Sentuhan Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sentuhan Cinta
Sentuhan Cinta
Sentuhan Cinta
Umum
PengarangHaiza Najwa
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
SubjekNovel
GenreKisah cinta
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Jenis media
Buku kulit nipis

Sentuhan Cinta ialah novel yang ditulis oleh Haiza Najwa. Novel ini merupakan sebuah karya yang berteraskan kefahaman psikologi manusia, dengan tumpuannya kecelaruan personaliti pada minda yang tanpa disedari mengendurkan sifat jati diri secara beransur-ansur. Mesejnya cukup terkesan tatkala Hurin Ain, protagonis novel, dihambat kekejaman mental daripada masalah pentafsiran mindanya yang teruk dicelarukan.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Sentuhan Cinta mengisahkan seorang gadis yang ditanamkan kepercayaan sejak kecil lagi oleh ibu tirinya supaya meyakini bahawa diri adalah hodoh sedangkan hakikatnya, dia sangat jelita. Hal ini berlaku kerana kejelitaan protaganis yang merupakan anak kacukan dicemburui oleh ibu tirinya di mana ketiga-tiga anak perempuan sendiri tidak sejelita. Lantaran, dia membesar dengan mengadaptasi kecelaruan persepsi bahawa mata birunya tidak ubahnya seperti mata mayat, rambut perangnya sebagai rambut hantu kubur, dan kulit putih kemerahan-merahannya seperti kulit biawak. Dia tidak berani memakai gincu kerana takut kelihatan lebih mengerikan meskipun realitinya, dia sungguh cantik. Trait keperibadian yang salah itu telah berakar umbi sejak kematian bapanya ketika dia hanya berumur 9 tahun. Ada alasan lain kenapa tirinya itu membalas dendam. Kerana dendamkan suaminya yang masih setia mencintai arwah isteri orang putihnya yang merupakan ibu protaganis. Pada masa yang sama, ibu tiri memanjakan protagonis dengan makanan ringan, manis yang kurang berkhasiat dengan harapan dia membesar sebagai remaja gemuk serta hodoh. Diajar dia bahawa tidak salah jika melepaskan kemarahan dengan melontar apa saja barang-barang. Ibu tiri juga memanja-manjakan protagonis sedangkan anak sendiri dipukul demi memuakannya. Sesungguhnya, si ibu tiri terus gagal mencapai matlamatnya. Protagonis membesar dengan kasih sayang terhadap ibu tirinya berbanding dengan adik-beradik tirinya. Akhirnya, protagonis sedar akan niat sebenar ibu tirinya yang memang bertujuan merosakkannya, menggugat pertumbuhan fizikalnya. Tapi di sebalik marah atau berdendam, dia memaafkan kerana pada pandangannya, di sebalik semua itu dia telah dilayan sebagai seorang puteri malah, dia berikrar untuk membalas budi baik wanita itu selama-lamanya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]