Pergi ke kandungan

Sentuhan Najwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sentuhan Najwa
GenreCinta
Misteri
Drama
Ditulis olehAizad Zaidi
PengarahShuhaimi Zulkefli
Pengarah kreatif
Osman Ali
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSentuhan - Kael
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Lestary)
Disney+ Hotstar
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Oktober 2022 (2022-10-26) – 17 November 2022 (2022-11-17)
Kronologi
MengikutiAdakah Engkau Menungguku
Diikuti olehKampung People 3

Sentuhan Najwa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan oleh Shuhaimi Zulkefli dan dibintangi oleh Afifah Nasir, Alif Muhaimin dan Ryun Ryry. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 26 Oktober 2022 menggantikan Adakah Engkau Menungguku.

Kisah Najwa, seorang gadis remaja yang mengidap HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya.

Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.

Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?