Senjata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Senjata (daripada bahasa Sanskrit सज्जता "kesiapan"[1][2]) adalah peralatan yang boleh digunakan untuk merosakkan nyawa atau barangan, dan disebabkan itu, juga untuk mengancam atau mempertahankan diri. Apabila senjata digunakan dengan kepakaran, ia digunakan menurut doktrin yang memaksimakan kegunaan, sementara meminima kerosakan cagaran.

Secara umum, sebarang benda yang digunakan (termasuk secara psikologi) boleh dikatakan sebagai senjata. Senjata boleh seringkas belantan, atau semaju senjata nuklear.

Senjata zaman Neolitik

Senjata purba[sunting | sunting sumber]

Orang purba menggunakan senjata dari bahan-bahan asas yang keras seperti kayu dan batu yang tajam. Senjata biasanya ditikam kepada tubuh musuh atau dibuang kearah musuh dengan tujuan mencedera atau membunuhnya. Selepas Zaman Besi, besi telah digunakan secara meluasnya sebagai senjata pilihan utama. Antara lain ia dijadikan pisau, sabel, keris, lembing dan anak panah.

Senjata api[sunting | sunting sumber]

Senjata api boleh dilancarkan dari jarak jauh dan mula berkembang selepas penemuan serbuk letupan.

Senjata moden[sunting | sunting sumber]

Senjata moden secara umumnya dianggap sebagai senjata yang dihasilkan selepas Perang Dunia II.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1131. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 168. ISBN 979-459-416-4.
  2. ^ "सज्जता sajjatā". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 24 Julai 2020.