Seo Ji-seok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seo Ji-seok
Kelahiran
Seo Jong-wook

(1981-09-09) 9 September 1981 (umur 42)
Korea Selatan Seoul, South Korea
WarganegaraKorea Selatan
Nama lainSeo Ji-suk,
Suh Ji-suk
PendidikanBFTV
Pusat pendidikanSeoul Institute of the Arts
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2001 – kini
EjenJ & J Entertainment
Universal D (Japan)
Ketinggian1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Nama Korea
Hangul서종욱
Hanja
Perumian SemakanSeo Jong-uk
McCune–ReischauerSŏ Chong'uk
Nama panggung
Hangul서지석
Hanja,
Perumian SemakanSeo Ji-seok
McCune–ReischauerSŏ Chi-sŏk
Laman web rasmiSeo Ji-seok official homepage

Seo Ji-seok (Hangul서지석; (kadang-kala dirumikan sebagai Suh Ji-suk); dilahirkan pada 9 September 1981) ialah seorang pelakon lelaki Korea Selatan. Dia dikenali dengan wataknya sebagai Park Yoon-hoo drama harian 167 episod KBS-1, Pure in Heart, a.k.a. Pure 19, yang ditayangkan dari 22 Mei 2006 hingga 12 Januari 2007.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Di sekolah menengah, dia adalah atlet yang mengkhususkan dalam acara lari pecut 100m dan 200m. Dia memenangi empat pingat emas dalm pelbagai sukan ketika dia berusia 16 tahun dan dipilih untuk membuat persediaan bagi pasukan kebangsaan. Pada 1999, dia dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan dan dimasukkan ke hosptital selama enam bulan untuk rawatan. Dia kemudian dikesan bakat di jalanan oleh seorang pengurus yang menyukai penampilannya yang halus, mulai dari saat itu memilih lakonan sebagai kariernya.[1]

Karier[sunting | sunting sumber]

Seo muncul dalam dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah movie terkemuka Korea Selatan, Kim Ki-duk. Filem pertama, The Bow, dia memegang watak seorang pelajar kolej yang terlibat dalam hubungan misteri dan berbahaya antara seorang lelaki tua dengan seorang gadis yang berumur 16 tahun. Orang tua itu menculik gadis itu 10 tahun yang lalu ketika dia berumur 6 tahun. Dia muncul dalam filem kedua, Time sebagai seorang bintang jemputan. Dia juga mengambil bahagian dalam filem May I Cry? pada 2006.

Seo melapor diri bagi khidmat tentera pada 29 Mei 2007. Dia melapor diri di Unit Tambahan 102 Chuncheon Tentera Republik Korea. Selepas latihan asas selama lima minggu, dia ditugaskan di Divisyen Infantri ke-12 yang terletak di Inje, Gangwon-do.[2][3] Dia dilepaskan pada 3 Mei 2009 dan selepas itu mengadakan pertemuan bersama peminat pada 10 Mei 2009.[4][[:]]

Dari Oktober hingga November 2009, dia menjalani penggambaran filem The Inside Story of Him and Her.

Dari 3 Februari 2010, dia dan Jang Suh-hee memegang watak utama dalam drama Rabu-Khamis SBS, OB & GYN.[5]

Dari 31 Julai 2010, dia, Bae Doo-na, Soh Yi-hyun dan Lee Chun-hee adalah pemegang-pemegang watak utama dalam drama hujung minggu MBC, Gloria.[6]

Dari 22 Ogos 2010, selama enam bulan, dia menjadi salah seorang daripada tujuh orang MC program aneka ragam TV MBC, Sunday Night - Enjoy Today.[7]

Dari 13 April 2011, dia memegang watak utama dalam drama romantik komedi 16 episod saluran kabel, TvN, Manny pada setiap Rabu dan Khamis.[8]

Dari 22 Mei 2011, dia membuat persembahan dalam program aneka ragam SBS, "Good Sundy – Kim Yuna’s KISS&CRY" (일요일이 좋다-김연아의 키스 앤 크라이).

Dari 19 September 2011, dia muncul dalam sitkom romantik komedi harian 123 episod MBC, Highkick 3, Short Leg Counter-Attack.[9]

Dari 13 Oktober 2012, dia, pemuzik Kim Wi-yong (김의용), aktres Lee Chung-ah dan penyanyi Heo Young-saeng mengambil bahagian dalam program aneka ragam TV kabel "MBC Music", "Song and Lyrics 2 (그여자 작사 그남자 작곡 시즌2)" untuk berkolaborasi dalam OST "Gazing (바라본다)" bagi drama hujung minggu MBC, "Sons".[10]

Pada Jun 2013, dia dan Hong Soo-ah dipilih sebagai pemegang watak utama dalam movie "Mango Tree" (망고트리) yang ditayangkan pada Oktober 2013.

Pada 28 September 2013, dia berlakon dalam drama hujung minggu 50 episod MBC, "Give Love Away" (사랑해서 남주나).[11]

Dari 22 Oktober 2013, dia muncul dalam program aneka ragam KBS2, "Cool Kiz on the Block" (우리동네 예체능).[12]

Dari 27 November 2014 hingga 23 Januari 2015, dia muncul dalam program aneka ragam SBS, Law of the Jungle (siri TV) in Costa Rica (정글의 법칙 in 코스타리카).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mei 2013, Ji-seok mengahwini seorang penjual bunga berusia 28 tahun dalam satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Seoul. Mereka berbulan madu di Bali, dan mempunyai rumah berhampiran Gangnam.[13]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • 2005: The Bow - diarahkan oleh Kim Ki-duk
  • 2006: May I Cry? (울어도 좋습니까?)
  • 2006: Time - directed by Kim Ki-duk
  • 2009: The Inside Story about Him & Her (그 여자 그 남자의 속사정)
  • 2013: Mango Tree (연애의 기술, 망고트리)

Drama TV[sunting | sunting sumber]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Rancangan aneka ragam[sunting | sunting sumber]

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Parkland-Insolito-Peri Jenson (2011)
  • Olympus Camera
  • Coca Cola
  • OB Beer
  • Nokia
  • TGI Fridays
  • Mind Bridge
  • Asiana Airlines
  • GS Caltex Essential Oil

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "이준기 신성록 이태성..운동선수 출신 봇물" Money Today 9 November 2006. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  2. ^ "불량커플 하차한 서지석, 29일(오늘) 입대" MyDaily. 29 May 2007. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  3. ^ "인제육군 제 12사단 군악대 민·군화합 음악회 눈길" Kangwon Daily News. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  4. ^ "군 제대 서지석, 韓日 팬 초대 '제대환영회' 개최". MyDaily. 15 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2009. Dicapai pada 29 April 2009.
  5. ^ "서지석-장서희, 산부인과 의사로 안방극장 복귀" MyDaily. 21 December 2009. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  6. ^ "부드러웠던 서지석, '글로리아'서 냉혈 파이터 변신" MyDaily. 14 July 2010. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  7. ^ "일밤 MC 데뷔, 정준호 서지석 첫 버라이어티 컬쳐 쇼크 받았다" News En. 20 August 2010. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  8. ^ "서지석 tvN '매니' 캐스팅 한국 1호 매니에 매력 느껴" Sports Chosun. 16 March 2011. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  9. ^ "하이킥3 윤계상-서지석-크리스탈-강승윤-박하선 출연 확정" Sports Chosun. 29 June 2011. Retrieved 2012-04-11 (Korea)
  10. ^ "서지석-이청아가 만든 '아들녀석들' OST 29일 음원공개" Sports Chosun. 10 October 2012. Retrieved 2012-10-30 (Korea)
  11. ^ "서지석 꽃셰프 변신, 로맨티스트 정석패션까지 다정다감" "OSEN", 13 September 2013.Retrieved 2013-9-13 (Korea)
  12. ^ "‘예체능’ 서지석 레이업슛 포착 “NBA급 농구실력” 감탄" "NewsEN", 10 November 2013.Retrieved 2013-11-10 (Korea)
  13. ^ Moon, Gwang-lip (20 May 2013). "Actor Seo Ji-seok weds his 'ideal type'". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2013-05-20.
  14. ^ "Heo Young Saeng (허영생) - 바라본다 (Gazing) [Music and Lyrics Season 2 OST]" Retrieved 2012-10-30
  15. ^ "KBS Performance (drama) awards" KBS.
  16. ^ "KBS Entertainment Awards" KBS.

http://www.indiansongspk.net

Pautan luar[sunting | sunting sumber]