Senjakala (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Senjakala
Senjakala(filem)01.jpg
Senjakala 14 April 2011
PengarahAhmad Idham
PenerbitAhmad Idham
Dibintangi olehZahiril Adzim
Liyana Jasmay
Ruminah Sidek
Eizlan Yusof
SinematografiRaja Mukhriz
PengedarMIG Production Sdn Bhd
Mula ditayangkan
Malaysia 14 April 2011
Tempoh tayangan
90 min.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.51 Juta[1]
Pecah panggungRM 1.10 juta

Senjakala ialah sebuah filem seram Malaysia yang dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay sebagai pelakon utamanya. Filem ini merupakan filem ketiga terbitan Excellent Pictures Edaran MIG Production dan ditayang bermula 14 April 2011.

Plot[sunting | sunting sumber]

Khalisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khalisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Khalisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Khalisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama.

Mereka pergi semula rumah kampung keluarga khalisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut. Di kampung itu juga, Khalisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.

Khalisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.

Berjayakah saka itu dipindahkan dan dapat kah diputuskan perjanjian itu. Semua nya terjawap dalam filem Senjakala...

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]