Senyuman Glasgow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pelakon Inggeris, Tommy Flanagan yang mempunyai kesan parut "senyuman Glasgow" di mukanya

"Senyuman Glasgow" (juga dikenali dengan Senyuman Chelsea, atau Sengihan Chelsea, Glasgow, Cheshire) merupakan luka yang terhasil dengan mengelar sudut mulut mangsa sehingga telingga mereka, meninggalkan kesan parut seperti satu senyuman. Perbuatan ini biasanya dilakukan dengan menggunakan pisau utiliti dan serpihan kaca.

Perbuatan ini dikatakan berasal dari Glasgow, Scotland tetapi menjadi popular dalam kalangan geng jalanan Inggeris (terutamanya dalam kalangan Chelsea Headhunters, sebuah firma geng London).