Anjing gunung Switzerland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sennenhund)
Lompat ke: pandu arah, cari
Wakil keempat-empat baka anjing gunung.
Anjing gunung Entlebuch, salah satu baka sennenhund ("anjing gunung Switzerland"), menunjukkan binaan berat dan warna tersendiri jenis anjing ini.

Sennenhund, dipanggil anjing gunung Switzerland atau anjing lembu Switzerland, ialah sejenis anjing berasal dari Banjaran Alp Switzerland. Sennenhund ialah anjing ladang jenis molosser am. Ada empat baka sennenhund, kesemua mempunyai bulu triwarna unik. Sementara dua yang lebih besar mengongsi binaan berat dan perangai tenang, yang dua yang kecil lebih tangkas. Baka-baka ini berbagai-bagai daripada saiz sederhana sehingga sangat besar. Nama sennenhund merujuk orang dipanggil Senn, gembala dan orang tenusu Alp Switzerland, dan tidak diterjemahkan kepada "gunung" atau "lembu".

Baka[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing gunung Switzerland besar (kiri) dan seekor anjing gunung Entlebuch (kanan).

Jadual ini menunjukkan saiz relatif baka-baka ini.

Baka Tinggi pada paras kelasa Berat
Anjing gunung Appenzell 18.5–23 in (47–58 cm) 49–70 lb (22–32 kg)
Anjing gunung Bern 23–27.5 in (58–70 cm) 65–120 lb (29–54 kg)
Anjing gunung Entlebuch 19–20 in (48–51 cm) 45–65 lb (20–29 kg)
Anjing gunung Switzerland besar 23.5–28.5 in (60–72 cm) 110–140 lb (50–64 kg)

Keempat-empat baka sennenhund sangat dikenali di Switzerland dan di selebih Eropah. Di Amerika Syarikat, anjing gunung Bern telah menjadi popular, sementara baka lain dipromosikan sebagai jarang kepada yang mencari haiwan peliharaan unik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]