Seoul Station

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seoul Station
PengarahYeon Sang-ho[1]
PenulisYeon Sang-ho
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Muzik olehJang Young-gyu[2]
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehStudioCanal
Tarikh tayangan
  • 18 Ogos 2016 (2016-08-18) (Korea Selatan)
Masa tayangan
92 minit
NegaraKorea Selatan
BahasaKorea
Bajet$575,000[3]
Pecah panggung$2,021,735[4]

Seoul Station (Bahasa Korea: 서울역) ialah filem zombi animasi Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Yeon Sang-ho.[5] Dikeluarkan pada 18 Ogos 2016, filem ini dibintangi oleh Ryu Seung-ryong, Shim Eun-kyung dan Lee Joon dalam watak utama.[6][7] Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Brussels 2016.[5]

Filem ini berfungsi sebagai pendahulu kepada filem aksi langsung Train to Busan, yang menunjukkan bagaimana wabak zombi bermula di Korea Selatan sebelum peristiwa dalam susulan itu.[8][9]

Berlangsung di dalam dan sekitar Stesen Seoul, seorang wanita muda yang melarikan diri mesti cuba bertahan dalam dunia yang melihatnya sebagai seorang 'pakai buang'.[10] Cerita ini berkisar tentang tiga watak utama: Suk-gyu, seorang bapa yang mencari anak perempuannya yang melarikan diri (Hye-sun), yang beliau dapati masih hidup dan kini bekerja sebagai seorang pelacur. Beliau menemuinya melalui teman lelakinya, Ki-woong, yang cuba menjual maruah Hye-sun kepadanya. Baru sahaja beliau akan bersatu semula dengannya, wabak zombi berlaku di Seoul.[11]

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang gelandangan berjalan di sekitar kawasan Stesen Seoul dengan luka berdarah di lehernya sehingga sampai ke Stesen Seoul dan baring. Rakan setinggan duduk di sebelahnya, melihat darah dan cuba mendapatkan bantuan, tetapi lelaki yang cedera itu tidak lagi bernyawa apabila dia kembali. Gelandangan yang lain pergi ke pihak polis untuk melaporkan kematian rakannya; para pegawai mengikutinya, tetapi lelaki itu didapti telah hilang. Gelandangan itu pergi mencari lelaki tua itu dan mendapati beliau sudah menjadi sebagai zombi, yang kemudian menyerangnya. Wabak itu kemudiannya tersebar hampir di seluruh bandar Seoul.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Pada tapak web agregator ulasan Rotten Tomatoes, 100% daripada 23 ulasan pengkritik adalah positif, dengan penilaian purata 7.0/10. Konsensus tapak web itu berbunyi, "Mendebarkan dan tanpa henti dari awal hingga akhir, Seoul Station Yeon Sang-ho meruoakan kemasukan berlapis-lapis dan kejam ke dalam genre zombi. Clarence Tsui dari The Hollywood Reporter menggelar filem itu sebagai "perjalanan yang mudah dan mendebarkan melalui dunia yang penuh dengan makhluk bagaikan iblis."[5] James Marsh dari South China Morning Post memberikan penarafan 3/5. Beliau mengulas bahawa filem itu menangani isu-isu masyarakat Korea Selatan termasuk pelacuran dan gelandangan.[13]

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Filem ini mula ditayangkan pada 5 April 2016 di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Brussels.[5] Dicipta oleh Yeon San-ho, filem animasi ini dianggap sebagai pendahulu kepada filemnya yang mendapat pujian ramai, Train to Busan.[14] Pengedar Filmrise Amerika Syarikat mengeluarkan versi DVD dan Blu-ray Seoul Seoul pada 25 Julai 2017.[15] Filem animasi itu juga tersedia untuk distrim di Amazon Prime Video, Tubi, Apple TV dan Shudder.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seoul Station Director YEON Sang-ho". koreanfilm.or.kr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Jun 2016.
  2. ^ "Jang Young Gyu discography". Discogs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Disember 2020.
  3. ^ "Seoul Station Director YEON Sang-ho". koreanfilm.or.kr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 September 2016.
  4. ^ "Seoul Station (box office)". Box Office Mojo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 September 2021.
  5. ^ a b c d Tsui, Clarence (1 Ogos 2016). "'Seoul Station' ('Seoul-yeok'): Film Review". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2016.
  6. ^ "Seoul Station". allocine.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 7 Mei 2016.
  7. ^ "Seoul Station". filmaffinity.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mei 2016.
  8. ^ "Animation prequel of 'Train to Busan' to hit theaters in August!". allkpop.com. Dicapai pada 2016-06-26.
  9. ^ "Cannes Hidden Gem: South Korean Animator Makes Apocalyptic Live-Action Debut With 'Train to Busan'". hollywoodreporter.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Julai 2016.
  10. ^ "Seoul Station". edfilmfest.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Februari 2017.
  11. ^ a b c Conran, Pierce (7 April 2016). "YEON Sang-ho's SEOUL STATION Debuts in Belgium" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Julai 2020.
  12. ^ "Ryu Seung-ryong headlines disaster movie Seoul Station". dramabeans.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Jun 2016.
  13. ^ "Film review: Seoul Station – animated prequel to Train to Busan is a message-driven horror flick". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 21 September 2016. Dicapai pada 20 April 2021.
  14. ^ Yeon, Sang-ho (2016-08-17), Seoulyeok (Animation, Action, Horror, Sci-Fi, Thriller) (dalam bahasa Inggeris), Seung-ryong Ryu, Joon Lee, Sang-hee Lee, Eun-kyung Shim, Finecut, Movic Comics, Studio Dadashow, dicapai pada 20 April 2021
  15. ^ "Seoul Station (2016) - Yeon Sang-ho | Releases". AllMovie (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]