryam (12 June 2014). "Anti-homeless spikes are just the latest in 'defensive urban architecture'". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2020. Dicapai pada 23 February 2015.
  3. ^ a b Andreou, Alex (18 February 2015). "Anti-homeless spikes: 'Sleeping rough opened my eyes to the city's barbed cruelty'". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2020. Dicapai pada 23 February 2015.
  4. ^ Quinn, Ben (13 June 2014). "Anti-homeless spikes are part of a wider phenomenon of 'hostile architecture'". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2020. Dicapai pada 23 February 2015.
  5. ^ Morris, Hugh (2016-02-04). "Anti-pee paint: San Francisco's walls fight back". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2022-08-22.
  6. ^ Andrea Lo. "The debate: Is hostile architecture designing people -- and nature -- out of cities?". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-16.
  7. ^ a b Swain, Frank (2 December 2013). "Secret city design tricks manipulate your behaviour". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 23 February 2015.
  8. ^ Lee, Jackson (23 July 2013). "Urine Deflectors in Fleet Street". The Cat's Meat Shop. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2013. Dicapai pada 23 February 2014.
  9. ^ "Architectural Exclusion: Discrimination and Segregation Through Physical Design of the Built Environment". Yale Law Journal. 124 (6): 1836–2201. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  10. ^ Swain, Frank. "Secret city design tricks manipulate your behaviour". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  11. ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-07-09/robert-moses-and-his-racist-parkway-explained
  12. ^ Rossem, Anna (2022-06-24). "Hostile architecture and its effect on public space in Nijmegen: A case study at the central station of Nijmegen" (dalam bahasa Inggeris). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  13. ^ Chellew, Cara (2016). "Design Paranoia". Ontario Planning Journal. 31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2018-12-30 – melalui ResearchGate.
  14. ^ a b "Designen som ska hålla hemlösa borta". DN.SE (dalam bahasa Sweden). 2015-04-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  15. ^ Smith, Naomi; Walters, Peter (2017-10-25). "Desire lines and defensive architecture in modern urban environments". Urban Studies. 55 (13): 2980–2995. doi:10.1177/0042098017732690. ISSN 0042-0980. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  16. ^ Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. m/s. 42. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  17. ^ Wilson, Paul (1989). Designing Out Crime. Australian Institute of Criminology. m/s. 23.
  18. ^ Gerrard, Jessica; Farrugia, David (September 2015). "The 'lamentable sight' of homelessness and the society of the spectacle". Urban Studies (dalam bahasa Inggeris). 52 (12): 2219–2233. doi:10.1177/0042098014542135. ISSN 0042-0980.
  19. ^ a b Johnsen, Sarah; Fitzpatrick, Suzanne; Watts, Beth (2018-10-03). "Homelessness and social control: a typology". Housing Studies. 33 (7): 1106–1126. doi:10.1080/02673037.2017.1421912. ISSN 0267-3037.
  20. ^ de Fine Licht, Karl (February 2021). ""Hostile architecture" and its confederates: A conceptual framework for how we should perceive our cities and the objects in them". Canadian Journal on Urban Research.
  21. ^ a b c d Rosenberger, Robert (March 2020). "On hostile design: Theoretical and empirical prospects". Urban Studies (dalam bahasa Inggeris). 57 (4): 883–893. doi:10.1177/0042098019853778. ISSN 0042-0980.
  22. ^ Groover, Heidi (19 December 2017). "Seattle Uses Bike Racks to Discourage Homeless Camping". The Stranger. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2019. Dicapai pada 17 December 2017.
  23. ^ "New anti-homeless architecture: Seattle uses bike racks to block rough sleepers". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-14. Dicapai pada 2020-07-25.
  24. ^ Kruzman, Diana (2019-07-04). "Portland's homeless campers face new obstacle: piles of boulders". oregonlive (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-24. Dicapai pada 2020-07-25. The boulders are a form of hostile architecture or defensive design
  25. ^ "Staket för 200.000 ska hålla hemlösa borta". DN.SE (dalam bahasa Sweden). 2015-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  26. ^ a b c Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. m/s. 20. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  27. ^ "ZEIT ONLINE | Lesen Sie zeit.de mit Werbung oder im PUR-Abo. Sie haben die Wahl". www.zeit.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  28. ^ Schneider, Jens. "St. Pauli hält Obdachlose mit Zaun auf Distanz". Süddeutsche Zeitung (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  29. ^ "The cornucopia of anti-homeless sleeping design". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2014-06-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-28. Dicapai pada 2022-02-19. Look at the design of bus stop seats in the UK. They typically prevent anyone from sleeping. One of the most common designs is a narrow plastic bench with a pronounced slope. A sleeper would roll off.
  30. ^ Bell, Kim (2013-12-18). "Metro's bench dividers at bus shelters seen by some as slap at homeless". St. Louis Post-Dispatch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-22. Dicapai pada 2014-06-08.
  31. ^ "The Camden Bench". Ian Visits. 2 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2021. Dicapai pada 4 January 2021.
  32. ^ Waters, Carlos (2017-12-01). "Why cities are full of uncomfortable benches". Vox (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  33. ^ "Obekväm design motar bort oönskade från städerna". Dagens Nyheter (dalam bahasa Sweden). 2014-11-30. ISSN 1101-2447. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  34. ^ "Exkluderande arkitektur påverkar hela samhället negativt". Sveriges Arkitekter (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  35. ^ Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. m/s. 16. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  36. ^ a b Nyberg, Micke; Isberg, Catharina (2015-03-12). "Här är det förbjudet att ligga ner". SVT Nyheter (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  37. ^ a b c Gitz, Randi; Haupt, Inger (2014-02-26). "Här är järnvägsstationen med enbart ståplats". SVT Nyheter (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  38. ^ Wagner, Jonas. "Kein Platz für Obdachlose (nd-aktuell.de)". www.nd-aktuell.de (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  39. ^ Krieg, Claudia. "Menschen statt Bänke schützen (nd-aktuell.de)". www.nd-aktuell.de (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  40. ^ a b Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. m/s. 23–24. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  41. ^ "'Anti-homeless' slope put in doorway". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  42. ^ Chellew, Cara (2016). "Defensive Inequalities". Spacing Magazine.
  43. ^ Dum, Christopher P. (2016). Exiled in America : life on the margins in a residential motel. New York. m/s. 222. ISBN 978-0-231-54239-5. OCLC 958066095. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  44. ^ a b "Defensive architecture: keeping poverty unseen and deflecting our guilt". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2015-02-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-20. Dicapai pada 2022-01-27.
  45. ^ Kim, Elizabeth (2019-08-14). "A Field Guide To The 'Weapons' Of Hostile Architecture In NYC". Gothamist (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-14. Dicapai pada 2022-01-27.
  46. ^ ""Exkluderande design" vid Centralen tar bort sovplatser". DN.SE (dalam bahasa Sweden). 2015-03-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  47. ^ Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. m/s. 18. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  48. ^ "Photos of the Most Egregious 'Anti-Homeless' Architecture". www.vice.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  49. ^ a b "15 Examples of 'Anti-Homeless' Hostile Architecture That You Probably Never Noticed Before". interestingengineering.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  50. ^ "Vancouver's 'defensive architecture' is hostile to homeless, say critics". Vancouver Is Awesome (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  51. ^ "Activists Pour Concrete on Store's 'Anti-Homeless' Spikes, Win". www.boston.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  52. ^ C., Hurley, David (2002). Closed circuit television : the Cincinnati experience. University of Cincinnati. OCLC 52100550.
  53. ^ Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. m/s. 21. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  54. ^ "'Hostile design' makes Calgary an unwelcoming modern city, says architect". CBC/Radio Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17.
  55. ^ Snis, Alva (2016-11-28). "Kritiserat pipljud i Tensta avstängt under helgen". Sveriges Radio (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  56. ^ "#defensiveTO | Light + Sound". defensiveto (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  57. ^ "Raue kämpft mit Piepton gegen Jugendliche". MAZ - Märkische Allgemeine (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  58. ^ Education.com. "Sonic Science: The High-Frequency Hearing Test". Scientific American (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-24. Dicapai pada 2022-01-27.
  59. ^ "High-pitched 'anti-loitering' devices targeting young people breaches human rights: advocates". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  60. ^ Kirk, Tracy. "The use of sonic 'anti-loitering' devices is breaching teenagers' human rights". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  61. ^ Pergande, Frank; Hamburg. "Brennpunkt Hauptbahnhof: Klassische Musik gegen Drogenkonsum". FAZ.NET (dalam bahasa Jerman). ISSN 0174-4909. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  62. ^ Benjes, Lisa (2018-08-31). "'Art shouldn't be weaponised': the atonal concert championing Berlin's homeless". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-25.
  63. ^ Edin, Fredrik (2018-09-05). "Den vanligaste formen av exkluderande design". Skumrask (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  64. ^ Muraca, Frank (2018-01-09). "Excluding Fast and Slow: Charlottesville's Long Battle over Public Space". Metropolitics (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  65. ^ Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  66. ^ "NYC Transit blasted for tweeting that subway station benches were removed to deter homeless". New York Post (dalam bahasa Inggeris). 2021-02-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  67. ^ Perrett, Connor. "The New York City MTA sparked backlash for saying it removed benches from subway stations to 'prevent the homeless from sleeping on them'". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  68. ^ Goldbaum, Christina (2021-02-08). "The Subway Was Their Refuge on Cold Nights. Now It's Off-Limits". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  69. ^ "The growth of hostile architecture: how developments in urban design are exacerbating social injustice". A-id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-16.
  70. ^ "The Creative and Cruel Ways People Make Life Hell for the Homeless". www.vice.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  71. ^ "Bristol tanning salon installs sprinklers to stop homeless people from sleeping outside". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  72. ^ "Salon criticised over anti-homeless water sprinklers". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  73. ^ "Anti-homeless sprinkler systems 'inhumane'". RNZ (dalam bahasa Inggeris). 2017-05-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  74. ^ "Strand Bookstore 'uses sprinklers to evict homeless'". New York Post (dalam bahasa Inggeris). 2013-11-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  75. ^ "Luxury auction house under fire after sprinkler system douses homeless". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2016-06-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  76. ^ Hu, Winnie (November 8, 2019). "'Hostile Architecture': How Public Spaces Keep the Public Out". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada September 3, 2020. Dicapai pada November 12, 2020.
  77. ^ O’Shea, Linda S. Awwad-Rafferty, Rula. Design and Security in the built environment. Fairchild Books inc. 2009. ISBN 978-1-56367-497-6. Pp 27.
  78. ^ Wallace, Elizabeth (21 March 2018). "What's Behind the Uptick in Hostile Architecture?". Architectural Digest (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-10. Dicapai pada 2020-07-25.
  79. ^ "Stuart Semple launches campaign to eradicate 'hostile design' around the world". theartnewspaper.com. 31 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-26. Dicapai pada 2018-02-15.
  80. ^ a b Voon, Claire (2018-02-01). "Artist Launches Campaign to Call Out Hostile Urban Design". Hyperallergic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-17. Dicapai pada 2022-01-27.
  81. ^ Hohenadel, Kristin (2014-06-12). "Are Anti-Homeless Sidewalk Spikes Immoral?". Slate Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  82. ^ "Interventions urbaines, Gilles Paté". gilfakir.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-14. Dicapai pada 2022-01-27.
  83. ^ "/\SARAH ROSS/\". www.insecurespaces.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  84. ^ "The Arsenal of Exclusion & Inclusion". www.interboropartners.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  85. ^ S, Ann-Charlotte; Elin | (2013-06-12). "Besvärliga bänkar berättar om livet (reportage)". KULTURSIDAN.nu (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  86. ^ Edin, Fredrik (2015-01-21). "Exkluderande design: konst i Norrköping". Skumrask (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  87. ^ Edin, Fredrik (2017). Exkluderande design (dalam bahasa Sweden). Stockholm. m/s. 70. ISBN 978-91-87777-28-8. OCLC 1045613015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-19. Dicapai pada 2022-01-27.
  88. ^ "Hostile Architecture: 'Design Crimes' Campaign Gets Bars Removed from Benches". 99% Invisible (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  89. ^ "Stuart Semple launches campaign to eradicate 'hostile design' around the world". The Art Newspaper - International art news and events. 2018-01-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.
  90. ^ "hostiledesign". hostiledesign (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-02. Dicapai pada 2022-01-27.
  91. ^ Hu, Winnie (2019-11-08). "How We Searched for Hostile Architecture in New York". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-27. Dicapai pada 2022-01-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]